Peribadi Mulia Seiring Ilmu
Tuesday, July 22, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Kepentingan ilmu pengetahuan kepada manusia tidak dapat dipertikaikan lagi. Bahkan Islam mengajar penganutnya samaada lelaki mahupun wanita supaya menuntut ilmu walau dimana berada. Kewajipan ini terpundak ke atas bahu setiap manusia bergelar muslim. Hatta manusia kafir juga menyedari akan kepentingan ilmu mereka berusaha belajar sehingga pelbagai kejayaan ditemui. Di dalam Islam, kewajipan menuntut ilmu merangkumi ilmu duniawi dan ukhrawi. Tertarik dengan kata-kata Ust.Ismail Kamus dalam sebuah ceramahnya. Katanya..“Kita mencari dunia akhirat ini seumpama kita menanam padi, turut tumbuh adalah lalang tetapi jikalau kita menanam lalang mana mungkin padi akan tumbuh bersama..begitu juga kita mencari dunia, belum tentu kita mendapat akhirat, tetapi mencari akhirat sudah pasti mendapat dunia”. Sabda baginda Rasulullah SAW :-
طلب العلم فريضه على كل مسـلم" رواه أحمد"Mencari ilmu itu wajib ke atas tiap-tiap orang Islam (Riwayat Ahmad)
Manusia yang mempunyai ilmu Allah SWT akan mengangkat martabat kedudukannya samaada di dunia ataupun akhirat. Malah makhluk Allah SWT turut menghormati insan yang berilmu. Di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda :-
عن ابن عباس رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا مررتم برياض الجنه فارتعوا. قالوا : يارسول الله صلى الله عليه وسلم وما رياض الجنه؟ قال : مجالس العلم رواه الطبرانى
Daripada Ibnu Abas r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda : “Apabila kamu melalui taman-taman syurga, maka duduklah kamu bersama ( sama-sama menikmati, makan dan minum di dalamnya ), lalu sahabat bertanya : Wahai Rasulullah SAW apakah dia taman-taman syurga?Baginda bersabda : Majlis-majlis ilmu” (Riwayat at-Tabrani)
Akhlak mulia bunga diri...
Contohilah akhlak Rasulullah SAW
Namun sayang seribu kali sayang, realitinya penuntut ilmu kini hanya menyedari akan kepentingan serta mempelajarinya. Tetapi cara perbuatannya tidak menyamai tuntutan sebagai seorang penuntut ilmu dan tidak diaplikasikan dalam kehidupan harian. Ingin saya sebutkan disini contoh mudah, seorang yang sentiasa berdamping dengan ilmu setiap ketika tetapi malangnya tidak mempunyai peribadi akhlak mewarnai diri menyebabkan hilangnya siqah terhadapnya. Sepatutnya semakin tinggi ilmu pengetahuannya maka bertambah cerdik akal pemikirannya dalam memikirkan suatu perkara. Sikap ego menyelubungi diri menyebabkan diri dirasakan begitu hebat dimata manusia, merasakan diri lebih gah dengan hujjah dilontarkan malah sanggup merendah-rendahkan sesama saudara sendiri. Sikap sebegini jika masih wujud di dalam diri seorang penuntut ilmu yang bakal terjun dimedan dakwah sebenar kelak nescaya ketika berdakwah susah manusia untuk mengikuti percakapan dan perbuatannya. Mewujudkan insan mantap aqidahnya, kuat syariatnya luhur akhlaknya bukanlah suatu perkara mudah seperti memakan
"Ikutlah resmi padi makin tunduk makin berisi. Janganlah diikut resmi lalang makin tinggi makin tiada berisi."
Mungkin jika berlaku ke atas kita seperti peristiwa yang berlaku kepada Rasulullah SAW agaknya sudah terpelanting Si Badwi tadi disepak keluar masjid agaknya..paling kurang pun dimaki hamun secukup rasa. Jangankan
Imam Syafe’i berkata :-
“Tidak mendapat ilmu oleh seseorang yang menuntut ilmu dengan bermegah diri, akan tetapi mendapat ilmu bagi mereka yang menuntutnya dengan hati yang terbuka dan berkhidmat kepada Ulama’…”
( Fadhlu al-Ilmi Wa Adab Talabihi m/s : 219 )
Kesimpulannya
Marilah sama-sama kita mengkoreksi diri kita, muhasabah kembali. Adakah kerana ilmu setitis kita perolehi sudah merasa diri lebih dari orang lain. Gunakan cara berhikmah dalam berdakwah kerana masyarakat itu wujud pelbagai lapisan dan jenis perangainya. Sampaikanlah ilmu dimiliki kepada mereka yang masih tidak mengetahuinya dan ingin mengetahuinya bukan dengan cara merendah-rendah dan mengejek kejahilannya. Semoga pahala mengajar itu diperolehi berpanjangan diberkati Allah hendaknya. Tiada yang lebih bernilai melainkan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT ke atasnya.
Ibnurashidi
7:42 PM, 22 Julai 2008,
Siberbay.
6 komentar:
Assalamua'laikum warohmatullah =)
"tuntutlah ilmu sehingga ke China"
x kira sehingga mana sekalipun
x kira dimana jua sekalipun
asalkan kau mencari ilmu ikhlas kerana cintakan ilmu2 yang dimiliki Allah s.w.t...insya'Allah amiin...
TAMBAHAN>>> ^_^
4 jenis manusia yang dimurkai Allah s.w.t apabila dia menuntut ilmu
1.menuntut ilmu untuk bersaing dengan para ulama.
2.menuntut ilmu kemudian bermegah-megah dgn ilmu yang dimiliki
3.menuntut ilmu semata-mata hendak melaksanakan tuntutan dunia (tidak ikhlas)
4.menuntut ilmu semata-mata demi untuk mendapatkan diploma, sijil, degree, master, phd...dan sebagainya.
"doakan moga kita jauh dari segala yang dinyatakan" insya'Allah...amiinn...amiinn ya Allah berkatilah kami semua...=)
wa'alaikummmussalam..
Syukran diatas penambahan tersebut. Disini ingin ana perjelaskan sikit lagi mengenai Hadis "Tuntutlah ilmu walau ke negeri China"..menurut apa yg ana pelajari dari Syeikh Nuruddin Marbu Banjari Al-Makki ketika kedatangan beliau tahun 2006 ke Mesir, beliau ada membahaskannya berkenaannya. Turut tercatit di dalam kitab beliau iaitu Annasoih Addiniyyah Wal Wasoyya Alimaniyyah dalam bab Ilmu, m/s 87 ada menyebut hadis tersebut adalah Dhoif. Bahkan berkata Ibnu Hibban ianya Bathil.
Namun, Hadis tersebut boleh digunakan sebagai fadhailu a'mal ttpi tidak boleh dijadikan hujjah. Wallahua'lam..
Ya, semoga kita tidak tergolong di dalam golongan tersebut..ameen ya rabb..
Salam...
Teringat kata-kata seorang teman, 'kejar dunia, dunia akan lari pergi, akhirat apatah lagi. Tapi kalau kejar akhirat, dunia yg akan kejar kita.'
Mungkin dia jugak ambik dari kata-kata Us. Ismail Kamus... mmg meninggalkan kesan pd saya.
Ramai orang yg berilmu tapi kosong dari segi tindakan. bukan tak sedar ia salah, tp tetap tak mahu berubah. Alasannya mudah saja.."Tak ada manusia yg sempurna..." (rasa nak tampar diri sendiri bila saya pun terkadang sukar nk istiqamah dlm meneruskan amalan ilmu. Pulak tu terlintas ayat tu untuk menyedapkan diri sendiri... Astaghfirullah... Ampunkan aku Ya Allah)
salam..kak su yer?
Begitulah lebih kurang mksdnya..cth terdekat, seorang yg kaya raya punya harta melimpah ruah..jika dia s'org yg pentingkan kekayaan dunia sudah pasti dia mndpt habuan dunia itu shja.. Jiwa juga tak tenang mmikirkan hrta tkut dirampas orang..bahkan Zakat harta tidak dikeluarkan, bersedekah jarang sekali. Pentingkan puaknya sahaja mengisi perut. Fakir miskin bertmbh melarat tidak dibantu. Guna pula pada jalan yg haram. Jauh sekali laburkan harta untuk Islam. Sudah tentu tidak ada keberkatan bukan?dunia entah kemana akhirat lari menghilang..
Tetapi jika dia s'rng yg kaya harta, punyai iman dan taqwa spt sahabat Nabi antaranya Abu Bakar As-siddiq, Abd Rahman bin Auf sudah tentu harta dunia dipunyai demi akhirat yang abadi. Melaburkan harta demi Islam semata tanpa rasa berkira-kira. Fakir miskin dibantu jua, fisabilillah tidak dilupa.
"Ramai orang yg berilmu tapi kosong dari segi tindakan. bukan tak sedar ia salah, tp tetap tak mahu berubah."...ye,banyak begitu..Istiqamah satu benda yg sukar tapi manis. Kadang2 ego kita terlalu tinggi, benda salah ttpi ttp dipertahan demi elak jatuh air muka. Ana pun kdg2 runsing dan risau tkut tergolong sama. Apapun marilah kita bykkan bertaubat..ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Wallahhualam..
Salam alaik..
Sgt stuju dgn apa yg diutarakan penulis dlm entry ni..
Tgk dlm konteks kt msia sj..Betapa ramai cerdik pandai yg ada?Sgt ramai pemegang ijazah..
Kalau semua org betul2 beramal dgn ilmu yg ada dgn ikhlas, insyaAllah bumi pun jd baik..
Masalahnya skrg, ramai di antara kita semua hanya TAHU tp tak FAHAM lantas tiadalah AMAL dan IKHLAS..
Maka, jadilah apa yg berlaku skrg..Ilmu hanyalah pada segulung ijazah shj..
Na'uzubillah...
Hanya pendapat hamba kerdil yg masih cuba membaiki diri..
Wallahu'alam..
Wa'alaikummussalam musafir..
Syukran..sememangnya ramai golongan begitu bukan setakat memperolehi ijazah, M.A malah ada yang mendapat pangkat DR. Namun ijazah, sijil, M.A, Doktor, hanya menjadi hiasan manis meniti dibibir..tingkahlaku cakapnya mengalahkan mereka yang tidak tahu. Semoga dijauhkan dari tergolong dalam golongan begitu..Nauzubillahhi min zalik.
Kepentingan keduanya Ilmu dan Sijil tidak dinafikan diera globalisasi, amat malang bagi mereka masih mengatakan hanya penting ilmu semata atau mementing sijil tanpa ilmu. Kedua2nya penting..
Sekian..
Post a Comment