Srikandi Agama Mujahidah Sejati (Episod 7)
Sunday, July 6, 2008
“Kamu tolong sampaikan buku ni pada Nurul boleh..?”
Aisyah mengangguk lemah sambil mengambil buku yang dihulurkan kepadanya lalu terus dimasukkan kedalam bag.
“Ini untuk kamu sebab banyak bantu saya selama ana disini..”. Ustaz Mustaqim menghulurkan sebuah lagi buku untuk Aisyah.
“Terima kasih banyak Ustaz..takada apa sangat pertolongan saya nak dibandingkan dengan ilmu dan pengalaman yang ustaz berikan..Saya juga nak sampaikan salam Nurul ‘Ain pada ustaz..”
“Waalaikumussalam..kenapa dia tak datang hari ni..betul ke dia tak sihat..?”
Ustaz mustaqim tersenyum. Terserlah lesung pipitnya dikedua-dua belah pipinya. Menampakkan lagi manisnya guru muda ini disebalik penampilan dan keperibadiannya.
“Baiklah ustaz..saya minta diri dulu..”. Pinta Aisyah sopan memohon untuk keluar.
“Baik..Sampaikan salam ana pada Nurul ‘Ain..Insyaallah doa ana selalu bersama kamu semua..”
Nurul memandang putera puterinya.
Hasil Nukilan :-
Diedit :-
“Tak apalah..kamulah orang yang paling baik untuk nasihatkannya..”
“Baik..Sampaikan salam ana pada Nurul ‘Ain..Insyaallah doa ana selalu bersama kamu semua..”
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..”
Nurul ‘Ain membelek buku yang dihadiahkan Ustaz Mustaqim padanya. Aisyah memberikannya pagi tadi tanpa sebarang bicara. Cuma menyampaikan salam dari Ustaz Mustaqim sahaja. Hairan benar dia dengan gelagat Aisyah. Selalunya dialah yang paling banyak mulut kalau berjumpa. Tetapi lain pulak halnya pagi tadi..Hairan. Nurul ‘Ain membuka helain pertama buku Ciri-ciri Mujahidah Sejati karangan Prof. Madya Doktor Fakhruz Hadfi yang dihadiahkan Ustaz Mustaqim padanya. Tertera Nota ringkas dihelaian putih bersih buku itu.
Buat Mujahidah sejati.. Engkau serikandi agama. Berjuanglah untuk agamamu walau nyawa menjadi taruhan. Betapa engkau menyedari harta dan nyawamu telah dibeli tuhanmu. Mujahidah sejati semangatnya tidak pernah pudar. Kekuatannya adalah hatinya yang sentiasa sedar Allah dan rasul selalu bersamanya. Mujahidah sejati hatinya tetap pada Allah dan Rasulnya. Buktikan bahawa dirimu mengikut Aisyah dan khadijah. Lambang mujahidah sejati. Bangunlah wahai serikandi agama. Umat kini perlukan kudratmu, Umat kini perlukan ilmumu..Jangan sia-siakan usiamu. Jangan hampakan keluargamu. Dan jangan hampakan agamu untuk melihat dirimu menjadi serikandi agama. Dirimu Mujahidah sejati..Serikandi agama.
Ahmad mustaqim
Nurul memandang putera puterinya.
“Abang..Inilah mujahid mujahidah kita... Hari ini baru Nurul sedar kemanisan membentuk pejuang untuk Agama Allah ini..Insyaallah Nurul takkan mensia-siakan harapan dan amanah abang selama ni..Nurul akan lakukan sedaya upaya Nurul untuk jadikan putera-puteri kita menjadi mujahidin dan mujahidah harapan agama..Nurul doakan semoga abang ditempatkan disisi orang-orang yang Soleh..”. Air mata jernihnya menitis. Hari ini genaplah sepuluh tahun pemergian suaminya yang tercinta selama-lamanya. Tetapi dia tidak bersendirian kini, kerana hidupnya saat ini ditemani putera puteri yang bakal menggalas dan memikul urusan dakwah. “Terima kasih abang untuk kesekian kali membuatkan Nurul benar-benar bertuah..Ya Allah..peliharalah hambamu ini, kuatkanlah semangatku dan kekuatanku agar aku tidak punya alasan untuk membiarkan mujahid dan mujahidah ini terbiar tanpa didikan agama..”
AMIN....
TAMAT
Hasil Nukilan :-
Fakhruz Hadfi Bin Ghazali@2007
Beliau salah seorang penuntut (KUIN) dalam syu'bah Usuluddin.
Berasal dari Batu42, Baling Kedah.
Diedit :-
Ibnurashidi
16 komentar:
subhanallah..
tatau nk komen pe..menyentuh hati..bkn mudah nk jadi mujahidah sejati, d bukn mudah jg untk mnjadi sayap kiri prjuangan islami..rasa brtuah sbb saat ana buka blog ni,trus dpt bc episod last..xyah la jd pak pacak tggu smbungan..heheheh
apapun,keep on writing akh,d yg pnting dlm bekarya jgn lupa tggungjwb kt sbgai pnymbung risalah nubuwah..salam ukhuwah lillah!
salam..
syukran, ya ungkapan bkn mudah mnjdi seorang mujahidah..smmgnya bukan mudah..mujahidah bukan wanita biasa. ttpi luar biasa.
alhamdlh telah selesai ana postingkn cerpen sahabat ana tu. Insyallah ada masa cerpen seterusnya menyusul pula.
Insyallah tjuan dan matlamat asal tidak akan dilupakan samasekali..begitu juga anda..
salam
salam 'alaik.
bagus cerita nie. barakallahu fiq. alhamdulillah. doakan lah ana supaya menjadi mujahidah sejati..
salamm..
Alhamdlh selesai gak posting cerpen ni..tnggu ya kemunculan cerpan strusnya.Insyaallah,semoga enti dan muslimah lain mnjdi mujahidah yg sejati..yg penting cari ilmu,tsaqafah berkaitannya..nak jdi solehah tanpa ilmu ibarat pohon yg tiada buah padanya..
salam
baguih la shbt2 na..kecimpung diri dlm bdg penulisan..kpd sdrfakhruz lps ni ble la buat cite y lbhh advance ...cbrn dkwh
salam..
alhamdllh,setiap manusia mempunyai kelebihan masing2..bergantung kpd kreativitinya utk mencorakkan.Ana dlu tak minat menulis sbnrnya..minat melukis..tapi alhmdlh mcmna leh jdi terjun dlm bdng mnulis ni..truskan menziarah dan kritikan membina yer..
SALAM..
alhamdulillah..dah hbs pun cite ni..
syukran ye..smoga diri ni dpt mnjadi mujahidah sejati....=)nanti nak copy n post ke blog ana bisa ngak?hehe...mintak izin..kalau blh...
salam 'aleykum..
subhanAllah... kisah yg bagus... ade 1 part tu hampir je wat ana rsa sebak amat, nasib baik tetiba ada halangannya.. (untuk yg memahami..) huhu..
apapun, semoga penulis cerpen terus berkarya, dan penulis blog terus ber-blog.. (maaf, x tawu pkataan yg lebih sesuai..) teruskan bermujahadah membangunkan generasi Islam yang benar Islamnya... moga Allah merahmati kalian.
wassalam warahmatullah..
wa'alaikumsalam nurul88..
yer,nama pun cerpen cite pendek.takleh tlis pjg2 nnti org pertikai plakkan..hehe.apepun tnggu kemunculan cerpen bru nnti yer.truskan mmbca..
insyallah kalo ada kyakinn dan amalan yg tnggi akan berjya jdi mjhdah sjati..bertemu pula mujahid sejati..yer,silakan nak copy cerpen tu..jgn lupa letakkn link@nama pnulis asal yer kalo copy..
sekian..
wa'alaikumsalam juga buat ruhana..
Begitu halus yer perasaan wanita..ana pun kdg2 ssh nak kuarkan airmata..wlaucmnepun, syukran berkunjung dan baca cerpen tu.smga mendpt faedah dan menjadi mujahidah solehah juga..
Trima kasih mendoakan kami..kepada muslimah sekelian ana harapkan jgalah maruahmu..dirimu,agamamu..itu permata paling bernilai sekali didunia ni..
salam
salam
sy kurang faham cerita ni..
Wa'alaikumsalam..
Kurang faham dekat mana tu?:I
salam...
dah baceee...sdihh ekk
terusik jiwaa..emm,based on experience ek??
kalo ye hope tabah eekk...
setiap dugaan yg m'dtg pasti da hikmah menanti...
Wa'alaikummussalam..
Baguslah, bukan sekadar terusik jiwa bahkan kita harapkan cerita itu dapat dibawa ke alam realiti. Itu harapan penulis sebenarnya. Salutkan bait cerpen menjadi kenyataan. Nescaya beruntunglah tangan mereka:)
assalamu'alaikum..
Alhamdulillah, akhirnya terbit satu cerpen dari enta.mgkn ana ni antara org2 yang lewat membacanya. tap ana juga ingin bertanya, apakah kesudahan Aisyah?tiada huraian yang lanjut ttg Aisyah membuatkan ana tertanya2..juga tidak dinyatakan punca mustaqim itu syahid..
Blh ada huraian yang lanjut ttg cerpen ini?
Bg ana ianya seolah2 tergantung..
Maaf atas kelemahan komen ini.
:)
Wa'alaikummusalam..
Tidak, lewat atau awal itu bukan ukurannya. Janji maklumat atau pembawaan itu sampai ke pengetahuan pengunjung.
Berkenaan jalan cerita cerpen itu ana tidak dapat memberikan penjelasan kerana empunya cerpen tidak memberi keizinan untuk mengedit jalan ceritanya..Mungkin suaminya kemalangan atau sebagainya agaknya. Aisyah punya anak yang soleh dan solehah..
Post a Comment