MANIS '09 Melabuhkan Tirai EMINENT '09

Sunday, March 22, 2009


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Wo kia hey jo nehi milta khuda sey, jesey tum mangtey ho auliya' sey.
Apakah perkara yang kamu tidak dapat daripada Tuhan, sebagaimana kamu minta daripada wali-wali.
Ghir haq ra har key khuan a per, kis dar alam az wakhumrah ter.
Selain kebenaran (jalan allah) kesemuanya paling menyesatkan.
Zinda or marna sab khudai rabbil 'alamin key liy.
Hidup dan mati kesemuanya kerana allah rabbil 'alamin.
Saya tertarik dengan lontaran kata-kata dalam bahasa urdu oleh salah seorang sahabat seperjuangan di sini. Pada majlis Malam Kesenian & kebudayaan Islam (MANIS '09) beliau telah berucap atas taklifan sebagai Pengarah program mega EMINENT ’09. Malam penutup penuh gilang-gemilang itu berlangsung di Dewan Markaz Mu'tamarat Jami'ah Tanta.

Sebagaimana tahun-tahun sebelum, program tahunan ini turut dihadiri oleh Ustaz Muhammad selaku wakil amnu daulah (ketua polis bahagian Tanta). Turut bersama pada malam itu ialah wakil Badan Pengurus PMRAM, Ustaz Abdul Muiz Muhammad selaku Timbalan Presiden PMRAM 2008/2009 sebagai perasmi program penutup EMINENT ’09 dan Konsert MANIS ’09.

Alhamdulillah, segalanya sudah pun selesai. Sesungguhnya manusia merancang tetapi Allah SWT jua yang menentukan segalanya. Walaupun menghadapi sedikit masalah teknikal audio visual dan kekalutan akibat lari waktu ketika berlangsungnya tentatif, itu bukanlah penghalang untuk mematahkan semangat penganjur dan barisan ad-Hoc meneruskan program di malam itu. Saya bersyukur kerana ‘kontroversi’ yang berbangkit kembali jernih selepas berjaya dinyahkan kembali oleh pihak-pihak terlibat.

Tentu sekali muhasabah memainkan peranan penting.


  Bermula majlis perasmian penutup...

Penonton di kalangan Ikhwah...

Tentatif Persembahan&Team Pentomen SPENZI

Ilham penulis skrip pentomen kali ini iaitu Ustaz Efizi menampakkan kematangan dalam mempersembahkan sesuatu yang segar. Biarpun terlibat dalam ‘kontroversi’ pada malam itu, namun team pentomen mampu menggamatkan suasana dan menghiburkan penonton. Dalam memberi kesan audio yang menarik ketika persembahan pentomen, saya telah menggunakan Software CUBASE SX3 untuk merakamkan suara watak dan muzik latar. Terima kasih atas kerjasama kalian.


 Barisan pelakon pentomen SPENZI...

Al-Irsyad II mempersembahkan alunan merdu irama nasyid...

Percussionist yang mantap, mabruk!

Selain persembahan pentomen turut terlibat sama ialah persembahan nasyid Al-Irsyad I&II Tanta, dikir barat, sajak dan wayang kulit. Artis jemputan pada malam itu saudara Bazli UNIC turut hadir mendendangkan beberapa lagu nasyid popular di tanahair.


 Bazli UNIC menyampaikan beberapa buah lagu...

 Persembahan dikir barat. Kenapa barat bukan timur?hehe...


Majlis berakhir lebih kurang jam 12:30 AM atas arahan tegas pihak keselamatan Mesir.

 Kenangan itu indah...

Akhirnya, saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada pihak yang terlibat sekiranya wujud kekeruhan dan ketidakselesaan ketika berlangsungnya perjalanan program EMINENT ’09 dan Malam MANIS ’09. Semoga gerak kerja Islam terus menerus bertebaran tanpa henti berlandaskan prinsip ‘Satu Fikrah Satu Amal’. 


 Hadiah menang logo...cuba teka ada apa?

Naratifnya bakal menyemat memori di perdu atma. Terima kasih kalian!


Ibnurashidi
12:41 AM, 22 Mac 2009,
Siberbay, Tanta.



Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna...

18 komentar:

SRISUFI said...

salam saudara,

Tahniah ya program yang cukup bagus.

Unik juga ya bahasa Urdu tu. Sudah tentu kamu bisa bertutur dalam bahasa itu kan?

Teruskan perjuangan ye.

Awrapurnama said...

salam..
hadiah besr kotak kasut,
isi kasut jgk.
kalau berat mgkin pasu bunga.
:-)
apepun bersyukur dgn apa yg ad~

Ibnurashidi said...

Salam SRISUFI...

Alhamdulillah, berkat kerjasama dan tolong-menolong semuanya menjadi mudah walau pada hakikatnya sukar.

Saya tak pandai berbahasa urdu. Ayah saya bolehlah sikit-sikit.

Ustaz yang bercakap bahasa urdu di atas ialah Ustaz Zuhdi. Kredit untuknya:)

Syukran.

Ibnurashidi said...

Salam Awrapurnama...

Tekaan yang bawah hampir tepat. Bukan kasut ya. Cuba lagi di lain waktu..hehe.

Syukur samaada dalam kesusahan dan kesenangan itukan sifat mulia.

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum...

Ibnurashidi..

Setelah mendengar pentomen itu,saya ucapkan tahniah kepada mereka,
bagus sekali pentomen itu, sehingga saya menitiskan airmata..semuanya dianugerahkan Allah S.W.T dengan bakat yang bagus...mungkin lagi hebat jika saya melihatnya secara live..:)

Semoga berjaya buat akhie dan sahabat-sahabat di sana..:)

srikandi kasih suci said...

Salam sahabat..

Cedok pemikiran Hassan al-Banna..
Pedoman kisah Umar al-Khattab..
Saja nak teka kot-kot terkena..
Hadiah eletrik kalau bukan kitab.

:)
Salam manis..

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam nurhuda_cahayapetunjuk...

Sebagai pengetahuan umum, rakaman pentomen itu telah saya siarkan dalam radio.

Syukran kerana kamu telah mendengarnya. Semoga mendapat manfaat berguna. Insya'Allah kalau diizinkan saya upload.

Terima kasih.

Ibnurashidi said...

srikandi kasih suci...

Kalau di Mesir Hassan Al-Banna namanya bahaya,
Mahu menyebut ditukar kepada Pakcik Hassan,
Peralatan elektrik kurang tepat jawapannya,
Carilah jawapan yang lebih ahsan,

syukran..

srikandi kasih suci said...

Assalamuaalaikum....

Indah sungguh lukisan arca...
Nampak macam " jug air kaca".
:)

Tie said...

Wah...ada konsert...lama tak tengok konsert, kali terakhir masa kat sekolah anak je...

Hadiah...

Dapat vase ke ?

Ibnurashidi said...

srikandi kasih suci...

Langkah berderap menyebar cahaya...
Benar sekali jawapannya...

Ibnurashidi said...

Kak Tie...

Susah sekarang nak jumpa konsert yang tidak menyalahi syariat.

Jawapannya sudah terjawab. Sebuah jug air kaca berkilat:)

nono said...

=))))) Betul la tu. Saya dah dapat jawapan untuk soalan saya dalam entry latest awak tu... :P

Ibnurashidi said...

nono...

Haa, saya juga sudah ke link tu. Tak sangka ada gambar pentomen malam tu. Cuma saya kurang mengenali siapa jurugambar profesional yang dimaksudkan.

Nur said...

Tahniah ust..

DAMAI said...

salam buat kamu yang dapat jug air ^^

alamak,Damai tak dengar pun pentomen tu huhuhu...

~kembali semula selepas sunyi sebentar ^^ ~~

Ibnurashidi said...

Nur...

Alfu syukran..

Ibnurashidi said...

Salam DAMAI yang sunyi sebentar...

Ohh, mahu mendengarnya? boleh saja. Nanti saya cuba dendangkannya kembali.

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP