Berlabuhnya Tirai PMHK 2008
Sunday, August 24, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan ( PMHK ) yang berlangsung selama 4 hari bermula 16 Ogos sehingga 19 Ogos baru sahaja melabuhkan tirainya. Jikalau pada tahun lepas, AMIND menjadi sebutan untuk program mega PMRAM. Akan tetapi pada kali ini penggunaan nama PMHK kembali menjadi fokus utama dan tujuan. Segala puji bagi Allah SWT yang mengaturkan segala perancangan, alhamdulillah pergerakan program berjalan lancar walaupun muncul beberapa masalah teknikal namun harus di muhasabahkan jua demi kelangsungan program tersebut pada masa mendatang.
Belum pun penat merehatkan diri setelah pulang dari mengikuti Jaulah Ekspedisi ke El-Fayoum saya terus bergegas pulang ke Tanta pada hari jumaat ( 15 Ogos ) untuk bersiap-siap pula ke Kaherah ibu kota metropolitan Mesir untuk menghadiri program tersebut. Memandangkan beberapa komitmen perlu diselasaikan, masa tidak boleh dibuang begitu sahaja. Sekali lagi pada tahun ini, furu’ Tanta transit di Rumah Negeri Pulau Pinang yang terletak di Hayyu Sabie’ sebagai penginapan sementara. Saya terlepas mengikuti perbarisan pada pagi Sabtu memandangkan pagi tersebut saya diamanahkan untuk men‘design’ “Kad Nama” bagi pameran Mini Pavillion From Palestine With Love juga dalam intisari program PMHK. Setelah segalanya selesai, petang sabtu terus bertolak ke Rumah Negeri Pulau Pinang. Malam harinya terpaksa meng‘qodo’ semula latihan nasyid tertunggak selama beberapa hari.
Sedikit tentatif perjalanan program
Keesokan harinya, iaitu pada hari Ahad ( 17 Ogos ) saya serta beberapa rakan diarahkan ketua kontijen supaya menyertai pertandingan Win, Lose or Draw mewakili Zon A. Anda pernah lihat bagaimana cara pertandingan tersebut?mudah sahaja, seseorang perlu melukis dihadapan whiteboard manakala beberapa rakan meneka apa yang dilukiskan. Akan tetapi format pertandingan pada kali ini agak berbeza dari tahun lepas dari sudut penggunaan bahasa, jika tahun lepas hanya bahasa melayu digunakan manakala pada tahun ini tiga bahasa digunakan iaitu bahasa melayu, Inggeris dan Arab. Alhamdulillah, kumpulan kami berjaya menjuarai tempat pertama selaku Johan.
Lukis Teka dan Menang...
Usaha tangga kejayaan...
Pada asalnya saya ditugaskan bersama beberapa rakan yang lain untuk menjadi DJ Bazaria EGP’08 juga masih dalam program mega PMHK. Namun akibat beberapa masalah teknikal dan kelemahan pengurusan unit terlibat maka ianya dibatalkan. Terkilan juga rasa dibenak fikiran memandangkan kesilapan kecil begini tidak sepatutnya berlaku di dalam program mega sebesar PMHK. Semoga mereka membawa usul ini di dalam muhasabah program. Walaubagaimanapun ada yang menyejukkan hati, ABC serta beberapa menu istemewa ( Nasi Ayam ) tersedia di bazar menyebabkan hilang lelah didada. Sudah lama rasanya tidak merasai masakan dan minuman versi Malaysia. Lantas saya tidak mensia-siakan peluang tersebut walau habis duit dikocek.
Nasi Ayam versi Mesir, boleh tahan lazatnya...
Siapa bilang Mesir tak ada ABC Cendol?...
Sebenarnya pelbagai lagi acara dan pertandingan menarik menghiasi tentative program tersebut antaranya Pantun, Sajak, Khat, Debat Parlimen, Futsal, Sepak Takraw, Bola Tampar dan lain-lain lagi. Lebih menarik, program ilmiah seperti cermah agama, diskusi turut dimuatkan bersama sebagai penambahan ilmu dan tsaqafah berguna.
Sambil menjamu selera di Bazar sambil menonton perlawanan...
Ceramah Agama dimalam hari, dibelakangnya pameran Mini Pavillion Palestin...
Perlawanan berlangsung berlatarbelakangkan Rumah Terengganu dan Pahang...
Penantian aktiviti seterusnya belum lagi berakhir, siang malam dihabiskan bersama teman seperjuangan berlatih latihan percussion nasyid walau kami tidak sehebat percussionist kumpulan Rabbani namun usaha tetap diteruskan. Man Jadda Wajada menjadi prinsip. Pertandingan nasyid PHMK kali ini mendapat saingan hebat dari kumpulan yang mantap belaka memandangkan beberapa vokalis sudah menempa nama turut menyertainya. Bertarikh 19 Ogos menjadi penentuan kami, kelemahan ketara terasa kurang latihan tubi menyebabkan sedikit gugup dipentas. Kumpulan nasyid Al-Irsyad dari Tanta peroleh undian giliran ke 9. “Wah lama benar menunggu sehingga ke tengahari ni”, bisik hati. Bukanlah sesuatu yang menarik membuat persembahan ditengahari memandangkan dataran Hayyu Asyir tempat berlangsungnya pertandingan hanya beratapkan kain semata, tiada kipas, tiada Air-Cond. Panas tambah gementar menghasilkan natijah kurang memberangsangkan. Tertarik dengan persembahan dari kumpulan Selangor, Mansurah ( Vokalisnya Abdullah Fahmi Juara Akademi Al-Quran TV9 ) dan Kedah ( Vokalisnya Ilias dari kumpulan Sutera ). Sudah dijangka, sememangnya mereka layak bergelar juara. Malam penutup diumumkan juara jatuh kepada kumpulan Selangor, kedua Mansurah, ketiga Kedah, keempat Pahang dan kelima Johor. Walau kalah, saya tetap bersyukur kerana komitmen diberikan rakan sekumpulan memberangsangkan. Mungkin kekuatan suara Vokalis, Back-Up dan Percussionist perlu diperbaiki lagi.
Penonton yang hadir Ikhawah dan Akhawat...
Abdullah Fahmi sebagai vokalis utama kumpulan Mansurah...
Johan dari Selangor, serta juri mengadili antaranya penyanyi dari Dae'i Nada...
Kumpulan dari Tanta ( Penulis ada kat belakang menyorok, hehehe )
walau kalah tetap tersenyum...
Penutupnya pada sebelah malam saya tidak dapat menghadirinya kerana terpaksa bergegas pulang Tanta memandangkan keesokkannya ada program lain di Tanta. Diri juga perlukan kerehatan dan inginkan ketenangan . Dengar khabar dari rakan yang mengikuti Majlis Penutup PMHK malam itu agak meriah dengan persembahan tarian dari Acheh, pentomen dari Tanta dan bermacam acara lagi. Apapun sekalung tahniah buat PMRAM kerana berjaya melangsungkan PMHK dengan jayanya. Semoga tahun mendatang lebih baik dari tahun sebelumnya. Jadikan kesilapan sebagai pengajaran bukan simpanan. Sekian, Wassalam. Berita lain boleh ke link ini.
Ibnurashidi
2:36 AM, 24 Ogos 2008,
Siberbay.
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
12 komentar:
:) salam...aktiviti yg sgt2 menarik..kat malaysia pun x buat mcm tu..kalau ade pun time skolah dulu..teringin jgk nak join, tp mmg xde peluang la..:|
Salam..syukran org penang..
Sebaiknya dekat Universiti n Kolej pun adakan juga terutama program Ilmiah sebegitu supaya tidak leka dengan hedonisme melampau. Tak gitu?
Insya'Allah, kemungkinan lusa akan diadakan perhimpunan pelajar sedunia turut membentangkan kertas kerja ilmiah..
DiMalaysia dengar khabar akan diadakan sambutan kemerdekaan diambang ramadhan juga?mencemar imej Islam..
Bagi saya, Malaysia belum merdeka hanya nama saja..segalanya masih terjajah..selagi Islam belum tertegak selagi itu tidak akan terbebas belenggu kuffar..wallahua'alam
mcm mane smbutan kemerdekaan di ambang ramadhan boleh mencemar imej Islam?cube terangkan..
Baik, apa yang saya maksudkan sambutan kemerdekaan di ambang boleh mencemarkan imej Islam itu ialah kerana bila tibanya malam kemerdekaan apa yg berlaku?seperti yang sedia maklum, setelah detik jam 12 akan diadakan konsert hiburan sehingga ke subuh. Berlaku ikhtilat ( percampuran ) antara lelaki perempuan secara bebas, zina, minum arak, terkinja-kinja sana sini, gejala mat rempit berleluasa dan pelbagai lagi karenah sosial yang menyakitkan mata memandang memedihkan telinga mendengar, memeningkan otak berfikir.
Jadi hasil dari semua yang berlaku, adakah wajar perkara ini tidak mencemarkan Islam?
Ramadhan disambut umat Islam yang lain dengan gemberi kerana dapat berbuat ibadat sebanyak mungkin, merebut malam Lailatul Qadar namun kita menyambut dengan Majlis kemungkaran seperti itu. Kalau di Mesir umat Islam menyambut kedatangan ramadhan dengan baik sekali, meriah dibuatnya.
Maksud belum merdeka ialah belum merdeka dari pemikiran kuffar, hanya merdeka pada perang fizikal. Itu lebih merbahaya..
Faham maksud saya?:)
Salam ziarah..
Saya setuju dengan Ibnurashidi...menyambut kedatangan bulan ramadhan sepatutnya lebih dihayati dari diambang merdeka.
Terima kasih kerana berziarah..
Sememangnya kenyataan diatas bukan rekaan tetapi hakikat alam realiti. Semoga dengan kesedaran ini memberikan kita sedikit kefahaman untuk menghindar diri. Dengar kata juga akan ada konsert Avril LAvenge?haii..apa sudah jadi negara Islam..
Hmm..harap2 sambutan kemerdekaan kali ini diadakan dgn rasa bersyukur dan majlis2 yang menginsafkan,kerana negara bertuah ini masih lagi aman jika dibandingkan dgn negara islam yang dijajah itu..
Harapannya begitu juga Tie, namun disamping bersyukur kita juga perlu menginsafi dan mengasihani umat Islam yang lain. Semoga bukan sahaja kita dapat bersyukur dengan aman, mereka juga begitu.
Apalah ertinya menyambut kemerdekaan jika jiwa kita dan mereka tidak merdeka. Kesedaran terhadap penjajahan pemikiran dan saraf harus diberi penekanan supaya tidak alpa dengan "merdeka" gelaran British.
wah.. nyanyi nasyid jugak ker? jadi vokalis ker?
Takla Mak Su, bukan vokalis tapi percussionist ala yang main alat muzik kat belakang tu:)naik pentas ketuk je memanjang sampai selesai lagu..
Salam farid,
Kak su singgah sat masa lunch ni... farid apa khabar?
Nasi ayam mesir... macam rupa nasi ayam seksyen 11 Shah Alam je... Memang sedap. hehe
Merdeka yg belum merdeka... kitakah itu? Rasanya merdeka yg benar-benar merdeka ialah bila kita mati kot. Merdeka dari godaan syaitan, merdeka dalam tanggungjawab yg harus dipikul dan dilaksanakan... tapi merdeka masa tu tak dapat dan tak patut diraikan (kalau pun nak rai... macam mana erk? hehe) sbb kita perlu dihisab utk pastikan merdeka kita dimana.... kalau syurga, bolehlah kata merdeka. Tapi kalau neraka...? Tak kan merdeka jugak kot? Terpenjara dan terseksa ada la...
Sambutan merdeka di Malaysia. Teringat kata-kata Ustaz Ridzuan Tee, Sabtu lepas dlm Bicara Ad-Din di masjid Shah Alam. Katanya, kita terlalu mengikut Barat yg menyesatkan. Merdeka mengikut cara Islam sepatutnya disambut bila masuknya waktu maghrib sbb itulah permulaan hari dlm Islam bermula, bukannya pukul 12 mlm.
Dan seperti kata Farid, sambutan merdeka selalu di sambut dgn segala bentuk kemusnahan akhlak. pukul 12 tu lah konsert tgh hangat. Kalaulah mrk boleh rasa hangatnya api neraka, pasti tapak konsert tu kosong-sekosongnya.... Memang menyedihkan. Mrk mampu berjaga dan berpesta sehingga pagi... sedangkan waktu tu lah, waktu yg paling afdhal utk berdoa.
Apapun, biarlah kita sambut dgn cara kita.... tahajjud dan sujud syukur dan atas nikmat yg Allah bagi semenjak negara kita merdeka. Doakan agar masyarakat kita akan merdeka dari segala pemikiran dan pengaruh buruk yg merosakkan.
Salam juga buat kak su..
Alhamdulillah sihat sejahtera hendaknya..Kak Su pula?
Yer, mungkin sama rupanya tetapi tidak serupa rasanya..Sedap masakan diMalaysia mungkin berbeza sedapnya masakan disini. Semua rezki Allah itu sedap belaka:)
Kak su sebut pasal Ust Ridzuan Tee teringat ttg pertolongan beliau ketika mula2 nak datang Mesir. Trime kasih tidak terhingga kepada beliau semoga Allah memberikan ganjaran setimpal.
Ingin merdeka?bebaskan pemikiran dari belenggu sistem kffur, bebaskan jiwa dari kongkongan barat, bebaskan negara Islam dari penajajahan Imperislme Yahudi, bebaskan diri dari mengikut nafsu dan syaitan. Peringatan buat diri dan semua.
Semoga Allah menjahanamkan musuh2nya. Saya doakan semoga konsert merdeka dibatalkan. Ameen.
Post a Comment