Ekspedisi Jelajah Fayoum 2008 ( Bahagian 2 )
Friday, August 22, 2008
Shalalat, El-Fayoum
Lebih kurang jam 12 tengahari kami tiba di Shalalat. Ia merupakan destinasi pertama kami ketika sampai di El-Fayoum. Namun, hasil menggunakan undang-undang darurat semenjak era peperangan Mesir VS Israel menyebabkan urusan perjalanan kami ke sini sentiasa terkongkong dan terikat pelbagai ketetapan oleh pihak keselamatan. Kami di kawal oleh sebuah trak polis bersenjata dan seorang anggota polis turut bersama kami dalam bas.
Anda pasti pernah mendengar kisah lagenda Si kaya raya bernama Qarun yang akhirnya ditenggelamkan oleh Allah SWT bersama Istananya dan seluruh hartanya dalam sebuah tasik akibat kekufuran beliau?. Tasik tersebut merupakan destinasi kedua kami ke lembah El-Fayoum. Tasik ini terkenal di Mesir dan merupakan sebuah tasik ketiga terbesar. Dengan kedalaman 5 meter di sebelah timur dan 12 meter di sebelah barat serta luasnya 45 ribu faddan ( 18.900 hektar ). Tasik ini merupakan bahagian tersisa dari Tasik Moris Kuno yang pernah dikunjungi oleh Herodotus pada tahun 450 SM. Di tengah tasik ini terdapat sejenis pulau kecil bernama Qarn al-Zahabiy. Sebagai info, tasik ini sebenarnya mengeluarkan bau yang agak busuk. Ada pendapat mengatakan bau tersebut terbit akibat pengajaran dari kisah Qarun yang tamak haloba tenggelam bersama hartanya. Kami hanya diberi masa sebanyak 5 minit sahaja untuk bergambar dan merakamkan keindahan Tasik Qarun tersebut. Terus pula ke destinasi ketiga kami.
Seperti yang saya ceritakan di atas, El-Fayoum merupakan sebuah kawasan pertanian subur hasil terbitnya sumber air mengairi tanaman. Maka, muncul pula pelbagai tanaman buah-buahan dan sayuran subur segar. Antara pengeluaran buah-buahan terbesar di sini ialah buah mangga. Itulah destinasi ketiga kami, menuju ke kebun mangga. Untuk pengetahuan sahabat sahabiah, di dalam kebun mangga ini muncul pula Ain Sillin ( Mata air ) berkhasiat sebagai sumber minuman dan pengairan. Dalam keadaan dahaga, saya bersama teman terus ke sana serta mengisi beberapa botol air sebagai minuman sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Memandangkan sudah pun berada di dalam kebun mangga, peluang membeli buah tersebut tidak dilepaskan begitu sahaja. Sempat saya beli 1 kg lebih buah mangga pelbagai jenis untuk dinikmati walaupun sebenarnya sayakurang minat memakan buah-buahan masam.
Ini merupakan salah satu menomen tinggalan Mesir kuno yang masih lagi kekal ke hari ini. Menurut sumber cerita setempat juga mengatakan bahawa kinci air di Fayoum ini telah digunakan sejak lebih 4000 tahun yang lalu lagi iaitu sejak zaman Nabi Yusof A.S. Pada asalnya terdapat 200 jenis kincir air digunakan untuk mengairi tanaman pertanian. Namun setelah berlalu beratus-ratus dinasti menyebabkan usianya tidak kekal lama. Hanya tinggal beberapa kincir air sahaja yang dapat dilihat. Inilah destinasi terakhir kami seharian berada di El-Fayoum. Kincir air ini terletak ditengah-tengah kota El-Fayoum. Perasaan takjub sekali lagi menyelubungi diri melihatkan hasil kretiviti masyarakat kuno yang ketika itu belum ada alatan canggih sebagai kemudahan hidup. Apa yang menarik perhatian saya, setelah diamati rupanya setiap putaran kincir air itu menghasilkan bunyi geseran yang pelik. Sekali dengar seperti bunyi menakutkan, sekali dengar bunyinya seperti gesekkan biola nyaring. Ajaib sungguh pemikiran tamadun lama!
Selain itu juga, di El-Fayoum juga terdapat beberapa Piramid kecil yang diberi nama Piramid Hawarah dan Piramid Lahun. Namun kami tidak sempat untuk mengunjungi kawasan Piramid kecil itu memandangkan masa mencemburui kami selain hasil desakan pengawal keselamatan yang mengiringi kami sepanjang di El-Fayoum.
Terlihat kepenatan diraut wajah masing-masing. Kami bertolak pulang pada jam 5 petang ke Mansurah. Sepanjang perjalanan saya beberapa kali terlelap dibuai mimpi indah melihatkan tinggalan tamadun dahulukala. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Kami tiba di Mansurah lebih kurang jam 10:30 malam. Saya tumpang menginap dirumah seorang sahabat Mansurah dan keesokkan paginya terus pulang ke Tanta. Satu lagi pengalaman baru yang saya perolehi. Itu kesimpulan yang mampu dibuat pada kali ini. Setiap tempat, setiap geografinya, setiap masyarakatnya mempunyai tamadun khazanah silam tersendiri. Hanya mereka-mereka yang menggunakan akal untuk berfikir mampu menghargai dan menghayati tinggalan itu. Firman Allah SWT :-
Sekian, Wassalam.
Batu petunjuk jalan di simpang tiga menuju ke Shalalat dan gambar padang pasir terbentang...
Sekali lagi saya terasa kagum apabila melihat keindahan dan kepelikkan. Apa tidaknya, setelah merentasi berjam-jam padang pasir muncul pula Shalalat ( Air Terjun ) ditengah-tengahnya. Dihiasi rimbunan pokok-pokok Pyprus ( Pokok Pyprus merupakan pokok yang digunakan semenjak zaman Firaun untuk membuat kertas ) disekeliling Shalalat tersebut membuatkan jiwa tenang melihat walau panas membahang terasa membakar kulit menyala. Ia berdekatan dengan Sungai Nabi Yusuf A.S. dan Tasik Qarun. Punca air terjun ini adalah dari Sungai Nabi Yusuf A.S dan Sungai Nil. Kami hanya diberi masa selama 1 jam 45 minit oleh “Pak Cik Polis” yang mengiringi. Tanpa membuang masa, saya terus menikmati makanan dibekalkan oleh penganjur ( Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah ) iaitu nasi paprik. Selepas makan, kami terus terjun mandi manda di Shalalat tersebut seakan tidak pernah berjumpa air terjun walaupun pada hakikatnya Malaysia sebuah Negara Khatulistiwa. Selesai mandi, terus bersolat dan bersiap ke destinasi kedua. Mungkin kesan mandi ditengah panas menyebabkan kepala saya sedikit berdenyut-denyut kepanasan. Apapun terima kasih Pak Cik Polis, kami berjaya mendisplin diri seperti anda.
Tiba di Shalalat...
Inilah satu-satunya air terjun ( Shalalat ) di Mesir...
Mandi-manda tengah panas...amacam boleh tahan?
Air terjun tersebut mengalir ke tasik inilah...
Buhairah Qarun ( Tasik Qarun )
Anda pasti pernah mendengar kisah lagenda Si kaya raya bernama Qarun yang akhirnya ditenggelamkan oleh Allah SWT bersama Istananya dan seluruh hartanya dalam sebuah tasik akibat kekufuran beliau?. Tasik tersebut merupakan destinasi kedua kami ke lembah El-Fayoum. Tasik ini terkenal di Mesir dan merupakan sebuah tasik ketiga terbesar. Dengan kedalaman 5 meter di sebelah timur dan 12 meter di sebelah barat serta luasnya 45 ribu faddan ( 18.900 hektar ). Tasik ini merupakan bahagian tersisa dari Tasik Moris Kuno yang pernah dikunjungi oleh Herodotus pada tahun 450 SM. Di tengah tasik ini terdapat sejenis pulau kecil bernama Qarn al-Zahabiy.
Bergambar kenangan di Tasik Qarun...
Cantik tapi punya misteri tersembunyi...
Bergambar depan pintu pagar masuk ke kebun buah mangga...
Kebun Mangga dan Ain Sillin ( Mata air )
Seperti yang saya ceritakan di atas, El-Fayoum merupakan sebuah kawasan pertanian subur hasil terbitnya sumber air mengairi tanaman. Maka, muncul pula pelbagai tanaman buah-buahan dan sayuran subur segar. Antara pengeluaran buah-buahan terbesar di sini ialah buah mangga. Itulah destinasi ketiga kami, menuju ke kebun mangga. Untuk pengetahuan sahabat sahabiah, di dalam kebun mangga ini muncul pula Ain Sillin ( Mata air ) berkhasiat sebagai sumber minuman dan pengairan. Dalam keadaan dahaga, saya bersama teman terus ke sana serta mengisi beberapa botol air sebagai minuman sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Memandangkan sudah pun berada di dalam kebun mangga, peluang membeli buah tersebut tidak dilepaskan begitu sahaja. Sempat saya beli 1 kg lebih buah mangga pelbagai jenis untuk dinikmati walaupun sebenarnya saya
Tengah beli buah mangga...
Ini tangga menuju ke Ain Sillin ( cuba tengok pancutan mata air tu )...
Ini penerangan Ain Sillin terpahat di batu...
Al-Sawaqi ( Kincir Air )
Ini merupakan salah satu menomen tinggalan Mesir kuno yang masih lagi kekal ke hari ini. Menurut sumber cerita setempat juga mengatakan bahawa kinci air di Fayoum ini telah digunakan sejak lebih 4000 tahun yang lalu lagi iaitu sejak zaman Nabi Yusof A.S. Pada asalnya terdapat 200 jenis kincir air digunakan untuk mengairi tanaman pertanian. Namun setelah berlalu beratus-ratus dinasti menyebabkan usianya tidak kekal lama. Hanya tinggal beberapa kincir air sahaja yang dapat dilihat. Inilah destinasi terakhir kami seharian berada di El-Fayoum. Kincir air ini terletak ditengah-tengah kota El-Fayoum. Perasaan takjub sekali lagi menyelubungi diri melihatkan hasil kretiviti masyarakat kuno yang ketika itu belum ada alatan canggih sebagai kemudahan hidup. Apa yang menarik perhatian saya, setelah diamati rupanya setiap putaran kincir air itu menghasilkan bunyi geseran yang pelik. Sekali dengar seperti bunyi menakutkan, sekali dengar bunyinya seperti gesekkan biola nyaring. Ajaib sungguh pemikiran tamadun lama!
Selain itu juga, di El-Fayoum juga terdapat beberapa Piramid kecil yang diberi nama Piramid Hawarah dan Piramid Lahun. Namun kami tidak sempat untuk mengunjungi kawasan Piramid kecil itu memandangkan masa mencemburui kami selain hasil desakan pengawal keselamatan yang mengiringi kami sepanjang di El-Fayoum.
Kincir Air di kota El-Fayoum..hanya ini yang tinggal...
Putaran kincir angin usang begitu mengasyikkan pandangan...
Piramid terbalik style zaman moden punya...
Cenderamata dijual ditepi jalan..kami tak beli pun sebab ada beberapa masalah teknikal..hehe...
Kesimpulannya
Terlihat kepenatan diraut wajah masing-masing. Kami bertolak pulang pada jam 5 petang ke Mansurah. Sepanjang perjalanan saya beberapa kali terlelap dibuai mimpi indah melihatkan tinggalan tamadun dahulukala. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Kami tiba di Mansurah lebih kurang jam 10:30 malam. Saya tumpang menginap dirumah seorang sahabat Mansurah dan keesokkan paginya terus pulang ke Tanta. Satu lagi pengalaman baru yang saya perolehi. Itu kesimpulan yang mampu dibuat pada kali ini. Setiap tempat, setiap geografinya, setiap masyarakatnya mempunyai tamadun khazanah silam tersendiri. Hanya mereka-mereka yang menggunakan akal untuk berfikir mampu menghargai dan menghayati tinggalan itu. Firman Allah SWT :-
Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi [Maksudnya: bangunan, alat perlengkapan, benteng-benteng dan istana-istana], maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah. ( Al-Mu’min : 21 )
Sekian, Wassalam.
Ibnurashidi
1:29 AM, 22 Ogos 2008,
Siberbay.
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
12 komentar:
Salam Ibnurashidi..
Jauh perjalanan..luas pemandangan..tambah pengalaman..bertambah kukuh keimanan..insyaAllah..
Wa'alaikumsalam Tirana...
Luas pandangan dalam ketenangan, memberi erti dalam kehidupan, buat bekalan sepanjang zaman, terus berkongsi teman dan taulan, semoga senantiasa dalam lindungan Tuhan, itu yang kita harapkan..Insya'Allah:)
salam ukhuwah buat tuan punya blog!XD
subhanallah, pertama kali dapat tengok keindahan bumi mesir secara 'live'..subhanallah2..tak terungkap pula kata nak menggambarkan keindahannya..
siapa sangka ada air terjun juga di tengah padang pasir ye..dengan kincir anginnya lagi..subhanallah..betul2 terasa seperti masih lagi dalam zaman kegemilangan islam..:D
muga suatu hari nanti diberikan juga kesempatan untuk melawat bumi anbiya, insyaAllah..hehe
Salam ukhuwah juga buat Al-Ikhsan..ukhuwahfillah abadan abada Insya'Allah..
Itu baru secalit pemandangan dari seribu keindahan..kita cuba gali sebanyak mungkin untuk tatapan bersama..biiznillah..
Minta maaf, ada sedikit kesilapan tu. Bukan kincir angin tapi air..dalam hati2 tetap salah lagi. Semoga kegemilangan Islam kembali bersinar lagi..
Untungnya belajar@merantau ditempat orang..sambil menyelam boleh mandi, minum air dll..:)tak gitu Ikhsan?
Assalamu'alaikum.
Wah.. wah.. menariknya,
jalan2 teroka sejarah..
jalan2 santai ilmiah..
o, ada juga shalalat di padang pasir tu.. subhanallah.. dari gambar yang lain2 pun..
moga ana dapat ke sana jg satu hari nanti..
:)
Wa'alaikumsalam...
Jalan-jalan melihat kebesaran Allah..
Jalan-jalan menghargai sirah..
Jalan-jalan menambah tsaqafah..
Jalan-jalan mengerat ukhuwwah..
Jalan-jalan umpama beruzlah..
Jalan-jalan mencapai Mardhatillah..
Insya'Allah Biiznillah..
Buah mangga buah strawberi,
Buah tembikai buah jambu,
Cukup kewangan silalah kemari,
Semoga bertambah keimanan dikalbu.
Ada sapa2 nak beli?:)
salam...hmmm..menariknya, dpt jalan2 kat bumi para anbiya' nih....
Alhamdulillah, menarik dan tertarik..punya keistimewaan tersendiri..:)
assalamu'alaikum,
Alhamdulillah, akhirnya tamat juga kisah pengembaraan yang menarik ini. Dalam masa yang sama, pengolahan ayat serta penyusunan cerita yang agak teratur dan tersusun menambahkan lagi mutu penceritaan..
Cuma bagi ana, agar gambar pada blog tersebut dijelaskan sedikit. terlalu banyak edit yang dibuat sehinggakan gambar tersebut menjadi sedikit kabur dan kurang jelas.
Apapun, artikel ini tetap menarik dan mampu menjadi artikel yang terbaik buat enta.
Moga pengalaman hidup enta ini, dapat dibukukan untuk menjadi rujukan dan peringatan sirah kepad semua.:)
Wa'alaikummusalam Syuhada...
Sama-sama..semoga dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa berkat bimbingan sahabat semua.
Minta maaf, gambar ada sesetengah terlebih blur jadi agak kurang clear. Mungkin utk lebih jelas klik supaya dapat dibesarkan.
Insya'Allah, ada rezki ada peluang ada keizinan dariNYA Insya'Allah wa Biiznillah..
Semoga Blog enti terus maju dan menjadi rujukan Muslimah diluar sana..:)
Salam.. Penceritaan yg hbt.m'buatkn sape yg m'bce mengmbara b'sma:)..thniah ibnurashidi..keindhan bumi anbia,subhanallah.rasenye nk je t'bg g cna..xda ke sape2 nk bwkkn..hehe :D
Salam..
Tidaklah hebat berbanding ciptaan Allah SWT yg Maha hebat. Insya'Allah sapa2 juga blh datang jika ada rezki.
Post a Comment