Kronologi Budaya Seks Umat Islam Di Malaysia

Wednesday, March 18, 2009

 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
 
Diam sejenak. Menghela nafas. Kecewa. Sukar. Jeda.

Kes yang tak pernah selesai. Jikalau mahu ibaratkan nasi yang sudah basi, saya merasakan bukan sahaja basi. Tetapi sudah berbasi-basi keadaannya dan sudah merebak kebusukan merata alam. Cuba perhatikan berita di bawah secara menurun turutannya.
Sebak dan sedih membaca kisah seorang kontraktor menemui janin yang hancur dilanggar kenderaan.
KUALA LUMPUR - Mungkinkah tempat pembuangan sampah di Flat AU 3/1 di Taman Keramat dekat Ampang di sini dijadikan lokasi pembuangan mayat bayi?
Semalam polis menemui satu mayat bayi lelaki dan satu janin yang belum cukup sifatnya di dalam dua beg plastik. 
Sumber: Kosmo
(4 Mac 2009) BALIK PULAU: Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam longkang di tepi jalan Batu Feringgi-Teluk Bahang, di sini. Mayat bayi yang masih bertali pusat dan kesan darah di badan dijumpai dibungkus dengan tuala mandi oleh seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, jam 10 pagi.

Deretan paparan berita ini adalah merupakan sebahagian daripada ratusan berita yang telah terpapar di suhuf khabar perdana dulu dan kini. Kes pembuangan bayi tidak berdosa ini bukanlah berlaku di kalangan haiwan tidak berakal tetapi hasil komuniti kependudukan manusia di bumi Allah SWT. Ternyata perilaku tersebut adalah hasil manusia yang bernama Khalifah. Nauzubillahhi minzalik.

Hasil Prinsip Kebebasan (freedom)

Jikalau diterjah dari sudut anggaran statistik secara rasmi pula, kita akan dapati anak luar nikah yang berjaya melalui proses kelahiran secara normal dan mampu melihat dunia tanpa aktiviti pembuangan persis sampah sarap meraih tangga kejayaan yang gilang gemilang. Pengiktirafan ini sangat sesuai buat sebuah negara Islam Malaysia kerana mampu merangkul angka 257,411 kelahiran anak luar nikah secara rasmi.Sumber1 dan 2.

Sangat berjaya melahirkan produk umat berkualiti, tahniah kepada pihak terlibat!

Bagaimana pula angka tidak rasmi? Wallahua’lam.


Kronologi Serapan Budaya Seks

Budaya seks dalam masyarakat Islam melayu sudah kelihatan seperti menghisap rokok dijalanan lagaknya. Pelbagai pihak melihat budaya seks ataupun dalam bahasa yang selayaknya disebut zina seakan biasa. Ini kerana aktiviti penzinaan yang membarah dalam masyarakat umat Islam tidak dibanteras bermula akar. Hanya mencantas pucuk dedaun yang bakal tumbuh kembali.

Mari kita selidiki puncanya:

Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita

Saya memandang masalah ini adalah menjadi beberapa faktor utama berlakunya gejala maksiat. Fenomena ini menjadi kebiasaan bagi pelajar-pelajar sekolah menengah, mahasiswa IPTA/S dan pekerja pelbagai sektor. Soal batas pergaulan dibiarkan terburai begitu saja tanpa segan silu lagi. Ini mengundang kepada hilangnya perasaan malu antara makhluk bernama lelaki dan wanita.

Manakala masalah pasangan berdua-duan melakukan maksiat saya kategorikan terus sebagai pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Memandangkan perlakuan ini adalah punca utama berlakunya perzinaan. Manifestasi adegan ini begitu banyak terbentang dikhalayak menyesakkan mata memandang.Tempat yang tersorok, tentu sekali tidak terkira perilakunya!

“Buktikanlah cintamu..biar menjadi bukti betapa cintanya dirimu pada diriku bersaksikan hutan rimba ini..diriku berjanji akan bertanggungjawab segalanya.” Sebuah skrip drama fantasi tetapi realiti.

Bila nafsu bergalau gelodak di dada si jantan, tiada lagi terfikir akan bencana yang bakal dihadapi kemudian hari. Masing-masing mahu meratah hidangan percuma. Si betina bersungguh membuktikan kepalsuan cintanya dengan menyerahkan segala apa yang dimiliki. Si Jantan pula bijak mengatur ayat mahu memikat sebagai kesinambungan mahu melakukan perilaku terkutuk. Drama selesai dengan jayanya!
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila zina dizahirkan dalam sebuah negeri, sesungguhnya mereka telah menghalalkan bagi diri mereka (penduduk negeri itu) dengan azab Allah." [HR at-Tabrani].
Leluasa Pornografi 

Penyebaran dan kemasukan cerita pornografi serata buana tidak mampu dibendung lagi kini. Malahan efek suntikan jarum halus ini juga mencetuskan suatu revolusi tindakan dalam masyarakat Malaysia. Rata-ratanya beragama Islam. Mereka seakan teruja mahu beraksi sama seperti sebaran cerita porno dunia luar. Kronologi pasangan hasil pergaulan bebas dan perzinaan, berjaya pula menerbitkan filem porno buatan Malaysia.
Akhbar laris kerana berita panas seperti ini. Sungguh mengharu-birukan kemurniaan akal.

Si Gadis Galak Berfesyen

Tidak dapat tidak faktor pemakaian Si Gadis adalah merupakan saham utama penyumbang berjayanya kronologi budaya seks. Etika menutup aurat secara sempurna sudah lama termaktub dalam syariat Islam, dan ramai bijak pandai Islam telahpun mengupas secara terperinci. Namun sikap memekakkan telinga, membutakan mata menjadi penghalang. Gadis-gadis kini lebih rela berkiblatkan pakaian telanjang fesyen barat yang menghiasi kaca televisyen dan internet.

“Biar mata lelaki terbeliak tengok kecantikanku…mesti cair punya!” Itu alasan mereka.

“Sekali-sekala ingin cantik apasalahnya..lagipun rimaslah selubung-selubung ni.” Alasan lagi.

“Ini hak aku..ikut suka akulah nak pakai apapun!” Marah Si Gadis bila ditegur.

Lelaki Dayus

Soal kedayusan lelaki masa kini usah diselindungkan lagi disebalik tirai kepalsuan. Ciri kepimpinan berkarisma dan tegar agamanya sudah hilang dimamah keegoan didikan barat. Lelaki kini lebih rela ketawa terbahak-bahak dan asyik melihat kebogelan anak gadis. Malah turut menjadi lelaki buas menerkam mangsa. Nauzubillahhi minzalik!

Hilangnya Suara Ibu Bapa

Dewasa ini, ibu bapa tidak lagi menjadi penjaga terbaik kepada anak-anak perempuan mereka. Malah mereka turut menyumbang dalam usaha menambah saham kemaksiatan terhadap anak-anak gadis sendiri. Berapa ramai ibu bapa yang menekankan aspek penutupan aurat terhadap anak gadis? Sudahkah mereka mengajar anak gadis mengaplikasi tudung supaya labuh melepasi dada dan melarang berpakaian ketat serta seksi?

Realitinya, ibu bapa itu sendiri merelakan anak gadis keluar berfoya-foya bersama jantan tidak sedar diri!

Tiada Penerapan Syariat dan Hukum Islam (Hudud) 

“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (An-Nur: 2)

Penawar kepada kebejatan sosial ini tidak lain tidak bukan ialah kembali merujuk Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Hadirnya perundangan Islam bukan mahu menghukum manusia membuta tuli, tetapi lebih bersifat mencegah daripada berlaku sesuatu jenayah. Penerapan syariat Islam ini terpundak kepada pemimpin Islam dan semua warga muslim muslimah yang mengakui kalimah syahadah “Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah”.

Kesimpulan

Ironinya, kronologi budaya seks ini telah dan sedang merebak deras menjahanamkan institusi bait muslim. Kebimbangan ini sangat menyesakkan dada kita selaku umat Islam yang sayangkan Islam dan umatnya. Tidak terfikirkah kalian bagaimana generasi umat Islam 10 tahun mendatang? Mahukah kita melihat keturunan umat Islam lahir dari jalan jijik perzinaan?

Ini bukan episod tuding menuding. Tetapi peringatan bersama.
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32)


Ibnurashidi
2:38 AM, 19 Mac 2009,
Siberbay, Tanta.




Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna...

74 komentar:

Awrapurnama said...

:(.. rs mcm banyak sj ancaman bahaya di luar..
tak selamat di negara sendiri?
hurm..

Ibnurashidi said...

Awrapurnama...

Siapa bilang Malaysia aman makmur damai sejahtera angkat tangan? sebelum angkat tangan baca entri ini dahulu.

Berhati-hati..

Anonymous said...

Ni lah cabaran zaman baru ini....kita tak boleh nak salahkan org lain..kita perlu salahkan diri sendiri..tanya kpd diri kita sejauh mana kita mendampingi org2 bermasalah ini..adakah kita hanya biarkan mereka yg bermasalah begitu sahaja...dimana org2 yg berilmu agama? atau kita asyik berpolitik sampai lupa masalah diluar sana yg memerlukan pimpinan kita.

DAMAI said...

salam buat seorang penulis...

wah,ada nada2 marah dan sedih tatkala membaca entri ini...

sesungguhnya pada saat ini umat Islam benar2 diuji Allah....di tempat lain,ujian datang untuk mempertahankan maruah agama...di negara kita,ujian datang dalam bentuk peperangan dengan nafsu...

semua isi2 yang kamu huraikan di atas benar sekali ibnurashidi....bahkan banyak lagi faktor2 yang menyumbang pada bertambahnya kes2 ini...seperti bertambahnya jumlah kelab2 malam,penjualan arak berleluasa....semua ini punca hilangnya kuasa aqal dalam mendidik nafsu....nauzubillahi min zalik...

sebetulnya,diuji dengan kemewahan itu sentiasa lebih mudah untuk tewas berbanding diuji dengan kemiskinan...Ya Allah,ampunkan dosa kami yang tidak mampu berbuat apa2 ini...

hanya Allah yang selayaknya menghukum mereka...Allahu Akbar!!

~~tidakkah mereka tahu bahawa seksa Allah itu bersangatan pedihnya?~~

AKU DAN PERJUANGANKU said...

salam singgah...petanda dakwah kita perlu di perkuatkan lagi...

Tirana said...

Salam Farid...

Kepala dah sarat memikirkan masalah yang semakin menjadi-jadi ini.. Ada sesuatu yang tak kena dengan sistem pendidikan kita samada di rumah atau di sekolah..

ASYIQ said...

Masyarakat kita memang dah tenat....seelok2nya jangan kita tuding jari kepada orang lain. Seseorang individu dia berperanan banyak....sebagai ibu atau bapa, sebagai abang atau kakak, sebagai mak saudara atau bapa saudara, sebagai rakan taulan, sebagai guru, sebagai jiran...banyak. So, kita repair dulu peranan kita. Kalau semua orang memainkan peranan masing2 sejahtera masyarakat kita.


The Winner is always part of the answer
The Loser is always part of the problem

Anonymous said...

Salam,
Hati nie btul2 t'sentuh ketika m'bca entri ini. Sy prcaya mreka tidak mahu pkara sbgni t'jd pd dri mrka. Kdg2 smkin kuat s'sorg itu m'cri iman, smkin kuat nfsu itu dtg.
Smg kita smua d'brikan k'kuatan utk mgtasinya.
Amin Ya Rabbalalamin.

Brahim Nyior said...

Sebenarnya, gejala seks bebas makin membarah..
Apa yang boleh kita buat, ialah memperkasakan iman di dada anak-anak..

Tak tau lagi nak kata apa... sedih sangat..

Tie said...

Sebak rasanya bila lihat gambar di atas tu...

Bila nafsu menguasai jiwa, inilah akibatnya..

Anonymous said...

Salam ustaz, jemput ke laman sahabat saya di Penang

http://musafirsrikandi.blogspot.com/2009/03/gejala-sosial-fenomena-jahiliyyah-moden.html

Permata Nusantara said...

gejala yang tidak bermoral ini seakan menular dengan cepat di kalangan remaja yg kian meningkat dewasa....mmg benar faktor2 seperti dihuraikn oleh saudara adalah penyebab berlakunya gejala ini ....ibarat menyemai benih di tapak semaian...sebelum bercambah benih itu...lebih baik dicegah.....namun...adakah sudah terlambat?atau masih punya harapan...saya yakin ramai ibu bapa di luar sana diselubungi kebimbangan terhadap budaya tidak sihat ini...

semalu said...

masyarakat kita semakin parah dgn masalah sosial. jalan terbaik adalah kembali kpd quran dan sunnah.

Ibnurashidi said...

Salam dins…

Terima kasih kerana pertama kali berkomentar di sini…

Baiklah, sebelum saya berkata-kata sesuatu. Ingin saya ulang tulis perkataan di sudut paling bawah entri ini. “Ini bukan episod tuding menuding. Tetapi peringatan bersama.”

Dan untuk entri ini saya meletakkan label ‘Tazkirah’. Kenapa? Kerana manusia pada ghalibnya mudah lupa. Jadi kita sentiasa perlukan tazkirah dari semasa ke semasa serta peringatan untuk saling ingat-mengingati lalu berusaha mencegah kemungkaran di depan mata dengan apa cara sekalipun. Bukankah agama Islam sebuah agama mengamalkan nasihat menasihati?

Jadi, saya setuju dengan pendapat yang mengatakan asyik berpolitik sampai lupa masalah di luar sana. Tetapi saya hanya bersetuju dalam konteks politik Negara Malaysia. Sebabnya politik Islam tidak cacarmarba seperti politik Malaysia. Politik Islam tidak memisahkan apa jua aspek dari keluar landasan agama. Selesai.

Perlu diingat, ini bukan semata-mata menyalahkan sesiapa. Siapa bersalah ayuh kembali ke pangkal jalan. Itu tujuannya kita mengingat. Sekiranya tiada orang mahu mengingatkan, apa akan terjadi? Mahukah kalian lihat gejala ini bebas merajalela? Atau hanya pentingkan diri sendiri. Asal diri selamat, lantaklah orang lain nak jadi apa? Itukah matlamat seorang da’ei?

Perbaiki diri dan perbaiki orang lain. Itu konsepnya. Bukan perbaiki diri, abaikan masyarakat.

Di mana orang berilmu agama? Persoalannya. Orang yang berilmu menegur, ramai melenting. Sampai bila mahu mendapat keberkatan dan petunjuk jalan?

Ibnurashidi said...

Salam DAMAI…

Respon komentar saya lebih bernada marah dari menulis entri. Kenapa? Sila lihat sendiri.
Betul kata kamu. Bukankah Allah akan menguji manusia dengan kelaparan, kehausan, peperangan, bencana alam dan beraneka ujian lagi?

Saya sedar, kalau mahu senaraikan deretan punca masalah saya perlukan sedikit ruang untuk buat tesis kedua selepas yang pertama dahulu. Kerana terlalu banyak masalah yang menyerabutkan minda. Tidak serabutkah kalian?

Bila manusia hidup mewah, manusia mudah alpa. Kalau dengan kemiskinan, mungkin dia akan sentiasa mengadu nasibnya. Oleh itu biarlah bersederhana.

Semoga peringatan ini menjadi bukti saya tidak berdiam diri dan mendapat ganjaran dari Allah SWT. Aminn!

P/S: Ada yang tahu, ada yang jahil dan ada yang tahu tetapi buat-buat jahil.

Ibnurashidi said...

perjuangan ku...

Iya, itu petanda dakwah kita belum kemas, jitu, sampai kepada mad'u secara berkesan.

Politik, politik juga. Perjalanan dakwah usah terabai. Usah terkabur dengan kekuasaan!

Ibnurashidi said...

Salam Kak Tirana...

Benar, manusia yang tak peka saja kepalanya tidak sarat dengan berfikir hal umat.

Memang ada yang tidak kena dengan sistem pendidikan. Sangat tidak kena..

Ibnurashidi said...

Salam Asyiq…

Satu lagi komentar yang membuatkan saya tak senang duduk. Jawapan selebihnya boleh rujuk respon balas komentar saya kepada dins.

Seelok-elok jangan menuding jari kepada orang lain?

Ini bukan masalah menuding. Ini adalah fakta realiti yang berlaku. Kalau semua perkara mahu di diamkan siapa yang mahu mengambil peranan? Kalau mahu repair peranan sendiri sahaja sehingga kiamat tak akan selesai. Itu sebab masalah ini berleluasa. Semua mahu repair diri sendiri saja.

Repair diri, bantu orang lain merepair diri pula. Umat Islam itu bersaudara.

Sabda Rasulullah SAW daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Agama adalah an-nasihah.” Kami bertanya: “Untuk siapa?” Jawab baginda: “Untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan bagi para Imam-Imam muslimin dan seluruh muslimin (selain Imam-Imam).”

Hadis riwayat oleh Imam Muslim di dalam kitab Iman.


Mengapa Nabi Muhammad SAW dan agama Islam diturunkan? Mengapa masyarakat jahiliyyah diseru memeluk agama Islam? Adakah agama Islam untuk diri Nabi Muhammad SAW seorang? TIDAK!

Kalaulah mahu mengharapkan masing-masing dengan peranan sendiri. Ibarat hidup berjiran tetapi tidak kenal siapa jirannya.

Ini bukan soal menang atau kalah, ini soal maruah Islam.

Ibnurashidi said...

Salam Anonymous...

Moga Allah SWT member hidayah buat kamu. Benar, tak semua manusia mahukan keburukan melainkan mereka sendiri terjun dalam kebinasaan. Semoga pembacaan kamu terhadap entri ini membuka jalan ke arah yang lebih baik.

Sabarlah, mujahadah itu penting. Saya akui, hakikat itu memang terjadi. Mohon Allah SWT menjaga Iman kita kekal ke akhirnya.
Amin..

Ibnurashidi said...

