Beza Anak Dara Dan Janda
Wednesday, July 30, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
“Anak gadis ini telah terpaksa menikahi seorang lelaki bukan pilihannya. Atas dasar itu, ibu bapanya menyuruh berkahwin dengan seorang lelaki pilihan mereka. Namun wujud ketidakpuasan hati anak gadis tersebut kemungkinan dia telah pun jatuh hati kepada lelaki lain, ataupun sememangnya beliau tidak sukakan lelaki tersebut. Dalam dilema hati memberontak, kerana tidak mahu dilabel anak derhaka langsung dipersetujui.”
Berdasarkan kepada permasalahan seperti di atas, ramai kadang-kadang terkeliru bagaimana untuk menyelesaikannya. Baik dari pihak ibu bapa mahupun anak gadisnya. Bagi menyelesaikan masalah tersebut ada baiknya kita perlu merujuk kembali kepada hukum ketetapan syariat yang telah digariskan oleh Ulama’ terdahulu dan kini.
Melihat kepada perkara tersebut, wujud hubung kait soal menentukan hukum sebenar. Oleh itu, dalam menentukan kedudukan hukumnya bolehlah kita bahagikan kepada 2 bahagian. Antaranya persoalannya ialah :-
Bagi wanita yang bergelar janda Wali Mujbir (Bapa dan Datuk) tidak berhak mengahwinkannya melainkan atas keizinan wanita tersebut. Dengan kata lain, janda itu berhak ke atas dirinya sendiri menentukan siapa lelaki bakal bertakhta dihatinya. Ini berdasarkan kepada Sabda Baginda Rasulullah SAW :-
Ini kerana janda itu telah pun mempunyai pengalaman dalam bidang perkahwinan berbanding anak dara. Dia juga tidak rasa malu untuk berterus terang. Lebih-lebih lagi ianya memberikan peluang kepada janda tersebut memilih dan menerima calon suami mengikut kesesuaian dirinya supaya tidak lagi berlaku penceraian.
Adalah digalakkan dan lebih afdhal sekiranya wali mujbir itu meminta keizinan dari si anak dara itu terlebih dahulu. Ini bertujuan kerana menghormati serta menyenangkan hati wanita itu dalam memberi pilihan.
Namun begitu, dari segi hukumnya bapa dan datuk sememangnya berhak mengahwinkan anak dara itu tanpa meminta keizinannya. Berbeza dengan si janda tadi yang mana mereka tidak berhak mengahwinkan dengan lelaki tanpa keizinannya.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa syarat digariskan Ulama’ sekiranya wali mujbir ingin mengahwinkan anak daranya. Antaranya :-
Jika syarat itu sudai mencukupi maka tidak menjadi masalah sekiranya wali mujbir itu mahu menikahkan anak daranya kepada lelaki tersebut. Jadi anak dara itu hendaklah mengikuti kehendak walinya kerana wali lebih mengetahui perihal anaknya. Oleh kerana kasih dan sayangnya terhadap anaknya wali tadi sudah tentu mencari calon yang sesuai serta baik.
Sekian, wallahua’lam.
1.Hukum ke atas seorang janda.
2.Hukum ke atas anak dara.
Apakah hukum sekiranya si wanita itu ialah janda?
Bagi wanita yang bergelar janda Wali Mujbir (Bapa dan Datuk) tidak berhak mengahwinkannya melainkan atas keizinan wanita tersebut. Dengan kata lain, janda itu berhak ke atas dirinya sendiri menentukan siapa lelaki bakal bertakhta dihatinya. Ini berdasarkan kepada Sabda Baginda Rasulullah SAW :-
لا تنكح الأيم حتى تسـتأمر ولا تنكح البكر حتى تستأذن قالوا يا رسول الله وكيف إذنها قال أن تسكت
“Janganlah kamu mengahwinkan janda melainkan setelah mendapat keputusannya. Jangan kamu mengahwinkan janda melainkan setelah mendapat keputusannya. Jangan kamu mengahwinkan anak daramu melainkan setelah kamu meminta izin daripadanya. Sahabat Nabi bertanya : Wahai Rasulullah!Bagaimanakah dia mengizinkannya? Baginda menjawab : Dia diam.”
الأيم أحق بنفسها من وليها
“Janda lebih berhak terhadap dirinya daripada walinya. Bagi anak dara pula, kamu hendaklah meminta izinnya dan keizinannya ialah diamnya”.
Ini kerana janda itu telah pun mempunyai pengalaman dalam bidang perkahwinan berbanding anak dara. Dia juga tidak rasa malu untuk berterus terang. Lebih-lebih lagi ianya memberikan peluang kepada janda tersebut memilih dan menerima calon suami mengikut kesesuaian dirinya supaya tidak lagi berlaku penceraian.
Apakah hukumnya pula sekiranya wanita itu anak dara?
Adalah digalakkan dan lebih afdhal sekiranya wali mujbir itu meminta keizinan dari si anak dara itu terlebih dahulu. Ini bertujuan kerana menghormati serta menyenangkan hati wanita itu dalam memberi pilihan.
Namun begitu, dari segi hukumnya bapa dan datuk sememangnya berhak mengahwinkan anak dara itu tanpa meminta keizinannya. Berbeza dengan si janda tadi yang mana mereka tidak berhak mengahwinkan dengan lelaki tanpa keizinannya.
Sabda Rasulullah SAW : “Anak dara mengikut suruhan ayahnya”
( Riwayat Muslim )
Walaubagaimanapun terdapat beberapa syarat digariskan Ulama’ sekiranya wali mujbir ingin mengahwinkan anak daranya. Antaranya :-
1. Tidak ada permusuhan ketara di antara wali dengan perempuan itu.
2. Perkahwinan itu hendaklah sekufu antara kedua mempelai.
3. Bakal suami hendaklah mampu membayar mas kahwin dan boleh menyegerakan bayaran mas kahwin.
4. Bakal suami itu tidak sukar membayar mahar.
5. tidak mengahwinkan kepada lelaki yang boleh memberi mudharat kepada kehidupan anak dara itu kelak serta bukanlah lelaki itu yang sangat tua tidak berkemampuan.
6. Menggunakan wang di dalam Negara tersebut.
Jika syarat itu sudai mencukupi maka tidak menjadi masalah sekiranya wali mujbir itu mahu menikahkan anak daranya kepada lelaki tersebut. Jadi anak dara itu hendaklah mengikuti kehendak walinya kerana wali lebih mengetahui perihal anaknya. Oleh kerana kasih dan sayangnya terhadap anaknya wali tadi sudah tentu mencari calon yang sesuai serta baik.
Sekian, wallahua’lam.
Rujukan :
- Muhadharat fi fikh as-Sadah as-Syafe’iyyah sanah salisah, oleh Doktor Khalifah Abdul Basit, Kuliyyah Syariah Wal Qanun bi Tanta.
- Fikh Manhaji Jilid 3 & 4 Bab kahwin, oleh Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.
Ibnurashidi
2:53 PM, 30 Julai 2008,
Siberbay
"Orang memberi kita menerima, luangkan sedikit masa anda untuk memberi setelah menerima..."
49 komentar:
slm 'alaik
kawin paksa boley bahagia ker
camna kita tak kenai pun hati budi ntah laki tuh baik ker jahat ker tol x?
wat ur opinion?
Wa'alaikumsalam..
Soal bahagia ke tak itu semua kita tak boleh nak nilai sebab perkara kahwin berlaku sebelum. Makna kata mungkin si anak dara tu belum kenal siapa bakal suaminya. Tetapi mungkin mak ayah perempuan tu dah kenal hati budi. Solah dan taat agama pula, jadi apa rasionalnya kalau perempuan tu nak melawan..ada faedah dikemudian hari.
Ramai anak gadis terkeliru hal mengenal siapa lelaki baik atau jahat. Perlu diingat, kata-kata sang lelaki itu manis biarpun dia seorang yang jahat. Ingin mendapatkan madu, si kumbang mula mengatur ayat2 cinta.:X Sehingga si gadis terjerat cinta bahkan ternoda.=(( Inikah lelaki yg baik? Cinta menyebabkan manusia buta hati buta segalanya. Hati-hati..
Lelaki yang baik bukan jenis buaya darat, jika dia inginkan gadis itu, ditakdimnya, jumpa ibu bapa, pinang terus kahwin. Tidak ada Istilah berfoya-foya sebelum kahwin.
Wallahhua'lam..
bagsu jawapn nta
okes, jgn lupa pi jumper mak ayah da yerk huhuhu gurau jer
salam'alaik
assalamualaikum...
salam perkenalan dari saya~
thanks for sharing this...
kalau boleh,sy berminat nk tahu something like cara nk pertahankan islam dari serangan kristian. thanks.
tak da mak ayh yg nk bg ank dpa kt org jht...so...pilhn parent tue adalh yg terbaik...mgkin tak serasi pd permulannya tp akn bhgia apbla dah bersama...si dara sblum diijabkabulkn cba untk clearkn fkirn dri memori2 brsma kkasih lama...bru tak dihantui kenangn lalu...mnta pendpt dri yg berpengalmn klau da smething yg berlaku...jgn cept wat keptsan sndri..insyaallah pelayaran bahtera akn smpai ke destinasi cinta abadi...
kepada are-u..
memandangkan ana pun blum kahwin lagi..jadi ana sahutla cabaran tu..insyallah sampai seru, ada jodoh ana praktik segala teori yg dipelajari:)
Wa'alaikumsalam Farah Aminuddin..
Semoga dengan perkenalan itu mendapat faedah berguna demi berkongsi ilmu dan tsaqafah..
Baik, berkenan cara nak pertahan serangan itu bergantung pula kaedah apa serangan diorang pakai..Insya'Allah, ana dah fikir sebelum ni nak tulis artikel gitu..tapi terlupa pulak..nanti ana tulis ya..insya'Allah biiznillah..
salam wufi..bertemu kembali ya..semoga enta ceria2 selalu;)
Pendapat yang bagus..sememangnya begitu. Kebanyakkan ana tengok perempuan ni kalo dah bercinta (minta maaf cakap,kdg2 tgk laki takla setara mana pun ilmu kemana rupa tak ada..harap ayat ja power)..fitrah perempuan ni begitu, jika diambil perhatian semestinya cair dibuai mimpi..
Ok, berbalik pasal bahagia..belum kahwin dah tahu bahagia@tidak. Bila dah set mind camtu, mcmmana nak bahagia. Jadi, minta pertolongan ALLAH SWT, nasihat org tua2..insya'Allah berjaya dan bahagia..:)
Salam Ibnurashidi...
Akak ada dua anak perempuan, rasa takut nak menghadapi saat dimana mereka dah jumpa pasangan & nak kahwin, rasa tak bersedia nak melepaskan mereka ketangan org yg tak dikenali..
salam'alaik
owh ana wish u gdluck yerk
apa yg kita susah nak dapat tuh
pasti berkualiti kan? okes
salam. benarkah pendapat mengatakan anak dara yang berkahwin tp tdk mendapat restu orangtua memungkinkan perkahwinannya tidak bahagia??Umum lebih mempercayai bahawa restu orang tua adalah wajib sebelum bernikah..
Salam,
Erm... Boleh kak su dapatkan sedikit pengesahan?
Dinyatakan yg diam itu tanda setuju, dan perkahwinan dijalankan oleh ayah itu sah walaupun dipaksa. Tapi jika dia (anak dara) berkeras tidak bersetuju tapi dikahwinkan juga oleh walinya, apakah sah perkahwinan tu? hehe... macam ruangan soal jawab agama la pulak.
Bercakap ttg perkahwinan, hanya satu yang terlintas di fikiran kak su.
'Cinta selepas akad akan menjadikan perkahwinan satu ibadat'
Jika itu yang dipegang, insyaAllah hati lebih mudah menerima jodoh yang datang. Bergantunglah pada Allah untuk petunjuk, serahkan segalanya pada Dia dan pasti segalanya akan jadi sempurna dengan bantuanNya.
Tak kira janda atau anak dara, segalanya mampu bermula kembali. Paling penting betulkan niat. Jika niat kerana Allah, pasti kita lebih tahu siapa yg perlu kita turuti dan apa yang perlu dipilih...
Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Lalu ikutlah minda.... minda yang meneliti setiap firman Allah dan sabda Rasulullah sebagai pedoman dalam membuat pilihan. Semoga dengan itu bahagia dan tenang mampu digenggam, ditanam dan dibenam jauh kedlm lembah perasaan.
salam akh..
ada x khilaf dlm mslh di atas??
ente mmberi,
sudah ana terima..
:)
Wa'alaikummussalam Akak..
Alhamdulillah, rezeki kurniaan ALLAH ta'ala kepada Akak dan suami berupa anugerah anak-anak itu jangan disia-siakan. Permata paling berharga buat Akak sekeluarga dunia mahupun akhirat Insya'Allah. Sabda Rasulullah SAW :-
عن عائشة رضى الله عنها قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من ابتلى من هذه البنات بشيء, فأحسن إليهن, كن له سترا من النار (رواه البخارى ومسلم)
Maksudnya : Daripada Aisyah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikurniakan anak perempuan, maka hendaklah ia berbuat baik kepadanya, dan jadilah ia sebagai penegah daripada api neraka.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jagalah anak perempuan akak elok2 kerana sabda Nabi Muhammad SAW itu sememangnya benar. Lihatlah sekeliling anda sekarang, apa yang berlaku?
Hakim berkata: "Aku amat hairan kepada ibu bapa yang mengajar anaknya tentang peperangan, kekerasan, membalas dendam dan sebagainya. Sedangkan ia sama sekali tidak mengajarnya tentang kasih sayang, ramah mesra, lemah lembut dan segala kebaikan. Ketahuilah bahawa seseorang itu tidak mampu hidup dengan bahagia tanpa kasih sayang sekalipun ia memiliki apa yang diinginkan di dunia ini daripada harta dan sebagainya".
(Jawami' Fi al-Adab Fi Akhlak Al-Anjab : 47)
Berkaitan hal tersebut, kawan ana pernah mengalami kisah begini..sudah takdim (cop dulu) hampir ke gerbang perkahwinan akhirnya muncul lelaki lain dan melamar perempuan itu lantas ibunya menerima. Hancur luluh hati kawan tadi apakan daya dia masih belajar, lelaki tadi sudah punya harta sendiri.
Persoalannya untuk akak, apa reason akak sebagai seorang ibu kepada anak perempuan berkenaan hal itu?menerima bakal menantu kerana apa?harta, wang, ilmu dan agama, handsome, keturanan?:)
..................
Wa'alaikumsalam Are-U..
Semestinya berkualiti..JANGAN TIDAK TAHU MEMBEZAKAN KACA DAN PERMATA..buah nangka berbalut dan buah nangka tidak berbalut..mana lebih berkualiti?:D
.......................
Wa'alaikummusalam Whitetulip...
"..benarkah pendapat mengatakan anak dara yang berkahwin tp tdk mendapat restu orangtua memungkinkan perkahwinannya tidak bahagia??Umum lebih mempercayai bahawa restu orang tua adalah wajib sebelum bernikah.."
Ini dikatakan dilema..dalam situasi begini, ibu bapa juga perlu berfikir. Lelaki bagaimana mereka terima sehingga tidak mahu merestui anak daranya sekiranya berkahwin lelaki lain?adakah adil membiarkan anak daranya berkahwin dengan lelaki tidak tahu agama, tidak layak menjadi pemimpin?adakah berlaku adil terhadap anak daranya jika dia memilih lelaki muslim sejati?
Jika berlaku sebaliknya, sudah tentu anak daranya salah menderhaka ibu bapa yang baik.
Diharap memahami..
Wallahhua'lam..
Wa'alaikummusalam Kak Su..lama tak nampak ya, sibuk agaknya.
"...Tapi jika dia (anak dara) berkeras tidak bersetuju tapi dikahwinkan juga oleh walinya, apakah sah perkahwinan tu?..."
Baik, jawapannya tetap SAH jika cukup rukunnya:-
1.Sighah (lafaz ijab qabul)
2.Isteri
3.Suami
4.Wali (Ayah dan Datuk@jika tidak ada, wali Sultan)
5.Dua orang saksi.
Hal terpaksa atau tidak bergantung budi bicara, jika lelaki baik apasalahnya anak dara itu menerima bukan?Degil tidak kena tempat membawa masalah namanya:)
Iya..mungkin Kak su lebih arif hal cinta lepas kahwin agaknya?:D..terima kasih atas pendapat bernas itu..Kullu am wa antum bikhiar..
Wa'alaikummussalam Ultrapower...
Bila terima hanya ucapan terima kasih mampuku hulurkan..semoga penerimaan itu membawa makna..
Mengikut rujukan ana semua mazhab sepakat bahawa wali berhak mengahwinkan anak lelaki dan perempuan kecil melainkan Syafe'i dan Hanbali mengkhususkan perwalian ini hanya terhadap anak perempuan kecil masih perawan, tidak pada perempuan kecil yg sudah janda..
(Lihat Ibn Qudamah, Al-Mughni, jilid VI bab Al-Zawaj)
Wallahhua'lam..
Salam...
Harta & rupa bukan ukuran, akak sentiasa berdoa agar nak2 mendapat jodoh lelaki yg bertanggungjawab dalam semua segi, menyanyangi seperti mana kami menyayangi mereka dan suami yg dapat membimbingnya menjadi isteri & ibu yg baik, insyaAllah..
Wa'alikummussalam..
Baguslah akak berpendirian begitu, semoga impian akak tercapai. Walaubagaimanapun, akak mesti starting dari awl supya kelak tidak berterabur jadinya. Maksdnya tanamkan sifat2 begitu supaya mereka tidak menganggap harta dan rupa berada dihadapan..:)
salam..
semua anak dara takut kalo perkara "kahwin paksa" diutarakan...sbbnye xnak jadi gitu..biarla dgn pilihan sendiri yg kita dah kenal hati budi... btlx ibnurashdi?insyaalah..
salam..
semua anak dara takut kalo perkara "kahwin paksa" diutarakan...sbbnye xnak jadi gitu..biarla dgn pilihan sendiri yg kita dah kenal hati budi... btlx ibnurashdi?insyaalah..
kadang2 banyak benda yang kita xjangka berlaku..cthnye bercinta ngan org lain berkhwn ngn org lain..bagi sape2 yang t'kne g2 mst xpnh t'pk akn t'jdnya g2 kan..smoga tabah n menerima takdir ALLAH
Wa'alaikumussalam..
Sebagai penambahan, bukan setakat wanita itu saja kenal hati budi dan berkenan bahkan org tua juga seeloknya begitu barulah mendatangkan bahagia. kahwin paksa dalam konteks menerima lelaki baik ada eloknya. Lelaki tidak cukup syarat itu yang kurang elok:)
Kepada Nur syahadah..
Seeloknya kahwin+Cinta insya'Allah tak timbul kes begitukan?kadang2 cinta ni dia spesis pelik sikit..ada yg memudharatkan ada yg menyenangkan..entahlah, susah nak faham apa itu cinta..
salam ust farid
em..betullah...cinta tu pelik
apa erti cinta ek?:p
Salam eureka..
Erti cinta?ana pun krg pasti. Mungkin boleh rujuk kamus Dewan agaknye?:D
Salam...
Terima kasih sbb jawab soalan kak su. Jelas dan terang... Memang boleh bukak ruangan soal jawab agama lah... Tapi tak boleh buka ruangan soal jawab cinta... sbb makna cinta pun masih kabur. kekeke...
'Cinta selepas akad menjadikan perkahwinan itu satu ibadat' Mestilah begitu sbb bila dah kawin, masak utk suami pun boleh pahala. Kalau masak utk kekasih, abih-abih canggih, dapat pujian je... tul tak?
Wa'alaikummussalam..
Alfu Syukran, itu yang ana harapkan. Bila pembaca faham dan jelas, sudah memadai serta gembira dihati. Ruangan soal jawab cinta?wahh, perlu difikirkan, memang masih lintang pukang memahami erti cinta pada wanita. Mungkin kahwin nanti lebih arif kot. Tak gitu kak su?
Betul tu, setiap perlakuan isteri kepada suami suma dikire ibadat. Nak masuk syurga bagi isteri amatlah mudah kalau mengerti. Tapi ramai yg lebih suka memilih cara ke nerakakan. Itu masalahnya, kena fikir balik.
Assalamualaikum warahmatullah...
Dari hukum anak dara dan janda, lanjut terus kepada hal cinta.
Cinta itu bukanlah rumit seperti yang di sangka. Namun, ana tak menafikan definisi dan fahaman pelbagai tentang cinta. Ada pepatah popular yang menyatakan cinta itu buta, namun jauh dari itu ana rasa bukanlah cinta itu yang buta, tetapi hati itu sendiri. It wasn't the eyes that are blind, but the heart.
Cinta itu ringkasnya suatu penyerahan kepada suatu yang memang konfem hak kita. Ana suka tegaskan bahawa, muslimah cintanya pada yang Hak. Siapa yang berhak itu sudah terjawab di atas.
Mahalnya suatu cinta jika kita benar-benar menyelaminya dari dasar syariat. Cinta yang begitu mudah terungkap itu bukanlah tiada nilainya, cuma jika ia terlafaz pada yang bukan hak, maka itu suatu pengkhianatan kepada cinta hakiki.
Apapun, cinta selepas akad itu lebih di redhai ALLAH swt. Muslimah itu menyerahkan segenap rasa cinta selepas berkahwin kerna yakinnya dia pada insan pilihan ALLAH swt, yang telah di tentukan buat sama melayari hidup bertuhan adalah yang terbaik buat dirinya.
wallahua'lam. Maaf kalau melalut.
Wa'alaikummussalam NahwanNur
Penerangan erti cinta yg menarik. Memang itulah realiti yg berlaku sekarang.
Bercakap hal cinta ni macam-macam forum, ceramah dah diadakan. Ada yg memahami dan ada pula masih samar. Sehingga Istilah cinta itu digunakan untuk dijadikan tiket pemuas nafsu sang kumbang ke atas si bunga. Hilang seri, hilang layunya. Yang tinggal hanyalah daun dan akar menanti hari rebah ke bumi. Kerana angkara kumbang kesian si bunga. Habis sepah madu dibuang. Tetapi kamu wahai muslimah tidak mengerti hal ini?kenapa kamu sanggup menggadai maruah demi setitis cinta fantasi?kepada lelaki, mengapa kau begitu durjana terhadap wanita?tidakkah kamu sedar ibumu, kakakmu, adikmu, nenekmu juga seorang wanita?fikirlah..saya yakin anda sudah matang.:-L
salam ust farid
tahniah..
eh sorry, silap lending la..huhu..
takpeje komen n ucap kat mana2 pun..
Trima kasih ya Anonymous smga anda juga berjaya dalam exam dan habiskan tahun akhir..:)
zidni "Emm... macamane kalau anak dara nak kawin tapi malu nak gtau pada parents yer?"
Jika malu mungkin anda boleh gunakan cara kiasan ataupun melalui orang tengah. Contoh kami diMesir pelajar Malaysia ada tubuhkan unit Bait Muslim, jadi tak kira lelaki ataupun perempuan boleh isi borang dan Mark (takdim) sesiapa yg beliau nak. Mungkin cara tu boleh anda amalkan barangkali:)
Ala...
kalau macam tu nak guna bait muslim kat mesir la.. boleh dapat orang mesir...
hihihi...
Gurau jer ustaz..
=)
Tapi nak guna bait muslim pun mesti ader perantaraan yang kiter kenal kan?
kalau kiter tak der yang kenal, ustaz yang jadi pengantara bole?
ohhh, dipersilakan boleh ja nak guna bait muslim mana2 pun asalkan bahagia.
Semestinya begitu, kena ada orang tengahla baru senang urusan. Mana boleh pandai2 sendiri nanti jadi lain pulak. Waahh, ana nak jadi camna ana masih stay kat sini. Tapi kalo nak ustaz katsini boleh ana tolong daftarkan ya..amacam?:)
............
salam..
saya pun takut kalu dikawen paksa...
:D
salam ukhwah. salam perkenalan. maaf, bru sempat jenguk blog akh. terima kasih kerana masuk blog ana yg x berapa 2.
Wa'alaikummussalam neem..
Biasanya dipaksa kerana ada masalah, ada peristwa tertentu menyebabkan mrka dipaksa. Insya'Allah ibu bapa juga memahami isi hati anaknya:)
sama-sama, tak apa.
SALAM
THANKS..ALL DA BEST TOO..
Salam..
Sama-sama eureka..semoga antum diredhai Allah SWT..:)
salam..
sebenarnya bukan dipaksa atau rela hati yang perlu dipersoalkan.tapi keberkatan sesebuah perkahwinan itu yg perlu dinilai.keberkatan tu hnya datang dari keredhaan Allah.keredhaan Allah pula terletak kepada keredhaan kedua ibu.Apabila Allah meredhai dan mmberkati sesebuah perkahwinan itu,maka secara tak langsung,Allah akn hadiahkan kebahagiaan wat mereka kerana Allah lah pemilih kebahagiaan dan DIA berhak memberi dan menarik balik (na'udzubillah) kebahagiaan itu.
-hanya sekadar pendapat peribadi dan nasihat untuk diri sendiri juga-
Wa'alaikummussalam..Ice lemon
Betul apa yang diucapkan, keberkatan itu penting dalam sesebuah perkhwinan demi asas sbuha kebahagiaan. Tetapi apa yg sy maksudkan dengan artkel diatas ketika berlaku paksaan bagaimana dan apakah cara penyelesaiannya.
Walaubagaimanapun, anak yang baik tidak akan melawan ibu bapanya. Semoga anda juga begitu, Insya'Allah:)
P/S : Bagaimana pula mrka yg nikah dingra selain Malaysia?ada sapa2 nak jawab?
..........
Salam...
Untuk adik-adik sekalian ,dicadangkan membaca "Aku Terima Nikahnya" karya Ustz Hasrizal(www.saifulislam) untuk kefahaman yang mendalam. Bukan nak promote tapi untuk dikongsi manfaatnya melayari hidup dalam rahmat&kasih sayang-NYA. moga diberkati semuanya...AMIN
Salam Ucu LIna..
Saya ada dengar buku tu, tapi memandangkan jarak antara 2 benua agak jauh jadi tergendala untuk membacanya. Syukran di atas perkhabaran..
saya pulak, bla kawin nanti biar ikut org tua je. sbb sy tgok padah jer dapat bla xdengar nasihat org tua ni. itula untung anak bongsu.biar la jiwa muda mcm mana pun, yg pasti bla tba bab kawin ni, sy syorkan serahkan pada yg pakar(makbapak).
mata ibubapa ibarat spotlite, boleh suluh dalam hati bakal menantunya.
Just wondering...
Baguslah, saya lebih suka kalau ini persepsi anak kepada orang tuanya. Semoga Ibu Bapa anda memilih bakal menantunya dengan bijaksana beriman Insya'Allah.
hmmm bgus juga tu..
bg sy, sy kwn dlu..kmudian dia akn kenalkn diri pd mak ayah sy..
pstu x kesah la brp ramai pn..smua sy anggap mcm kwn..
sbb nye di hujung2 nt..mak ayah sy yg akn wat keputusan...
mak ayah je yg tahu ape tbaik utk anak dia..
pd sy, x salah kite kenalkn kwn kite pd mreka...
klu mreka x suke, cr org lain n so on..
xde istilah riaw x jmpa jodoh klu cmni kn.. :)
lgpun, org skrg da x pndg rupa sgt :)
ust farid pn ckp agama tu yg pnting kn..ehehe
oh ya ust farid..
klu ppuan takdim laki cmne ye? :D
DrAlia...
Benar, agama itu penting. Rupa mengikut taste masing-masing. Ada manusia mengatakan yang itu lawa sedangkan ada manusia mengatakan bagi dia itu tidak lawa. Jadi taste itu berbeza.
Seeloknya dalam bab begini bagi seorang perempuan elok dirujuk kepada Komuniti Bait Muslim atau keluarga sendiri.
Kalau perempuan takdim lelaki?Insya'Allah kupasannya akan muncul nanti.
Post a Comment