Sukan Mahabbah Keluarga Tanta ( SMKT ) meriah!
Monday, July 21, 2008
Istad, Tanta : Pada tahun ini Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) sekali lagi mengadakan Sukan Mahabbah Keluarga Tanta (SMKT) yang berlangsung pada 13 dan 14 Julai yang lalu. Sebenarnya telah berlaku pertukaran modul program pada tahun ini dari tahun-tahun yang sebelumnya. Menurut Setiausaha Agung DPMT iaitu Ust. Aza Firdaus ketika berucap di Majlis Liqa' tempoh hari, pertukaran nama yang pada asalnya ialah Minggu Mahabbah Keluarga Tanta (MMKT) itu melibatkan pertukaran modul program kebiasaannya pada tahun-tahun lepas berlangsung selama seminggu tetapi pada tahun ini hanya diadakan selama 2 hari sahaja. Aktiviti yang dilakukan dalam SMKT pada kali ini lebih melibatkan aktivit kesukanan keseluruhannya.
Bola sepak mendapat sambutan ramai...
Tendangan penalti dari Pengerusi..akhirnya Medic juga yang menang...
Bermula program dengan perasmian serta ucapan aluan dari Pengerusi Tanta Ust. Wan Hadiyuddin serta Pengarah Program iaitu Ust. Kamal Jamadi. Matlamat utama program itu berlangsung menurut pengerusi disamping beriadhah menyihatkan badan, juga dapat memupuk ukhuwah fillah sedia ada supaya lebih terjalin erat mengukuhkan lagi perpaduan diantara ahli DMPT. Kehadiran lebih kurang 100 ahli DMPT menyertai program tersebut menyemarkkan lagi kelangsungan aktiviti yang diadakan. Antara aktiviti yang mendapat perhatian umum ialah bola sepak. Pelbagai acara sukaneka menarik telah berlangsung dengan jayanya seperti tarik tali, tiup belon, menembak, takraw, tiup tepung dan pelbagai lagi acara yang telah berlangsung. Setiap ahli dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing dan dikehendaki menghantar wakil menyertai setiap acara yang diadakan. Boleh dikatakan setiap kumpulan memberikan komitmen yang baik kepada acara yang disertai.
Penembak tepat sedang testing senapang..biar kalah asal join..hehe
Acara tiup belon sampai meletup...
Sepak takraw juga mendapat perhatian warga tanta...
Lari dalam guni...Abu Bakar No 1..
Acara tutup mata kutip buah limau...
Pada malam keesokan harinya iaitu 14 Julai 2008 diadakan pula majlis penutup bersempena Sukan Mahabbah Keluarga Tanta (SMKT). Turut diadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan kumpulan keseluruhan yang berjaya menyandang kejuaraan membolot mata tertinggi. Kumpulan Umar Al-Khattab berjaya mendapat kedudukan pertama, Uthman tempat kedua, Abu Bakar ketiga dan Ali keempat. Hadiah disampaikan oleh Pengerusi DMPT sendiri pada malam itu.
Naik basikal paling lambat bukan sapa sampai dulu...
Tarik tali, sekali lagi kami No 1...
Oleh : Ibnurashidi
6 komentar:
salam...
ana takut tiup belon dari dulu..nak duduk dekat orang tiup belon atau lalu sebelah belon dah ditiup pun rasa getar kaki.
ustaz, maaf ya, url yang ustaz bukak tu bukan blog ana. ana hanya promosi :-) blog ana biasa je.
p/s: baguslah enta sudah haji dan pandai menembak pulak tu. Mabrook syeikh. Doakan ana pulak dapat buat haji lepas ni
salam sejahtera ke atasmu..
Ni kes fobia belon mletup msa kecik kot..hehe. Tu belum lagi dengar bunyi bom. Ana masa gi jaulah Sinai tahun lepas pernah dngr bunyi tembakan mesingan kat sempadan Israel Palestin. Mmg gerun bunyinye.
Blog Alkhadra' yg mana satu yer?blh bagi URLnya..mungkin ana leh linkkan atau berkunjung.
P/S : Penembak tepat tu sebenarnya Ust yg pakai bju Blue Black tu..ana dpt no 4 je. Kena blaja tembak lgi ni..
sejahtera ke atas kamu juga...
alkhadra' masih bertatih di dunia blog. URLnya nanti-nantilah. masih malu mahu mendepani umum
salam..
Teruskan aktif memblog, sbnrnya byk manfaat kita blh dpt dgn blog. Hanya mereka yg mendalami saja tahu akan hal tersebut. Walaubagaimanapun, kpda alkhadra' sbnrnya kita tidak blh malu dalam hal ilmu. Tidak ada salahnya bahkan lebih mmberi faedah jika ada yg baca blog kita.
P/S : Alkhadra' kata nak mai mesir?bila?nak mai belajaqka, ziarahka atau apa ya?tafaddhal..
ambil short course insyaAllah...tapi, tak pasti lagi di mesir, yamen atau syria. Sahabat ana masih survey kan. Walau di manapun,ana tetap akan singgah mesir, insyaAllah biidznillah
ana punya link ada di blog sahabat enta. syukran
Kalau nk dtg amik mcm kursus pun boleh..kat kaherah ada mmarkaz nil..khusus utk sapa2 nk mendalami bhsa arab.tak perlu syarat byk..rmai stdent azhar msuk situ gak..di Yaman pun ok jugak, syria ada sahabat ana rmai kat sana..tpi ana pun blum smpt nak ke sana lgi..
ada di blog sahabat ana yer?yg mana satu?mungkin bleh ana kunjung ke sana kongsi ilmu dan tsaqafah berguna..insyallah..
Post a Comment