Salam Cikgu Brahimnyior…

Sabar cikgu. Saya faham, ibu bapa selalu bimbang akan hal ini. Semoga anak-anak cikgu selamat dari perkara jijik ini. Usahalah selalu ya.

Ibnurashidi said...

Salam Kak Tie…

Itulah hakikat sebenarnya kak, kalau semua mahu berdiam diri. Entah apa akan terjadi lagi selepas ini.

Ibnurashidi said...

Salam Syahidah…

Syukran, ana sudah ke sana. Bagus entrinya. Lebih detail dengan fakta-fakta menguatkan hujjah.

Ibnurashidi said...

Salam Permata_Nusantara…

Kerana itu saya tulis entri berbentuk tazkirah ini supaya semaian benih itu tidak terus menerus merebak lalu membesar tanpa dibentuk.

Soal terlambat atau tidak saya rasa satu soalan yang sukar dijawab. Tengoklah keadaannya apa yang berlaku. Tetapi, kita jangan putus asa untuk terus berdakwah. Peringatkan sesiapa saja termasuk diri.

Ibnurashidi said...

Salam semalu…

Itulah sebaik-baik jalan. Namun sayang seribu kali sayang. Jalan inilah selalu tertindas!

SRISUFI said...

Salam perjuangan saudara.

Sejujurnya saya sangat sedih membaca entri ini. Saya pernah menjalani latihan industri di salah sebuah pusat perlindungan wanita yang terjebak dan menjebakkan diri sehingga melahirkan bayi.

selama hampir 2 thn juga saya bekerja di pusat yg sama. Saya mmg sangat marah. Apatah lagi hampir 90 peratus mereka adlh pelajar universiti.

Pelbagai pengalaman dn perasaan ada kala itu. Paling tdk dpt dilupakan apabila jam 3.47 am tangan pernah menyambut kelahiran bayi yang berkeadaan cacat kerana 'ibu muda' ini berniat membunuh bayi dgn mengambil bhn2 x sepatutnya.

byk saya belajar dr sini. sungguh saya sgt sedih.

*sedih melihat pengorbanan mak yah yg msh sudi menziarah ank2 dgn redha walau muka menahan 1001 rasa malu. Saya x mampu teruskn lagi.

Teruskan menulis.

DAMAI said...

salam penuh kesabaran buat kamu ibnurashidi...

Damai turut merasakan bahangnya di sini...sabar ya ibnurashidi....jalan da'wah ini memang banyak rintangannya...ini baru dalam bentuk tulisan,kalau lebih dari itu tidak tahulah apa yang boleh terjadi...

bersabarlah wahai kamu yang imannya wujud dalam dada...

setiap kali hati kesedihan atau lelah atas mempertahan kebenaran,ingatlah penat jerih Rasulullah SAW dalam usaha baginda membetulkan sekalian manusia....tidak mudah tetapi bantuan kemenangan dari Allah itu PASTI ^^

~~wahai pembaca yang budiman,berfikirlah sebelum mengeluarkan kata2....jika dilihat cara da'wah orang lain itu salah atau lemah atau sebagainya,perhatikan diri sendiri dahulu...apa yang kamu sendiri telah lakukan untuk menegakkan yang haq dan menghancurkan yang batil?....umat Islam itu penguat antara satu dengan yang lain....~~

maaf andai ada yang terasa hati...

bertabahlah wahai sang penulis ^^

Anonymous said...

Manusia semakin alpa. Lupa akan nikmat yang sementara. Semua ini berlaku lantaran kurangnya didikan sedari kecil. Terpengaruh juga dengan budaya songsang barat. Aduh, moga cepatlah semua bangkit sedar...

sonata anak kancil said...

Macam2 sebab jadi begini, macam2. Kalau kat sekolah ni, sonata jadi 'pendengar' setia. Pelbagai aduan diterima,nak buat macamana? Takat boleh tolong - sekadar nasihat/beri pandangan...

Anonymous said...

Salam..memg sgt b'leluasa gejala seks skrg.smpaikan kat sekolah bdak frm 1 dah reti semua pasal seks.. Ya Allah,dahsyat!tak tau nak cakap..kalau kat luar tu lagila.. Terdedah dgn pelbagai godaan dan cabaran.. Turut bimbang dan bersedih,takut jugak dgn situasi tak selamat ini

p/s: semoga kita semua dalam lindungan ilahi.. Aminn..

Anonymous said...

sayu sekali bila membaca berita2 sebegini...

umat Islam sekarang semakin leka dengan nikmat2 dunia...mungkin tidak sedar yang dunia ini hanyalah persinggahan manakala akhirat itu pasti...

mungkin juga kerana Islam itu hanya pada nama.. tapi bagaimana dengan penghayatan dan pengamalan sebagai seorang Muslim yang sejati??? aduh, peringatan buat diri sendiri juga...

terima kasih ibnurashidi..

Iliana said...

salam ustaz..maaf agak terlewat untuk turun bersama dalam entri ini..

kesimpulan peribadi daripada saya adalah ianya berpunca daripada semakin goyahnya tiang iman mereka. jika nak dikata hanya yang seksi dan suka berpeeseran sahaja yang melakukan hal sedemikian, ada juga yang berkupiah, seorang ustaz, pelajar sekolah agama, bertudung labuh dan yang terbaru saya dengar adalah seorang lelaki yang meminta derma untuk persatuan anak yatim merogol wanita yang tidak mahu menderma..bahana apakah ini?

bak kata sahabat saya, wanita ini sentiasa bengkok dan lelaki ini lurus..seandainya wanita tidak mampu menjaga diri, seharusnya lelaki lebih kuat untuk menjaganya..wanita ini akalnya 1, nafsunya 9..tapi, bila yang berakal 9 pun menggambarkan 1, aduhai~ malang sekali..

lantas, seharusnya kita semua bertindak untuk bantu menyuntik kesedaran agama..budaya hedoism tu semakin parah nampaknya..tapi, saya masih juga ingat arwah atuk saudara saya berkata, 'untuk melahirkan generasi berkualiti, kepalanya itu sendiri mesti berkualiti. jika pemimpin negara sendiri melakukan maksiat, bagaimana pula dengan masyarakatnya. macam tu juga la dalam sebuah negara yang bernama keluarga'.

p/s : panjang lagi nak komen sebenarnya. tapi, takut jadi entri pula di sini..saya tunggu respond ustaz dulu ya..mana la tahu saya tersilap..

Leenoh said...

Siapakah yang tiada ilmu Islam (agama) - siapakah pula yang tidak mengetahui bahawa menutup aurat itu wajib - siapakah pula yang belum sampai seruan. siapakah lagi yang tidak mengetahui bahawa berzina itu berdosa besar?. Jawapannya mereka semua berilmu dan mengetahuinya.Jadi aspek tersebut telahpun selesai. kalau telah selesai mengapakah masih berlaku dan wujud puluhan ribu anak tanpa ketahui bapanya.

Punca masalah perlu diterokai dan perlu dicari sebelum bertindak menyelesaikannya. yang pasti air yang kotor tidak mungkin dapat membersihkan permukaan meja yang kotor.

Syabas entri yang menginsafkan.
Wassalam.

Ibnurashidi said...

Salam kembali SRISUFI…

Allahh..kamu sudah mempunyai pengalaman yang mengejutkan. Moga dengan pekerjaan selama 2 tahun itu memberikan pengajaran berguna dalam hidup kamu dan dapat pula membimbing rakan-rakan supaya jangan ada yang terjebak.

Masya’Allah, kamu juga pernah menjadi bidan terjun! Dan lebih menakutkan cerita tentang bayi cacat itu. Bertaubatlah bagi mereka yang terlanjur itu..itu sajalah penyelesaiannya memandangkan tiada had menentukan kesalahan kini.

Insya’Allah penulisan akan diteruskan selagi mana diizinkan-NYA.

Ibnurashidi said...

Salam DAMAI…

Sebenarnya tidaklah terlalu membahang. Cuma sebagai respon balas secara tegas dan ianya masih tetap dalam lingkungan bersama senyuman serta terkawal.

Insya’Allah, tiada apa-apa. Segalanya berjalan lancar seperti sediakala.

Benar katamu, sesungguhnya Rasulullah SAW lebih dasyat pengorbanan dan dugaan perjuangan ketika menyebarkan Islam. Sedangkan baginda itu kekasih Allah SWT yang telah dijanjikan dengan jannatul firdausi. Siapalah kita berbanding baginda. Namun sebagai umatnya mesti ikut sunnahnya.

P/S: Tak mengapa, biarkan. Sesiapa saja berhak mengeluarkan pendapat masing-masing. Apa yang kurang sama-sama kita perbetulkan. Semoga amalan nasihat menasihati menyelebungi hidup-hidup kita.

Syukran.

Ibnurashidi said...

SangMentari…

Terkadang ada yang sudah tahu dan belajar namun masih terpengaruh. Itu akibat persekitaran yang tidak sihat menyebabkan mudahnya budaya kuning pekat itu melekat.

Moga terjauh perkara mungkar. Ku mohon selalu!

Ibnurashidi said...

sonata anak kancil...

Itulah yang menjadi masalahnya. Mendengar dan terus mendengar. Harapannya, sonata tidak terus bosan untuk terus nasihat ke arah kebaikan. Mana tahu dengan nasihat itu membolehkan mereka berjalan di jalan yang lurus.

Ibnurashidi said...

Salam Nur_syahadah…

Saya juga tidak faham bagaimana pelajar yang masih tidak mengenal erti baligh sudah mampu terlibat perkara begitu. Memang diakui, gejala seks bebas ini terlalu meluas tersebar di Malaysia sekarang.

Ahhh…tiada pemimpinkah mahu bangkit bersuara dan lakukan sesuatu dalam hal ini?
Aminn.

Ibnurashidi said...

Salam yEm^^…

Bagaimanakah mahu menyedarkan umat yang dunia ini sementara dan akhirat itu lebih utama?

Semoga masing-masing memainkan peranan dalam hal ini. Cuba sebarkan kebaikan dan cegah kemungkaran sederas mungkin. Bisikkan kata-kata azimat ini kepada rakan taulan terdekat yang semampu mungkin dilakukan. Siapa yang lebih kemampuannya kuatkan volume suara supaya lebih terdengar di merata-rata.

Iya, diri sendiri sememangnya tidak terlepas dalam memikirkan hal ini. Kerana sumber kekuatan untuk ketumbukan pada yang lain muncul dari diri sendiri dahulu. Barulah ianya akan merebak.

Afwan.

Ibnurashidi said...

Salam Iliana…

Tak mengapa. Tidak menjadi masalah.

Begini konsepnya. Setiap manusia tidak kira dari keturunan mana, melayu, cina, arab, bangladesh, orang asli, orang putih atau siapa saja yang bernama manusia pasti akan ada nafsu di dalam dirinya. Memang Allah SWT telah ciptakan manusia dengan pelbagai jenis nafsu termasuklah bernafsu kepada pasangan jantinanya untuk melakukan hubungan fizikal.

Oleh itu, Islam datang dengan penuh kehormatan dan kemuliaan bagi menjaga naluri seks manusia supaya ianya tidak menyimpang daripada melakukan perihal di atas. Justeru, Islam menganjurkan supaya umatnya berkahwin agar naluri itu boleh disalurkan secara halal.

Baiklah, bila mana manusia punya nafsu. Maka tidak kiralah siapa dia berlebaikah, tidak tutup auratkah, bertudung macam-macamkah semuanya ada nafsu dan naluri berkelamin.

Tetapi nafsu ini mampu dikawal jika punya benteng keimanan dan ketakwaan yang kukuh hasil tegahan syariat. Nafsu ibarat bateri charger. Kalau tak dicaj maka ianya akan lemah dan tidak bermaya. Kalau selalu dicaj maka kuatlah ia.

Perihal mereka yang menutup aurat tetapi melakukan maksiat itu kita boleh masuk ke bab lain. Alhamdulillah, bagus mereka sudah berjaya tutup aurat. Tetapi kadangkala terkandas mengikut hawa nafsu melalui jalan yang salah. Semoga mereka sentiasa menutup aurat dan bertaubat nasuha. Saya tetap tidak menyokong kemungkaran itu biar siapa mereka.

Dan ini bukanlah alasan pula bagi mereka yang mahu membuka aurat, seksi atau berpelesaran pula. Ya, saya seringkali mendengar alasan begini. “Orang yang tutup aurat pun leh buat maksiat, tengok aku tak tutup aurat tapi boleh jaga diri lagi..lebih baik aku ikut cara aku je..”

Alangkah baiknya, siapa yang berkata begitu dia tutup aurat terus dan menasihati mereka pula kerana dia sudah mampu menahan gelora nafsunya melakukan maksiat. Bukankah ianya lebih baik dari mereka? Saya rasa manusia normal semuanya mahu menjadi baik bukan?

Persekitaran kini penuh penuh dengan budaya seks bebas, arak, judi, manusia seksi. Tidak mustahil kalau keadaan begini berterusan, mereka yang dikatakan alim boleh terjebak sama. Nauzubillah. Kerana tiada had Allah SWT yang mencegahnya.

Saya setuju pendapat kamu tentang budaya hedonisme itu.

P/S: Silakan Iliana, perbincangan ilmiah sangat saya alu-alukan dengan hati yang terbuka.

Ibnurashidi said...

Salam Encik Leenoh…

Saya setuju ramai yang sudar tahu tentang perkara-perkara Encik sebutkan. Namun, saya rasa semacam ada lagi golongan yang belum sedar sepenuhnya atau dalam erti kata lain masih kurang didikan agamanya. Mungkin kesan daripada globalisasi dan budaya kuning.

Sangat tertarik dengan perumpaan air kotor dan meja itu. Benarlah, orang lama biasanya punyai pengalaman yang lebih..terima kasih kerana bertandang ke sini.

Alfu syukran. Barakallahhu fik.

Anonymous said...

Salam Ibnurashidi,
Maaf sebenarnya setiap hari ada kejahilan,kekadang pada diri kita sendiri, saya sengaja membuat sedikit provokasi untuk mengejutkan minda, ingin mengajak supaya memikirkan semua aspek punca sebenar sebab berlakunya perkara tersebut. terutamanya dasar kehidupan dan panduan yang digariskan oleh mereka yang berwajib kumpulan teratas,
Hal seperti ini biasanya mereka lepaskan tangan dan menyerahkan kepada ilmuan Islam , akhirnya mereka pula dipersalahkan, seolah-olah mengajar masyarakat memikirkan hanya satu aspek sahaja iaitu aspek dakwah sahaja sedangkan banyak lagi aspek dan sektor yang bertanggungjawab, malah lebih dipertanggungjawabkan dan lebih layak dipersalahkan atas kelemahan akhlak masyarakat yang sedang kita bincangkan.memanglah ramai orang mengatakan kita tidak patut tuding jari kepada sesiapa. Pada saya kita kena guna serampang dua mata, iaitu menuding jari kepada yang membawa masalah dan meneruskan berdakwah kepada sasarannya.
( Mauduk ini telah anda ulas dengan sempurna dan bermanfaat, teruskan tulisan anda diakhir nanti anda akan dapat kebaikannya, atas dasar itulah juga saya Link -kan di laman blog saya ).

Wallahu aklam.

nohas said...

Salam..

Rasa takut nak menghantar anak-anak ke masa depan, masakini pun gejala sosial semakin parah.

Musuh2 Islam sentiasa berfikir & berusaha utk melemahkan umat Islam terutama generasi mudanya supaya mereka semakin jauh, hanyut dari ajaran Islam. Sedangkan umat Islam majoritinya hidup sekadar mengikut rutin, makan, minum, bekerja, berehat, tidur..Nak mengharapkan program2 hebat, jutaan ringgit anjuran kerajaan seperti Rakan Muda, PLKN, entah apa halatujunya.

"Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari siksa api neraka.."

aShaBuLz said...

Terlalu banyak dugaan akhir zaman ni. Malaysia turut tidak terlepas. Lihat saja pergaulan bebas yang dianggap masyarakat Malaysia yang kononnya 'advance thinking' sebagai perkara biasa walhal ianya merupakan dosa yang terang.

Inilah natijah terlalu mengejar kemajuan semata...akhlak anak muda semakin terhakis..

nauzubillah...

marilah kita sama renungkan dan berusaha supaya generasi didikan kita tidak ke kancah neraka...aminn..

Ibnurashidi said...

Salam En.Leenoh

Ya, setiap hari sering dimomokkan dengan kejahilan samaada secara langsung atau tidak langsung. Seperti yang dikata puncanya ada disekeliling kita, cuma pandai atau tidak menghalang atau mengawal diri.

Betul sekali wacana pemikiran itu. Kenapa ilmuan Islam saja harus memikul tanggungjawab bersendirian sedangkan semua manusia yang beriman kepada Al-Khaliq dan dustur ilahi wasilah Nabi wajib menjalankan usaha dakwah. Tidak kiralah dari aspek mana. Suka saya bawakan misalan seperti ibu bapa yang tidak solat dan tidak pernah mengajar anaknya solat menghantar anak ke sekolah agama. Bulat-bulat diserahkan kepada pihak sekolah dan guru untuk mendidik fardhu ain. Kalau tak menjadi, sekolah pula dimarihinya. Wajarkah tindakan itu?

Tujuan perkara di atas tertulis tidak lain tidak bukan mahu membuka minda dan mata kita melihat sejauh mana kepincangan yang berlaku dan bagaimana untuk mengatasinya. Itu jelas.

Alfu syukran En.Leenoh, saya sangat menghargainya.

Ibnurashidi said...

Salam Orangbukit…

Itu yang saya fikirkan. Anak cucu kelak macammanalah kehidupannya.

Teringat kata-kata Dr.Mustofa Khoyyat, pensyarah saya suatu ketika dahulu. “Kita ni belajar, dapat ijazah, kerja, berkahwin, lepas tu mati..” lebih kurang maksudnya tiada memberi sebarang manfaat kepada agama, hanya pentingkan diri sendiri saja.

Saya rasa Rakan Muda sudah sunyi sepi. Dah jadi Rakan Tua agaknya:)

PLKN? Ohh, program yang sangat kontroversi itu!

Ibnurashidi said...

aShaBuLz...

Saya pernah menuntut di IPT dalam negara. Atas dasar pengalaman itulah saya boleh katakana budaya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan bukanlah menjadi suatu perkara pelik. Malah direstui pula oleh pihak HEP dan MPP. Sangat mendukacitakan! Tak mustahil anak kelahiran luar nikah banyak bertaburan di pusat pengajian tinggi.

Ya, mari sama-sama kita usahakan. Dan seruan saya buat para wanita, jagalah perilaku, jagalah maruamu dan pakaianmu..tutuplah aurat sesempurna mungkin. Dan juga buat lelaki, kau jadilah pemimpin sejati. Bukan berjiwa dayus!

pencinta bahasa said...

salam taaruf..

marcapada ini mmg pergaulan di antara lelaki dan perempuan terlalu bebas. kebanyakan perempuan tidak ada perasaan malu dengan lelaki ajnabi. memang gejala maksiat berleluasa dlm kalangan remaja hingga ada kes pelajar SKA ditangkap berzina di dlm surau skolah..Nauzubillahhi minzalik!

p/s:ape hukumnya sekiranya muslimah berpakaian menutup aurat ttp bergaya sehingga dpt menarik perhatian?

Ibnurashidi said...

pencinta bahasa...

Bila persekitaran sudah terdesak dan kacau bilau, tok lebai pun boleh terjun sama dalam kancah maksiat. Nauzubillahhi minzalik.

Kalau sudah menutup aurat, tetapi masih berhias itu dinamakan tabbaruj. Contoh kes begini ialah: Bertudung labuh berjubah tetapi muka make-up atau berwangi-wangian. Haram hukumnya.

Dan kalau yang memakai pakaian ketat tetapi bertudung, itu pula dikira tidak sempurna menutup aurat.

Asyima Binti Dollah said...

siapa bilang Malaysia aman makmur?

sekadar senyum sendiri...

Ibnurashidi said...

asyima binti dollah...

Siapa bilang Malaysia aman makmur? hanya orang yang menutup mata serapat-rapatnya mengatakan Malaysia sangat aman makmur bahagia sentosa.

Saya juga tersenyum sendiri.

pencinta bahasa said...

salam.
shukran jamia'n ats maklumat yg diberi. rasenye kalau sy ade 1 situasi atau dilema yg berkaitan dgn agama ttg persahabatan, adakah akhi berkeberatan untuk memberikan pendapat?

Ibnurashidi said...

pencinta bahasa...

Insya'Allah silakan selagi mana saya mampu menjawab saya tolong. Moga Allah SWT mempermudahkan urusannya.

pencinta bahasa said...
This comment has been removed by the author.
Isma Ae Mohamad said...

Assalamualaikum,
Saya teringat andaian dalam sebuah buku mengenai perubahan akan berlaku di Asia(lupa judulnya yang ditulis John Naibit)yang saya baca lama dahulu. Beliau menulis, masyarakat Asia akan berubah, contohnya cara mendidik anak mereka.

Jika dahulu ibubapa akan memesan kepada anak-anak: Jangan balik lewat jika keluar tapi akan berubah pada masa akan datang kepada, ''Jangan lupa bawa kondom jika keluar,'' buat anak-anak mereka.


Harap-harap andaian ini tidak berlaku.

Ooo, rupanya kondom juga boleh bocor, ya.

Anonymous said...

Salam Farid...
Lama kak su bertapa, sekarang baru berpeluang nak merayap dan menziarah. Hmm... banyak yg ketinggalan.

Sedih sgt melihatkan masalah moral masyarakat kita. Mabuk cinta sehingga tergadai maruah yg ada lalu terhasil benih yg tak sepatutnya... Ish...

Ya Allah... selamatkanlah masyarakat Islam dari kemusnahan...

Ibnurashidi said...

Salam pencinta bahasa…

Sebelum saya saya menjawab permasalahannya, izinkan saya tahu pencinta bahasa seorang lelaki atau perempuan?

Dan pernahkah berjumpa dengan ‘adik’ itu secara face to face?

Ibnurashidi said...

Wa’alaikumsalam Isma Ae…

Sungguh dahsyat andaian penulis John Naibit. Tidak sangka dia mempunyai andaian begitu ya. Dan ada juga andaian mengatakan Islam akan naik kembali juga di Asia.

Tetapi, saya merasakan sedikit sebanyak perkara itu telah pun berlaku. Kerana Kementerian Kesihatan juga memberikan kondom percuma bertujuan melakukan seks tanpa HIV. Kondom juga mudah didapati sekarang. Kedai-kedai biasa juga sudah menjualnya.

Iya, kondom juga boleh bocor. Apa yang paling penting, dosa zina tetap berlaku samaada memakai kondom atau tidak.

Ibnurashidi said...

Salam Kak Suara…

Saya pun lama tak melihat Kak Su ke sini. Dengar khabarnya ada masalah kesihatan. Betulkah?

Itulah, sangat membimbangkan kerana perkara ini sungguh banyak terjadi kini.

Marilah kita tolong sedaya upaya mungkin demi Islam.

Isma Ae Mohamad said...

Oh, bukan andaian tapi ramalan John Naisbit. Ya, ramalan itu telah berlaku di Thailand.

Benar, langkah kerajaan memberi kondom percuma juga nampaknya ke arah ramalan itu.

Ibnurashidi said...

Isma Ae...

Benarkah begitu? nampaknya ramalan itu telah menempias ke semenanjung Malaysia sekarang.

Sebenarnya semua perancangan ini telah menjadi agenda utama Yahudi dan sekutunya untuk menjahanamkan umat manusia terutamanya kepada umat Islam. Sebab itu (merujuk kepada penulis barat) ramalan-ramalan seperti itu tak mustahil terjadi.

Isma Ae Mohamad said...

Tuan,
Ya, di kalangan keluarga di bandar besar di sana,terutama keluarga elit.Saya ada pengalaman dalam kes ini di sana.Ingat, Thailand sempadan dengan Malaysia.

Atas semangat untuk menangani AIDS,nampaknya pihak kerajaan juga sudah masuk perangkap Yahudi dan konconya, ya.

pencinta bahasa said...
This comment has been removed by the author.
pencinta bahasa said...
This comment has been removed by the author.
pencinta bahasa said...

salam..
sy seorg perempuan. utk pengetahuan, 'adik' sy itu dulunya seorg yg sentiasa mencegah dirinya drpd maksiat tp mungkin kerana trlalu 'kemaruk'. dia seorg yg baik tp satu perkara 'itu' sje yg mengganggu sy.sy slalu brjmpe dgnnya.

xmau hipokrit said...

salam penulis blog..saya baca komen2 diatas.. terasa ad pengoment yg hipokrit la.. semua marah2 pasal hal ni..yg dorg marah2 tu,dorang ada nasihat x anak2 dorg? maaf lah..saya cuma hamba yg kerdil..terasa menyampah pulak baca komen2 tu semua.. nak bicarakan pasal kronologi seks org melayu,ape kate kita bagi tazkirah ni kat pemimpin2 yg mmg dah bergelumang ngan seks ni.. kalau pemimpin dah x betui,paham2 je la nape boleh jadi sampai tahap ni keadaan malaysia..

Anonymous said...

salam..
kpd xmau hiprokit..
mcm mana saudara tau yg di antara yg comment ad yg hipokrit?

Ibnurashidi said...

Isma Ae…

Dahsyat ya begitu. Kamu ada pengalaman macamana? Pengalaman membuat tinjauankah? Ya, tentang Thailand sudah mahsyur serata benua. Syurga dunia bagi orang-orang yang sukakan kemaksiatan.
Sudah lama terjebak. Kerana Seks bebas adalah salah satu perancangan dalam protokol Yahudi dunia.

Ibnurashidi said...

pencinta bahasa...

Kalau perempuan sama perempuan adalah lebih baik. Memandangkan saudari seorang perempuan, saya rasakan langkah terbaik jika mahu selamatkan ‘adik’ saudari ialah dengan memberitahu keluarganya. Samaada Ayah atau Ibu beliau. Tetapi seeloknya berbincang secara sulit kerana jika beliau tahu takut bermasam muka kemudian hari.

Suruhlah keluarganya menasihati. Itu saya rasa lebih baik. Jalan penyelesaian terakhir, Kahwin.
Maksiat adalah satu perkara yang boleh menyebabkan manusia ketagih.

Wallahhua'lam.

Ibnurashidi said...

salam xmau hipokrit…

Saudaraku seIslam,
Pertama sekali mari kita banyakkan beristighfar kepada Allah SWT supaya segala dosa kita diampunkanNYA.

Bagi saya, soal hipokrit atau tidak itu susah mahu diukur dengan mata kasar. Lebih baik kita husnul zhon sesama Islam supaya tidak timbul tuduh menuduh atau sebarang andaian yang bukan-bukan. Biarlah Allah SWT saja menilai setiap perbuatan hambanya. Saya tetap saja mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung dan pengomen, mungkin dengan komentar dan pembacaan sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada kita semua.

Saudaraku seIslam,
Alangkah satu kerugian yang besar kepada Islam jika kita semuanya hanya nampak skop dakwah itu terlalu sempit. Iya, politik itu sangat penting dan Islam sama sekali tidak memisahkan politik dalam kehidupan beragama. Oleh itu tidak bermakna berdakwah ini hanya pada pemimpin sahaja. Rakyat juga harus didakwah kerana keduanya saling ada keterikatan.

Method dakwah Rasulullah SAW bukan sahaja kepada pembesar Quraisy tetapi turut berdakwah kepada golongan miskin dan rakyat. Buktinya pengikut Rasulullah SAW pelbagai golongan sehingga tidak membezakan kasta atau keturunan. Munculnya daulah Islamiyyah bilamana umat Islam dan pemimpinnya memahami Agama Islam itu sendiri secara mendalam.

Lihatlah sekarang, penyebaran dakwah di Malaysia seakan tempang kerana masing-masing berpolitik mengikut hawa nafsu sendiri (kalau politik Islam tak mengapa). Terabai perjalanan dakwah. Mahukah kita melihat Negara Islam tetapi umatnya lahir dari golongan penzina? Nauzubillahhiminzalik.

Ibnurashidi said...

Anonymous...

Itu yang saya tengah fikirkan sekarang ni. Macammana kita dapat tahu seseorang itu hipokrit ya?

pencinta bahasa said...

salam..
syukran jamia'n atas nasihat yang diberi. walaupun ianya agak sukar untuk dilaksanakan kerana semua org menganggapnya sebagai perkara kecil sy akan cuba krn bagi saya sudah jelas hukum menyatakan bahawa bersentuhan di antara lelaki dan perempuan yg bkn muhrim adalah haram.
semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan menjauhkan kita semua drpd maksiat. sekali lagi sy ucapkan syukran jami'an, barakallahhu fik..

Ibnurashidi said...

pencinta bahasa...

Afwan, syukranlillah. Bagi saya perkara ini bukan suatu yang kecil kerana ia boleh menjerumuskan ke lembah perzinaan. Dosanya sudah tentu tergolong dalam dosa-dosa besar. Oleh itu, cegah lebih baik daripada mengubati.

Sebagai pembetulan, muhrim sebenarnya ialah mahram.

Terima kasih. Selamat berdakwah!

Isma Ae Mohamad said...

Saya warga Thailand dan terlibat dengan kewartawanan. Sekarang sibuk dengan dua bukit dan Maharaja Jib.

ibnurashidi said...

Isma Ae...

Ohh, begitu rupanya. Kata rakan saya, di Thailand sangat bahaya untuk untuk berziarah sekarang. Kerana kekacauan politik dan lain-lain sebab. Jadi mungkin saudara punya pengalaman yang banyak memandangkan wartawan sering membuat liputan.

Dua bukit itu barangkali bukit yang terlibat pilihanraya.

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP