Ada Apa Dengan Rejab? ( Bahagian 2 )

Tuesday, July 29, 2008


Perang Tabuk 

Peperangan ini telah berlaku pada bulan Rejab tahun kesembilan Hijrah bersamaan dengan 631 Masihi. Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Antaranya ialah 10 ribu tentera berkuda ke Tabuk yang terletak di antara Syam dan Hijjaz. Peperangan yang digelar ‘Ghazwatul Asrah’ ini akhirnya tidak berlaku kerana ketakutan dan kegerunan tentera Rom yang dipimpin oleh Raja Heraclius terhadap keberanian dan kekuatan tentera Muslimin.Turut bersama dengan tentera Rom untuk menentang kekuatan tentera Muslimin ialah dari golongan bangsa arab beragama Nasrani berasal dari Kabilah Ghassan, Amalah, Jazam dan Lakham. Mereka seterusnya berkubu di sebuah perkampungan kecil dalam wilayah Damsyik yang mana terletak di antara Syam dan Wadi Qura’ bernama Balqa’.


Dalam peperangan ini menyaksikan pengorbanan yang begitu tinggi dilakukan oleh para sahabat Nabi dan muslimin yang menyertai. Contoh yang boleh diambil ialah dari kalangan beberapa org sahabat Nabi seperti Saidina Abu Bakar telah mengorbankan kesemua hartanya berjumlah 40 000 dirham. Saidina Uthman pula telah mengorbankan harta yang begitu banyak sehinggakan mampu membiayai satu pertiga daripada keperluan tentera Muslimin ketika itu. Manakala Saidina Umar menyerahkan separuh hartanya.


Kerana sayangkan Islam, kerana ingin bersama-sama junjungan mulia, kerana mengejar syahid fisabilillah, umat Islam ketika itu rela bekorban segala-galanya. Malah harta, keluarga jiwa dan raga sanggup dipertaruhkan. Kerana apa wahai saudara-saudariku?!tidak lain tidak bukan demi mempertahankan Islam agama Allah SWT. Bagaimana kita sekarang?menderma RM1 pun sudah terasa berat inikan separuh dan seluruh harta peribadi. Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang Islam hasil titik peluh golongan pertama bersama Nabi Muhammad SAW dahulu. Sungguh beruntung umat Muhammad. Sollu alan Nabi!Mari kita pula cuba pertahankan agama tercinta ini jika anda sayangkan Islam juga.



Al-Quran sumber utama, Masjid Al-Aqsa pernah menjadi Qibat pertama...


Pembebasan Baitul Muqaddis
 
Jerussalem merupakan kota Suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni Islam, Yahudi dan Kristian. Di dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangun oleh Nabi Sulaiman dan menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah. Ketika Nabi Muhammad Isra’, singgah dan solat di masjid ini sebelum Mi’raj ke langit. Nabi Isa as. juga dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerussalam ini.


Kota Baitul Muqaddis pada mulanya telah dibuka semenjak zaman Saidina Umar Al-Khattab RA ketika mana beliau menjadi Khalifah selepas Saidina Abu Bakar as-Siddiq Di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M). Ianya dapat direbut oleh kaum Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan persetujuan Uskup Agung Sophronius.


Oleh kerana umat Islam menjadi lalai dan timbul perpecahan dikalangan umat Islam dketika mana era pemerintahan Abasiyah. Maka golongan Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis. Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mara dan mengepung Baitul Muqaddis, tapi penduduk kota Suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Mereka telah berjuang dengan jiwa raga mempertahankan kota Suci itu selama satu bulan. Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ke tangan pasukan Salib, tercapailah cita-cita mereka. Berakhirlah zaman pemerintahan umat Islam di kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun berkuasa. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Bermulalah era kegemilangan Islam kembali di Kota Baitul Muqaddis. Namun sayangnya, disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahhari sekali lagi pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula berjaya menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.


Akibat kelalaian, kecelaruan pemikiran, wujud pelbagai aliran fikrah dan perpecahan yang teruk dikalangan umat Islam sebagai mana era pemerintahan Abbasiyyah menyebabkan sekali lagi kita terpaksa membayar harga yang mahal menyerahkan tanah suci Baitul Muqqadis kepada kafir laknatullah malah membiarkan darah umat Islam tertumpah tanpa sebarang tindak balas yang drastik. Malah umat Islam kini sanggup mempertahankan dan mengagungkan sistem barat kuffur demi mengaut secebis keuntungan duniawi. Inilah puncanya apabila kelalaian menusuk kalbu, penyakit cintakan dunia membelenggu umat Islam maka terimalah padahnya. Menjadi mangsa siapa?saudara seagama kita juga. 


Lahirnya Imam Syafie RH (150-204H / 769-820M)


Imam Syafe’i terkenal sebagai pengasas mazhab Syafe’I yang mana nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Idris As-Syafe’I Al-Quraisyi. Beliau lahir di Ghazzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Bertepatan pula kelahiran beliau dengan kewafatan Imam Abu Hanifah. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah.


Walaupun beliau hidup di dalam keadaan yatim dan miskin, ia tidak menyebabkan beliau rasa terhina, rendah diri dan malas. Malah beliau terus berusaha mempelajari ilmu Hadis dari Ulama’ Mekkah dan menghafaz Al-Quran semenjak kecil lagi. Pada usia 20 tahun beliau telah mempelajari ilmu Fikh dari Imam Malik. Lalu terus melanjutkan pengajiannya di Iraq di dalam bidang ilmu fikh dari anak murid Imam Abu Hanifah.


Pada tahun 198H beliau telah pergi ke Mesir dan mengajar di Masjid Amru bin Asr. Ketika di Mesir itulah beliau telah menulis hasil karya terkenal dalam mazhab beliau iaitu kitab Al-Umm serta beberapa buah kitab lain antaranya Amali Kubra, Kitab Risalah, Usul Fikh. Bahkan beliau adalah orang pertama mempelopori bidang ilmu Usul Fikh serta menyusun kaedah tersebut di dalam kitab-kitab beliau. Ketika di Mesir inilah beliau memperkenalkan Qaul Jadid sebagai panduan baru untuk pengikut mazhab As-Syafe’I khususnya. Beliau menetap di Mesir sehinggalah beliau wafat. Jenazah beliau disemadikan di Kota Kaherah dan seringkali dikunjungi pengunjung sehinggalah sekarang.


Begitulah serba sedikit riwayat hidup seorang abid lagi alim berkelana mencari ilmu sehingga berjaya memacu ummah malah memiliki sebuah mazhab masyur terkenal sepanjang zaman serta relevan digunakan sehingga ke hari ini. Bahkan mazhab Imam Syafe'i senantiasa bertambah pengikutnya dari semasa ke semasa berkat keilmuan yang tinggi dimilikinya. Serangkai Al-Fatihah buat beliau semoga ditempatkan bersama para anbiya' dan solehin.


Kesimpulan


Rentetan sejarah Islam sepanjang zaman yang berlaku disetiap bulan seharusnya dikaji dicarigali kerana untuk membentuk suatu tamadun Islam baru memerlukan pengetahuan sejarah nan silam. Jangan sesekali memperlekehkan sejarah kerana disana pelbagai pengajaran berguna boleh kita ambil sebagaimana sejarah yang berlaku di dalam bulan Rejab. Semua itu boleh dijadikan rujukan berguna kepada generasi baru dalam meneruskan kesinambungan Islam supaya tidak lemah selemah lemahnya dek globalisasi melanda. "Generasi baru tidak akan ada jika tiada generasi yang lama".






Rujukan: 
-Al-Fiqh ‘ala Al-Mazahib Al-Khamsah, oleh Muhammad Jawad Mughniyah.
-Sirah Nabawiyah Mujallid Awwal, oleh Dr.Ali Muhammad Muhammad As-Sollabi.
-Panduan lengkap kehidupan Muslim, oleh Haji Nik Azran Muhamed dan Warnidah Wan Abd Razak.
-www.al-azim.com/masjid/rejab/index.htm
-Tafsir Syamil Al-Quran.


Ibnurashidi
03:49 PM, 29 Julai 2008,
Siberbay.




9 komentar:

Akak said...

Salam....

Terima kasih berkongsi info & ilmu, banyak yg dapat Akak (yg kurang ilmu) pelajari disini, alhamdulillah.

Betapa besar dan mulia pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabatnya jika dibandingkan dengan kita2 nie.

Sayangnya Baitul Muqaddis & Masjid Al-Aqsa ditawan Israel, menyimpan keinginan untuk melihat Masjid Al Aqsa yg menjadi kiblat pertama kita..

Ibnurashidi said...

salam..

Takpe kak, org yang bagus apabila merasa dirinya kurang ilmu dan berusaha utk belajar itu lebih baik dari golongan yg jahil tetapi berlagak pandai sehingga menjadi bodoh sombong..teruskan bersama2 mencari ilmu..

Sudah tentu, pengorbanan mereka bukan calang nak dibanding dengan kita..Semoga kita juga ada rasa ingin mengorbankan harta, jiwa dan raga demi Islam tercinta..

Baitumuqaddis dahulunya menjadi qiblat pertama lalu sekarang Ka'bah qiblat kita..kita wajib pertahankan kembali al-aqsa dan umat Islam kerana ianya tempat suci bagi Islam..:)

Ibnurashidi said...

Sebelum ni ana ada tulis pasal Palestin..siapa2 yg belum berkesempatan baca boleh terus ke link :-

http://ibnurashidi.blogspot.com/2008/06/filem-itu-kita-pelakonnya.html

syukran:)

Whitetulip Tales said...

seronok baca tazkirah nih. Jika dibandingkan dgn pimpinan Nabi Muhammad S.A.W dgn yg sekarang nih memang banyak bezanya kan? semangat fisabilillah mengatasi segalanya. Tapi, sekarang ni..ada lagi tak semangat tu...

Anonymous said...

slm.nk tny,rsulullah ad ke bkata sunat posa rejab..besar phala suma?maf..sungguh diri ini jahil lagi..

Ibnurashidi said...

alhamdulillah, semoga seronak baca turut disertai jiwa merasa. Kepimpinan era nubuwwah amat jauh berbeza dengan pemimpin skrg bagai langit dengan bumi. Untuk menjadikan Nabi Muhammad sebagai role model juga susah inikan nak ikut sebijik2 pemerintahan sebagaimana negara Madinah dan Daulah khilafah ala' minhajji nubuwwah.

Semangat itu akan ada jika ada pemimpin spt Salehuddin Al-Ayyubi meniupkannya kembali..itulah dinamakan semangat JIHAD.

Ibnurashidi said...

Salam,

Insya'Allah ini sedikit jawapan kepada soalan yg bertanya..

Berpuasa dibulan Muharram (zul qa'dah, zul Hijjah, Muharram dan Rejab) adalah sunat secara umumnya seperti yg disebut dalam hadis sahih Muslim. Ini termasuklah bulan rejab. Namun Nabi s.a.w tidak pernah berpuasa penuh melainkan bulan Ramadan.

Riwayat dari Abi Daud dan lain-lainnya, dari Urwah, bahawa beliau telah bertanya Abdullah bin Umar (رضى الله عنها) ::

“Adakah Rasululah (صلى الله عليه وسلم) berpuasa dibulan Rejab?

Beliau menjawab:

“Ya dan baginda melebihkannya.”

Ibnu Umar mengatakannya sampai tiga kali.

Dan sesungguhnya Abu Qilabah telah meriwayatkan::

“Sesungguhnya dalam Syurga ada sebuah mahligai bagi sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab”.

Berpuasalah bagi mereka yg mampu kerana ianya juga sebahagian daripada sunnah Rasulullah SAW..Hal ganjaran dosa pahala Allah SWT berhak atas segalanya. Apa yang penting keredhaanNYA itu lebih utama.

Wallahua'lam...

nahwanNur said...

assalamualaikum...

ana tertarik dengan perkaitan perang tabuk dan baitul maqdis... ada dalam al-quran yang memperkatakan tentang perang tabuk yang ana rasa baik untuk sama-sama fikirkan dengan situasi umat islam sekarang;

Di antara mereka ada orang yang berkata: "Berilah saya keizinan (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus dalam fitnah." Ketahuilah bahwa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir" [at-taubah; 49]

Kisahnya, ada beberapa orang munafik yang tidak mahu menyertai peperangan ini dengan alasan khuwatir dengan akan tergoda dgn wanita Romawi. Namun sesungguhnya ALLAH swt lebih mengetahui tentang niat sebenar mereka dan turunlah ayat ini sebagai membongkar rahsia hati mereka bahawasanya mereka yang enggan pergi berperang itu adalah kerana kelemahan iman mereka sendiri dan alasan mereka itu hanyalah suatu fitnah.

Pengajarannya dapat dilihat seperti hari ini kita seakan banyak berdalih dalam turut sama membantu memperjuangkan hak islam di baitul maqdis.

Wallahua'lam

Syeikh yusuf al-qardhawi ada menyebut, andai kata semua kesatuan arab bersatu, maka baitul maqdis akan segera berjaya di tawan dan barat dan israel akan terus gerun dengan umat islam seperti dulu.

Walau kita bukan sebahagian dari kesatuan arab, tapi kita tetap saudara seagama.

p/s: maaf jika tiada kaitan dan lemah pendapat. Hanya teringin untuk memberi setelah menerima. Terima kasih berkongsi ilmu. jazakallahu khairan katsiraa

Ibnurashidi said...

Wa'alaikummusalam..


Alfu syukran diatas komentar yang diberi..enti telah mengingatkan kembali memori pengajian sewaktu tahun 2006 disini. Alhamdulillah, memang benar apa yang enti katakan. Ketika berlakunya peperangan Tabuk, ada segelintir sahabat Rasulullah SAW tidak menyertai peperangan tersebut. Diantaranya Ka'ab bin Malik. Insya'Allah jika diberi keizinan masa olehNYA, ana akan cuba ceritakan sirahnya..

Menyentuh hal kesatuan dan bersatu. Bersatu berlaku dalam banyak hal, ada kerana puak keturunan keluarga, ada melalui ikatan parti politik, Kumpulan pertubuhan, Assobiyyah, Nasionalisme, Ideologi. Diantara kesemuanya yang paling benar ialah kesatuan diatas nama ISLAM bukan atas nama bangsa atau parti politik. Sesungguhnya ikatan selain Islam pasti hancur lebur bak debu ditiup angin berlalu..


Wallahhua'lam...

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP