Celik Itu Lawannya Buta
Friday, August 1, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Bangunnya bangsa Eropah dari zaman kegelapan itu ke zaman Renaissance bermula selepas memahami erti menuntut ilmu. Semasa era kegelapan mereka hanya bergantung harap pada golongan gereja yang ternyata memesongkan bangsa eropah bukan dari buta kepada celik tetapi buta bertambah buta. Tertutup rapat pengetahuan. Hadir ilmu memberi kefahaman kepada mereka, namun tetap juga sesat walau maju merentasi kemodenan kerana tiada nilai agama. Hal kaitan kepentingan ilmu ini turut diakui seorang pemikir barat Marquis of Dufferin and Ava dalam bukunya Speeches.
“Marquis of Dufferin ( Terence John Temple Hamilton, the 2nd Marquis of Dufferin and Ava. Speeches Delivered in India, London 1890 ) said: 'It is to Mussulman science, to Mussulman art, and to Mussulman literature that Europe has been in a great measure indebted for its extrication from the darkness of the Middle Ages.”
“Eropah terhutang budi kepada sains Islam, seni Islam dan sastera Islam kerana faktor-faktor inilah yang menyebabkan ia akhirnya keluar dari kegelapan Zaman Pertengahan."
Agama Islam turun juga ketika umat Jahiliyyah berada didalam kegelapan. Gejala rasuah kepada kroni-kroninya, korupsi, zina, riba, pembunuhan, judi, khamar segalanya berkaitan ibu kejahatan berada dalam lingkungan mainan harian mereka. Islam hadir membawa sinar cahaya bersama Rasulullah SAW, menerangi terang benderang pelusuk dunia, bersama Wahyu, Sunnah, Ilmu, Iman, Amal sempurna semuanya. Bak kata omputih completed.
Ilmu itu pula merangkumi Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Fardhu Ain itu wajib setiap muslim dan muslimah mempelajarinya sedari kecil kerana ia merupakan asas paling basic untuk memahami Islam. Di dalamnya mengandungi pula ilmu berkaitan Tauhid@Aqidah, Syariah dan Akhlak serta pecahan-pecahannya. Manakala Fardhu Kifayah itu pula mengandungi ilmu seperti hal kedoktoran termasuk pergigian, perbidanan juga Arkitek, Businessmen, Pedagang, Pembuat alatan, Pakar Komputer dan pelbagai jenis pekerjaan lagi. Kedua-duanya mempunyai kepentingan terhadap ummah, perlu dipelajari demi meneruskan kesinambungan kekuatan umat Islam yang satu. Seorang lelaki mahupun perempuan memahami agamanya mendalam, dalam pada waktu yang sama turut terlibat dengan pekerjaan professional sudah tentu punya kekuatan tersendiri. Kenalkah anda dengan Ibnu Sina ( Avicenna ), Ibnu Rusyd ( Averros ), Al Jabir ( terkenal dengan pengiraan Al Gebra ), Ibnu Khaldun, Ar-Razi?. Sesungguhnya banyak lagi tokoh Islam terkenal pakar segala bidang menguasai dunia ketika itu. Berkat ketekunan individu dengan ilmunya terhasil satu anjakan dikalangan ummah.
Ust.Hakimi memberi penerangan...
Diari sehari
Untuk menjadi celik dari buta semestinya kita harus berusaha memahami serta mendalami ilmu itu sebaik mungkin. Tidak kira apa jua bidang asalkan memberi kebaikan kepada umat Islam itu sendiri. Bagi memenuhi keperluan itu, Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta ( DPMT ) dibawah Exco Penerangan dan Penerbitan julung-julung kalinya telah mengadakan program berbentuk Kursus Hardware dan Software Komputer. Saya tidak melepaskan peluang keemasan ini lantas mengikuti kursus diadakan sepanjang seharian semalam ( 31 Julai 2008 ). Kehadiran peserta seramai 21 orang mahasiswa termasuk 6 AJK terlibat menambahkan lagi keceriaan program yang telah bermula dari jam 10:30 pagi berakhir pada jam 7 petang. Segalanya berjalan lancar hasil penerangan mantap dari Ust.Hakimi Mustapai penuntut kuliyyah Qira’at Tanta dimulakan dengan penerangan Hardware Komputer, Asas Adobe Photoshop, Microsof Word, Excel, Powerpoint, Publisher, Swiss dan berakhir dengan penerangan membuat Blog. Ramai peserta mempamerkan rasa puas hati hasil penerangan serta jamuan yang disediakan. Alhamdullilah. Turut hadir sebagai perasmi program tersebut ialah Ust.Dzulhelmi merangkap Exco Pendidikan dan Penerbitan.
Peserta khusyuk mendengar penerangan...
Jatuh cintaku padanya
Mula jatuh hati pada Si Dia telah pun berputik semenjak dibangku sekolah lagi. Terus menerus selepas tamatnya SPM saya dilamar untuk menemaninya setiap hari. Wahh, cinta pada siapa? Jawabnya, cinta pada dunia IT, jatuh hati pada PC. Selepasnya tamat peperiksaan SPM saya mengenali seorang cikgu ( Guru Sek.Men Jerai, Kupang ) bernama Cikgu Azmi. kemudiannya, diminta olehnya untuk menjaga kedai Cyber Café miliknya bertempat disimpang 3 Jerai. Sebuah kedai menempatkan beberapa PC itu memulakan perkenalan saya dalam dunia IT, malah Cikgu Azmi ada mengajar beberapa perkara asas penggunaan komputer. Disitu saya mula mengerti apa itu komputer. Rentetan dari situ, saya mendapat tawaran menempatkan diri sebagai pelajar Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin ( KUSZA ) yang turut mengajarkan beberapa subjek asas-asas komputer. Mengerti serba sedikit. Melangkah kaki ke bumi anbiya’ pada mulanya saya fikir sudah tentu komputer akan dilupakan. Masakan tidak, pada kotak fikiran saya ketika itu menggambarkan Mesir sebuah Negara padang pasir, rumahnya batu bata sahaja, unta berkeliaran sana sini. Namun fikiran itu meleset sama sekali. Rupa-rupanya hadirnya ke sini pelbagai pengalaman berguna menjengah tiba, ilmu bermacam-macam didapati walaupun tidak seberapa melekat dihati tetap bersyukur ke hadrat Ilahi. Alhamdulillah. Firman Allah SWT :-
قل لو كان البحر مدادا لكلمت ربى لنفد البحر قبل ان تنفد كلمت ربى ولو جئنا بمثله مددا
Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." ( Al-Kahfi : 109 )
Kesimpulannya
Celiklah kerana buta itu menyebabkan anda ketinggalan. Era globalisasi bukanlah zaman diberi tongkat untuk bersandar senang, bukan jua zaman anda membacakan syair meratap ditepi jendela dimalam hari menanti bulan jatuh keriba. Kejar ilmu duniawi ukhrawi sedaya mungkin pasti kamu beruntung dunia akhirat kelak. Insya’Allah.
Wallahhu a’lam
Ibnurashidi
2:30AM, 1 Ogos 2008,
Siberbay.
"Orang memberi kita menerima, luangkan sedikit masa anda untuk memberi setelah menerima..."
12 komentar:
Assalamualaikum Ibnurashidi....
Akak dah jawab soalan tentang tag tu yea..
salam ust farid..
patutlah ramai pelajar mesir dr Tanta suka buat blog..
baguslah, share ilmu kan..:)
Wa'alaikumussalam Akak..
Trima kasih byk2 ya sudi jawab psl tag tu:)
Wa'alaikumussalam kepada siapa pun anda..
a'a, tahun muncul agak ramai blogger dari Tanta. Semoga Ilmu yg dicurahkan sama2 mendapat manfaat disisi Allah Ta'ala:)
salam...rmai skrg yang ade ilmu tapi bute dlm memberi..nak share pngalaman ckit ekk..izinkan ye penulis :-)..
kat sek da kls peralihan yg smua pljrnya cina n india..1 hari da bberapa org pljr dtg tnye saya npe org mlayu bc doa dlu be4 mula kelas n nape bc yassin ari jumaat..
saya jwbla skdr t'mampu n ade gak seglntir muslim xske dgn p'tnyaan tu n jwb 'jgn byk soal'.pesalahnye jwb elok2..kan ke kite ade ilmu..jgnla jd kedekut smpai rela 'bute'...
1 more thing..skrg org dh xagungkan tokoh islam..pada rem,aja baru xlangsg di warwakan tokoh2 agung kite..bagi mereka seolah2 xde makne..agung lagi britney spears,the rock..berdsrkan pengalaman kt sek..
emm..salah sape?
Wa'alaikummussalam Nur Syahadah..
Teringat lagu dendangan Far-East:)
Itu masalahnya dikalangan masyarakat umat Islam. Bila dipersoal oleh non-muslim pelbagai persoalan, kita kecundang. Jadi blur tak tau nak jawab apa, last sekali ditengkingnya balik. Bayangkan jika anda berjaya mnjwb secara berhikmah, mana tahu ALLAH menurunkan hidayah di dalam hatinya utk memeluk Islam berkat penerangan anda yg berhikmah. Nescaya ganjaran berlipat kali ganda menanti anda..Insya'Allah. Kita berusaha Allah menentukan..
Macammana nak menjadikan tokoh Islam sebagai role model sedangkan pemimpin Islam itu sendiri mengikut telunjuk barat?nama sahaja Negara Islam, tapi kehidupan jauh lari dari landasan sebenar. Lebih teruk lagi ada pemimpin Islam sanggup menjahanamkan umat Islam sendiri dengan cara halus.
Jadi tak mustahil sekarang wujud pelbagai kronologi-kronologi barah sooo..sial dalam masyarakat yg tiada kesudahan. Budaya mengagungkan artis barat sudah menjadi biasa, artis kita sendiri sudah berjaya membogelkan diri seiiring dengan artis kafir. Nahh, siapa silap?mak bapak?masyarakat?negara?..jawapannya..semua terlibat.
P/S : Ikut agama manusia jadi tak silap Insya'Allah:)
Salam buat ibnurashidi..
Terima kasih kerana berkongsi ilmu yang ada...kerana ilmu yang dipergunakan orang itulah yang akan menolong kita di akhirat kelak...
Salam perkenalan dari akak
Wa'alaikummussalam kak Lady..
Sama-sama, sikit je skdr yg ana tau bolehlah dikongsi. Kak lady kalau ada apa2 info boleh juga dikongsikan bersama. Semoga pakat2 dapat manfaatnya.
Salam perkenalan juga..:)
Salam...
Umat akhir zaman lebih cenderung dengan duniawi kerana tebalnya nafsu yang menyaluti hati. Sungguh menakutkan...
Ilmu yg ditimba tidak seimbang antara dunia dan akhirat. Sudahnya ada yg sesat dalam terang.
'Ya Allah... lindungi daku dari kejahatan yang ada dalam diri dan kejahatan pd ciptaanMu yang lain... Berikan dunia utk ku sekadar yang aku mampu menanggungnya... jangan sampai aku terleka dan tenggelam oleh nikmat yg sementara.'
Wa'alaikummussalam..
Pandai ya kak su bermadah pujangga:)
Tebalnya nafsu menyaluti dek kerana persekitaran diserabuti, maka hati menjadi mati, manusia mencari-cari arah kesana kesini, dimanakah cahaya nur ilahi?
Ilmu ditimba sekadar menjadi ukuran utk kerja, mencari nama utk dijaja, dimata hati nafus pun beraja, terasa dunia dia yang punya, mulalah mencari kesalahan manusia.
Ya Allah ya tuhan kami, berkatilah perjalanan hidup kami, hanya setitis doa dari diri, buatmu ya Ilahi, semoga Umat Islam kembali menguasai, demi tertegak Islam yang suci..aminn..
Post a Comment