Panas Batu Api Hilang Sejuk Silaturahim

Wednesday, August 13, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

“Penyakit yang berlaku dalam masyarakat ini seringkali terjadi dan menjadi-menjadi. Malah ada pula merasa bangga dan gembira pula dapat berbuat demikian tanpa sedikit pun merasa takut sebab dan akibat akan diterima kelak. Anologinya mudah, seorang lelaki atau perempuan telah mengadu domba ( yakni menjadi batu api ) perihal sebelah pihak ke sebelah pihak yang lain. Perkara-perkara yang menjadi topik hangat pengaduan tersebut berkaitan hal-hal negatif sehingga timbul fitnah dan merenggangkan hubungan kedua pihak”

عن حذيفة بن اليمان رضى الله عنه فال : سمعت النبى صلى الله عليه وسلم يقول : لا يدخل الجنة نمام
Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a katanya : Mendengar dari Nabi SAW bersabda : Tidak masuk syurga orang yang batu api ( pengadu domba ).
Hadis ini dikeluarkan dari Al-Bukhari kitab Adab bab larangan dari mengadu domba. 10/847 nombor 6056. Juga dari Muslim kitab Iman bab keterangan permusuhan haram mengadu domba 1/101 nombor 105.

Makna Kalimat

1. Syurga ( الجنة ) : Ialah satu tempat penuh kenikmatan di akhirat kelak disediakan oleh Allah SWT kepada mereka yang beriman dan bertaqwa serta mentaati perintahnya menjauhi larangannya. Iaitu sebuah tempat yang ditutupi dengan pokok-pokok syurga, dinaungi mereka dengan dahan-dahan pokok. Dibawahnya mengalir sungai-sungai indah. Gambaran syurga ini telah dirakamkan dalam firman Allah SWT :

Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.
( Ar-Ra’d : 35 )

Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.
( Ar-Rahman : 56 )

Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salaam"[Ertinya: sejahtera dari segala bencana].
( Ibrahim : 23 )

2. Pengumpat, pengadu domba ( نمام ) : Merupakan sighah mubalaghah dari ( النميمة ) iaitu bermaksud : Menaqalkan ( memindahkan ) percakapan dari satu kaum kepada kaum yang lain dengan bersifat keburukan. Itu dari segi makna namanya. Manakala dari segi perbuatannya ialah : Membesar-besarkan janji buruk dengan makna membuatkan perkara kecil menjadi besar sehingga timbul permusuhan diantara satu sama lain.


 Orang beriman sentiasa bersaudara seperti sekawan burung terbang diawanan..


Ulasan

Syurga itu merupakan sebuah tempat yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang yang mengabdikan diri kepadaNYA. Iaitu sebuah tempat yang dijanjikan yang mana tidak terbayang dek mata kasar, tidak terdengar dek telinga manusia, tidak terlintas difikiran manusia malah hati juga sama akan bagaimana gambaran sebenar syurga yang dimaksudkan. Syurga itu di dalamnya kebaikan sentiasa bertambah-tambah dari semasa ke semasa. Itulah sebuah tempat yang dijanjikan kepada hamba-hambanya yang beramal soleh, akhlaknya baik sesama manusia, sentiasa patuh suruhan agama Islam .


Persoalannya, tempat yang baik penuh dengan kenikmatan bagi orang-orang beriman bertaqwa itu adakah layak pula bagi mereka-mereka yang mempunyai hati yang kotor menzahirkan pula akhlak buruk serta ingkar suruhan Allah SWT?layakkah meletakkan batu api yang panas membara diletakkan ditempat suci seperti syurga. Sudah tentu tidak bukan. Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda bermaksud :-

“Orang batu api, bersumpah, dengki di dalam neraka tidak ada di dalam hati orang mukmin”
( At-Thobaroni fi Mu’jam Al-Kabir 12/445 bernombor 13615 )


Panasnya batu api itu..


Nabi Muhammad SAW menceritakan kepada kita di dalam hadis bahawa Allah SWT mengharamkan syurga bagi sesiapa yang ketika berada di dunia sentiasa melakukan maksiat, suka memecah belahkan diantara orang yang berkasih sesama saudara dengan memutuskan tali silaturahim kerana Allah SWt dan Rasulullah SAW bencikan mereka-mereka bersifat sebegitu. Ini kerana di dalam syurga itu hanya layak bagi mereka yang menjaga hatinya dari sifat-sifat tercela dan kotor peribadinya. Oleh sebab itulah syariat mengharamkan umat Islam daripada melakukan perkara keji tersebut dengan mengumpat, mengadu domba, memecah belahkan umat dan bersifat dengan sifat buruk lain lagi. Ini jelas akan mencetuskan huru hara dalam masyarakat bahkan memutuskan tali silaturahim sedia terbina selama ini. Di dalam membina sebuah Negara Islam misalnya, kekuatan perpaduan, bersatu hati sesama Islam diperlukan bagi menjamin keutuhan daulah yang di bina. Ini dapat dilihat dari permulaan berdirinya daulah Islam Madinah dahulu, Rasulullah SAW berusaha menyatukan kaum-kaum bertelagah terlebih dahulu barulah mengembleng kekuatan lantas mewujudkan suatu ketumbukan kekuatan umat Islam yang jitu.


Kesimpulannya

Jika bertanya kepada semua orang hatta kepada mereka yang jahat sekalipun adakah mahu masuk syurga sudah tentu akan dijawabnya “Ya”. Manusia normal yang mustanir pemikirannya lebih-lebih lagilah cintakan syurga dan takut dilemparkan ke neraka. Nauzubillahhi min zalik. Malah yang lebih utama dari itu ialah mendapat keredhaan Allah sepanjang kehidupan kita Insya’Allah. Maka jauhilah sifat-sifat tercela itu jika anda mengaku sayangkan Nabi Muhammad SAW, kasihkan umat Islamnya, cintakan Allah SWT.



Rujukan :-

1.Kitab Mukhtarat Min Kanuz Sunnah, Oleh Doktor Aiman Mahmud Mahdi, Ustaz 2.Hadis wa Ulum Al-Musaid ketua bahagian hadis kuliah Usuluddin Wa Dakwah Islamiyyah Tanta.
Al-Quran
 

Ibnurashidi
5:56 PM, 13 Ogos 2008,
Siberbay.





"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

13 komentar:

Ibnurashidi said...

Assalamualaikum..

Sebagai makluman saya dalam 2,3 hari agak sibuk dengan pelbagai komitmen untuk dilaksanakan..esok Insya'Allah saya akan ikuti jaulah ke Fayyoum bersama rakan-rakan diMansurah..nanti saya kongsikan bersama cerita disana...:)

Akak said...

Assalamualaikum...

Semuga selamat pergi dan kembali yea, sebut Mansurah tu teringat bovel "Salju Sakinah".

Sesungguhnya aku takut kenerakamu tapi layakkah aku kesyurga mu ya Allah...

Takut dengan kekuasaan "Batu Api", boleh memecahbelahkan umat..

Tirana said...

Salam ibnurashidi..

Semoga selamat dalam perjalanan..

Anonymous said...

Salam.

Semoga dilindungi Allah sepanjang masa. Selamat perjalanan dan tercapai apa yg dihajatkan.

Batu api... Keras dan panas... menyakitkan dan menyeksakan. Semoga Allah jauhi diri kak su dan teman-teman semua dari memiliki sifat buruk ini.

Ibnurashidi said...

Salam Akak..

Alhamdulillah, saya baru sahaja selamat pulang kerumah hari ini..Insya'Allah coretan Ekspedisi Jaulah akan saya tuliskan nanti..

"Semaga selamat pergi dan kembali yea, sebut Mansurah tu teringat bovel "Salju Sakinah"."

Saya tak pernah baca novel tu..mungkin akak leh terangkan sikit apa kaitan dengan Mansurah tu ya?

Ibnurashidi said...

Salam Tirana..

Alhamdulillah sudah selamat tiba..banyak pengalaman menarik hasil perjalanan selama sehari itu..:)

Ibnurashidi said...

Salam Kak Su..

Syukran...

Ya..sememangnya batu api itu panas sifanya..lawannya ialah kedinginan air keimanan & ketaqwaan..semoga kita selamat dari azab api neraka yg lebih dasyat dari batu api dunia..terutamnya para kaum hawa..hati-hati berbicara biasanya kaum hawa lebih suka bersikap begitu..maaf cakap tpi realiti bukan?lelaki juga ada..

....

Anonymous said...

salam ukhuwwah..
teruskan menulis..

Ibnurashidi said...

Salam ukhuwwah juga buat acax..

Lama tak nampak?bz ya skrg?teruskan menulis juga ya..

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Salam perkenalan..terima kasih singgah blog saya..
Teruskan menulis wacana minda dan tinta perjalanan..

Ibnurashidi said...

Wa'alaikummusalam..

Salam perkenalan juga dihulurkan semoga masing2 mendapat manfaat berguna. Kalau disertakan link ke blognya mungkin boleh saya singgah kembali..

Syukran:)

kawaii_desu said...

salam...

saya setuju... penyakit batu api dan mengadu domba di kalangan masyarakat kian mejadi2... yg sedihnya ramai melayu, Islam....

Anonymous said...

salam..

minta maaf, saya agak busy sehingga 20 Ogos jadi tak sempat nak updates artikel baru..sekarang berada dihayyu sabie', kaherah kerana ada program kemerdekaan anjuran PMRAM..

Itu yang sedihnya apabila berlaku batu api menyebabkan masyarakat hilang jati diri, umat saling benci membenci, maka muncul kelemahan menyelubungi..

.....

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP