Yang Mana Satukah Pilihan Di Hati?

Tuesday, March 31, 2009

 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
 
“Ana nak tanya pasal Wordpress..bolehka? Saya bertanya lewat Yahoo Messengger kepada SangMentari yang juga salah seorang blogger mahasiswa Malaysia di Mesir.

“Ya, boleh..” Balasnya ringkas.

“Ya..silakan terus penjelasan tentang Wordpress tadi..dia ada bagitau apa ya? 

“Dia bagitau system Wodrpress ni memang belum benarkan sebarang banner yang dianggap tak selamat sangat…untuk security katanya..” Terangnya selaku pengguna Wordpress.

Yang Mana Satukah Pilihan Di hati?

Memilih itu adalah suatu perkara yang sukar. Dalam apa jua hal jika kita menghadapi taraddud ketika mahu memilih sesuatu adalah merupakan perkara yang payah untuk dilaksanakan. Lebih-lebih lagi perkara yang menjadi pilihan itu ternyata kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing.

Kebiasaannya setiap kali menghadapi masalah saya akan cuba selesaikan sendiri, namun pada kali ini saya tidak mampu pendamkan perasaan lagi. Saya harus menyelesaikan masalah ini dengan bertanya pendapat kalian selaku blogger. Pilihan manakah yang terpaut di hati? Wordpress, Hadithuna atau Blogspot?

Kelebihan Tersendiri

Selama lebih kurang hampir tiga tahun saya bersama Blogspot sebermula angka 2007. Perkara itu bukanlah suatu perkara mudah untuk saya berpindah tapak. Tambahan pula Blogspot mempunyai kelebihan tersendiri walaupun kebanyakkan function dan HTMLnya terpaksa diedit secara manual.

Dua hari yang lepas saya menggeledah tapak domain free Wordpress. Ternyata perkhidmatan blog mereka sudah dipertingkatkan menyebabkan hati saya terus terpaut.

Selama dua hari itulah saya berfikir mengenainya. Ya, saya tidak dapat menebak kelebihannya secara tepat.

“Sangat pening fikir..sampai demam.”

“Haha..lawak juga kamu ni..” Balas Mohd Azreen atau dikenali sebagai SangMentari.

Justeru, saya mengharapkan dengan tersiarnya entri ini membolehkan para blogger masing-masing mengemukakan idea atau pengalaman supaya di sana permasalahan ini dapat dirungkaikan dan menjimatkan masa saya. Samaada Wordpress, Blogspot atau Hadithuna.

Jazakallahhukhairan kasira. Terima kasih.

Ibnurashidi
6:30 AM, 1 April 2009,
Siberbay, Tanta.



Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna...

42 komentar:

Unknown said...

Assalamualaikum,
Sebagai pengguna Blogger, tentunya saya akan menyarankan anda supaya kekal dengan Blogger kerana kita punya kebebasan untuk menggeledah kod HTMLnya.

Berbeza dengan Wordpress.com, kita tidak diizinkan untuk menggeledah kod HTMLnya. Benar, untuk tujuan keselamatan.

Melainkan anda sudah bersedia untuk melangkah ke langkahan seterusnya -- beli hosting dan domain. Sekiranya anda sudah sampai ke tahap ini, saya sarankan anda gunakan Wordpress.org.

:-)

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam RdhanZ...

Syukran di atas pandangan kamu. Saya ini kali pertama kamu berkata-kata di blog saya. Terima kasih ya.

Baiklah, kita sudah ada seorang pengguna Blogspot beserta pendapatnya yang tersendiri.

Apa yang menarik tentang Wordpress, komentarnya boleh repyla terus.

Nur_syahadah said...

Salam..maaf ye ust,saya takda pengalaman,cuma suke membaca blog utk tambahkn ilmu shje..ape2 pun nshat saya,ambil lah yg t'bk di antara yg terbaik:-)..

Ibnurashidi said...

Nur_syahadah...

Jutaan terima kasih diatas sokongan. Insya'Allah perkongsian yang mendapatkan manfaat dan pengajaran. Semoga saya terus istiqamah.

Itulah, tengah fikir yang mana terbaik di antara terbaik. Susah bukan membuat pilihan?

nahmy said...

Assalmualaikum...

Pada saya yg juga cetek ilmu IT ni, lihatlah pada 2 perkara. Satu yg mana mudah bagi tuan..dan yg kedua yg mana mudah pulak bagi pengikut/pembaca blog tuan.

Selalunya dlm hal2 camni kita kena letak kita sbg empunya blog & kemudian letak pula kita sbg mereka yg mengikuti blog ni (empathy atau letak kaki kita dlm kasut org). Bila dah kaji 'strength & weakness' tu maka buatlah pilihan.

Nampak mcm satu proses yg panjang & susah..tp rasanya itulah yg terbaik mcm bila penjual nak ttpkan harga ayam. Klu kira nak untung maka harga ayam dah tentunya diletak tinggi...tp bila penjual tadi jadi 'sekejap' pembeli maka dah tentulah dia nak harga ayam murah. Maka satu keputusan yg 'berpatutan' pun dicapai.

Atau...satu lagi kaedah yg kita sbg org islam boleh guna. Yg ni insyaAllah tuan tahu akannya...wallahualam.

Unknown said...

Assalamualaikum Ibnurashidi.

KakChik setuju dgn pandangan RdhanZ. KakChik mempunyai blog yang menggunakan kedua-dua platform tu tapi KakChik lebih senang dengan Blogspot dan rasanya Ibnurashidi sendiri tahu kenapa. Wordpress pula ia agak leceh sedikit bagi KakChik sebab tu KakChik amat jarang kemaskini blog tersebut. Cuma suami KakChik memang suka menggunakan Wordpress dan katanya lagi canggih dari Blogspot. Kalau sudah ada domain .com sendiri, rasanya base Wordpress lagi baik sebab boleh dibuat banyak ubahsuai berdasarkan apa yang KakChik tengok suami buat. Tapi bagi KakChik, kalau ada .com sendiri pun mungkin KakChik akan stay dengan Blogspot. Allahu'alam.

Liyana said...

salam...

kenapa nak tukar yang lain..
yang ini kan sudah ok?

Tie said...

Salam...

Dulu kak tie cuba nak tukar ke wordpress...tapi rasa macam susah je , mungkin kerana dah biasa guna blogspot. Lagi pun cara kak tie berfikir (senang guna rajah atau gambar)lebih mudah guna blogspot...Kak tie ambil masa lama untuk edit dan lain2 bila guna wordpress..

Cuba buka blog baru guna wordpress dulu...kalau rasa selesa..boleh pindah ke situ.

SRISUFI said...

Salam saudara,

Apa khabar kamu? Harap sihat ya.

Antara blogspot, wordpress dan hadithuna ke tiga2 nya ada kebaikan tersendiri. Saya pernah mengalami dilema seperti kamu. Sampaikan saya miliki ke tiga2 akaun tersebut. Tapi keputusannya adalah:

1.Saya guna Blogspot sampai ke hari ini kerana sistem terlalu mudah dan tidak memeningkan kepala. Adalah senang miliki kuasa veto di sini.

2.Wordpress, tidak berjaya mencuri hati saya namun template nya boleh tahan cantik. Saya rasa sedikit rumit menggunakan wordpress.

3.Kalau Hadithuna- istimewanya Islamic blog tapi saya sudah sangat selesa ngan blogspot.

Maka, saudara hanya kekalkan sahaja blogspot ye. Mudah dan sangat ramai penggunanya sekarang.

**selamat memilih.

nahwanNur said...

Assalamualaikum...

ana suka dengan blogspot, menyaji kebebasan dalam aplikasi dan permainan kod HTML. Memberi ruang kepada kreativiti pengguna.

Namun, ana selesa dengan hadithuna kerana mentaliti yang sukakan sesuatu yang nyata dasarnya Islam. Nah, mungkin ada yang menganggap ianya juga terhasil dari kaum non-muslim, tetapi tagline 'Muslim Blogging Community' amat memikat hati ana.

Dan nyata aplikasi hadithuna seakan wordpress yang berkonsepkan 'less is more'. Ringkas dan mudah di kawalselia.

Wallahua'lam

p/s: Ana setuju dengan pendapat rdhanz dan kak cik. Kalau ada cadangan akan datang nak ada domain sendiri, eloklah kekal dahulu dengan blogspot buat masa ni.

Sekadar pendapat ringan

pencinta bahasa said...

salam ziarah..
kalau dibandingkan dgn wordpress, saya lbh ske kn blogspot sbb bg sy ia lebih mdh digunakan..x tau la, sbb sy sndr rabun IT. semoga akhi dpt memilih yg trbaik utk akhi.

p/s: sesiapa blh x cerita sikit ttg hadithuna.

selamat memilih!! =D

Permata Nusantara said...

Salam ibnurashidi..

saya juga pernah alami dilema seperti kamu....tapi saya ada seorang kakak...mulanya dia menggunakan blogspot..kemudian cuba beralih angin ke wordpress....namun tak lama kemudian kembali menulis semula di blogspot...mudah katanya dgn blogspot....hehe..tp semuanya terpulang pada individu....

p/s: saya mula menulis di blogspot setahun yang lalu...sang pelangi yang sarankan menggunakan blogspot...(^_^)....apa pun...teruskan menulis sbg wadah perkongsian ilmu ya....

SangMentari said...

Aduh, tak sangka sampai kamu membuka satu entri di sini ya. Saranan saya adalah lebih baik kamu bertanya secara terus kepada pengguna wordpress yang lebih berkemahiran... mungkin di situ dapat dibuat perbandingan secara telus.

p/s mana-mana tapak blog punya kelebihannya tersendiri, kamu telah menyampaikan apa yang sepatutnya. Teruskan usaha dakwahmu, ibnurahsidi.. salam

nohas said...

Salam sdr ibnurashidi...akak baru buka satu blog kat wordpress. Saja nak try & test. Jenuh juga nak memahami, tak macam blogspot, lebih user-friendly..

The Pamiesz® said...

tengok tajuk ingatkan dalam dilema nak pilih ustazah mana satu yang nak dibuat zaujah.. upenye nak pilih tapak blog.. hihihi.. bile nak pilih ustazah plak? ;)

kin hashim said...

salam... saya penah juga cuba guna wordpress, tapi macam tak bes je..hehhe...seperti pendapat kebanyakan kat atas, macam susah sikit kalau banding ngan blogspot. Dah lebih 2 thn, sudah selesa dgn blogspot, belum terpikir untuk beralih arah..:). hadithuna, tak pernah guna, jadi tak tau camane..... Cumanya, pandangan saya, berdasarkan tinjaun secara rambang yg tak seberapa ketika jalan2 ke blog org lain, pemilik blog yg isi kandungannya lebih profesional dan berilmiah lebih gemar menggunakan wordpress... apa2 pun, rasanya lebih wajar memilih ikut keselesaan sendiri, apa2 pun mediumnya, asalkan selesa dgn diri kita dan mudah utk org lain mengakses...wallahua'lam....

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam ibnu..pada pndpt sy penggunaan blogspot lebih mudah dan selesa kt gunakn..senang untuk memahami..sebeluni pernah jgk cuba nk gn wordpress dh dftar pun..tp x brapa enak sgt..cz sgt complicated.x tau mgkin sy ni jenis mals nk explorekan..lagi satu kalo kt word press sy x brapa minat dgn dia punya user interface yg bhgian untuk layout sumer..tp word press ni kalo org blh menguasainya..memg best kot..org yg suka pada cabaran..dunia IT..hehe..just my opinion..

Anonymous said...

salam.. mane2 pun ok je. tp enta dh lame guna blogspot ni, so ade moleknye di teruskan.. biar satu pilihan hati jgn 2 3 4 n more.. he..

Isma Ae Mohamad said...

Terus kekal. Yang penting apa yang ingin dsampaikan itu ke sasaran.Mungkin selepas ini blogspot juga akan ada perubahan. Teknologi cepat berubah.Blogspot tidak akan duduk diam.

Isma Ae Mohamad said...

Lagi,
Jika banyak tampal itu, tampal ini pada blog boleh makan masa semasa loading.Rugi masa menunggu seperti blog ini. Lambat muat.

nono said...

salam.. (masuk ke blog awak menjadikan saya bertukar kepada bersopan santun mode huhuhu bukan pasal salam cuma auranya sangat sopan huhu..) hehehe... which is good actually. tak la asyik nak sebarabg je behave kat blog orang kan?

anyway.
i personally think that you should give WP a try.. Awak import la semua entry awak ke WP nanti.. =))))

Seperti yang awak cakap setiap benda ada kelebihan masing2.. Dulu saya tak suka blogspot, tapi ada feature blogspot yang best bagi saya. And saya pun sekarang buat blogsite nonocaptures saya kat blogspot.. :))))

Maryam said...

saya belum explore hadithuna. belum ada idea nak buat blog apa di situ.

membezakan wordpress dan blogger, blogger lebih friendly berbanding wordpress. tapi saya terpaut dengan function entry password protected di wordpress. dan wordpress menyediakan jumlah pelawat. juga ada kebolehan mengubah url entri. function memendekkan entry juga siap di sana. tidak perlu masukkan sendiri macam blogger. boleh create page tambahan.

blogger? saudara tentu lebih maklum.

Ibnurashidi said...

Wa’alaikumsalam nahmy…

Terima kasih En.Nahmy di atas pendapat. Benar, terkadang kita harus jadi penjual dan kadangkala harus menjadi pembeli supaya kedua-duanya mendapat keadilan sewajarnya.

Ibnurashidi said...

Wa’alaikumsalam kakchik…
Terima kasih juga buat kakchik. Saya tahu kakchik punya blogspot yang banyak. Memang secara jujurnya saya mengakui blogspot Nampak simple dan mudah untuk diuruskan. Tetapi bagi sesetengah pihak tentu akan berasa pening bila berfikir tentang HTMLnya.
Boleh saya tahu apa alamat blog suami kakchik? Dan domain wordpress berapa harga caj nya?

Ibnurashidi said...

Salam ~*puding caramel*~ …

Terima kasih juga bertanya. Banyak faktornya. Tetapi saya perlu kaji dahulu.

Ibnurashidi said...

Salam Kak Tie…
Saya dah buka ketiga-tiga tapak untuk merasai kehebatan masing-masing. Ternyata ada kelebihan dan kekurangannya.
Ramai ya peminat blogspot memberi komentar. Penyokong Wordpress di mana? hehe.

Ibnurashidi said...

Salam ™سريسوفي …
Alhamdulillah, beransur pulih tetapi masih ada baki unsur tak sihat membelenggu. Nampaknya ramai yang menyokong saya stay bersama blogspot. Saya akui, Wordpress agak terhad templetes dan tidak boleh menambah HTML sesuka hati.
Apapun, syukran ya!

Ibnurashidi said...

Wa’alaikumsalam nahwanNur…

Ya, itulah kelebihan blogspot sebenarnya. Ana juga pernah membuka tapak Hadithuna sebagai percubaan. Namun terasa agak sukar untuk mengendalikannya walaupun Nampak simple dan kemas. Mungkin perlu banyak belajar lagi.
Tetapi kalau kita lihat Wordpress pula, sekarang mereka telah mengupgrade system komentar sehingga boleh terus reply jawapan komentar dibawahnya sebagaimana domain berbayar. Untuk yang menarik minat saya sebenarnya.
Insya’Allah..terima kasih juga di atas kesudian memberikan buah fikiran. Asyakirin awi.

Ibnurashidi said...

Salam pencinta bahasa …

Terima kasih. Wahh, nampaknya ramai yang setia menyokong blogspot ya:)..
Kalau mahu tahu pasal Hadithuna lebih lanjut boleh bertanya pada Ukhtie Nahwannur.

Ibnurashidi said...

Salam Permata Nusantara…

Terima kasih di atas pengalaman. Iya, terpulang pada individu. Tetapi kadangkala keinginan manusia ini mudah berubah-ubah bila melihat sesuatu yang istimewa. Semoga ada pendirian yang teguh.
Insya’Allah, penulisan sentiasa akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Ibnurashidi said...

Hehehe, saya senyum bila baca respon kamu. Tak sangka bukan? Saya juga sedang mencari tetapi belum ketemui Tok Gurunya. Ramai yang sifoo bahagian Blogspot.

Terima kasih SangMentari. Semoga kamu juga terus bersinar menerangi alam.

Ibnurashidi said...

Salam…Iya, pada mulanya memang terasa sedikit sukar. Saya akui, Wordpress kurang friendly dalam menyediakan perkhidmatan. Dalam bahasa mudahnya kelebihan memihak kepada penulis.

Ibnurashidi said...

Aduuhh, dalam banyak-banyak komentar. Ostat Fahmi seorang saja yang berlainan cara fikir. Saya telah menggelakkan diri secara diam-diam..hihihi.
Err, soalan kamu begitu menguji minda saya untuk berfikir. Berputar alam. Ya, seperti soalan SPM dahulukala. Nanti kamu sediakan jawapan A,B,C dan D dulu baru saya menjawabnya ya:)

Ibnurashidi said...

Salam…

Terima kasih Kak Kin di atas tinjauan secara rambang. Ya, tapak Wordpress lebih kepada semata-mata menulis dan memberi. Dari segi perkhidmatan lain, perlu bayar domain barulah ada kelebihannya.
Mungkin ada sesiapa tahu tentang domain wordpress boleh terangkan serba sedikit?

Ibnurashidi said...

Barangkali pendapat kamu tentang cabaran itu ada benarnya. Tetapi biasanya mereka yang kreatif lebih cenderung kepada Blogspot. Mungkin kerana dapat ubah suai blog ikut kesukaan sendiri.

Ibnurashidi said...

Ya, Syukran mr chocolate...kalau pilihan hati ada 2,3 dan 4 susah pula nak handle:)

Ibnurashidi said...

Mungkin ada benarnya kata-kata kamu Isma Ae. Ternyata ramai yang mahukan saya terus stay bersama Blogspot. Terima kasih atas pendapat kalian.

Saya sudah fikirkan hal itu. Blog saya agak lambat untuk loading. Insya’Allah akan cuba mengatasinya.

Ibnurashidi said...

Salam nono…

Alhamdulillah, kalau itulah yang terjadi pada kamu. Adakala kita perlu lemah lembut dan adakala kita perlu bertegas. Mengikut kesesuaian. Ya, adab dan akhlak mulia itukan bagus.

Saya dah cuba try ke Wordpress dan sudah mencubanya.

Maksud kamu, kamu pakai Blogspot yang berbayar? Berapa bayarannya?

Ibnurashidi said...

Seperti kamu tahu akan Wordpress secara mendalam. Tetapi kenapa kamu masih menggunakan Blogspot? Atau ada alasan lain?

Ya, tahu serba sedikit saja.

Tirana said...

Salam Farid..

Lambat sikit nak bagi pandangan.. Kak Tirana mula blogging kalau tak salah dalam tahun 2004 atau 2005, guna blogspot. Tapi masa tu blogspot belum diambil alih oleh google..dan sudah tentunya tidak semudah sekarang. Bila google ambil alih blogspot, kak tirana tutup account lama dan buka account baru di penghujung tahun 2006. Wordpress pun kak tirana ada account, baru buka dan baru explore sikit-sikit..Jika nak dibandingkan dengan blogspot sekarang, kak tirana rasa wordpress rumit sikit. Mungkin wordpress ni tahap rumitnya sama macam blogspot dulu (sebelum diambil alih oleh google). Itu yang kak tirana rasa...Kak Tirana tak aktif dekat wordpress disebabkan 2 perkara 1) rumit sikit 2)selalunya computer kak tirana ni lambat nak upload page yang domainnya guna wordpress. Mungkin computer orang lain ok kot.

Tapi walaubagaimana pun, kak tirana akan belajar guna wordpress untuk tambah ilmu dalam bidang IT..kak tirana suka belajar sesuatu yang baru. InsyaAllah bila ada masa lapang nanti, kak tirana akan focus pada wordpress pulak tapi untuk blogging, kak tirana akan terus guna blogspot, insyaAllah.

kartini said...

salam ziarah.

saya suka blogspot. kalau untuk blog sahaja tanpa register domain, saya prefer blogspot. dan kalau nak buat advance, iaitu nak beli hosting dan domain sendiri, wordpress is better.

alah, ibnurashidi.blogspot.com ni dah cukup mantap nie :D

nono said...

eh.. saya pakai free blogspot la awak.. tak bayar pun. :) sebenarnya boleh je if saya nak buat satu lagi dot com and share hosting dengan nonowrites.com tapi saya tak mampu dah tanggung bayaran unutk nama domain walaupun rm38 je setahun huhu...

urm so macam mana? awak nekad nak ke WP? :)))

anyway ibnurashidi, pasal rs tukar mode sopan tu actually, saya rs inferior sikit masuk blog awak sebab auranya macam ada protocol yang perlu membuatkan saya menjadi sopan dan formal.. perasaan saya je kot. tapi itu yang saya rasa lah and lagi satu saya khuatir if terlalu ke-nono-an nanti macam saya bagi komen syok sendiri and macam over ceria sedangkan modenya formal.. uwaaa... rs mcm tersekat jika tak behave as diri sendiri..

mungkin ada bagusnya memvarietykan kawan nie. supaya saya lebih kenal rentak and style seseorang, and juga audiens (your readers) yang lain. pasal saya pun suka blog hopping and baca penulisan orang nie :)

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP