Satu Tinjauan: Pemuda Hari Ini Pemimpin Hari Esok

Friday, March 27, 2009


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Wacana pemikiran seperti ini seringkali menjadi buah mulut di kalangan pemimpin, ahli akademik dan agamawan. Tidak kiralah peringkat mana kedudukannya masing-masing mengutarakan pandangan bahawa pemudi-pemudi inilah yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan hari esok. Realitinya begitu.

Masing-masing mengharapkan generasi pemuda hari ini menjadi pelapis untuk membentuk kepimpinan masa hadapan. Sejarah telah membuktikan bahawa keterlibatan pemuda sudah sekian lama menapak dalam arena barisan kepimpinan. Lihat saja sejarah Sultan Muhammad Al Fateh yang sudah memegang takhta pemerintahan empayar Islam seusia 19 tahun. Begitu juga pembebas kota Baitul Maqdis, Salahuddin al-Ayubi seusia 17 tahun sudah mula berkhidmat dalam arena kepimpinan di kota Damsyik.

Pemimpin hari ini

Jika dilihat dari kacamata berbeza, sesungguhnya pemimpin hari inilah yang bakal mengorak langkah serta mencorak karisma seorang pemimpin muda mewarisinya kelak. Jatuh bangun seseorang pemimpan akan sentiasa dijadikan role-model sebuah kepimpinan pemuda hari esok.

Pepatah melayu mengatakan “bapa borek anak rintik”. Memahami serangkap pepatah ini sudah mampu memperjelaskan bagaimana konsep kitaran berantai antara pemuda hari ini dan pemimpin hari ini untuk menatijahkan kepimpinan generasi hari esok pula.

Dalam konteks ini, sebenarnya pemimpin itu sendiri adalah pengikut. Mengapa saya berkata begitu? Hakikatnya walaupun sudah berada ditampuk kepimpinan yang tertinggi manusia tetap saja menjadi pengikut. Pengikut sejati kepada sebuah falsafah perjuangan, pengikut kepada prinsip kebenaran dan pengikut kepada selembar pemikiran. Semuanya adalah berasaskan kepada falsafah, prinsip, pemikiran yang mustanir mengikut manhaj sumber tertinggi Ad-Deen.

Terpesong dari laluan itu persis keretapi yang terbabas dari landas lalu mengundang kepada tergelincirnya sebuah kepimpinan yang kompeten dan berkarisma kualiti. Dakapan mahabbah tarbiyyah dan tarbiyyah quraniyyah harus berpaut kemas dalam sanubari seorang pemimpin selain simpulan instrumen sunnah Rasulullah SAW sebagai dahan kedua.

Terkesan Madiah Merajalela

Mehnah dan tribulasi menjengah setiap detik waktu memberi kesan dalam pembentukan sebuah kepimpinan hari esok. Tidak ternafikan lagi akan perihal madiah merajalela. Dalam merencanakan sebuah kemantapan dalam barisan pemimpin pasti mengundang seribu satu tusukan serata jihat.

Dalam hal ini, saya merasakan antara faktor terhakisnya sifat kepimpinan dalam jiwa pemuda hari ini adalah kerana kesan dahsyat yang meraja dalam benak jiwa menyukarkan pencarian sebuah bakat kepimpinan yang betul-betul menepati piawaian. Kesan hubbun dunia dan madiah mengganas.

 
  
 
Tirana, Intan Hafizah, Faridmw, Fahkrul, Aljanianji, Ustaz Rashidi, Nur Syahadah, Atiqah, KinHashim, Awrapurnama, Sahabat_Islam, Ir.Raslan Dollah dan N.zaman.


Tinjaun Sekitar Alam Maya

“Enta boleh buat tinjauan dalam tajuk pemuda hari ini dan pemimpin hari esok dalam fokus mini..” Ketua Editor Suara Kampus Tanta memberikan taklifan kepada saya dalam perjumpaan lepas.

Kali ini Suara Kampus Tanta mengembleng tenaga bersama Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir (BKAWM) untuk membentuk Suara Kampus Edisi Gabungan yang bakal terbit bulan Mei 2009. Insya’Allah.

Justeru, saya membuka seluas mungkin perbincangan dan komentar berkisar tajuk “Pemuda Hari Ini Pemimpin hari Esok”. Setiap komentar akan dipertimbangkan dan Insya'Allah tersenarai dalam ruangan kolum tinjauan.

Antara soalan tambahan dalam tinjauan ini:

Benarkah kita kepupusan pemimpin muda yang berketrampilan bagi memacu sebuah kepimpinan Islam di masa hadapan?
Setujukah kita pemimpin kini tidak mampu membentuk pasukan pemuda yang betul-betul berkarisma? kalau tidak setuju, mengapa pula?
Cabaran, globalisasi dan kebejatan sosial mengundang terhakisnya ciri-ciri pemimpin pemuda pelapis. Benar atau tidak?

Saya tinggalkan persoalan ini untuk cernaan pembaca.


Ibnurashidi
1:54 PM, 27 Mac 2009,
Siberbay, Tanta.



Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna...

24 komentar:

Leenoh said...

Salam.
Saya sangat bimbang dengan golombang bapa borek anak rintik kerana boreknya agak banyak yang akan menghasilkan rintiknya juga banyak.
Benih yang tidak borek perlu dicari untuk menggantikannya, anda dan kekawan adalah di antara mereka yang diharap mengambil inisiatif ke arah tersebut.

Ibnurashidi said...

Salam Leenoh...

Terima kasih di atas komentar.

Saya secara tiba-tiba rasa bagai mahu terduduk mendengarnya. Apapun, doakan kami dan kami tahu tanggungjawab itu tidak akan terlepas dari pundak.

Tie said...

Akak selalu terfikir, dapatkah pemimpin muda kita mengubah situasi politik negara kita ini kepada yang diredhaiNya. Bimbang kerana keadaan sekarang seolah2 tiada penyelesaiannya.

pencinta bahasa said...

salam..

sebuah tajuk perbualan yg baik. sy masih x nmpk hasil dlm usaha kerajaan utk menyediakan modal insan yg berkualiti dan kamil. pd pendapat sy, antara sbb utama bg masalah ini ialah generasi muda zaman ini trlalu dipengaruhi oleh hegemori dan sifat hedonisme. mmg bnr madiah tlh menjajah jiwa2 yg mlg..

bg yg mengemukakan pndgn yg hasan, sering kali pandangan mereka x dipedulikan sekiranya x memenuhi kepentingan pihak yg bertanggungjwb.

harap istilah "bapa borek anak rintik" digantikan dgn blajar drpd kesalahan pemimpin yg sebelumnya. bknkh itu aplikasi utama sejarah. Al-Quran juga menceritakan ttg kebodohan pemimpin masa lalu supaya kte dpt mengambil pengajaran drpd kesilapan mereka.

sonata anak kancil said...

Untuk jadi pemimpin masa depan, pemuda hari ini mesti belajar jadi pemimpin. Kepepimpinan boleh dibentuk, jadi pemuda-pemudi hari ini yang dilantik sebagai pemimpin ( apa2 unit / bahagian / persatuan ), perlu 'menyerlahkan' bakat kepepimpinan itu.

Iliana said...

pemimpin yang berketerampilan itu ada di mana-mana sahaja. malangnya, aliran politik kini lebih ke arah kuasa. bukan keterampilan kepimpinan. makanya, pemimpin yang berkualiti itu tersorok oleh cara begini. lalu, keadaan berterusan tanpa sebarang perubahan. pertukaran tampuk kepimpinan itu sendiri berdasarkan keakraban bukan kemampuan.

pemimpin kini bukannya tidak berkemampuan. siapa sahaja mampu. tapi, apakah keutamaan kepimpinan mereka? jika bukan untuk melahirkan pelapis yang lebih berkualiti, maka akan lemahlah jenteranya.

bagi saya, cabaran globalisasi itu bukan membantutkan, tetapi mengembangkan. semakin kita diuji, seharusnya semakin cekallah hati dan kemampuan diri. jika mereka berjaya melepasi, itulah bakal pemimpin yang dinanti.

wallahualam

kin hashim said...

Di luar sana, ramai pemuda yg berketrampilan dan mampu menjadi pemimpin yg baik, dengan syarat pemimpin hari ini berusaha 'melatih' golongan pelapis ini berlandaskan prinsip yg tidak lari daripada rujukan asas kita al-quran dan sunnah. Malang sekali, secara umumnya, golongan pemimpin yg dominan berada di arus perdana hari ini memandang sepi kepentingan perkara ini. Politik kepartian yg memperjuangkan kepentingan bangsa semata2 tidak mampu menyediakan golongan pemuda kita ke arah pembentukan jatidiri pemimpin yg berwibawa. Pentadbiran dan pengurusan yg korup di mana2 peringkat (dengan alasan untuk kepentingan bangsa dan negara!) mana mungkin menghasilkan sesuatu yg berkualiti. Semua itu mengundang ancaman penghakisan nilai2 murni di kalangan generasi pelapis. Apatah lagi, kerosakan persekitaran yg sedia ada (kebejatan sosial etc) semakin menyukarkan usaha2 untuk melahirkan pemimpin muda yg berwibawa. Mau tidak mau, terimalah hakikat bahawa hanya perjuangan memartabatkan kepentingan islam sahaja yg mampu mendidik generasi baru kita. Ada inisiatif ke arah itu, dan saya yakin pasti suatu hari nanti akan membuahkan hasil (insyaAllah), dengan syarat kita semua 'melibatkan diri' secara positif dalam usaha2 ini.

Ibnurashidi said...

Salam K.Tie…

Satu jawapan yang ada persoalan. Terpulang kepada pemimpin muda itu sendiri bagaimana mencorakkannya dan menyelesaikannya. Moga akan ada pemimpin muda begitu.

Ibnurashidi said...

Salam pencinta bahasa…

Terima kasih atas komentar. Satu buah fikiran yang baik untuk difikirkan.

Ibnurashidi said...

Salam sonata anak kancil…

Terima kasih. Cadangan yang bernas juga.

Ibnurashidi said...

Salam Iliana…

Iya, sebagai cabaran. Apapun, terima kasih kerana melontarkan pandangan yang menarik. Teruskan menulis.

Ibnurashidi said...

Salam Kak Kin Hashim…

Na’am, melibatkan diri secara positif. Terima kasih atas pandangan yang kedua kali untuk SAK-T.

Dipersilakan lagi kepada sesiapa yang mahu memberikan pandangan. Peluang masih terbuka.

suara said...
This comment has been removed by the author.
suara said...

Salam Farid...

Siapa pemimpin pertama yg terdedah dlm kehidupan seorang insan? Ibu bapa, kan? Kepimpinan Islam harus bermula di rumah. Dan kalau asasnya kuat, insyaAllah, kita tak akan ketandusan pemimpin Islam, tak akan terkandas dalam masyarakat yg imannya kecundang.

Cabaran semasa mmg ada, mmg memberi kesannya. Tapi tak bermakna pemuda akan tewas kalau kita sematkan ilmu dan amal dalam jiwa mrk. Asalkan tahu dunia ada batasnya dan akhirat perlu dijaga, rasanya harapan itu masih ada. Allah akan bantu kita. Usaha dan doa, itu senjata yg paling utama.

Muhammad said...

JILSAH BERSAMA MUFTI MESIR



JILSAH BERSAMA MUFTI MESIR

SOHIBUS SAMAHAH ALLAMAH PROF DR ALI JUMA'AH





pada:



JUMAAT , 10 APRIL 2009



14 RABIUL AKHIR 1430





aturcara:



7.25 : - AZAN & SOLAT MAGHRIB



- BACAAN RATIB AL-HADDAD



8.30 : - AZAN & SOLAT ISYAK



- CERAMAH SS MUFTI MESIR



- BERSURAI





di MASJID AL-FALAH USJ 9.





SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

http://pondokhabib.wordpress.com

nohas said...

Salam..
Memetik kata-kata Imam Khomeini,"jika ingin melihat generasi akan datang, lihatlah generasi masa kini" dan semasa ditanya siapakah yg akan mendokong revolusi Iran, jawapannya "anak-anak kecil di dlm buaian". Pemimpin yg jauh pandangan & tinggi wawasan utk generasi mudanya. Sekarang ini ramai pemimpin pelapis sedang dilatih terutama dari golongan mahasiswa dan utk berterampilan bagi memacu kepimpinan Islam masa depan, mengambil masa yg panjang. Dengan mehnah, tribulasi, fitnah pihak musuh, kekangan masa utk kerja,keluarga & menambah ilmu, semuanya menuntut pengorbanan & ketahanan mental yg tinggi. Pemimpin muda yg mempunyai misi & visi yg jelas serta jati diri yg tinggi tidak akan terpengaruh dengan gejala sosial bahkan menganggapnya sebagai satu cabaran bagi dirinya.

Pemuda yg sinonim dgn kekuatan fizikal & mental dan semangat berkobar2 sepatutnya diimbangi oleh pemimpin2 veteran yg berpengalaman. Membimbing, bukan melemahkan/meremehkan. Kadang2 kelantangan pemuda melontarkan idea2 baru, tidak digemari oleh pemimpin atasan dan tindakan mencantas tunas2 muda yg berterampilan ini adalah tindakan yg merugikan negara & agama.

SangMentari said...

Aduh ibnurashidi, tulisan ini umpama lakaran seorang bakal pemimpin tanah air suatu masa nanti..

p/s pemimpin yang terbaik sentiasa mampu mengubah sekeliling.. sentiasa menjadi arus..

Ibnurashidi said...

Salam Kak Su...

Ya, benar tentang itu. Ibu Bapalah yang menjadi tunjuk ajar pertama bagi seorang bernama manusia.

Terima kasih atas pandangan.

Ibnurashidi said...

bunga mawar...

Sempat lagi iklan ya. Apapun sesiapa yang kelapangan bolehlah ke program majlis ilmu oleh Dr.Ali Juma'ah. Moga Allah SWT memberkati kalian.

Ibnurashidi said...

orangbukit...

Suatu idea yang baik juga untuk dijadikan pengajaran walaupun mereka itu adalah golongan Syiah.

Imbangan antara golongan tua dan muda merupakan suatu pentadbiran yang relevan. Tetapi kebanyakkan hari ini golongan veteran yang banyak mengambil tempat.

Ibnurashidi said...

SangMentari...

Wahh kamu memuji sayakah? Saya sangat susah hati jika begitu.

Kamu juga bakal jadi seorang pemimpin dan Doktor yang berkaliber nanti.

Nur_syahadah said...

Salam..sudah lama xb'tandang.masa tak mengizinkan.. Apa yg dapat dirumuskn,kita begitu ketandusan pemimpin yg berteraskan al-Quran dan hadis.. Sebab itulah keharamaman perkara dibutakan,kehalalan perkara ditidakkan.. Semoga ust dan kawan2 pelapis pemimpn ms hadapan..amin..

ASaL said...

salam

satu syarat pemuda zaman ini, untuk menjadi pemimpin, sangat sangat sangat perlu menguasai ilmu dan pandai membaca.

Baca itu ialah, baca kerangka falsafah dan modus operandi musuh. Baca itu ialah membaca psycology masyarakat (konteks ini golongan muda), cari kepincangan dan cari bahan untuk mengantikannya (alternatif), jangan mencari kepincangan kemudian menariknya keluar tetapi membiarkan ruang itu kosong tidak diisi. Baca itu ialah, membaca langkah musuh 10 langkah kehadapan, supaya kita boleh mengelak diri dari masuk ke perangkap musuh.

saya setuju sangat dengan komen, 'harapan masa depan adalah di tangan setiap bayi di dalam buaian'. Kerana itu, pemimpin itu dilatih dari dalam buaian lagi. Tiada istilah terlalu awal.
Malaysia, adalah contoh kelembapan untuk menyerahkan tanggungjawab pimpinan dan memberi kepercayaan kepada golongan muda untuk memimpin.
Ini adalah kerana kerangka pendidikan yang tidak pernah percaya bahawa pimpinan boleh digilap dari kecil.

Lagi pemimpin hari ini, perlu lebih fleksibel, berani ke depan, sentiasa bergerak dan menggerakkan, perlu sangat aktif dan bersikap responsif pada setiap hal yang mendatang. Untuk menjamin pemimpin yang setiasa diikut, dinamisme perlu ada. Dan mesti 'blend' dengan masyarakat.

DAMAI said...

Salam buat seorang yang berkepimpinan…

Rasulullah SAW pernah bersabda…

“ Bukanlah yang lebih besar itu yang lebih mulia…tetapi yang lebih mulia itulah yang lebih besar..”

Jelas di sini menunjukkan dalam pemilihan seorang ketua atau lebih tepat disebut sebagai seorang khalifah,faktor umur bukanlah suatu permasalahan….jika sudah terang lagi bersuluh,yang muda itu lebih hebat ilmu dan pemikirannya,lebih teguh tugu imannya dan lebih jelas matlamat kehidupannya,maka pilihlah dia sebagai ketua….

soalan kamu : Benarkah kita kepupusan pemimpin muda yang berketrampilan bagi memacu sebuah kepimpinan Islam di masa hadapan?

jawapan Damai : Perkataan ‘kepupusan’ itu menakutkan...diharapkan ia tidak berlaku dan tidak akan pernah berlaku....bagi Damai,golongan syabab yang penulis maksudkan itu masih wujud dan Damai sendiri kenal beberapa orang sahabat yang memang terserlah sifat kepimpinan Islam mereka...tetapi,apa yang menjadi masalahnya adalah ada di antara mereka yang mengambil jalan untuk mengasingkan diri dari dunia kepimpinan yang lebih besar....mereka memilih untuk memimpin kumpulan2 kecil,mendidik insan2 yang sekitar yang dekat dengan mereka...untuk pergi lebih jauh dari itu,mereka enggan....mengapa?...hanya mereka yang tahu jawapannya....mungkin mereka masih belum betul2 bersedia barangkali,maklumlah bukan mudah hendak melepasi benteng kepimpinan Malaysia yang ada sekarang...

soalan kamu : Setujukah kita pemimpin kini tidak mampu membentuk pasukan pemuda yang betul-betul berkarisma? kalau tidak setuju, mengapa pula?

jawapan Damai : Adakah yang tidak setuju? ^^...kenyataan ini meskipun pahit,tapi itulah hakikat yang terpaksa kita telan....bagaimana mungkin seekor ketam mampu mengajar anaknya berjalan lurus?.....sesuap nasi yang masuk ke mulut si anak itu,pastikan datang dari sumber yang berkat,barulah peribadi yang kuat dan hebat dapat dibentuk....apa yang kita perlu bukan pemimpin yang hebat pada kata2 tetapi hati terputus jauh dari Allah....yang kita perlu adalah yang dapat memimpin agar rakyat lebih dekat dengan-Nya....barulah bantuan,rahmat dan belas kasihan Allah sentiasa memayungi.....

soalan kamu : Cabaran, globalisasi dan kebejatan sosial mengundang terhakisnya ciri-ciri pemimpin pemuda pelapis. Benar atau tidak?

jawapan Damai : Seperti yang Damai tulis di atas,bagaimana hendak datangnya kehebatan pada diri anak2 andainya rezeki yang diberi tidak berkat....kebebasan yang diberikan juga membunuh jiwa anak2 itu....tidak faham kepentingan sebuah kepimpinan membuatkan diri mudah leka....cuba sahaja bertanya pada mereka,mengapa hendak jadi pemimpin?....pasti jawapannya kerana dapat duit banyak....bila mata sudah terkabur dengan dunia,hilanglah keberkatan...bila hilang keberkatan,apa lagi yang mampu disumbangkan untuk negara?

Berbicara tentang soal pemimpin dan kepimpinan bukanlah bidang Damai...namun,setakat apa yang mampu, Damai kongsikan di sini ^^

Memang sukar hendak menerajui tampuk kepimpinan sekarang,tetapi ianya bukanlah suatu perkara yang mustahil suatu hari nanti...yang penting kita usaha,usaha dan terus usaha...jangan sesekali bersikap lemah dan bersikap tidak peduli pada hal2 kepimpinan ini....dan andaikata suatu hari nanti,kita terpilih menjadi pemimpin,jangan pegangan dan fahaman kita senang dijual beli dengan harta dunia.....

Akhirnya,sejarah telah jelas membuktikan bahawa hati yang dekat dengan Allah itulah yang mampu menjadi ketua kerana hatinya itu berhubung terus dengan Allah....memilih insan yang tinggi agamanya dan jelas keupayaan kepimpinannya sebagai ketua hukumnya wajib....tepuk dada,tanya pada diri....sudah betulkah pilihan yang telah dibuat selama ini???...

~~moga memberi sedikit ilmu....maaf ibnurashidi,tidak pandai berbicara soal ini ^^ ~~

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP