Satu, Dua Dan Tiga

Wednesday, March 25, 2009

 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Satu

Telefon berdering.

“Assalamualaikum…ni Ustaz Hadi, ana nak jemput enta datang majlis sikit hari rabu malam khamis lepas maghrib ya..” Kedengaran serak basah suara di corong handset.

“Ok, ana ajak sekali Ust.Fizi dan pelajar medic (team pentomen datang)..” Sambut saya.

Ia diadakan di Imarah Darus Sa’adah. Ada sebahagian dari kami memanggilnya dengan gelaran Imarah Maqabir kerana ianya betul-betul terletak di hadapan kawasan perkuburan penduduk tempatan.

 Kata-kata aluan dari Ustaz Zuhdi...

Majlis bermula sekitar jam 7 malam selepas sahaja menunaikan solat Isya’. Permulaannya sebagaimana biasa pasti kata-kata aluan membuka bicara. Tidak dilupa, buat hiburan ringan kami ditayangkan semula rakaman persembahan ketika penutup MANIS ’09 baru-baru ini.

Kami dihidangkan dengan juadah Makarona campur Pasta goreng.

Makan dalam talam mengeratkan persaudaraan...

Dua

“Pada malam kelmarin kita adakan majlis malam pertama..dan malam ini ialah malam kedua" 
Ustaz Zuhdi memberikan sepatah dua kata ketika sessi penerangan ringkas majlis keraian barisan ad-Hoc yang menjayakan program EMINENT ’09.

Inilah kali pertama saya menyertai majlis keraian selama 3 kali berturut. Biasanya selepas tamat program maka semua tirai turut tertutup bersama. Entah angin apa menyelubungi penganjur pada tahun ini. Walaubagaimanapun, terima kasih semuanya!

Jamuan pada malam kedua itu ialah Nasi Kari Daging.

Tiga

“Sebenarnya ana buat perjumpaan ni ada hajat…kalau boleh nak adakan jamuan untuk unit penyiaran dan penerbitan..nak raikanlah..kita buat sate di rumah ana..” Cadang Ustaz Hakim Mat selaku Pengarah bahagian unit penyiaran.

“Ana buleh jaa..” Saya menyokong. Lalu disertai pula persetujuan dari rakan ajk yang lain.

 Barisan pembakar sate yang setia menunggu...

Usai solat maghrib hari selasa (24 Mac 2009), saya terus segera ke Tanta Scan menaiki van penumpang.

Ketika sampai di rumah Ustaz Hakim Mat, kelihatan dia sedang sibuk menyiapkan juadah untuk majlis pada malam itu. Sejurus kemudian saya terus menaiki anak tangga menuju ke atas bumbung bangunan. Ustaz Afif, Ustaz Khairul dan rakan-rakan yang lain sudah pun hampir selesai membakar sate.

 Susunan rupabentuk sate...

Cuaca sejuk masih belum ada tanda-tanda menghilangkan diri. Desiran angin semilir sejuk membelai pekat malam.

“Ana minta maafla terlewat sikit datang..” Saya memulakan topic bicara.

“Bila start bakar sate ni..berapa cucuk?”

“Kami start lepas asar tadi lagi..ada dalam 500 cucuk juga” Jawab Ustaz Afif selaku Pengarah Unit Penerbitan EMINENT ’09 baru-baru ini.

Laungan azan bergema-gema memanggil manusia menuju kejayaan. Jua menggamit panggilan sujud pada pencipta alam Allahhu Ahad. Sepicing alunan berlagu, kasus minda berputar teringatkan dokumentari perihal azan seluruh dunia yang berkumandang 24 jam sehari. Sangat menakjubkan!

Sambil membakar, saya terus melemparkan pandangan sejauh mungkin. Melihat panorama alam malam sekitar bangunan batu bertingkat itu. Ada yang tinggi, ada yang rendah. Sesekali terdengar bunyi siren ambulans diselang-seli alunan hon kenderaan bertalis arus menerjah ke gegendang telinga dari atas sutuh bangunan. Jalan menuju ke Gumlah itu jugalah merupakan jalan utama Tanta ke Iskandariah.

 Bergambar sebelum menjamu selera...

Bual bicara kami pelbagai. Ada kisah tentang himar terkena elektrik, ada cerita candat sotong di laut Terengganu, ada pula yang seronok bercerita perihal karenah arab. Sedar tak sedar, kesemua cucuk sate sudah habis dibakar.

Majlis bermula dengan kata-kata aluan dari tuan rumah sendiri. Ustaz Hakim Mat menyampai tujuan dan motif diadakan jamuan. Saya hanya ketawa kecil melihat gelagatnya. Begitu mencuit hati. Sesiapa yang mengenali pasti tahu fe’elnya yang peramah itu.

Hidangan nasi himpit, kuah kacang, mentimun, oren, sirap bandung, dan roti fino menjadi juadah pada malam itu. Sepuluh cucuk sate membuatkan saya beberapa kali tersandar di dinding. Entah mengapa telinga juga terasa panas menerpa.

Majlis bersurai sekitar jam 12 malam. Saya terus pulang berseorangan mengharung kabus kesejukan ke Siberbay.

“Enta rah fi siberbay?” Saya bertanya seorang lelaki arab. Masih muda dan sedikit berjambang. Segak bergaya kemas. Kelihatan seperti baru lepas membeli barang.

“Na’am..enta rah fi siberbay bardu” Jawabnya ringkas. Sejurus kemudian dia memanggil saya menaiki teksi menuju Siberbay.

Ketika dalam teksi, dia menghulurkan sejumluh LE5 kepada pemandu teksi. Saya cuba meraba-raba poket seluar mencari kepingan duit. Tetapi lelaki arab tadi mengisyaratkan supaya saya tak perlu membayarnya.

“Bagus betul laki ni…” Hati berbisik sendirian.

“Syukran ya amm..barakallahhu fik” Saya mengucapkan terima kasih kepadanya. Ternyata dia tidak mahu saya membayar wang itu. Alhamdulillah, wa syukurillah!

Benarlah rezeki Allah SWT itu ada dimana-mana. Usah khuatir pemberiaannya. Syukurlah di saat musibah mahupun senang pasti ada hasilnya nanti.


Ibnurashidi
2:17 AM, 25 March 2009,
Siberbay, Tanta.



Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna...

25 komentar:

Anonymous said...

Assalamualaikum sahabat....

Syukur dengan limpah rezekiNYA...

Ewah-ewah..seronoknya membakar satey...

Makan satey sambil berangan...
Untuk majlis kesyukuran program EMINENT...
Bawang dan timun dilupa jangan..
Moga erat ukhwah yang terjalin...


Salam hormat....wassalam.

nohas said...

Ingatkan dua, tiga, kucing berlari tadi..wah,hatrick..3 kali berturut-turut..rasa2nya makarona tu nama lagu beserta tarian ntahapeapentah..makaroni kot..

madziani said...

Salam,
Saya sangat suka ayat ni

"Syukurlah di saat musibah mahupun senang pasti ada hasilnya nanti."

Meskipun musibah melanda, akan ada yang lebih baik yang bakal tiba. Allah mengetahui, sedang kita tidak mengetahui.

Tie said...

Sate oh sate...

teringat kat citer pontianak, hamid gurkha jual sate..hi hi...

Oh...sekarang ni musim candat sotong...nanti kak tie nak gi cari laa...

tapi kan....tak sangka kaum lelaki ni suka masak2 dan makan2...syukur alhamdulillah...rezeki tu...

Anonymous said...

Salam awak (maaf saya tak tau nak panggil awak apa).. :P

Dalam entry ni awak cakap pasal pentomin yea? Awak buat pentomin jugak ke? Rasanya saya ada tengok gambar2 persembahan pelajar-pelajar di Malaysia dekat photostream kawan Flickr saya, Edoi. (gambar pentomin: http://www.flickr.com/photos/edoitheology/3355851425/) Tp tak pasti sama ada event yang sama macam yang awak mentioned dalam entry tu ke tak. :)))))

Permata Nusantara said...

wah..saya tak pernah makan dalam talam...teringin sekali...(^_^)

Anonymous said...

Subhanallah,

Hebat betul pengalaman ustaz. Allah Maha Pemurah dan Penyayang. Sgt suka membaca kembara di bumi Tanta ini. Semoga Allah lapangkan rezeki utk mecari ilmu di bumiNya yg luas dan diberkati. Amin.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

jarang jumpa org asing yg kt x kenal yg pemurah macamtu..untungla ibnu..huhu..hai jd tokei sate plak..haritu nasi....

Ibnurashidi said...

Wa’alaikumsalam srikandi_kasih_suci…

Biasanya kalau menu sate mesti timun turut bersama, kerana menurut pembacaan saya katanya timun sebagai anti karbon yang ada pada sate dibakar. Apapun, terima kasih atas peringatan.

Ibnurashidi said...

Orangbukit…

Boleh juga kalau nak baca dengan gaya pantun..hehe.

Memang kalau di Malaysia kita panggil makaroni, tapi di sini arab panggil makarona. Rupanya seperti bebilah lidi.

Ibnurashidi said...

Salam hana…
Betul, syukur ini bukan saja pada waktu kelapangan dan kesenangan tetapi merangkumi juga ketika waktu kesusahan dan penderitaan. Kenapa perlu bersyukur pada waktu begitu? Kerana kesusahan dan penderitaan yang Allah SWT hadirkan itu bertujuan untuk menguji kita. Dan dengan itu Allah SWT akan memberi ganjaran pula kepada kita.

Ibnurashidi said...

Kak Tie…

Oh, ingatkan Pontianak yang jual sate tadi..:)
Dah masuk musim candat sotongkah? Menarik tu. Saya merindui rasa sotong besar segar yang manis itu.

Ada juga laki yang tak suka masak dan makan. Kami di sini kenalah rajin, siapa lagi mahu tolong masakkan.

Ibnurashidi said...

Salam nono…

Sebenarnya nama gelaran saya sudah pun tertera di atas blog. Panggil saja ibnurashidi, saya yakin ia tak menyusahkan kamu.

Iya, kali ini bukan saya yang menjadi pengarah pentomen itu. Saya hanya cuma merakamkan audio untuk watak-watak dalam pentomen. Kiranya bahagian masukkan music dan efek bunyila.

Ohh, saya sudah ke sana. Betulla gambar itu. Team pentomen yang saya maksudkan. Dan pelakon-pelakonnya adalah adik-adik baru dari kalangan pelajar perubatan Tanta. Komitmen mereka bagus sekali.

Ibnurashidi said...

Permata Nusantara…

Cubalah bersama rakan-rakanmu. Ianya sangat menarik dan pasti kenangan itu boleh diabadikan sebagai memori manis dalam sejarah hidup. Hikmahnya, ukhuwwah dan merasai kesederhanaan dalam menjamu selera.

Ibnurashidi said...

Salam anum…

Tidaklah terlalu hebat anum, cuma biasa-biasa saja. Sekadar coretan seharian yang mahu dikongsikan bersama kalian di sini. Dan daripada itu mungkin terselit pengajaran yang boleh diambil.
Amin.

Ibnurashidi said...

MaRdHatILLah(Fatahiyyah)...

Itulah, saya pun rasa pada mulanya agak pelik. Susah orang nak bagi sesuatu terutamanya yang tak kenal. Apapun, syukur segalanya baik-baik saja.
Ehh, bukan saya yang menjadi tokei sate. P makan ja.

Anonymous said...

Salam.. Tahniah dan ust sgt b'untung..

sonata anak kancil said...

sedapnya sate...mesti semua ustaz2 teror bab masak memasak ni! Sonata dah tengok resepi nasi bukhari - yang shabab addeen ke? resepi rempah tu tak lengkap! kat mana nak dapatkan/bahan rempah2 tu?

Ibnurashidi said...

Nur...

Syukran..kullu haza min fadhli rabbi..

Ibnurashidi said...

sonata anak kancil...

Yer, ramai yang teror-teror masak. Saya pun baru belajar juga:)

Na'am, shabab_addeen. Saya ada letakkan resepinya kat situ. Oh, tentang rempah sebenarnya saya menggunakan rempah arab yang dicampur sendiri. Rempah arab hasil gabungan pelbagai serbu seperti serbuk kayu manis, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan putih, serbuk halia. Saya campurkan semua serbuk dengan serbuk cili serta kunyit. Kalau di Malaysia boleh saja gunakan rempah kari daging.

Tips mewangikan nasi. Gunalah beberapa urat za'faran.

Anonymous said...

Ish... tetiba kak su teringatkan sate kajang. Dah lama tak makan... huhu

DAMAI said...

salam buat yang tersandar setelah makan sate....

amboi2...ada orang tu makan banyak nampak....agak2 berapa kg dah naik ye....jangan marah ya ibnurashidi hihi

sememangnya taqdir Allah kadang2 tidak dapat diduga...sentiasa siapkan diri untuk bersyukur atas setiap yang diberikan-Nya,sama ada baik atau sebaliknya ^^

~simpan kenangan ini sekemas2nya kerana harganya tidak ternilai~~

Ibnurashidi said...

Salam kak su yang telah lama menghilangkan diri...

Teringatkan sate kajang? saya sudah lama ingin mengutarakan persoalan ini kepada sesiapa yang tahu. Bagaimana rasa sate kajang itu ya? adakah sangat mengagumkan?

Ibnurashidi said...

Salam DAMAI...

Sebelum apa-apa berlaku..lebih baik saya senyum dahulu..hehe.

Tentang KG biarlah ianya menjadi rahsia. Namun ianya tetap maintain. Kalau pun naik, hanya kadar GRAM barangkali:)

P/S: Bukan saja menyimpan, malah sudah saya ikatkan seketat mungkin:)

Nur_syahadah said...

Salam.. Bertuah betul ust n kwn2,walaupn jauh dgn family still bhgia dgn rakan2 seperjuangan.. Kutiplah sebyk mane kenangan yg mampu..sbb itulah kemanisan hdup.btul tak?..all the best!:-)

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP