Piramid Giza: Antara Ibrah dan Khazanah

Sunday, March 1, 2009


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Saya yakin dan percaya ramai yang sudah pun mengenali serta tahu apa itu Piramid Giza. Semenjak di bangku sekolah lagi kita telah mempelajari matapelajaran Sejarah. Ternyata, di dalamnya terselit kisah Dinasti Firaun dan kemegahan Piramidnya. Begitu juga bagi pelajar-pelajar yang menuntut dalam bidang pengajian Islam pasti akan menemui ibrah dari kisah Nabi Musa a.s, Firaun dan Haman.

Walaupun ramai yang sudah mengenalinya, namun tidaklah menjadi kesalahan besar untuk saya menitipkan kembali fakta dan pentakrifan Piramid menurut sumber buku pengkajian ahli arkeologi dan sejarawan dulu dan kini. Ayuh, kita teruskan dengan faktanya.

Apa itu Piramid?

Piramid atau Al-Ahram dalam bahasa Arabnya adalah merupakan senibina yang dikategorikan sebagai tujuh benda ajaib didunia kini. Ia merupakan salah satu hasil tinggalan Mesir kuno Dinasti Firaun yang masih utuh hingga ke hari ini.
Ramai yang beranggapan bahawa Piramid di Giza hanya wujud beberapa binaan sahaja. Namun fakta sebenar menunjukkan bahawa terdapat 97 buah Piramid di seluruh Mesir. Ini kerana kebanyakan kita hanya mengenali Piramid besar di Giza. 

Mungkin pembaca yang pernah membuat carian di enjin Google mahupun Yahoo pasti akan terlihat tiga buah Piramid besar yang masyhur itu. Nama ketiga-tiga Piramid besar itu ialah Khufu (Cheops), Khufra’ (Chepren) dan Munqara’ (Mycerinos).


Piramid Khufu di Giza...

Daripada ketiga-tiga buah Piramid itu, Piramid terbesar ialah Khufu yang mana telah didirikan oleh Raja Cheops pada tahun 2690 SM. Mengikut sumber, selama 20 tahun namanya diabadikan sebagai nama Piramid. Ia didirikan pada kawasan seluas 52.936 m². Untuk membinanya, sebanyak 2.5 juta potong batu besar dengan berat rata-rata sekitar 1.5 sampai 2 tan. Tinggi pada mulanya 146 m, terhakis punca kesan perubahan zaman dan alam. Kini ketinggiannya susut menjadi 136 m.

Menurut pengkaji Egyptilog, Piramid Khufu adalah yang termegah. Manakala Piramid Khufra pula diapit dua Piramid lainnya dan ia dibangunkan oleh Raja Chepren pada tahun 2650 SM. Piramid ini ialah hasil cetusan idea putra Raja Khufu. Ketinggian Piramid ini juga adalah setinggi 136 m menyamai Piramid Khufu. Ukuran panjang setiap sisi empat seginya pula ialah 104 m.

Bagaimana ia dibangunkan?

Sebenarnya isu perbincangan yang tidak pernah selesai telah pun dibahaskan semenjak zaman Herodotus. Sehingga kini ianya masih menjadi perbincangan dan tanda tanya bagaimana dan mengapa ia dibangunkan. Tidak ada teori yang tepat merungkai rahsia disebalik pembinaannya. Wallahua’lam.

Namun begitu, terdapat salah satu teori bagaimana Piramid dibangunkan oleh Firaun dan rakyat marheannya. Menurut mereka, cara pembinaannya ialah menggunakan teori jalan mendaki (al-thariq al-Sha’id). Teori ini mengatakan bahawa Piramid didirikan melalui jalan mendaki yang dibuat berputar mengelilinginya. Kemudiannya potongan batu-batu besar diseret dari bawah ke atas. Bermula dari tingkat pertama sehinggalah ke puncak. Kebanyakkan Egyptilog mempercayai akan teori ini walaupun mendapat kritikan dari pengkaji lainnya.

Kenapa ia dibangunkan?

Sehingga kini tidak ada sesiapa pun yang tahu tujuan sebenar Piramid diciptakan. Menurut sejarawan muslim al-Mas’udy, Piramid merupakan kuburan raja Yaman yang sanggup mengalahkan Heksos. Ada pendapat lain mengatakan Piramid adalah hasil jelmaan alien di bumi. Oh, saya sendiri terasa kelakar untuk mempercayai teori alien ini.

Bahkan terdapat kepercayaan khurafat yang mengatakan bahawa mereka percaya wujudnya kekuatan rahsia tersembunyi di sebalik nama dewa dan tokoh Mesir kuno (Firaun dan pembesarnya). Mereka yang mempercayai kepercayaan khurafat ini ialah kelompok Egyptominia yang bertebaran di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun. Kelompok ini menamakan diri mereka sebagai The New Age, Shirers dan Rose Crosscent yang berpusat di California. Mereka sering bermeditasi di ruangan gelap yang dikelilingi patung-patung untuk mengungkap rahsia mengenainya. Mereka juga mengimani reinkarnasi, lalu mereka jadikan ruangan Raja Khufu dalam Piramid sebagai tempat menyucikan dosa. Upacara sesat ini diteruskan lagi dengan menyanyi dihadapan Sphinx pula.


 Sphinx..Snap di celahan bongkah berbatu...

Sphinx Singa Berkepala Manusia 

Sphinx ataupun dalam bahasa arabnya disebut Abu al-Haul yakni bermaksud ‘Yang Menakuti’. Ia telah dibangunkan oleh Raja Chepren beriringan pembangunan Piramidnya. Hasil penyelidikan menunjukkan Raja Chepren mendirikan Sphinx dalam bentuk dewa Horus sebagai bukti penyembahan terhadap ayahnya Khufu. Perlu diingat, Firaun adalah manusia yang mengaku dirinya Tuhan.

Kedudukan Sphinx ini terletak lebih kurang 200 meter dari arah timur pyramid. Ia seolah-olah Nampak seperti penjaga Piramid bila dilihat dari bahagian hadapan. Sphinx dengan panjang 57 meter serta tinggi 20 meter adalah hasil ukiran dan kerja-kerja memahat daripada bukit batu kapur.


Bergaya di lereng Piramid yang bersegi itu...

Mengambil Ibrah Khazanah Firaun

Kisah pertembungan diantara kebenaran yang dibawa Nabi Musa a.s dan kebatilan hasil tangan-tangan Firaun laknatullah ini begitu banyak terakam dalam lembaran Kitabullah. Ini menunjukkan kepada kita salah satu bukti kebenaran Al-Quran sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:

“Kami membacakan kepadamu sebahagian dari kisah Musa dan Fir'aun dengan benar untuk orang-orang yang beriman.” (Al-Qashash: 3)

Betapapun manusia menganggap dirinya hebat lebih-lebih lagi mengaku dirinya Tuhan ternyata akhirnya menjadi mayat yang langsung tak berdaya dan kerdil persis butir debuan di dataran Sahrawi malahan mungkin lebih hina dari itu. Itulah hakikat manusia sebenar.

Kebatilan tetap akan kalah dengan kebenaran biarpun mahu ditegakkan dengan apa cara sekalipun hatta berwasilahkan benang yang basah. Pasti pertolongan Allah SWT akan menghancurkan kebatilan itu. Apa yang pasti, kita sebagai seorang muslim seharusnya meletakkan kebergantungan itu pada yang SATU.

“Kemudian Kami utus Musa sesudah rasul-rasul itu dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Fir'aun dan pemuka-pemuka kaumnya, lalu mereka mengingkari ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang membuat kerosakan.” (Al-A’raf: 103)
“dan (juga) Qarun, Fir'aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang luput (dari kehancuran itu).” (Al-Ankabut: 39)

Mereka ciptakan senibina hebat, mencakar langit kononnya mahu menunjukkan kehebatan dan kekuasaan menyaingi Allah SWT. Namun kekuasaan Allah SWT menundukkan mereka sehina-hinanya. Akhirnya hanya dilingkari bingkai kaca dan terpamer di Muzium semata.

Kesimpulan

Pada pengamatan saya, antara faktor khazanah Piramid dinasti Firaun ini masih kekal hingga kini ialah kerana Allah SWT menjaga supaya manusia yang sihat akal fikirannya dizaman moden ini dapat berfikir, mentafsir lalu mengikat sekemas mungkin kebenaran ayat-ayat Allah SWT perihal kisah umat terdahulu. Lalu percambahan fikiran itu berhasil membuahkan cahaya keimanan kita kepadaNYA. Usahlah berbangga dengan kehidupan meterialistik melampau kerana ianya hanya menghuni sementara, kita pasti akan pulang jua akhirnya.


Sumber Rujukan:
Panduan ke Mesir dan Azhar, terbitan Keluarga Mahasiswa Aceh - Mesir


Ibnurashidi
7:57 PM, 28 Februari 2009,
Siberbay, Tanta.





Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna...

35 komentar:

Anonymous said...

1st person...

pengembaraan penuh dgn thaqafah dan dapat merasai ribut pasir..
pepun yg penting.. banyak gak habis duit, tp pengalaman kena ribut pasir yg amat besz..
huhu...
nanti plan lain la.. baru bley kira bape besar bongkah batu tu..

p/s:letak skali laa tiket masuk piramid tu..

Anonymous said...

Salam akhi,
Menunggu akhi mengupdate entry baru. X sangka kembara ke piramid 7 keajaiban dunia diupdate. Terubat hati nk mengembara jauh. InsyaAllah ada rezeki bakal menjejak ke sana.

Terima kasih akh menulis kembara akh di bumi anbia. Semoga Allah melapangkan rezeki utk kembara ke sana. Amin.

Salam dr Malaysia.

Ibnurashidi said...

Salam myfahmi™...

Sebenarnya kisah tentang pengambaraan kita ke Piramid belum lagi ditulis..kira ini baru intro. Insya'Allah lepas ni baru entri berkenaan pengembaraan tu:)

Termasuk kisah kena ribut pasir sekali.

P/S: Bukan setakat tiket, gambar lain pun akan disiarkan..

Ibnurashidi said...

Salam anum...

Terima kasih ya kerana sudi membaca blog saya. Alhamdulillah, tapi ini belum lagi diceritakan kisah saya ke sana. Hanya intro pengenalan baru. Lepas ini Insya'Allah menyusul yang seterusnya bersama gambar-gambar. Aminn.

Ada rezeki, boleh datang melawat.

DAMAI said...

salam buat yang bergaya di lereng piramid...

damai masih belum berpeluang untuk men'ziarah'i piramid itu...insyaAllah akan berusaha untuk ke sana suatu hari nanti ^^

setiap kaum terdapat kelebihannya masing2....boleh jadi kelebihan itu untuk menambah keimanan,dan boleh jadi juga sebaliknya...nauzubillah...

Anonymous said...

salam ibnurrashidi
lama ya menyepi...
ya, piramid sesungguhnya menyimpan ribuan khazanah dan lipatan sejarah yang tidak terungkai dengan kata-kata..siapa melihat dengan mata sendiri, pasti dapat menilai, berfikir dan menghayati di sebalik penciptaannya.. dan kita seharusnya sentiasa berfikir hikmah disebalik setiap yang berlaku itu.. begitu juga keajaiban piramid tersebut...

p/s wah, tanta juara lagi ya tahun ni

Ibnurashidi said...

Salam DAMAI...

Bila belum berpeluang, silakanlah mencari peluang itu supaya ia tak terlepas begitu saja..

Bukan setakat boleh jadi, memang menjadi dan telah terjadi..sebagai umat terkemudian, Al-Quran telah menunjukki jalannya yang cerah benderang itu dengan membawakan kisah-kisah tauladan umat terdahulu. Untuk apa? kalau pandai jawab ya:)

Ibnurashidi said...

Salam SangMentari...

Biasalah, terkejar sana sini. Ini baru sempat menulis cerita kisah-kisah minggu lepas.

Benar sekali, tak kiralah dimana khazanah itu berada kalau dikaji dan difikirkan tentu ada hikmah tersirat. Keajaiban piramid itu menunjukkan manusia itu punya akal anugerah Allah SWT yang hebat sekali.

P/S : Iya, kembali membawa pulang Piala Presiden tahun ini..hehe..

Unknown said...

Jauh perjalanan luas pandangan, pandangan tentang hidup dan pandangan tentang kisah di sebalik sejarah yang berlaku.

Bertuahnya kalau dapat melawat mana-mana tempat yang mempunyai nilan sejarah dan sirah di sebaliknya.

Nur said...

Salam,

Saya, Bunda dan Ayahanda berpeluang ke sana, tapi nya, students al-azhar itu tidak beri kami masuk ke dalam piramid itu! Ngga tau kenapa, tapi terasa sangat kecewa, kami dtg beribu batu merentas lautan, mau melihat dengan mata kepala sendiri apakah keajaibannya. Tapi, mungkin berkat du'a Bunda (Bunda ngga mau masuk!), satu rombongan tidak dapat masuk.

Tapinya, mau pergi lagi ke Egypt. Banyak lagi tempat yang tidak sempat dijejaki . Shopping sahaja masa ke sana, terasa begitu ruginya!

Tie said...

Alhamdulillah..

Satu info yang berharga sekali. Tahniah dan terima kasih...

Iliana said...

salam ustaz

wahhh~ teruja sekali melihat nisbah perbezaan saiz manusia dengan piramid itu.

saya juga masih tertanya-tanya, apakah motif utama pembinaan piramid itu. adakah ianya hanya sebagai kuburan? hummm~

dua minggu ni saya tiada kelas. majoriti pensyarah ke luar negara, Egypt katanya - entah untuk apa. saya nak ikut, dikatanya 'duduk dalam tayar kapal terbang'. isk isk isk~ tunggu la bila berpeluang

p/s : tahniah atas kejayaan

Ibnurashidi said...

Kakchik...

Betul, kerana dalam Islam menganjurkan kita bertebaran di muka bumi untuk mencari erti hidup.

Usah lepaskan peluang itu, kerana tuah akan lari jika tidak kita mengejarnya.

Ibnurashidi said...

Salam Nur...

Wahh, sudah berbahasa Indonesia ya:)...
Rupanya dah pernah menjejakkan kaki ke sini. Boleh saya tahu students azhar mana yang tak benarkan masuk? Tapi saya sendiri belum masuk lagi kerana caj fulusnya tinggi juga. Lari bajet.

Tahun bila kamu ke sini ya?

Bagi saya, shopping nombor yang ke 2 atau ketiga. Apa yang penting isi Jaulah itu sendiri. Benar, banyak lagi tempat menarik di sini dan kebanyakkannya bersejarah.

Ibnurashidi said...

K.Tie...

Sama-sama, jemput bertandang lagi ya. Semoga sedikit manfaat mampu diraih selepas membacanya.

Ibnurashidi said...

salam iliana...

Manusia hanya lebih kurang setinggi bongkah batu itu.

Kebanyakannya mengatakan ia sebuah kuburan. Dan ada juga mengatakan tempat menyimpan khazanah Firaun dan tempat penyembahannya. Saya pun kurang pasti.

Ohh, biasalah, pensyarahkan banyak elaunnya. Kalimat 'Claim' tentu akan digunakan nanti. Kamu himpunlah duit banyak-banyak, Insya'Allah boleh datang juga.

P/S: Thank You!

nohas said...

Salam..baru Sabtu lepas (28/2/2009) dlm Majalah 3 paparkan kisah Piramid yg tiga itu, makam Imam Syafie & makam Fatimah, cucu Saidina Husin. Alhamdulillah, disusuli pula dgn entry ini..

Dgr cerita, nak masuk ke piramid ni, kena merangkak kerana laluannya sempit. Betul tu, walaupun hidup dikelilingi emas permata, mati juga si Firaun tu..di dunia, hidup jgn terlampau rakus..

sonata anak kancil said...

bila gamaknya boleh melihat depan mata sendiri!bagus info, dulu2 memang la tercari2 apa motif piramid dibina...

Anonymous said...

salam...

wah, besar nye piramid...teringin sekali untuk kesana dan merasai sendiri kekerdilan diri ketika berdiri berdekatan dengan piramid tu..terfikir juga, bagaimanalah orang dahulu mendapat idea untuk mencipta 'bangunan' yang begitu gah dan besar sekali... kalau diukur dengan teknologi mereka pada masa itu, mungkin kita dikira lebih maju kerana mempunyai banyak mesin.. tapi mereka membinanya tanpa bantuan mesin yang canggih (betul kah???)..

kemewahan dan kuasa yang diperoleh didunia hanyalah buat sementara sahaja..kekuasaan Allah itulah yang kekal dan tiada tandingannya...

DAMAI said...

salam....sedap nasi bukhari kamu ^^

"katakanlah, berjalanlah kamu di muka bumi,kemudian perhatikanlah bagaimana akibatnya orang2 yang mendustakan itu"

( Al-An'am : 11 )

Allah menceritakan perihal ummat2 terdahulu dalam Kitab-Nya supaya menjadi panduan buat kita yang masih hidup...yang baik kita ikut,yang jahat kita tinggalkan...sebetulnya,dalam tiap2 lembaran Al-Quran itu terselit pengajaran buat kita jadikan rujukan dalam usaha mencari redha dan cinta-Nya....insyaAllah...

~~macam mana ibnurashidi?....betul tak jawapan Damai ni?..kalau betul,nasi bukhari free satu ye ^^ ~~

nahmy said...

assalmualaikum...
satu pengembaraan yg penuh berinfo. alhamdulillah..krn mengongsikannya di sini. ramai yg meneroka mencari 'teknologi' dr pembuatannya dr merenung 'iktibar' akan kewujudannya..

Anonymous said...

salam...

apa khabar..mcm mn suara ok dah?blh la berpuisi..he..he..mcm best je percutian tu..dl2 kt tgk dlm gmbr je piramid tu, tiba2 ada dpn mata..kdang2 sesuatu perkara tu membuatkan kt rasa mcm x percayakan!

sy mungkin ketegori yg x mnt sjrh..tapi sy teruja nak tnya n rasa nak tahu mengenai perenggan ni

" Mereka yang mempercayai kepercayaan khurafat ini ialah kelompok Egyptominia yang bertebaran di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun. Kelompok ini menamakan diri mereka sebagai The New Age, Shirers dan Rose Crosscent yang berpusat di California. Mereka sering bermeditasi di ruangan gelap yang dikelilingi patung-patung untuk mengungkap rahsia mengenainya. Mereka juga mengimani reinkarnasi, lalu mereka jadikan ruangan Raja Khufu dalam Piramid sebagai tempat menyucikan dosa. Upacara sesat ini diteruskan lagi dengan menyanyi dihadapan Sphinx pula.

1)msh ada lg ke yg mempercayainya?
2)mengimani reinkarnasi tu apa?
3)depa nyanyi tu ditempat yg terbuka atau tertutup,mksd sy depan orang ramai, ada x dilakukan pd zmn skrg, ada masa yg tertentu x?

maaf jika byk bertanya..terima ksh klu sudi memberi jwpn..

Ibnurashidi said...

Salam orangbukit…

Nampaknya siri pengambaran dan pengkajian tentang Piramid masih berterusan sehingga kini. Mungkin ramai yang belum tahu agaknya.
Tentang makam Imam Syafie, makam Fatimah Alhamdulillah saya dah kunjungi 2 tahun lepas. Sangat berbesar hati dapat menziarahi makam ulama’ masyhur dahulukala..moga Allah merahmati mereka atas usaha menyebarkan agama Islam yang suci ini.

Itu bahagian dalam kalau tak silap saya. Bahagian muka pintu masih boleh berjalan seperti biasa. Menurut sumber ada mengatakan tempat yang merangkak itu banyak jinnya, seeloknya tak payah masuk. Dan sebagai maklumat tambahan, usaha cari gali masih berterusan dijalankan.

Ibnurashidi said...

sonata anak kancil...

Nanti ada ongkosnya bolehlah merantau dunia:)
Sekarang pun boleh mencari lagi, agar ilmu pengetahuan itu sentiasa bertambah. Usahlah segan mencari ilmu dan perkara baru asal ia membangunkan sifat kehambaan.

Ibnurashidi said...

Salam yEm ^^…

Iya, sungguh besar. Saya kehairanan sekali bagaimana bongkah-bongkah batu mereka Berjaya potong dan susun sehinggi menjadi tinggi sedangkan tengah padang pasir sukar menemui batu batan. Benar, mereka tanpa menggunakan mesin yang canggih hanya kerahan tenaga manusia yang beribu-ribu orang. Dengar khabarnya, jepun pernah cuba meniru buat Piramid tapi runtuh tak kekal lama. Wallahua’lam.

Oleh itu, usahlah terlalu memandang bangunan yang mencakar langit itu. Bukankah sudah ada peringatan tanda hampirnya kiamat muncul banyak bangunan pencakar langit..masih tidak sedarkah manusia?

Ibnurashidi said...

Salam kembali DAMAI…

Ohh, bagaimana kamu dapat merasa Nasi Bukhari? Sungguh ajaib ya:)

Nampaknya saya terpaksa bagi sepinggan Nasi Bukhari free yang tak dapat dirasa alam hakiki. Anggap saja entri ini sebagai makanannya. Jawapannya betul. Tetapi mengapa pula masih ada yang tak mahu mengikut Al-Quran sedangkan sudah secara jelas Allah SWT ceritakan semuanya?

Ibnurashidi said...

Wa’alaikumussalam nahmy…

Saya rasakan kamu sudah meletakkan dua komen yang sama di dua entri berbeza. Berlaku kesilapankah?
Benar, ramai yang lebih suka berfikir keajaiban penciptaan dan senibinanya dari mengambil ibrah tersirat segala yang berlaku. Moga kedua-duanya kita mampu fikirkan bersama.

Ibnurashidi said...

Salam zidniilmi…

Alhamdulillah, sihat sejahtera hendaknya. Suara kembali seperti sediakala. Oh, tentang puisi ya?erm…tunggulah penulisnya sudah bersedia untuk membacanya:)

Saya kini sudah mempercayainya walaupun suatu ketika dahulu terasa mustahil untuk mempercayainya. Seingat saya Sejarah tingkatan 4 ada membicarakan kisah Piramid. Betulkan? Cikgu Faridah yang mengajarnya..berkat keikhlasannya mengajar saya mampu mendapat A1 SPM subjek Sejarah:)Alhamdulillah.

1) Iya, masih ada yang mempercayainya.

2) Maksud mengimani reinkarnasi itu ialah kepercayaan berlaku penjelmaan makhluk yang sudah mati. Contohnya memuja Firaun dan Piramid atau patung-patungnya.

3) Tentang menyanyi itu saya tak jumpa ketika melawat ke sana. Mungkin ada waktu dan tarikh tertentu agaknya. Tetapi kalau menyanyi di atas puncak Thur Sinai tempat Nabi Musa a.s bermunajat saya pernah temui. Mereka menyanyi sambil menyembah matahari terbit.

Semoga sedikit penjelasan ini kamu dapat memahaminya.

Ibnurashidi said...

Maklumat Tambahan, Piramid Giza sudah terkeluar dari senarai 7 benda ajaib seluruh dunia. Maklumat URL webnya boleh terus ke:

http://www.new7wonders.com/classic/en/n7w/results/

DAMAI said...

Ada 3 kemungkinan mengapa meskipun Al-Quran terang2an menunjukkan jalan yang betul,tetapi masih ada lagi yang ‘degil’ dan terus ‘sesat’..

1) ada Al-Quran tapi tidak dibaca.
2) Baca Al-Quran tapi tidak memahami pengertian ayat2 yang dibaca.
3) Baca Al-Quran,faham maksud tapi tidak diamal dan tidak dipraktikkan.

Huhu…takutnya..macam kena soal dalam peperiksaan….betulkan ya ustaz andai jawapannya lemah dan tidak lengkap…

“ Kemudian hatimu menjadi keras sesudah itu,lalu ia menjadi seperti batu atau lebih keras lagi.Sesungguhnya dari sebahagian batu,terpancar air sungai daripadanya,dan daripada batu ada yang terbelah,lalu keluar air daripadanya,dan setengahnya pula jatuh kerana takut kepada Allah.Dan Allah tidak lalai dari apa2 yang kamu kerjakan. “

( Al-Baqarah : 74 )

“ Dan sesungguhnya aku setiap kali ku seru mereka, supaya Engkau ampuni dosa mereka,mereka tutup telinga mereka dengan anak jarinya, dan mereka tutup kepalanya dengan kain,dan mereka berkekalan ( dalam kekafirannya ) dan mereka sombong sesombong2nya. “

( Nuh : 7 )

“ Mereka itu tuli,bisu dan buta,sedang mereka itu tiada juga kembali ( kepada kebenaran ). “

( Al-Baqarah : 18 )

~~ ‘terpaksa’ beri nasi bukhari free…huhu kalau menyusahkan,takpelah ibnurashidi….(wah,merajukkah tandanya? )

Anonymous said...

Salam.. Bahagianya saudara dpt melawat tempat bersejarah..teringin sgt nk pergi.. Mintak2la suami nanti nk bwk jalan ke sana:-).. Em,kalau tak silap dlu ms blaja sej,piramid di bina sebgai tmpat p'semadian,selain2 piramid jgk dijdkan sbgai kemegahan para bngsawan. Kalau b'kuasa lg la piramd yg dibina besar n megah.. Dah lama tggal subjk tu,wlau jd ckgu tp xngaja sbjk sej..hehe.. Tq ust cz sudi sharing..

Tirana said...

Terimakasih kerana berkongsi fakta tentang piramid. Sekurang-kurang ada info sebelum dapat melawat ke sana..hehehe

Ibnurashidi said...

Benar dan tepat jawapan kamu Doktor DAMAI. Cuma sebagai tambahan, ada lagi satu yang dasyat. Dia tahu Al-Quran itu benar sebenar-benarnya, tahu semua berkaitan Al-Quran malah hafal pula. Tetapi tujuannya untuk melawan Al-Quran dan umat Islam. Mereka itu ialah para orientalis dan kaum kafir. Firman Allah SWT:

“ Mereka itu tuli,bisu dan buta,sedang mereka itu tiada juga kembali ( kepada kebenaran ). “
( Al-Baqarah : 18 )

P/S: Oh, maksud terpaksa itu kerana sepinggan Nasi Bukhari real mungkin mustahil untuk disend melalui emel:).

Ibnurashidi said...

Moga suami Cikgu Nur_syahadah sudi membawa ke sini ya nanti:)

Alhamdulillah, seronok juga dapat melawat. Bukan senang sebab ianya susah. Ya, kalau tengok dalam buku-buku sejarah itulah yang disebutkan. Tetapi, itu hanyalah salah satu dari banyak-banyak teori. Dari satu sudut nampak seperti betul.
Sama-sama.

Ibnurashidi said...

Kak Tirana...

Terima kasih juga sebab sudi membaca infonya..semoga tak tersesat jalan ke sini nanti ya:)

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP