Selamat Melayari Bahtera Hidup!
Tuesday, August 26, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Sireh Junjung adat melayu zaman berzaman,
Bunga telur penambah seri,
Majlis walimah empat pasangan berjaya disatukan,
Semoga berbahagia dan diberkati Ilahi.
Riuh rendah sahabat dan saudara,
Pasangan pengantin tersenyum gembira,
Pantun kahwin sebagai pembuka bicara,
Sebagai tanda ucapan dari hamba.
Selepas selamat diijabkabulkan, akhirnya walimatul urus pula diadakan. Alhamdulillah, segala perancangan oleh pihak penganjur iaitu ( DPMT ) telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis walimah yang julung kali diadakan di Tanta ini menyaksikan empat pasangan iaitu Akmal bersama Siti Fairuz, Yusri dan Wan Balqis, Arieff dan Hidayah serta Khuzaimah dan Yusrina.
Perjalanan Majlis
Sehari sebelum majlis berlangsung AJK yang dilantik sudah pun bertungkus lumus menyediakan bahan-bahan dan persiapan rapi. Malangnya saya tidak berkesempatan membantu memandangkan pada malam majlis saya baru tiba dari kaherah seusai menghadiri program PMHK. Penat masih menyelubungi diri.
Segak bergaya 4 jejaka sudah dimiliki...
Akmal & Siti Fairuz...penulis bila pula agaknya?hehe...
Semoga bahagia ke anak cucu Arieff & Hidayah...
Keesokan harinya iaitu, 20 Ogos 2008 bermula pada jam 12 tengahari berlangsungnya majlis tersebut sehingga ke jam 6 petang. Turut menghadiri ke majlis walimah itu ialah sahabat-sahabiah dari furu’ ( cawangan ) lain. Para pimpinan pelajar dari BKAN juga turut hadir memeriahkan suasana. Selain itu, coloteh Dj bertugas turut menyerikan walimah pada hari itu dengan beberapa dendangan lagu pengantin baru dan pantun.
Wakil BP PMRAM turut hadir bersama...
Menurut pihak penganjur, mereka mensasarkan kunjungan tetamu seramai 800 orang dan melihatkan suasana pada hari ini saya merasakan lebih 800 tetamu yang hadir. Nasi daging bersama acar menjadi menu sebagai juadah pada hari itu. Walaupun jamuannya ‘simple’ berbanding majlis yang diadakan di Malaysia, namun kami tetap berpuas hati dengan hidangan sebegitu. Bersyukur dengan apa yang ada itu lebih baik dari tiada.
Budak arab comel tengah garu kepala ( Anak Syeikh Abu Zaid )...
Jadi DJ pengganti...
Kesimpulan
Perkahwinan merupakan suatu ibadah yang mulia malah dituntut kepada pemuda-pemudi oleh junjungan Rasul mulia jika berkemampuan untuk berkahwin. Lebih baik pengorbanan pahit maung dalam berumah tangga dari perit derita menanggung sengsara berbuat maksiat dan berzina. Justeru itu, amatlah dialukan lagi program berkahwin serentak ini diadakan dan diperbanyakkan samaada di Malaysia atau luar negara bagi membendung gejala tidak sihat. Doakan memudahkan urusan bagi mereka berkeinginan.Sekian wassalam.
Ibnurashidi
5:44 AM, 27 Ogos 2008,
Siberbay
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
18 komentar:
assalamu'alaikum..
alhamdulillah..sempurna sudah agama bagi orang2 yang berbait muslim..diucapkan semoga bait al muslim yang dibina dipenuhi dgn ciri bait al muslim yang terbaik..
kepada penulis..
smg mendapat pasangan yang terbaik dalam hidup enta..stp muslim itu telah dijadikan berpasang-pasangan..cumanya pilihlah pasangan itu kerana agamanya..bukan kerana cantik dan hartanya..
salam ziarah:)
Wa'alaikummusalam syuhada..
Bait Muslim ciri muslim sejati..mengharap redha ilahi Rabbi..semoga dengan permulaan yang baik menghasilkan natijah yang baik jua, semoga mendapat zuriat yang soleh solehah..itu yang kita harapkan..
Terima kasih tidak terhingga diatas kuntuman doa yang diberikan..mencari yang terbaik mengharap maghfirah dariNYA..rabbana hablana min azwajina wa qurrata a'yun..
P/S : Semoga enti juga begitu..ketemu Mujahid Soleh pembawa agama..:)
Salam...
Tahniah utk 4 pasangan pengantin. Ngapa Farid tak join sekali, cukupkan 5? hehe... :D
Apapun, bagi kak su... berumahtangga semasa belajar terlalu banyak cabarannya. Kerana paling penting pihak lelaki mestilah tahu bahawa mereka perlu menjadi ketua keluarga yg perlu bekerja mencari rezeki. Kalau dok study, macam tak sesuai je. Mana nak tumpu pd keje (kalau keje la), pada rumahtangga dan pd study. Namun kak su tahu ada yg mampu melakukannya.
'Lebih baik pengorbanan pahit maung dalam berumah tangga dari perit derita menanggung sengsara berbuat maksiat dan berzina.' Memang benar... tapi pastikan ilmu didada cukup dan penuh utk menjadi ketua keluarga. Kalau sekadar kawin sbb nak elak maksiat, bimbang pulak berlaku penceraian kerana lepas kawin baru kenal siapa pasangan yg sebenarnya.
Kak su doakan agar farid akan ditemukan dengan pasangan yg saling melengkapkan. Contohnya... kalau Farid kurang sabar, dia mampu sabar dan menyabarkan. ;)Tapi Farid ni penyabar... kan? InsyaAllah...
salam...
sronok tgk...:D
mjlis walimah yg simple ttp penuh barakah mudah2an...
smoga psgan2 ni dpt mnempuhi idup baru dgn pnuh ksbaran dn bhagia hendaknye...DJ nye bila lg..?hehe..
assalamu'alaikum~
;) alhamdulillah... tahniah pada mereka yang dah pun menunaikan satu lagi sunnah Rasulullah saw.
(spt. soalan commenters yg lain..) kapan giliran akh Farid pula ya? ;))
naa, sekedar soalan penghibur hati~
wassalam warahmatullah.
Wa'alaikumusalam..
Ini Jawapan untuk Kak Su, Iffah dan Ruhanan. Masih belum bersedia untuk mencukupkan bilangan 5. Bimbang ilmu setitis tidak mampu menjadi pemimpin rumah tangga yang berjaya. Tunggulah pasti akan tiba masanya. Soal calon?Insya'Allah akan dipertimbangkan nanti:)
Seperti yang Kak Su sebutkan, ana pun fikir begitu juga seeloknya habiskan pengajian yang berbaki lagi setahun ni. Tak dinafikan hasrat dihati tidak terlepas memikirkannya.
Pasal penceraian mungkin itu salah satu faktornya, apa yang penting bekalkan ilmu rumah tangga sebaik mungkin pasakkan keikhlasan demi keranaNYA..Insya'allah ada petunjuk.
Alfu syukran diatas doa Kak Su..semoga ianya menjadi kenyataan kelak..
P/S : Semoga Kak Su dikurniakan anak soleh solehah..:)
Salam Iffah..
DJ nya takda rezki lagi..ada rezki jumpela tu..:)
Semoga harapan itu kesampaian..mencari kebahagian dunia dan akhirat..Insya'Allah..
Bisa aja dilangsungkan jika ada uangnya. Pokoknya hantaran aja udah ribuan ringgit..hehe. Tak gitu?
P/S : Iffah n Ruhana yg bertanya bila pula?
Semoga harapan us farid itu kesampaian..mencari kebahagian dunia dan akhirat..Insya'Allah..
all da best 4 us farid..
w.salam
Insya'Allah Biiznillah...semoga bertemu cinta hakiki..sama2lah didoakan semuanya begitu..:)
Salam..tahniah pd pasgan..mga d rahmati hgga akhr hyt..utk pnuls jgk.mga d p'mdahkn jdoh:-)
Syukran Nur syahadah..semoga semuanya begitu, bagi wanita memperolehi lelaki soleh, bagi lelaki mendapat wanita solehah..rabbuna yu sahhil:)
salam...
sanggup ke kawin tanpa mak ayah di sisi??
tak rasa pentingkan diri ke?
mak ayah besarkan kita dan hantar pi mengaji jauh2 bukan nak suruh kawin, betul x?
mmg lah nak elak fitnah dan maksiat...tp itu atas diri kita sendiri dapat atasi or not
juz my opinion.
wassalam.
Salam.. Em,kalo kte dkat dgn fmly memg xelok tau lbh tpt xblh abaikn mak ayah..tp ble dh d situasi tu hanya org yg b'ada tau cmne.. Pndpt shje :)
owh yeke? org yg berada di situasi tu rasa mcm mn ek? explain cket, nak tau jugak..huhu
1 more thing, mak ayah mmg lah x halang sbb nak jaga hati anak,tp kita jaga tak hati mereka?
nway, tanggugjwb kita first bantu mak ayah...ni mak ayah tak sempat nak rasa duit anak..kita lak rasa duit dia sampai beribu sebab nak kawin @ guna duit sendiri/pinjaman ek?..
jz opinion..salam.
-DA
salam..
Berkenaan mak ayah redha ke tak tu sebenarnya mesti dah diredhai, nak kahwin perlukan wali. Wali dah setuju itu tandanya dah merestui. Ibu bapa kepada pihak pelajar yg nak berkhwin tentu lebih fahami anaknya bagaimana..Setiap individu punya alasannya tersendiri:)
Pendapat Nur syahadah itu ada betulnya, jika berdekatan dengan keluarga dan mengabaikan mereka mungkin ini suatu tindakan derhaka ibu bapa seandai tidak diredhai. Jika jauh mungkin ada alasan tersendiri. Yang nyatanya saya ada bertanya rakan-rakan mereka menjawab soal tidak bersetuju tu ada juga sesetengah ahli keluarga menentang namun setelah diterangkan secara berkhikmah mereka boleh menerimanya. Ibu bapa yang baik sayangkan anaknya dan mahu melihat mereka bahagiakan?
owh yeke? org yg berada di situasi tu rasa mcm mn ek? explain cket, nak tau jugak..huhu
1 more thing, mak ayah mmg lah x halang sbb nak jaga hati anak,tp kita jaga tak hati mereka?
nway, tanggugjwb kita first bantu mak ayah...ni mak ayah tak sempat nak rasa duit anak..kita lak rasa duit dia sampai beribu sebab nak kawin @ guna duit sendiri/pinjaman ek?..
jz opinion..salam.
-DA
Situasinya banyak sekali, mereka yg belajar dan tnggal disini sahaja yg tahu bagaimana keadaannya. Baik, saya bagi contohnya. Bukan hanya masalah maksiat, akan tetapi ada masalah lain iaitu masalah keselamatan, masalah musyrif (juru tunjuk arah), masalah elak fitnah dan kos perkahwinan disini lebih murah.
Masalah jaga hati itu bukan masalahnya, jika sudah tahap wajib Islam menyuruh berkahwin. Bukanke ada hadis Nabi menyuruh berkahwin jika mampu. Tidak masalah bagi mereka jika sudah mampu. Hakikatnya ibu bapa yg faham agama sudah tentu akur dengan kehendak agama dari perasaan sendiri.
Itulah saya sebutkan tadi, kahwin sini murah. Kosnya tidak tinggi. Rasanya tak sampai seribu dah boleh kahwin. Si pengantin nak berkahwin ikhtiarlah mcmmana nak cari duit. Selepas kahwin rezkinya lebih bertambah, Allah akan lebihkan rezki kepada mereka Insya'allah. Hal nak membantu, sudah selesai pengajian bila2 masa boleh bantu. Tak begitu?tidak perlu menghalang perkara baik, halanglah kemungkaran yg lebih nyata.
Post a Comment