Ekspedisi Jelajah Fayoum 2008 ( Bahagian 1 )
Thursday, August 21, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Muqaddimah Ekspedisi
Bertarikh 14 Ogos 2008 (Khamis) bersamaan 13 Sya’ban 1429H membawa daku ke sebuah destinasi yang belum pernah dijejaki iaitu ke wilayah El-Fayoum. Perjalanan ke wilayah El-Fayoum mengambil masa selama empat jam bertolak dari Mansurah. Kami memulakan perjalanan seawal jam 8 pagi dengan menaiki sebuah coaster ( Bas kecil ) memuatkan lebih kurang 20 orang. Perjalanan merentasi padang pasir kering kontang berselang seli dengan perkampungan arab badwi itu terasa bahangnya mujur sedikit tiupan angin berhawa panas menyelusup masuk membawa sedikit kesegaran. Bermulanya perjalanan dengan melepasi jalan menuju ke Kaherah sebuah ibu kota Mesir begitu padat dengan bilangan penduduk menghuni . Aktiviti biasa di dalam bas sementara sampai ke destinasi ialah dengan berbual kosong namun ada juga yang lena dibuai mimpi. Saya mengambil sedikit kesempatan menjengah pandangan ke luar bas untuk menghayati deretan keindahan alam ciptaan Allah SWT lantas memuja-muja kehebatan penciptaan tersebut. Sambil melihat telinga turut mendengar. Mendengar alunan pujian kepada Rabbul Izati sepeti biasa melalui MP3 alunan nasyid.
Tertarik dengan penerangan dari musyrif kami yang turut serta mengikuti ekspedisi ke El-Fayoum. Penerangan pertama beliau berikan ketika kami melintasi sebuah tinggalan sejarah tidak asing lagi bagi masyarakat dunia dulu sehingga kini iaitu Piramid di Giza. Walaupun saya belum sempat untuk mengunjunginya namun sudah tergambar serba sedikit pemandangannya ketika melalui tinggalan sejarah Firaun tersebut. Insya’Allah jika diberi keizinan saya akan mengunjungi peradaban Mesir kuno tersebut untuk melihat hasil mereka yang ingkar suruhan Allah SWT melalui ajaran Nabi Musa a.s.
Suasana dalam Coaster ketika perjalanan pergi...
Tesergam megah Piramid di Giza..ada 7 semuanya...
Beliau turut menceritakan kepada kami sebuah bandar dalam proses untuk dibangunkan menjadi Bandar pintar bernama Sadis, Oktober City yang turut kami lalui dalam ekspedisi kembara ke El-Fayoum. Menurutnya, bandar tersebut jika hendak disamakan seperti mana Bandar Putrajaya, Malaysia. Mempunyai prasarana-prasarana menempatkan pusat penyiaran stesen TV dan Radio Mesir, kondominium mewah dan sederhana serta pelbagai lagi kemudahan menarik disediakan untuk kemudahan rakyat. Bandar ini berdekatan dengan senibina kuno iaitu Piramid Giza. Bas kami terus meluncur laju melalui pula sebuah perkuburan terbesar di Kaherah. Sebuah kawasan perkuburan ditengah-tengah padang pasir yang luas berhektar-hektar sehingga jika dilihat seperti sebuah bandar mempunyai masyarakat hidup tetapi sebaliknya penghuninya sudah kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihahku cucurkan ke atas roh mereka.
Bandar Pintar dalam pembinaan...
Tanah perkuburan tersebar di Kaherah...
Sempat snap pasar tani masyarakat El-Fayoum...
Hasil tanaman selain buah mangga...
El-Fayoum Kota Dinasti Kuno dan Moden
Menurut apa yang dinaqalkan oleh musyrif kami ketika dalam perjalanan tersebut, makna Fayoum itu banyak maksudnya. Sesetengah masyarakat mengatakan ianya berasal dari perkataaan Alfu Youm bererti 1000 hari. Namun begitu, menurut beliau ada tiga maksud lain dalam memberi erti wilayah tersebut. Pertamanya El-Fayoum bermaksud “Mata Air”. Ini kerana El-Fayoum sebuah wilayah pertanian di tengah gurun padang pasir yang mempunyai mata air untuk dialirkan ke tanaman pertanian mereka. Keduanya, El-Fayoum bermaksud kelazatan hasil terbitnya mata air tersebut. Kelazatan dalam erti kata terpancarnya mata air memberikan seribu satu faedah buat masyarakat El-Fayoum sebagai sumber bekalan air utama. Makna yang ketiga pula ialah dikatakan berasal daripada nama salah satu “Dewa Buaya”. Masyarakat Mesir kuno dari kalangan puak Qibti pada asalnya tidak mempunyai agama, mereka menyembah berhala dan Dewa sebagai Tuhan mereka. Ini dibuktikan dengan terjumpanya monumen sejarah serta artifak berhala buaya yang beratus-ratus bilangannya oleh para ahli sejarah. Manakala istilah Fayoum menurut buku “Panduan Ke Mesir dan Al-Azhar” ialah berasal dari kata “Baiyoum” yang beerti danau atau air. Ianya terletak 105 km dari arah selatan Kaherah. Sememangnya tempat ini merupakan lembah pertanian dan perkebunan yang cukup subur menghijau sehingga menjadi terkenal dengan kebun mangganya yang amat luas dan menjadi salah satu sumber pengeluaran Mangga di Mesir. Di kota inilah lahirnya peradaban Mesir kuno dan kota Menef (ibu kota Mesir pertama di masa pemerintahan Firaun) berada di sebelah utaranya. Puncak kejayaan kota ini ketika pemerintahan Firaun lll dan Firaun lV. Selepas era Dinasti Firaun, El-Fayoum turut pernah menjadi wilayah jajahan Rom dan Parsi sebelum kedatangan Islam. Ketika era kerajaan Sultan Mamalik El-Fayoum sekali lagi menjadi tanah jajahan namun pada kali ini Islam memberi sinar kepada masyarakat El-Fayoum sehingga agama Islam masih terpahat kuat dalam sanubari masyarakat disana. Ini dapat dilihat dengan terbinanya Masjid hasil tinggalan dinasti tersebut. Subhanallah Maha Suci Allah!..hatiku terus memuji kehebatan penciptaan Allah SWT serta peninggalan tamadun dahulukala masih kekal untuk direnungi masyakat era akhir zaman. Teringat jerih perit para pendakwah Islam sanggup merentasi benua, gurun, padang pasir hanya menunggang kuda, unta, keldai dalam usaha menyebarluaskan agama Allah SWT. Semoga Allah SWT memberi ganjaran istimewa buat mereka.
Bersambung...
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
10 komentar:
Salam..
Alhamdulillah, Farid dah selamat kembali. Tak sabar kak su nak baca tentang kembara yg dilalui. Pasti banyak yang menarik.
Best kan, dapat melihat sendiri dunia luar? Org kata, jauh perjalanan luas pandangan.
Err... bila Farid tulis, 'Hasil tanaman selain buah mangga'. Mangga kat sana banyak ke? Itu hasil tanaman utama ke? Gambar tu nampak macam pokok jagung...
Salam. Menarik sungguh n3 ante nih. Teruskan pengembaraan mencari tinggalan sejarah jejak2 pedakwah Islam yg cukup tinggi semangat jihad itu. Syukur Alhamdulillah, masih ada masjid yg ditinggalkan. Napa tak snap masjid tuh..nak tengok juga reka bentuknya tuh..Sekarang nih, sebenarnya org2 kafir mmg semakin berusaha untuk melenyapkan tinggalan sejarah perjuangan nabi. Mudah2an panjang umur, murah rezeki..dapat ana menjejakkan kaki ke sana..Insyallah...(kalau tak pun dlm mimpi pun jadilah...hehe..)
Salam. Alhamdulillah..walaupun belum sampai ke sana tetapi dengan membaca cerita yang ditulis ini, sedikit sebanyak tergambar dalam fikiran tentang keadaan tempat-tempat tersebut. InsyaAllah mudah-mudahan satu hari nanti akan dapat berkunjung ke sana.
salam....waaaahhhh..kami shbt lama anta...bangga kami punya sahabt seperti anta..kami pun sedng menuntut kat ardil kinanah ni..tapi....tak berkesempatan lagi menulis di blog.....doakan km menyusul selepas ini memeriahkan dunia penulisan dakwah dlm blog
wufi N aq.faq.mum
salam bro..seronok kan kembara ni...ingin ke sana
Salam Kak Su...
Alhamdulillah wa syukurillah di atas nikmat yg diberi dapat bertemu kembali yaa..
Sebenarnya itu baru part One belum smpai ke destinasi lagi, tunggulah part 2 pula ada cerita menarik menanti:)
Mangga tu produk utama dari fayoum, buah-buahan lain sebenarnya banyak lagi. Kalau musim panas ni anggur, epal, jambu, tembikai biasanya akan muncul. Mangga banyak sebab arab pun gemarkan buah mangga. Kalau tengok diorg makan mesti terkejut, tak payah kupas terus gigit je kulit..gambar di atas tu tanaman jagung tepi jalan ketika hendak ke sana.
Keluar dari tanahair baru tahu yang Malaysia sebenarnya kecil dan kerdil..
Salam. Menarik sungguh n3 ante nih. Teruskan pengembaraan mencari tinggalan sejarah jejak2 pedakwah Islam yg cukup tinggi semangat jihad itu. Syukur Alhamdulillah, masih ada masjid yg ditinggalkan. Napa tak snap masjid tuh..nak tengok juga reka bentuknya tuh..Sekarang nih, sebenarnya org2 kafir mmg semakin berusaha untuk melenyapkan tinggalan sejarah perjuangan nabi. Mudah2an panjang umur, murah rezeki..dapat ana menjejakkan kaki ke sana..Insyallah...(kalau tak pun dlm mimpi pun jadilah...hehe..)
Salam whitetulip..
Terima kasih, salah satu hobi ana ialah melancong. Insyallah, dengan kesempatan yg ada disamping menuntut ilmu akan digunakan utk melihat2 ciptaan Allah SWT.
Masjid lama yg disebut tak sempat nak snap sebab masa kami agak terhad. Lagipun kami hanya bersolat dekat air terjun. Terus buat jamak.
Betul, tinggalan sejarah Islam banyak telah dimuziumkan hanya sebagai khazanah silam. Tidak lagi menjadi tempat rujukan dan pengajaran. Dasyatnya jarum halus yahudi nasrani menghilangkan Islam didada muslimin muslimat.
Ada rezki datanglah, tapi mungkin ada yang "terkejut" bila bertandang kesini barangkali:)
Salam. Alhamdulillah..walaupun belum sampai ke sana tetapi dengan membaca cerita yang ditulis ini, sedikit sebanyak tergambar dalam fikiran tentang keadaan tempat-tempat tersebut. InsyaAllah mudah-mudahan satu hari nanti akan dapat berkunjung ke sana.
Salam Tirana..
Itu yang ana harapkan, membaca bukan sahaja sekadar mengisi tetapi turut memikirkan. Ikuti sambungan ceritanya lagi ya.
Tempat yang baik, niat yang baik tidak ada salahnya utk dilaksanakan.
salam....waaaahhhh..kami shbt lama anta...bangga kami punya sahabt seperti anta..kami pun sedng menuntut kat ardil kinanah ni..tapi....tak berkesempatan lagi menulis di blog.....doakan km menyusul selepas ini memeriahkan dunia penulisan dakwah dlm blog
wufi N aq.faq.mum
Salam sahabat lama...( walaupun tak tau sapa nama )
Hanya sekadar menyampaikan apa yang dirasa, memberi setelah menerima. Supaya tidak mengenal erti "lokek". Kalau boleh, ana nak tau sapa kamu dimana belajar, furu' mana, tahun berapa supaya kawan lama boleh kembali dierat rapatkan. Tak gitu?
salam bro..seronok kan kembara ni...ingin ke sana
Salam Arsaili..
Perkara menyeronokkan selain makan ialah kembara..ingin kesini boleh saja, duit ada Insya'Allah terus jalan:)
Post a Comment