Disana Ada Kesabaran Disitu Ada Kemudahan

Saturday, July 19, 2008



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Setelah hampir seminggu saya menyepi, Alhamdulillah bermula semalam saya dapat online semula serta meng‘update’ laman blog ini kembali. Sebenarnya, pada hari Ahad 13 Julai yang lalu saya telah pun menjual CPU saya yang lama iaitu CPU jenis Motherboard ASUS, processor 3.00 GHz bersama RAM512 itu telah saya gunakan selama setahun lebih. Atas tujuan saya begitu aktif menggunakan perisian Adobe Photoshop dan softaware-software berat yang lain menyebabkan computer lama saya tak tidak mampu menanggung bebanan serta kurang kelajuannya. Berkat hasil seorang kawan iaitu Ustaz Aza Firdaus yang sanggup menolong membeli serta memasang CPU tersebut pada 14 Julai lalu. Hasilnya agak memberangsangkan serta laju setelah menggunakan enjin baru. Anggaran kos sebuah CPU menggunakan Processor jenis Intel Core 2 Duo 2.40 GHz, Motherboard Gigabyte, RAM 2GB dan Casing itu lebih kurang LE1300.

 

 CPU siap dipasang..di Malaysia mesti dah latest produk keluaran PC kan?

 Rangka belum siap dipasang lagi...

Selesai membeli dan memasang, bukan bermakna sudah selesai semuanya. Semalaman saya bersusah payah untuk meng‘setup’kan CPU baru dengan beberapa CD Installer Window namun hasilnya hampa. Tidak berjaya untuk menggunakan perisian tersebut. Rupanya Window XP kurang sesuai untuk Processor jenis Core 2 Duo, Vista juga terpaksa diguna. Pada mulanya,  agak kecewa juga memandangkan banyak fulus dah melayang. Sememangnya saya kurang pasti apakah punca sebenar masalah tersebut. Akhirnya sekali lagi bantuan Ustaz Aza diperlukan. Setelah geledah dan di ‘sport check’ balik, rupa-rupanya masalah tak tidak dapat disetup adalah kerana RAM 1GB kedua mengalami kerosakan. Keesokan harinya saya terus bergegas kembali ke kedai Komputer tersebut untuk menukar RAM baru. Tetapi hatiku sekali lagi tercabar dan cuba menahan sabar, perkataan “Bukroh, enta gai thani, Insya’Allah maugud RAM gadid asyan dil waqti mafish khallis…”…saya pun jawabla balik dengan nada kecewa “Mesyi, lau mush maugud?” . Jawab arab tadi “Insya’Allah agiblak fulus”. Oleh kerana janji arab tadi nak bagi RAM baru dan kalau tak tidak ada akan dibagi duit balik sebagai ganti maka saya mempercayai kata-katanya. Alhamdulillah, keesokan harinya saya kembali ke kedai tersebut beliau menggantikan RAM baru dengan jenis yang sama. Tetapi kali ini, saya minta beliau ‘tagreeb@testing’ dulu bimbang pisang berbuah 4 kali. Sebenarnya jarang berlaku seandainya barang rosak kita minta ganti balik dari arab, kalau adapun anda dikira bernasib baik. Muamalat dengan arab bukanlah seperti kita bermuamalat dengan cina di Malaysia atau sebagainya. Mungkin anda terpaksa meninggikan volume suara anda ataupun terpaksa menukar warna mata anda kepada warna merah baru dapat ganti rugi. Biasalah hidup ditanah arab tahap kesabaran kami senantiasa diuji berhari-hari selagi mana masih menetap disini. Pengalaman bersama budaya arab disini amat jarang dijumpai di tanah air. Ada pahit dan ada yang manis sehingga mampu membuatkan saya tersenyum sendirian. Benarlah firman Allah SWT :-


5. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan ( Al-Insyirah : 5 )


Ustaz Aza bukan saja seorang Exco tapi pandai komputer ye..hehehe..syukran jazilan ya akhi!

Isi dalaman CPUku..eksesori sukar tapi mudah difahami... 

Bergaduh bukan bererti berdendam

Saya tertarik dengan sikap arab terutamanya ketika mereka bergaduh. Bukan apa, saya juga pernah cuba bergaduh dengan seorang sahabat arab sehinggakan suara kami bergema-gema didalam masjid kerana masing-masing pertahankan hujjah. Tetapi menariknya, keesokan harinya beliau kembali berbaik-baik semula dengan saya walau semalamnya bergaduh ‘sakan’ semacam mahu menelan to’miyyah ( sejenis makanan arab dibuat dari kacang full ). Suasana arab berbalah sentiasa dapat dilihat dimerata pelusuk Mesir. Tepi jalan, pasar, masjid, kedai bahkan boleh dikatakan asal ada arab Mesir disitu akan ada perbalahan. Tetapi bergaduh mereka bukanlah bererti membawa kepada pembunuhan walau dari zahirnya seperti mahu berperang bermati-matian. Berbeza bukan dengan budaya kita?. Kebanyakkan kita bila berlaku episod pergaduhan mungkin berhari-hari, minggu ke minggu, tahun ke tahun bahkan ada yang sehingga ajal menjelma juga masih bermusuhan. Disambung pula keturunan sehingga keturunan. Amat dashyat pergaduhan yang berlaku. Faktornya kita mengamalkan sikap lemah lembut tetapi berdendam tidak meluahkan. Efek dendam itu menyebabkan timbul iri hati yang meruncing sehinggakan merosakkan hubungan silaturrahim selama ini.


Kisah silam keluargaku

Saya ada satu cerita untuk dikongsi bersama pembaca, halnya ada kaitan dengan pergaduhan dan dendam kesumat. Suatu ketika dahulu sewaktu umur saya 11 tahun ketika itu saya masih menetap di Sabah atas dasar mengikuti ayah yang bekerja disana. Selama 3 tahun berada disana tidak ada perkara diingini berlaku, tetapi ketika tahun akhir telah berlaku suatu peristiwa yang menyebabkan kami sekeluarga berpindah kembali ke semenanjung. Kenapa? Kisahnya bermula begini. Ayah saya seorang Imam di Masjid UKMS sekarang UMS. Disamping Imam, ayah saya serta mak aktif berniaga makanan dan menerima tempahan masakan dari mahasiswa/wi disana. Mungkin faktor iri hati ( menurut bomoh orang kenakan ayah ) menyebabkan mereka sanggup melakukan perkara syirik ini. Ayah saya tidak dapat tidur sepanjang malam setelah disihir mereka. Setiap malam akan menjelma mahkluk hitam bertubuh besar serta berbulu berlawan dan bertumbuk bersama ayah. Selain itu, badan sentiasa dicucuk semacam jarum menusuk isi sakitnya. Sehingga satu tahap, kesabaran ayah tidak mampu ditanggung lagi dan berjaya memohon untuk ditukar ke semenanjung semula. Alhamdulillah segalanya kembali normal setelah pulang ke semenanjung dan pelbagai rawatan batiniyyah dilakukan untuk memulihkan kembali termasuklah berjumpa Ust Harun Din.


Konklusi

Kesimpulan dari cerita jual beli computer baru, arab, dan ayah disihir adalah pertamanya sifat sabar amat memainkan peranan penting. Selain sabar, sikap berdendam dan iri hati yang menghantui diri perlu dielakkan sebaik mungkin. Tidak ada faedahnya kita bersikap begitu sesama saudara seislam melainkan anda mahu menempah neraka diakhirat kelak. Firman Allah :-

135. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri[229], mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

( Ali Imran : 135 )

Sesungguhnya ujian dan kesabaran yang dialami oleh para Rasul Allah SWT terdahulu ketika menyebarkan dakwah Islam lebih berat lagi ditanggung, masakan kita diuji ujian sedikit sudah pun merungut dan mengalah.

48. Maka bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan ketika ia berdoa sedang ia dalam keadaan marah (kepada kaumnya). ( Al-Qalam : 48 )

Sekian, Wassalam.



Ibnurashidi
1:24AM, Ahad 20 julai 2008
Siberbay, tanta

20 komentar:

Anonymous said...

salam...
sabar menghadapi kesukaran itu adalah suatu keuntungan yang besar...:P

Ibnurashidi said...

salam..

kesukaran itu memerlukan pengorbanan yang jitu, keuntungan itu tidak semestinya bersifat material sahaja..seperti org meniaga,adakala menghadapi keuntungan yg besar kdngkala ke tahap muflis bahkan hingga papa kedana tetapi jikalau yg meniaga itu seorang yg alim dan beriman kpd ALLAH diwaktu muflis atau untung ttp saja ingat padaNYA krn dia tidak mengharap untuk material semata ttpi untung ukhrawi juga..

wassalam..

Anonymous said...

salam
..setiap individu pasti ada ujian masing2, yang penting kita yakin pada Allah. Baru dapat hadapinya dengan sabar dan tabah.

wassalam

Ibnurashidi said...

Benar, bentuk ujian setiap manusia pelbagai..seorang ulama' diuji dengan caranya begitu juga seorang pelajar, peniaga, pengembala kambing dan sebagainya..

Teringat sebuah kisah yg pernah ana bca dulu, tpi krg ingt dizaman dan siapa yg pastinya seorang alim. Beliau berjalan2 dipasar kmudiaanya ternampak seorang permpuan sgt cntik ttpi berpurdah. Beliau tertarik dgn kecntikan mata wanita itu, lalu mengikuti wanita itu shngga smpai ke rumahnya. Perempuan itu bila melihat kepelikan yg berlaku lantas bertanya..wahai saudara mengapa engkau mengikutiku? lelaki itu menjawab aku tertarik dgn kecantikan matamu..kemudiaanya wanita itu menghadiahkan lelaki tadi sebuah bkas bertutup. Lelaki tdi membuka lalu terkejut krna hadiah itu ialah sepasang mata wanita tadi. Rupa2nya wanita tdi tlh mencungkil matanya utk lelaki tdi. Lelaki tu terus menangis taubat penyesalan yg teramat sangat..dikhabarkan wanita itu meninggal dunia..bertambah pilu sang lelaki tadi diatas kesilapannya..

Begitulah hebatnya ujian setiap hamba..marilah sentiasa kita beristighfar dan bertaubat..

Anonymous said...

assalamualaikum...

Benar setiap ujian itu sebenarnya menguji keikhlasan kita untuk bersabar.

Kes ayah sy mcm kes ayah enta. Bezanya bukan di sihir, tapi di fitnah dek kerana orang yang menfitnah mahukan 'position/pangkat' ayah, hingga melibatkan pihak atasan. Dan akhirnya, sebab malas bertelagah, ayah ambil keputusan bersara awal, dan kembali ke semenanjung (kes ni di sarawak). Dan sekarang berniaga sendiri sekadarnya.

..(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan “Innalillahi wainna ilaihi raji’un” (2:156); Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk..(2:157)

Moga berkat kesabaran kita dengan ikhlas ni diberkati ALLAH swt.

Barakallahu fiikum bima sobartum

p/s: cantik template enta...boleh sy tahu url enta?

Anonymous said...

salam...
smoga hj farid sehat ye..
senantiasa bersabar ye haji farid..
bukan mudah bhawasanya diri kita ini terpilih untuk menerima ujian daripadaNya.

sebuah artikel..coretan perjalanan yg best..sayang tak sempat nak usha pc baru beliau..tp tgk gmbar pon jadi laa kan..
alhamdulillah...

hj farid...
sebenarnya kita amat beruntung dalam menerima apa jua dugaan dan ujian, mudah-mudahan ujian dan dugaan yang diterima akan dianggap sebagai penghapus dosa kecil kita. Insya ALLAH...

teruskan bersabar, kerana di sana ada ganjaran yang menanti..

p/s: nanti nak makan rendang..sori haritu tak teringat nk makan rendang..hehehe

Ibnurashidi said...

wa'alaikumsalam akhi alkhadra'..


Pertamanya tima kasih coz sudi mlwt blog yg lbh kurang ni. Smga komen2 antum lbh mmbrikan smngat kpd ana khususnya. Krtitik itu tak smstinya melemahkan bahkan membina..

Alhamdulillah, sejak 2 hari ana tulis artikel ni, dah 2 kali pengunjung bercerita hal sama kes mcm ayah ana. Kdg2 terasa pelik sgt, kenapa kita masyarakat melayu beragama Islam masih lgi suka menyihir dan amal benda karut?tu satu persoalan..persoalan kedua, pantang masyarakat melayu kalau meniaga untungke, naik pangkatke, lebih sikit dari dia ada2 je pengkhianatan yang dibuat..haii..manusia..manusia!

Ayah ana dishir pertama kalinya ketika baca khutbah jumaat, masa tu beliau diserang secara menyucuk tbuh bdn, mjur beliau dpt bertahan smpai khutbah tamat. Menurut bomoh, org yg dengki tu mmg nak buat sampai mati. Namun, walaubagaimana licik sekalipun perancangan mereka ALLAH Maha berkuasa atas sesuatu :-


54. Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. .......( Ali Imran : 54 )


Sebenarnya ada lagi kisah berkaitan sihir yang dibuat keatas keluarga ana..Insya'Allah ada kelapangan ana tulis kembali. Semoga pengajaran yg kita dapat dari org tua kita dijadikan pengajaran hidup berguna..Insya'Allah.


P/S : Templetes ni enta leh klik ktbwh blog ana ada alamat URLnya. Templetes yg ana guna ni ana dah desgin sendiri. Byk manfaat web enta yer..

Ibnurashidi said...

wa'alaikumsalam sahabatku fahmi...

Ni semua berkat belajar Sains Sosial dengan Pn Norizan sehingga tercetus minat utk menulis. Alhamdulillah..Biasalah, biar dimana anda berada selagi anda bergelar manusia selagi itu pasti ada masalahnya bukan?kalau takda masalah mungkin tak nama manusia normal, blh dikategorikan sebagai Alien Planet Musyitari agaknya..

Komputer besa2 ja..tapi alhamdulillah wat masa ni dia punya RAM leh pecut 200 KM sejam :-)..gurau2 ja..



P/S : Tula aritu bz dgn adobe tak sempat makan rendang ek, takpa lenkali kita buat len..Insya'Allah Biiznillah..

suara said...

Salam...

(Farid... erm... macam nama anak buah je.)
Keluarga Kak Su pernah buka perniagaan, tapi tak bertahan lama kerana masyarakat kita ada sikap iri hati yang tinggi. Sampai sekarang kak su tak berani nak menyertai perniagaan sbb tak suka bila ada yg dengki.

Walaupun minat meniaga masih tersisa tapi rasanya buat masa ni cukuplah dgn rezeki yang ada... Tak mewah tak pe, asalkan hati tenteram.

Anonymous said...

maaf hj (ikut myfahmi)

link itu bukan link blog sy, sy salah taip. Blog yang enta maksudkan memang banyak manfaat, sy pun baru tengok. Blog sy biasaja.

sedap agaknya ye rendang hj :D

kak suara, maaf sy respon skit ye. ALLAH datangkan ujian bukan untuk buat kita takut, tapi untuk jadikan kita lebih kuat bila hadapi benda yang sama buat kali yg lainnya. Kuat menghadapi orang spt mereka, dan supaya kt boleh bantu org lain yg menghadapi perkara yg sama (since kt dah pernah alami dan berjaya menghadapi).

Meniaga tu kan 90% dari rezeki, bukanlah salah kata2 kak suara yang tak mewah tak pe, asalkan tenteram. cuma bagi sy kurang tepat. Tak mengapa kalau dah berusaha, dan bersikap qanaah atas rezeki sediada, namun bukan harus menolak terus tanpa usaha, kalau kt mewah, tp kt salurkn di jalan ALLAH, insyaALLAH lg tenang, bkn utk dr sndr, malah utk ummah, generate ekonomi islam. Siapa nak supply brg utk org islam kalau tak kita.

Sebenarnya sy pn xpenah dn belum terlibat dgn perniagaan, tp insyaALLAH misi tu ada, biidznillah.

Jangan tak suka pada diri mereka yang dengki, tapi bencilah pd sikapnya. Doakan dirinya diberi hidayah dn kt semua, dan doakn sikapnya hilang dr dirinya dan dijauhkn dr kt semua, moga dia, kita dan semua menjadi umat islam cemerlang.

sekadar pandangan si hijau (alkhadra') yg faqir

Ibnurashidi said...

salam..

Pertamanya,apa khbar kak su?lama tak nampak dtg sini. Asyakirin awwi dtg ziarah n komen ktcni lgi. Suaraminda tu blog kak su yer?

Ok,pasal komen kak su ( Keluarga Kak Su pernah buka perniagaan, tapi tak bertahan lama kerana masyarakat kita ada sikap iri hati yang tinggi. Sampai sekarang kak su tak berani nak menyertai perniagaan sbb tak suka bila ada yg dengki )..

Kisah mcmni dah lama berlaku dlm masyrkt kita. Oleh krn kak su dh starting cite psl sihir perniagaan ni. Sebenarnya, Pak su ana pun penah kena santau sehingga 2 tahun tak niaga Restoren. Ana call kg bru2 ni kata mak Pak su dah start balik niaga...Alhamdulillah. Seingat ana, ketika beliau niaga pda satu malam dan kebetulan abg ana juga ada tlong2 mlm tu..waktu tengah sibuk melayan tetamu, time tu ada org htr santau angin. Abg ana kata dia rasa sesuatu yg pelik mlm tu, besa bila rehat dia akan masak dan mkn. Tapi malam tu tak lalu nk makan. Mjur tak mkn byk, dengan izin Allah abg ana tak kena. Kemudiaanya, Pak su jumpa bomoh dan berubat baru tau apa sebab dan mengapa jadi camtu. Hasad dengki menyebabkan mrka sanggup menggunakan ilmu hitam demi kepuasan diri. Ana akui mmg masakan Pak su sedap krna cara masakan beliau spt masakan ala2 Thai. Kesannya, fobia tak niaga slama 2 tahun. Alhamdllh smngatnya skrg nak meniaga dh pulih kembali..

Jadi, buat Kak su dan keluarga. Teruskanlah meniaga jngn krn disihir terus menyepi diri. Mungkin Allah nak uji keimanan kita. Sejauh mana kesabaran kita. Meniaga ni suatu pekerjaan yg baik ssuai dgn sunnah baginda meminati perniagaan. Amalkan pendinding diri semoga Allah menjaga kamu.

sekian..

Ibnurashidi said...

salam buat Si hijau...sedap gak nama alkhadra'

Owh,nampaknya ana nak kenal btulkan balik ni. Sebenarnya ana blum buat Haji lagi
(panggilan teman2 rapat menggelarkan ana camtu,kata mrka doakan spya ana gi haji..ameen, smga termakbul doa antum). Rendang?buat cincai2 je ala masakan lelaki bujang katakan. Nak makan yg Mak msk susah.

Bagi ana, perniagaanlah benda yg ana minat. Sejak kecil lgi dah ikut ayah meniaga shngga waktu kat kolej dulu turut meniaga wat design sweater bersama Myfahmi. Alhamdlh, byk tempahan dan hasilnya lumayan.

Ana tertarik dgn kata2 yg dtulis "Jangan tak suka pada diri mereka yang dengki, tapi bencilah pd sikapnya." Mmg ada benarnya..ana setuju.

sekian, ala kullihal syukran jazilan.

Anonymous said...

assalamualaikum...

baru baca satu beberapa artikel tentang perniagaan sebagai jihad buat ummah...

tapi perlunya perniagaan itu betul2 ikut syariat dan buat peneraju kemajuan ummah kita juga.

wallahua'lam

p/s: ana minat HIJAU dan kata-kata "Jangan tak suka pada diri mereka yang dengki, tapi bencilah pd sikapnya." adalah kata2 hassan albasri yang ana rasa kita patut praktikkan

Ibnurashidi said...

wa'alaikumsalam ya Nahwannur..

Betul, perniagaan tidak terlibat riba, unsur gharar (penipuan) dan maksiat itulah spatutnya menjadi tonggak utama ekonomi ummah. Jadilah peniaga jujur sebagaimana Rasululullah SAW ketika berniaga bersama2 Maisarah diSyam. Akhlak mulia membezakannya.


P/S : Hijau itu menyejukkan mata memandang..HIJAU itu warna tumbuhan, BIRU itu warna lautan.
Teruskan menyiar kata2 hikmah..Insya'ALLAH ada faedahnya...

Anonymous said...

yakin benar anda dengan instinct nya... insyaALLAH jika ada kata yang bermanfaat, sama-sama kita kongsi.

p/s: nahwanNUR dan hijau, hanya sahabat baik ana ja tau. tahniah ustaz. dah tak guna dah id tu nanti. Tukaq lain

Ibnurashidi said...

Keyakinan mesti terpahat padu..barulah mendapat kejayaan. Perkongsian pintar membawa ketinggian tsaqafah.. Insya'Allah.

Jadi persoalan ini sudah terjawabkah?tahniah untuk apa?apapun syukran sebab ucapan tahniah tu walau ana blum pasti atas dasar apa..

P/S : mana menghilang alkhadra' ya..

Anonymous said...

salam..
mmg cm2 dugaan yg diterima..harap tabah hadapinye..dah maju nampknye skrg..bukan main lagi CPU..org kat m'sia pn xtau sgt..hehe..pasnie blh la b'lari seiring ngn CPU maklumla dh laju..pastu jgnla plak asyik ngadap cmptr je..kan xda ms nk tido plak..tido siang slalu jd tabiat.hehe

Anonymous said...

emm..b'kaitan ngan yg dengki nie..mmgla..manusia..ikutkan ati geram je..xlh tgk org lain sng sikit..mulala..xpk pjg padahal segala p'buatan xkire kcl bsr smua akan di bls x dingt..tkt gak kalo b'dpn dgn situasi gni..nk2 slalu dgr laki kenakan shir kt pmpn dia ske..dgn harapan kalo dia xmiliki pmpn tu org lain pn xleh.. ya ALLAH,singkatnye pemikiran..padahal dah t'sirat dh sape jdh kite..maksudnye dialah yg terbaik utk kite..btlx penulis??

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumussalam Nur Syahadah..

Bukan setakat CPU lari, otak dan pemikiran kita pun Insya'Allah kena lari laju2 kedepan. Zaman semakin maju kalau pemikiran mundur jawabnya duduk dalam hutanla ye:)masa utk tido ada punya. Yang takutnya terlebih tido lagi susah.

Ibnurashidi said...

Ya, sekarang ni walaupun manusia dah maju tapi ada segelintir yg masih mengamalkan ilmu khurafat ni. Selain meniaga, naik pangkat, ada juga dengki kepada perempuan. Seperti yg nur syahadah cakap tu mmg betul wujud kes-kes macam tu. Walauabagaimanapun, yg penting sekali kita perlu ada benteng diri dekatkan diri dengan ALLAH nescaya segala kejahatan Manusia dan Jin dpt dikalahkan..itu puncanya.

Wallahhua'alam..

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP