Demonstrasi atau Konsert?!
Monday, July 7, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
“Alak, waktu itu sedang menyanyikan 'Mari nyanyi menjilat', diserbu oleh tiga orang yang tidak senang dengan lagu tersebut apabila penyanyi ini menunjukkan punggungnya, sehingga ternampak seluar dalam, kepada penonton.
Akibat provokasi tersebut, penonton menyerbu kepada Alak dan kumpulannya dan juga membaling batu bata dan botol air minuman.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 petang semalam sewaktu majlis perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di stadium Kelana Jaya. Kira-kira 2,000 penonton berada di depan pentas dan tempat duduk menyaksikan konsert ringkas selama 15 minit. Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.
Sebelum itu, keadaan meriah ketika kumpulan itu menyampaikan tiga buah lagi - sebuah lagi inggeris, dan dua buah lagi Melayu - Tak boleh dan Hantu raya di Putrajaya - yang berunsur satira politik.
Penulis kolum terkenal Hishammuddin Rais, yang turut terlibat menganjurkan segmen muzik dalam perhimpunan sehari suntuk semalam, kemudiannya memohon maaf kepada para penonton dan berkata beliau bertanggungjawab atas kejadian tersebut.
Beliau juga menjelaskan beliau yang membawa kumpulan tersebut dan mereka tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik.”

Sumber:-
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=12229
Ulasan
Pada asalnya tidak ada masalah perhimpunan yang dianjurkan atas dasar memprotes kenaikan harga minyak secara mendadak oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini. Malah dengan mengadakan demonstrasi secara aman ini barangkali sedikit sebanyak memberikan signal kepada pemerintah akan senstiviti masyarakat Malaysia terhadap tindakan yang dilakukan mereka. Supaya dimasa akan datang pemerintah lebih berhati-hati akan setiap tindakan yang dilakukan dan memikirkan kesannya terhadap rakyat samaada dari segi negatif dan positif. Kemarahan rakyat ada sebabnya bukanlah atas dasar ingin memporak-perandakan negara tetapi ingin mengkritik secara terbuka kerajaan sedia ada yang sudah diambang kehancuran.
Namun, ada sedikit kesilapan menjejaskan imej perhimpunan itu yang sepatutnya para pemimpin dan penganjur perhimpunan protes mengambal ihtimam secara bersungguh-sungguh. Sepatutnya tidak wujud unsur sebagaimana disebut dalam web Tranungkite.net semacam Konsert Jom Heboh@Fun Fair dan sebagainya. Saya terus terang tidak menyokong elemen konsert biasan Jom Heboh ini diadakan kerana ianya lebih mengundang kesan tidak baik daripada matlamat asal untuk memprotes kenaikan minyak. Seandainya konsert ala “Punk” itu diadakan dikota besar seperti Londan atau New York barangkali ianya sesuai dengan masyarakat kafir disana. Tetapi dalam konteks Malaysia, amatlah tidak sesuai budaya Hedonisme ini ditonjolkan kerana ada hubungkaitnya dengan perjuangan Islam. Amat malang seorang pejuang Islam dan ingin memperjuangkan Islam kita terlibat secara langsung atau tidak langsung program berunsur hiburan tidak Islami sebagaimana program anjuran parti pemerintah yang nyata lebih gemarkan hiburan melalaikan dari menjaga kebajikan rakyat. Sesungguhnya ianya kelak bakal mengundang fitnah lebih besar pada masa hadapan. Cuba kita semak kembali perjuangan pemimpin agung insan bernama Rasulullah SAW, adakah wujud dalam perjuangan dakwah baginda situasi dimana Rasulullah SAW menerima hiburan era jahiliyyah seperti tarian gelek arab sebagai habuan buat para pejuang menegakkan Islam?tidak sama sekali!akan tetapi baginda SAW telah menukar kaedah hiburan kepada nasyid Islami sebagai wadah mereka gemarkan hiburan. Alangkah indahnya akhlakmu wahai kekasih Allah SWT!engkau memahami hati umatmu, engkau menjiwai tiap kepelbagaian sikap manusia..sollu a'lannabi..

Hal kaitan muzik mengikut syara’
Di dalam Islam walaupun pada hakikatnya timbul perselisihan faham dikalangan Ulama’ berkaitan masalah muzik dan nyanyian tetapi mereka tetap menggariskan panduan muzik dan nyanyian bagaimana diharuskan dan diharam. Pada asalnya mengikut kaedah usul fikh yang ditetapkan ulama’ bahawa : “Segala sesuatu (yang bersifat duniawi) itu asalnya boleh”. Berdasarkan pula firman Allah SWT yang bermaksud :-
“Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu…”
(Al-Baqarah : 29)
Maka tidak akan ada pengharaman kecuali dengan nas yang benar lagi tegas samaada dari Kitabullah, sunnah RasulNya, Ijma’ dan Qias. Begitu juga maksud Hadis Rasulullah SAW berbunyi :-
Apa sahaja yang telah Allah halalkan di dalam kitabNya adalah halal, dan apa sahaja yang telah Dia haramkan itu haram, dan apa yang Dia diamkan maka itu dimaafkan. Maka terimalah dari Allah apa-apa yang telah dimaafkanNya, kerana sesungguhnya Allah tidak akan melupakan sesuatupun.
Hadis ini diriwayatkan oleh HR.Al-Hakim, dari Abu Darda’, dan ia mensahihkannya, juga diriwayatkan oleh Al-Bazzar.
Dan kemudiannya Rasulullah SAW membacakan pula firman Allah bermaksud :-
“....dan tidaklah Tuhanmu itu pelupa.”
(Maryam : 64)
Akan tetapi keharusan itu akan menjurus kearah perkara syubhat malah jatuh kepada haram seandainya tidak dijaga batasannya sesuai dengan syariat itu sendiri. Bukanlah bermakna muzik dan nyanyian itu haram secara qat’ei tetapi ada batasannya. Antara batasan dan syarat harus dijaga ialah :-
1. Tidak semua lagu itu dibolehkan melainkan temanya atau isinya harus sesuai dengan adab dan ajaran Islam.
Sebagaimana contoh syair arab yang berbahaya dan mempunyai unsur tasykik (keraguan) terhadap dasar-dasar keimanan iaitu ucapan Iliya Abi Madhi di dalam qasidahnya, “Ath-Thalaasim” bermaksud :-
Aku datang, tidak tahu dari mana,
Tetapi aku datang!
Dan sungguh aku telah melihat di hadapanku,
Ada jalan maka aku berjalan,
Bagaimana aku boleh dating?
Bagaimana boleh melihat jalan, aku tidak tahu..
2. Penampilan dan gaya seorang penyanyi yang menyanyikan lagu itu juga perlu diperhatikan walaupun dilihat isi lagunya tidak mempunyai masalah tetapi cara penyanyi yang melagukan itu menjadi masalahnya. Sebagaimana mengalunkan suaranya untuk membangkitkan rangsangan seksual ataupun sebagainya.
3. Lagu-lagu yang disampaikan itu tidak boleh disertai dengan perbuatan yang diharamkan seperti meminum khamar (arak), tabarruj (menampakkan aurat) atau percampuran bebas antara lelaki dan perempuan sehingga mengundang kepada penzinaan pula.
4. Seterusnya ialah hendaklah nyanyian itu jangan berlebih-lebihan sebagaimana barang-barang lain yang diperbolehkan. Ini kerana agama Islam telah mengharamkan ghuluw (berlebihan) dan pemborosan di dalam segala hal, sekalipun di dalam beribadah. Jadi bagaimana mungkin dbenarkan berlebih-lebihan di dalam hal yang bersifat hiburan dan permainan sehingga menghabiskan waktu dengannya walaupun pada asalnya Ulama’ menyatakan harus?

Kesimpulannya
Begitulah serba sedikit tulisan kecil ini bertujuan memberi peringatan dan tazkriah buat diri serta pejuang Islam diluar sana, Insya’Allah. Alangkah baiknya segala perhimpunan ataupun konsert yang dilakukan dengan mengalunkan puji-pujian kepada Allah SWT, selawat kepada junjungan Rasulullah SAW, menyanyikan lagu yang membangkitkan perasaan ingin berjihad dan memperjuangkan agama Allah SWT. Sudah tentu Rasulullah SAW gembira melihat umatnya sebegitu bukan?..tepuk dada tanya Iman.
Sekian, Wassalam.
Sekian, Wassalam.
Sumber rujukan : Al-Islamu Wal Fannu, Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Ibnurashidi
1:16 PM, 8 Julai 2008
Siberbay, Tanta.
0 komentar:
Post a Comment