Dari Gharbiyyah ke Daqhiliyyah

Thursday, July 10, 2008



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Perjalanan sekitar sejam lebih itu dirasakan agak ‘sentimental’ dengan pemanduan kereta penumpang jenis Peugeot terasa perlahan dari biasa. Ditambah pula dengan kehangatan cuaca musim saif menambah lagi rasa kurang enak. Mujur angin sepoi bahasa datang menyelinap masuk memberikan sedikit keselesaan kepada diriku. Sambil mendengar lagu nasyid di MP3 sempat pula mengerling pemandangan sekitar perjalanan itu. Kehijauan ladang tanaman pelbagai menyegarkan minda. Pengairan terusan tepi ladang menambah rasa kerinduaan perjalanan sebagaimana suasana biasa dilihat dari Baling ke Alor Setar. Teringat saya akan terusan Wan Mat Saman yang mengairi tanaman sawah pinggir Bandar Alor Setar. Ditambah pula dengan panorama cabang sungai Nil mengairi serta terselit susah payah perjuangan seekor keldai membawa hasil tanaman terasa begitu unik pemandangan sepanjang ke Daqhiliyyah.



Kesuburan tanaman disebalik padang pasir terbentang...


Sungai Nil dan Mesir tidak dapat dipisahkan...



Saya bersama seorang rakan tiba di Daqhiliyyah atau nama mashyurnya Mansurah lebih kurang jam 3 petang. Terus pula menaiki ‘tuk-tuk’ ke Dewan Perwakilan Mahasiswa/si Mansurah. Anda pernah dengar bukan nama tempat bernama Mansurah?. Tempat dimana berlakunya kejadiaan menyayat hati menimpa seorang rakan perjuangan saya yang pernah sama-sama menuntut di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Kejadian pembunuhan kejam itu tersebar didada akhabar Malaysia mengejutkan ramai pihak. Saya juga sudah tentu terkejut besar ketika itu, apa tidaknya saya mengenali beliau bahkan pernah makan, tidur sebilik, keluar bermain bola bersama-sama. Sedih juga mengenangkannya kembali. Baik kita tinggalkan kenangan peristiwa itu, perkara yang lepas usah dikenang lagi. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta ditempatkan bersama para solehin.



Dalam kenderaan Motor 'Tuk-Tuk'...


Tramco@Van berkeliaran mencari penumpang disekitar kota...

Masjid berdekatan Utubis Dauli..Kota Mansurah ialah kota 3 terbesar selepas Kaherah dan Iskandariah...


Backdrop majlis perkahwinan dan aqiqah...


Tetamu yang hadir bukan sahaja dari kalangan azharian bahkan perubatan juga..
(Pengantin berbaju merah jambu)


Salah seorang pengantin lagi (berbaju putih)...berbaju biru sapa pula?..hehe



Majlis Nur Kasih ‘08

Dengar bunyi macam lagu Nur Kasih dari kumpulan In-Team bukan?sebenarnya itulah antara matlamat asal saya dan sahabat menuju ke Mansurah. ( Bukan senang nak diadakan kenduri kahwin, makan free katakan ). Majlis kahwin disertai dengan aqiqah itu agak istimewa kerana empat pasangan berkahwin secara serentak. Untuk maklumat aturcara dan fotografi boleh terus klik disini ke link blog UBMM. Banyak kelebihan sebenarnya diadakan kahwin serentak ini terutamanya berjauhan dengan keluarga di Malaysia. Disamping lebih memeriahkan majlis, pengantin juga dapat menjimatkan kos pengurusan majlis perkahwinan, memudahkan urusan perkahwinan dan lain-lain lagi. Pengarah bagi program tersebut Mu’adz Md Nazan yang juga seorang rakan kuliyah Al-Azhar cawangan Tanta kini menetap di Mansurah. Alhamdulillah, jamuan pada hari itu lazat dan enak hasil ramuan kari daging kambing bersama nasi hujan panas memanaskan lagi badan saya yang sedia panas kerana cuaca dimusim panas. Selepas itu saya terus ke rumah seorang sahabat zaman sekolah menengah yang juga merangkap ad-Hoc Unit Perhubungan dan Pengangkutan iaitu Majdan Ismail. Bermalam semalam dirumah beliau sambil merehatkan kepala dirasakan berat dan berdenyut mungkin penangan daging kambing. Keesokan harinya iaitu pada hari Rabu, 9 Julai saya terus pulang ke Tanta bersama sahabat-sahabat yang lain. Justeru itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas jamuan perkahwinan yang diadakan dan tahniah kepada Pengarah serta Ad-Hoc terlibat kerana berjaya menganjurkan program seperti itu. Semoga akan diadakan lagi dimasa akan datang.


Sekian, wassalam.



Ibnurashidi
4:12 PM, 10 Julai 2008
Siberbay.

11 komentar:

Ibnurashidi said...

salam..

sehingga sekarang ana masih lagi menyimpan gambar2 sekitar tempat kejadian pembunuhan tu..ngeri betul sapa yg tgk..tak dpt bayangkan keadaan waktu dibunuh..mcm2 versi cerita tersebar disana sini waktu tu..

Anonymous said...

salam kunjung balas. Mulanya saya sedikit pelik juga, kenapa tika saya klik laman lain yang terbit, rupanya ada satu huruf ketinggalan pada alamat yang tertulis dalam ruang komen saya, apapun saya sudah temui. Teruskan menulis ya!

Sungai nil dan mesir itu jodoh...

ahaks~

Ibnurashidi said...

salam..

erm,mungkin kesilapan ana ketika taip kot..apapun syukran jazilan diucapkan sebab berjaya juga cari linknya..

anda pernah tgk@baca kisah ayat2 cinta?sungai nil dan mesir sememangnya sudah dijodohkan..hanya ALLAH SWT mampu meleraikan ikatannya..

untuk pengetahuan pembaca..gharbiyyah tu ialah Tanta..tu istilah negeri2 dalam mesir..

sekian..

Anonymous said...

salam'alaik...
harap admin blog sehat ye..
baru je bukak ym..ada je ibnu rusyd ni..
pas2 kena paksa plak bukak blog ni..
ada ka patut?? tapi patut gak la..
lagipun, sapa lagi nk bukak kan..kalo bukak sahabat sendiri..hehehe..(ayat bodek)...
alhamdulillah best gk laa artikel ni..
especially gambar jejaka berbaju biru ngan pengantin tu..rasa²nya mcm amik berkat kot untuk menempuh alam perkahwinan..mudah2an gitu laa..

disebabkan admin ni suruh komen yang berjela..
so..sy pon komen laa panjang yg amat berjela..
tapi ada hal lain, insya ALLAH akan ditambah komentar pada hari dan waktu yang lain.

by the way, insya ALLAH kita sambung lagi di tonto..
nantikan..ye

wassalam

Ibnurashidi said...

salam ust fahmi..

alhamdlh sy sihat aje..cuma cm pening2 tak ilang lgi..maklumla smalam org pnggil kenduri lagi,makan dging kmbing jgak..

Bukan apa yg srh buka tu,sbb gmbr dia adalaa.moga ceria2 la skmo tmbh2 dah terkenal dgn DJ skrg nikan..harap tak lupa tanggungjwb sebgai exco mansurah..

ok,kita jmpa lagi ya..nak masak jap.semoga ALLAH berkati antum..rabbuna Naggah..

Anonymous said...

salam
memang kene paksa pun buka blog ust farid..hehe..:P
tapi blog ni bagus tak rugi buka..
ust farid nak bagi hadiah apa sbb kene puji ni?

Ibnurashidi said...

salam..

aik?anonymous ni sapa ye?mana ada paksa..ikhlas lillahhi ta'ala tukan lebih afdal..
nak hadiah pulak..erm,hadiah jemput makan nasi umah ambe..hehe

Anonymous said...

ust farid x kenal ke? kalau ustz farid kenal memang ust farid bijak berjuta2 lemon la...hehe
xder la, gurau je hadiah tu..ikhlas la..
k, salam..:P

Ibnurashidi said...

salam..

oleh krna ada bbrapa masalah teknikal ana tak dpt nak online..
Minta maaf yer,ana mmg tak dpt nak kenal kalo tak bgtau nama n sapa..harap dpt bagi kerjasama..apapun trima kasih dtg berziarah yer..

Anonymous said...

salam..
kahwin ramai2 kt cna..em..xdpt bygkan cz besa kt m'sia khwn da family,saudara mara..kalo xda lg rase sdh..kalo saya la..blh ngs di wtnye..tp kalo dah jauh juta2 batu mmg ptt da peneman yg sah..especially utk pmpn la..smga b'kekalan hendaknyee..pnulis lak bile?? :-)

Ibnurashidi said...

salam Nur Syahadah..

Sedih tu memang sedih, bergantung kepada sesetengah individu. Kadangkala terpaksa bekorban sesuatu demi mendapat sesuatu yang lebih baik. Penulis ada rezki ada jodoh kahwinlah juga:)

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP