Disebalik Firakh Masywi
Friday, July 25, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Kebiasaannya seandai saya dan sahabat-sahabat saya keluar ke Bandar Tanta semestinya akan singgah ke mana-mana Restoren yang menjual pelbagai jenis makanan arab sebagai mengisi tentatif program tidak rasmi kami. Jika ditinjau cara masakan dan penyediaan makanan masyarakat arab kebiasaannya berasaskan roti itu mempunyai gizi yang seimbang. Ini kerana selain roti sebagai tambahan karbohidrat, terdapat daging ( ikan, lembu, kambing, unta atau ayam ) sebagai penambah protein dan sayur-sayur segar melengkapkan lagi zat-zat vitamin diperlukan tubuh badan kita. Jika hendak dibandingkan dengan cara penyediaan makanan pelajar-pelajar Malizi yang menuntut disini dirasakan jauh berbeza kerana biasanya kita akan melebihkan memakan nasi dari lauk dan sayur-sayuran ( Mungkin faktor jimat fulus ). Ini menyebabkan berlaku ketidakseimbangan zat-zat diperlukan badan.
Pada hemat saya selain faktor baka keturunan, makanan juga memainkan peranan penting kaum arab mempunyai saiz badan yang agak besar, tinggi serta kuat. Jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan masyarakat Asia tenggara yang kebanyakannya tubuh bersaiz kecil dan rendah. Selain itu, kaum arab kebiasaannya suka meminum susu sebagai makanan tambahan mereka. Saya ada bertanya seorang sahabat arab, beliau menjawab sejak kecil lagi masyarakat arab sudah terbiasa meminum susu kerbau segar . Jadi tidak mustahil berat badan beliau mencecah 100 kg lebih. Masya’allah! hampir dua kali ganda berat saya.
Berbalik kepada cerita asal. Pada malam (17 Julai 2008) setelah memberi sedikit barang di Ma’rad komputer yang terletak Awal Nuhas Tanta, sempat saya bersama seorang sahabat singgah disebuah restoren berhampiran Syari’e Sayyid Nawi. Macam biasa, menu yang dipesan set combo Firakh Masywi ( Ayam Panggang@Golek ). Mengandungi seekor, separuh atau serubu’ ( satu perempat ) ayam panggang, Aruzz ( nasi ), Shalatoh ( Sayuran campuran mengandungi tomato, daun sup, timun dll spt acar di Malaysia ), Makholil ( jeruk masam mengandungi lobak merah, lada, buah zaitun dll ) , Thohinah ( kuah kacang bewarna putih ditabur serbuk lada hitam ), Khudor ( kuah sup bercampur ketulan kentang ) dan Roti Ei’sh ( Makanan Utama Arab ). Saya sekadar memesan serubu’ ayam panggang serta set combonya kerana tak tidak termampu untuk menjamah seekor ayam berseorangan. Kebiaasannya harga di Tanta bagi serubu’ ayam panggang ialah LE7-LE8 manakala satu set combo dengan harga sekitar LE10 seorang bergantung juga kedai yang menjualnya. Insya’allah, saya yakin anda jamah sepinggan sudah mencukupi untuk bertahan semalaman dari kelaparan. Mungkin juga seharian.
Info itu ada ceritanya
Berbicara soal Firakh Masywi, teringat saya akan kisah ketika saya bersama seorang sahabat sewaktu selesai kuliah mingguan pengajian tafsir oleh Dr Abdullah Syazili di Masjid Uthaifah, Medan Sa'ah, Tanta. Selesai pengajian tiba-tiba tidak semena-mena perut berkeroncong pula, lantas kami berdua terus ke Restoren Firakh Masywi berdekatan. Memandangkan sebelum ini saya pernah ke Restoren tersebut ketika dibelanja seorang sahabat sempena menyambut hari lahir saya baru-baru ini. Jadi terasa ingin sekali lagi merasa, kerana masakannya agak sedap walaupun mahal. Pesanan dibuat tanpa melihat harga sebenar, 2 rubu’ Firakh Masywi dipesan bersama satu Makarona bil lahmi ( Makarona bakar bersama ketulan daging ) dan beberapa keeping Roti Ei’sh. Tanpa berlengah kami terus menjamah sehingga menjilat jari. Tiba waktu untuk bayar, saya pun tanyalah berapa harga semuanya. Dijawabnya Mama Arab tu “Kullu wahid wa asyrin wa nush geneh…” Maksudnya jumlah keseluruhan sebanyak LE21.50. Dengan rilex saya mengeluarkan duit sebanyak LE20. Alamak, rupa-rupanya itu je duit yang tinggal. Manakala sahabat saya bawa LE1 cukup-cukup untuk tambang bas balik. Saya tengok dekat papan harga makanan katanyatak tidak sampai LE19 semuanya. Macammana boleh silap kira. Mungkin caj perkhidmatan fakir saya. Dalam keadaan agak gabra mujurlah Ust.Fairuz dan Ust.Hadiyuddin kebetulan lalu disitu. Dapatlah kami selesaikan hutang tadi. Alhamdulillah, pertolongan Allah SWT ada dimana-mana. Terasa kelakar bila mengingat kembali kisah tersebut. Semoga dapat dijadikan pengajaran, pedoman dan pengalaman menempuh hidup mendatang.
Setiap kali membuka majlis semestinya ada penutupnya. Begitu juga setiap kali muqaddimah penulisan mesti ada penutupnya. Seingat saya kata-kata Cikgu Khutub ketika mengajar kami matapelajaran Bahasa Malaysia sewaktu belajar di Sekolah Menengah dahulu. Semoga dengan memberikan sedikit info ini sedikit sebanyak sahabat sahabiah mengenali perjalanan kehidupan kami di sini. Justeru itu, pengalaman sebenarnya mengajar erti hidup sebenar. Tanpa pengalaman manusia umpama pokok tidak berbaja, tumbuh segan mati tidak mahu. Oleh itu, disamping ilmu pengalaman harus seiring bersama sebagai bekalan kelak.
Satu set hidangan lengkap versi Tanta...
Firakh Masywi bersama pencicahnya (Thohinah)...
Nasi ( Aruzz )...nak macam nasi goreng tapi guna beras arab...
Shalatoh dan Makholil...
Info itu ada ceritanya
Berbicara soal Firakh Masywi, teringat saya akan kisah ketika saya bersama seorang sahabat sewaktu selesai kuliah mingguan pengajian tafsir oleh Dr Abdullah Syazili di Masjid Uthaifah, Medan Sa'ah, Tanta. Selesai pengajian tiba-tiba tidak semena-mena perut berkeroncong pula, lantas kami berdua terus ke Restoren Firakh Masywi berdekatan. Memandangkan sebelum ini saya pernah ke Restoren tersebut ketika dibelanja seorang sahabat sempena menyambut hari lahir saya baru-baru ini. Jadi terasa ingin sekali lagi merasa, kerana masakannya agak sedap walaupun mahal. Pesanan dibuat tanpa melihat harga sebenar, 2 rubu’ Firakh Masywi dipesan bersama satu Makarona bil lahmi ( Makarona bakar bersama ketulan daging ) dan beberapa keeping Roti Ei’sh. Tanpa berlengah kami terus menjamah sehingga menjilat jari. Tiba waktu untuk bayar, saya pun tanyalah berapa harga semuanya. Dijawabnya Mama Arab tu “Kullu wahid wa asyrin wa nush geneh…” Maksudnya jumlah keseluruhan sebanyak LE21.50. Dengan rilex saya mengeluarkan duit sebanyak LE20. Alamak, rupa-rupanya itu je duit yang tinggal. Manakala sahabat saya bawa LE1 cukup-cukup untuk tambang bas balik. Saya tengok dekat papan harga makanan katanya
Gambar set combo Versi Zaqaziq agak berbeza hidangannya dengan Tanta..diambil sewaktu berkunjung ke Zaqaziq...
Kesimpulannya
Setiap kali membuka majlis semestinya ada penutupnya. Begitu juga setiap kali muqaddimah penulisan mesti ada penutupnya. Seingat saya kata-kata Cikgu Khutub ketika mengajar kami matapelajaran Bahasa Malaysia sewaktu belajar di Sekolah Menengah dahulu. Semoga dengan memberikan sedikit info ini sedikit sebanyak sahabat sahabiah mengenali perjalanan kehidupan kami di sini. Justeru itu, pengalaman sebenarnya mengajar erti hidup sebenar. Tanpa pengalaman manusia umpama pokok tidak berbaja, tumbuh segan mati tidak mahu. Oleh itu, disamping ilmu pengalaman harus seiring bersama sebagai bekalan kelak.
Ibnurashidi
12:30 PM, 25 Julai 2008,
Siberbay.
36 komentar:
assalamualaikum..
tu lah, lain kali tengok harga dulu baru order..sebagai pengajaran utk semua..hehe
ust farid makan banyak ek..macam best je makanan2 tu..:P
Salam testing..
Salam..Ni Da kan?
Entahla, mcmmana blh ana lupa tnya hrga brpa. Sbb sblum2 ana dh pnah mkn dgn Us.Baim (BP PMRAM) dia tnya hrga dlu. Ana tak makan byk mana pun,kena sepinggan dah kenyang. Kalau dua pinggan jadi kekenyangan pula:-).
Sungguh, ia menjadi pngalaman manis dalam pahit buatku.
Dari segi rasa, alhamdlh memang sedap. Mungkin teknik bakar kena gayanya. Kalau teringin jemputlah datang kesini, insya'Allah ada rezkinya.Wassalam...
Salam...
Diharapkan admin blog, tuan haji Farid (in future) sehat laa ye.. komen dibuat ketika mana sedang beralih angin daripada meneruskan konsentrasi dalam 'layout' suara kampus. Nak mencari idea yang baru lagi segar.. Serupa begitulah...
Di sebalik firakh masywie...
membuatkan perut terasa ingin menjemputnya bersiar ke dalam esofogusku. Dalam bahasa yang mudah, nak soru la kan. Pabila penat otak memerah keringat, tika itulah terbitnya tajuk lagu tika itu. Tapi itu bukan hasilnya, mestilah ingin merasai firakh masywie versi tonto...
Memang benar adanya, jika dikatakan setiap set firakh masywie di setiap muhafazah di mesir ini ada style nye dan kelebihannya. Kalau di Mansurah, kira² 1 jam dari Tonto, sedikit berbeza dengan Tonto. Barangkali ianya bergantung kepada daya kreatif chef yang menyediakan masakan itu.
Dan buat masa kini, saya belum lagi dapat merasai set firakh masywie yang bertepatan dengan selera perut orang Melayu. Ye la kan, yang sediakan juadah ni adalah orang arab. Jadi amat mustahillah kalau bertepatan dengan selera orang Melayu kita ni. Mana tahu kan, jika sisa-sisa kehidupan ini, barangkali dapat bertemu dengan juadah yang menepati citarasa. Mudah-mudahan begitulah walaupun mustahil sama sekali akan menjadi kenyataan melainkan orang arab tu diajar oleh tn hj farid (in future one more time).
Wah, mesti hebatkan ust farid dapat mengajar orang arab memasak masakan Malaysia. Satu lagi impian yang bakal menjadi kenyataan...
Sori laa ustaz farid ye... medula oblongata ini dituntut sangat untuk berejat dan santai..
Maafkan lah sekali lagi, sekiranya komen ini menconteng kotak komentar yang serba luas ini. Andaikata diizinkan untuk mengutuskan komen, nantikannya eksklusif dari Mansurah.
p/s: tak sabar nk rasa firakh masywie versi TONTO..hehehe
assalamualaikum...
kalau tengok pada gambar atas banyak hidangan nya ya. Orang perak kata kalau gaya tu bukan makan, tapi mentekedaghoh...
di sebalik kepayahan ada kesenangan, di sebalik ujian ada nikmat...bagi mereka yang mahu berfikir... ini boleh di capai jika kita sentiasa berfikiran positif..tapi lainkali rasanya perlu lebih berhati-hati.
apapun alhamdulillah ya semua selesai dengan kebaikan
wallahua'lam.
Salam kenal....
wa'alaikumsalam..
Alhamdulillah ana bkhiar..wenta kaifahaluk?izayyak?enta masyghul kullu youm..teruskan menggeledah segenap penjuru minda mencari ruang idea untuk mencetus suatu anjakan baru dalam dunia suara kampus..
Apabila perut mengatakan "saya kelaparan" anda berhak membantunya kerana Nabi mengajar makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang..
Mengikut hemat hamba..bentuk hidangan mereka itu pelbagai, barangkali bergantung suasana persekitarannya..ataupun bergantung kepada selera chef itu sendiri. Insya'Allah mungkin kita boleh ubah versi masakan arab itu kepada kemelayuan diMalaysian kelak?Barangkali wujudkan sebuah restoren arab ala kemelayuan di Malaysia..setuju?
Ya,setuju benar. Sampai skrg perut ana tak dapt terima lgi semua maskan arab. cthnya : kcang full, kushairy, jeruk makhalalat, gibnah..susah nak trima mknan begitu..gharib giddan..
Tidak mengapa, komen anda begitu bernas dan menyentuh urat2 sendi dan medula oblagata..seakan perlu mentafsirkan kembali kata2 anda:-)..jikalau ada salah silap penggunaan tatabahasa,fakta dan sebagainya boleh tolong bagitau kerana admin menanti komen membina buat motivasi diri.
P/S : Silalah berkunjung ke Tanta kalau tak sibuk. Dah siap suara kampus jualla kat ana murah2 dahla ek..hihi
wa'alaikumsalam ya nahwannur..
Memang kebiasaan arab begitu, hidangannya bukan main byk lagi. Mcm2 ada. Kalau kita kat mlysia makan kt restoren sepinggan jekan, lauk amik sikit. Nak jumpa byk2 kena gi kendurila.
Insya'Allah..akan sentiasa berhati2 lepas ni. Biasalah pengalaman itu mengajar erti kehidupan. Apa yang penting pandai menggunakan pengalaman itu demi menghadapi hidup mendatang..
Alhamdulillah segalanya berakhir dengan baik..
salam buat wafiq..
ukhuwahfillah walau dimana anda berada..semoga anda mendapat input berguna dari blog ana..Keberkatan Allah jua natijahnya..
salam ust farid..
jika sepinggan dah kenyang. Kalau dua pinggan jadi kekenyangan, so jika tiga pinggan nak kata apa pulak?
ok la, nanti kalau ada rezeki sy pi sana ust farid belanja la ek..nak pi jugak kat sana tp kat dumyat leh x?:P
wa'alaikumsalam..
owh,mudah saja..kalo tiga pinggan jadinya terkenyang sangat sampai senak perut..susah nak bangun. Jadi masalah pulak kat kitakan. Seeloknya makanlah ala kadar. Diet sebagaimana junjungan Mulia, makan banyak berat perut, terus malas ibadat, nafsu pula meluap-luap. Siapa yg nak bertangungjawab?
Sendiri mau ingat sendiri mau jawab..
Isnya'Allah nanti ana postkan artikel pasal Dumyat pula..
salam...saya melihat mungkin juga ada faktor budaya...org malaysia saya tengok memang melebihkan nasi dalam makanan... sepatutnya portion lauk lebih byk dr nasi..kita perlu berubah...
salam..
Sudah tentu perlu diubah sedikit gaya pemakanan. Lebihkan lauk. Ana rasa arsaili juga tahukan budaya Mat Saleh Australia makan cmne?mungkin boleh dikongsi bersama.
Salam ziarah...
wah post tentang makanan.. alhamdulillah walaupun jauh dari tanahair tapi makan tetap menentu dan terjaga...
sebenarnya saya pun pernah belajar makan makanan arab in particular masakan jordan semasa saya berkawan dgn pak2 arab... mereka mmg suka dairy produk... agak terkejut saya bila diajay makan nasi dgn yogurt... mmg sdapla... depa juga suka kambing, kambing biri2 specially... set hidangan mereka mmg banyak, tak termakan...
ish lapar pulak.
Salam. Sedapnya makanan-makanan tu. Bila-lah agaknya dapat makan makanan timur tengah?
wa'alaikumsalam..
Time kasih kawaii_desu datang bertandang. Sebab tu kadang2 kalo pelajar mesir balik kebanyakkannya berisi sikit. Terlebih zat agaknya:-)..
Memang arab sememangnya suka makan makanan berasaskan susu dan daging. Aruzz bil laban antara produk susu yg sedap juga. Campuran antara susu dimasak bersama nasi, kemudian ditabur kelapa parut dan kismis. Manis berkrim. Yougurt mmg banyak dan murah kat sini. Nak try?bolehlah dtg berkunjung ke Mesir.
Kambing disini kebiasaannya kami makan time ada aqiqah, kenduri kahwin. Seekor harganya LE300-LE600..Ikut saiz.
salam ZLAA..
Ada duit bleh dtg sini, makanan sumanya murah2 jangan runsing. Tiket je agak mahal. Sapa2 yg nak ke UMRAH lehla singgah Mesir ziarah:-)
ayam bakar.....yg kena pau....dgn arab......i m vr pity about ur personal.....uhuhuhuuh
Ni macam sahabatku yang sama2 makan ayam bakar malam tu je?:))tapi takpa pengajaran buat kita tu. Lenkali spare duit secukup rasa:)..
Lepas ni kita try ayam bakar belah Iskandariah pulak?amacam..apapun SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT UST.DIN yg bru join dunia memblog. Semoga terus tsabat dan Istiqamah..
untuk makluman sahabat2ku yg dikasihi,untuk menambahkan soqofah di otak kiri anda ,jom kite terjah blog hamba:http://dintantawi2.blogspot.com
wahhh,bukan main lagi dia. Siap promote blog ya..;)takpa sahabat2 punya pasal ana benarkan..silakan.jangan segan dan malu. Boleh sapa2 yg nak linkkan blognya digalakkan.
Otak kiri untuk saqafah..otak kanan pulak untuk apa Ust.Din?Matematikke?;))
Salam Ziarah, salam kenal. Terima kasih sudi singgah blog cikMilah. Ibnyrasshidi ni pangkat anak ni...:)
salam..biasanya di negara barat dia org amalkan balance diet...tapi ada juga yg obes kan...di timur tengah ni memang makanan dia memberangsangkan...tapi jgn kuat makan kambing sdr..ekekeke..nanti lain plak jadinya
Malizi? Malizi tu Malaysia kah?
susu ada byk disebut dlm Quran ek
tk sudi singgah ke blog maksu yg harubiru ya... :)
salam...
tq, kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak kat blog saya...saya link blog awak ye...
tuan umah disudutkamarhatiku, kabar baik sentiasa...tuan umah blog ini pula bagaimana???
salam buat semua..
Kepada cikmilah mungkin setaraf Makngah sy jadi seeloknya menjadi Makcik Milah bukan?:)..apapun semoga Macik Milah sihat dan syukran bertandang ke blog tak seberapa ini.
Ana kadang2 ada perhati juga cara Mat Saleh ni makan, pelik hanya makan benda2 remeh temeh agaknya boleh kenyangke gitu ya. CTH cam burger, kentang lenyek, Pizza..Bagi ana kenyangnya sebentar saja.
Daging kambing ya..memang ana takleh makan banyak. Panas badan sehinggakan kepala jadi berdenyut pening2. Kalau di Malaysia efek bila ana makan kambing muka pulak jadi gatal sebab resdung jadi aktif. Sini alhamdulillah, resdung tak dapat nak aktif sbb cuaca kering memanjang.Malaysia lembab panaskan?:D
salam Maksu..
Ana dah singgah pun blog Maksu tu. Takdelah haru biru sangat pun:)..Ya, Malizi tu Pelajar Malaysia, biasanya arab selalu jerit panggil "Ya Malizi!!"
Susu banyak disebut juga di dalam Al-quran..lagipun Rasulullah SAW turut sukakan meminum susu. Firman Allah SWT:-
"(Apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?...."
(Surah Muhammad : 15)
Dan firman Allah SWT lagi :-
"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak, benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-binatang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebagian daripadanya kamu makan...."
(Al-Mukmin : 21)
wa'alaikumsalam buat kamar hati..
Syukran jazilan sebab anda juga meninggalkan jejak setelah menziarahi. Semoga sedikit usaha ini dinilai sebagai usaha dakwah secara tidak langsung.
Alhamdulillah Ibnurashidi sihat sekarang. Baguslah kamar hati juga begitu. Diharap sahabat sahabiah lain pun begitu juga. Ohh, silakan link blog..amatlah dialu-alukan:)
assalamu'alaikum ya ustz..
ya Rabb, ana lihat je gambar2 tu, rasa lapar lak.. nampak sedap..
pengalaman kan.. merantau di bumi orang.. (apatah lg d bumi anbiya..) budaya hidup laen.. makanan pun laen style nya..
pengalaman menambah ilmu..
ilmu menambah kemuliaan..
ilmu tanpa amal, kurang bermanfaat..
ilmu dgn amal, bermanfaat..
ilmu+ amal+ niat utkNya= yg terbaik, inshaAllah..
maaf jka komen ini ada salahnya..
"..dan kita ibarat perantau.."
wassalam.
wa'alaikumsalam ruhana..
Semestinya sedap, tapi kalau bagi anala masakan tu di adjuz sikit rasanya mengikut selera melayu sudah tentu bertambah lazat lagi.
Iya, tujuan ana tulis artikel ni mmg bermksud begitu. Memberitahu masyarakat bahawa jauh perjalanan luas pengalaman disamping memperkenalkan budaya masyarakat Mesir dari pelbagai sudut..Insya'Allah.
Menarik formula yang dibuat, apa2pun adanya ilmu dan pengalaman disamping amal krnNYA menghasilkan natijah yang baik Insy'allah.:)
Syukran atas pandangan yg menarik itu..
Subhanallah.. teringinnya nak makan makanan Arab. :) mungkin yang macam nasi goreng tu kot yang Syeikh Nur suka sebut sebagai 'nasi mandy' ? dahsyat jg ye kuantiti makanan arab ni..
alhamdulillah ala kulli hal.
Boleh dipersilakan datang menjamu selera:D..Bukan, kalau enti nak tahu yg diatas ni ialah Nasi berasa arab biasa dimakan dengan ayam panggang juga biasa. Manakala Nasi Mandy@Nasi Hadral Maut menggunakan berasa jenis Basmathi agak pjg2 berasnya. Beras arab bulat2 gemuk. Nasi Mandy dimakan juga dengan ayam panggang tetapi warnanya merah menyala. Lain rasanya..:)
salam..
banyaknyee makanann...kuantiti tu yang xtahan..byk!blh ker hbskan??pttla org arab bsr2 ekk..haa..jgn plak penulis n kwn2 blik jd org arb plak..hehhe..t'kezut warga m'sia nant..tkt xknl dah..tapi teringinnyeeee nak rase mskan cnaa..nak jgk g tgk tempat2 kt cnee..xdee org ke nak bwakaann???
Wa'alaikumussalam Nur Syahadah..
Biasalah makanan arab kuantiti sekali hidang mmg banyak. Itu kira standart, kalau time buka puasa nanti ha boleh tngk mcmmana hidangannya. Bermacam2 jenis masakan ada. Tak larat nak jamahnya. Kalau yg atas tu untuk hidangan 2 orang. Insya'Allah, kena pandai2 diet..kalau dibiarkan boleh jadi belon:)
Teringan datang sini?ada duit kemanapun boleh pergikan?
Post a Comment