Merentasi Khazanah Mesir Kuno
Tuesday, March 3, 2009
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
“Kalau enta guna kerneh pelajar dapat harga LE30 daripada LE60..” Kata Ustaz Adli selaku pemandu kereta sewa kami.
Saya terus ke kaunter pembayaran untuk mendapat 3 tiket masuk ke kawasan Piramid Giza. Ustaz Fahmi dan Ustaz Zul hanya menanti di ruang hadapan pintu masuk. Sejurus selesai, kami melalui lorong khas untuk ke puncak bukit tempat terletaknya bongkah pejal bersegi yang dinamakan Piramid itu.
Angin kuat menyapa deras membawa butiran pepasir halus. Pedih dihempas persis hujan batu. Berkali-kali badan seakan mahu melayang ke udara. Debu-debu berputar laju lalu terbang bertebaran ke tanah lapang. Saya menutup mulut apabila deruan deras itu berterusan menyinggah ke wajah. Kaki terus menapak laju sambil jari jemari sibuk menekan pepunat kamera digital. Sempat pula membuat sedikit rakaman bersama saudara Fahmi.
Itulah pertama kali saya merasa kuatnya ribut pasir di dataran Nil. Selama ini hanya terkena tempiasnya sahaja, itu pun sudah mampu untuk mengeluh panjang tanda kurang enak.
“Hang silap pilih harilaa..hari ni ribut pasir kuat sampai tak boleh nak buka mata..nak berjalan pun susah..” Bicara rakan ketika berbual di dalam kereta.
“Tak pa, bukankah kita dah dapat pengalaman baru hari ni. Biasa orang mai melawat time suasana tenang tapi kita hari ni merasa macammana situasi ribut pasir sebenar…teringat zaman Rasulullah dahulu ketika mahu menyebarkan dakwah..merentas padang pasir, dilanda ribut pasir..” Saya cuba membetulkan persepsi pemikiran.
Pertama kali menjejakkan kaki di hadapan sebuah binaan tiga segi gergasi membuatkan saya seakan tidak percaya pada mulanya. Apa tidaknya, sebelum ini saya hanya membelek lembaran kisah serta gambar melalui buku ataupun sekadar melihat di alam maya sahaja. Saya cuba meneliti kesan senibina yang pernah dinobatkan sebagai benda 7 ajaib di dunia. Tidak salah mengambil ibrahnya.
Selesai bergambar pemandu membawa kami menuju ke sebuah bukit terletak tidak jauh dari kesemua Piramid itu. Daripada atas bukit itulah kita boleh melihat pemandangan keseluruhan Piramid yang terdapat di Giza.
“Fahmi, jom try naik unta..ambil gambar sat..” Saya mengajaknya sambil meninjau melihat-lihat unta.
Itulah kali pertama saya mengenderai unta sambil bergambar. Pengalaman yang sukar dilupakan. Saat itu saya merasakan seperti kembali ke zaman Rasulullah SAW. Terimbau segala kisah sirah baginda SAW bagaimana mengenderai unta dan kuda merentasi padang pasir yang kering kontang semata-mata menyampaikan risalah agung. Ya, itulah Islam yang kita anuti sekarang.
“Kam?” Pertanyaan harga sebagaimana biasa.
“Miyyah..” Jawab arab penjaga unta spontan tanpa rasa bersalah.
“Ehh??leh keda??ma yan fa’syi keda!” Saya terkejut. Mereka meminta bayaran sebanyak LE100 hanya kerana mengambil beberapa keping gambar di atas unta.
“Khamsinn bass..” Setelah saya menyoal dengan nada tidak puas hati lantas dia mengurangkan kepada LE50 pula.
Saya masih tidak berpuas hati. Minda berputar mencari jalan penyelesaian.
“La’a! lazim khamsah genih bass..ana tullabul azhar..masfish fulus dil wakti!!” Secara tindakan reflek saya meninggikan suara.
“Cepaatt, bagi duit..LE50!” Seorang lelaki arab berumur separuh abad mendesak saya pula. Tiga orang lelaki arab mengelilingi kami berdua.
“Ahh sudah..” Hati berbisik kecewa.
“Ana mafish fakah..” Saya terus membalas dengan nada yang agak tinggi. Darah terasa seperti lava gunung berapi mahu meletus.
“Ta’al..hati fulus, ana maugud fakah..” Seorang remaja arab meminta saya berikan wang kepadanya untuk ditukar dengan wang kecil.
“Tunggu sebentar saya tukar duit dahulu…” Saya segera mengajak Fahmi ke kereta. Tujuan kerana mengelak daripada mereka mendesak kami bertubi-tubi. Sengaja saya lalu dihadapan Polis yang berkawal di situ. Lalu saya terus berjumpa Ustaz Adli yang menunggu di dalam kereta. Mujur dia punya wang kecil sebanyak LE10.
“Khudd keda..asyara genih bass!” Saya menghulurkan duit itu kepadanya. Lalu remaja arab itu terus mendesak Ustaz Fahmi pula. Kelihatan Ustaz Fahmi sudah naik angin. Merah padam mukanya.
“Enta eizz wala lissaa!!?” Ustaz Fahmi dengan nada seakan memarahi.
“Bagi dia LE5 sudah..tak payah lebih-lebih,” saya menyarankan Fahmi membayar LE5 kerana dia hanya mengenderai unta beberapa minit saja berbanding saya. Alhamdulillah walaupun terpaksa bertengkar dan meninggikan suara, kami berjaya mengurangkan jumlah caj seminima mungkin. Maafkan kami wahai penjaga unta!
Perjalanan mengelilingi Giza itu diteruskan lagi. Kami dibawa pula ke tempat terpahatnya patung singa berkepala manusia Sphinx. Saya keseorangan mengambil gambar kerana Ustaz Fahmi dan Ustaz Zul beralasankan tidak tahan ribut pasir yang kuat menghentam. Saya bergegas turun untuk merakamkan beberapa keping gambar kenangan. Ribut pasir masih kencang bertiup. Seakan-akan membentuk putaran puting beliung kecil. Sedang ralit mencari posisi yang menarik. Saya terserempak pula dengan seorang pelancong dari Malaysia.
“Saya datang ada meeting tentang perniagaan..” Dia menyatakan tujuan datang ke Mesir.
“Ohh, macam tu..sorang jeke?” Soal saya. Mata terus melirik ke arah pelancong asing. Terutamanya gelagat ‘Mat Saleh’. Kelihatan pelancong korea asyik mengambil gambar. Mereka bergerak secara berkumpulan.
“Baru datang ya?” Saya terus menyoal sambil membetulkan lilitan kain di kepala yang terselak akibat ditiup angin kuat.
Lazim berlaku jikalau pelacong asing datang ke tempat sebegitu sudah tentu akan dikenakan caj perkhidmatan yang berlipat kali ganda. Lebih-lebih lagi jikalau kita hanya berdiam diri tanpa tawar menawar. Pasti percutian kita menjadi pengalaman manis bercampur pahit. Saya menafsirkan secara empirikal.
Usai bergambar, saya terus menuju ke kereta. Muncul ujian kedua buat saya. Nampaknya hari itu saya mengalami ujian berturut-turut. Namun, biarlah ianya menjadi rahsia saya tragedi yang dialami selepas itu. Apa yang pasti, ia membuatkan saya tersenyum sendirian.
Kami terus pulang bersama seribu satu kenangan yang tidak tergambar untuk diucapkan.
Selesai.
P/S: Boleh lihat gambar di sini.
Berlatar belakangkan Piramid Khufu...

Nampak ceria?lepas naik baru tahu...hehe
“Fahmi, jom try naik unta..ambil gambar sat..” Saya mengajaknya sambil meninjau melihat-lihat unta.
“Okey…”
Terpaksa menutup muka elak pasir...
Itulah kali pertama saya mengenderai unta sambil bergambar. Pengalaman yang sukar dilupakan. Saat itu saya merasakan seperti kembali ke zaman Rasulullah SAW. Terimbau segala kisah sirah baginda SAW bagaimana mengenderai unta dan kuda merentasi padang pasir yang kering kontang semata-mata menyampaikan risalah agung. Ya, itulah Islam yang kita anuti sekarang.
Say Peace!!For what?I don't know...
“Kam?” Pertanyaan harga sebagaimana biasa.
“Miyyah..” Jawab arab penjaga unta spontan tanpa rasa bersalah.
“Ehh??leh keda??ma yan fa’syi keda!” Saya terkejut. Mereka meminta bayaran sebanyak LE100 hanya kerana mengambil beberapa keping gambar di atas unta.
“Khamsinn bass..” Setelah saya menyoal dengan nada tidak puas hati lantas dia mengurangkan kepada LE50 pula.
Saya masih tidak berpuas hati. Minda berputar mencari jalan penyelesaian.
“La’a! lazim khamsah genih bass..ana tullabul azhar..masfish fulus dil wakti!!” Secara tindakan reflek saya meninggikan suara.
“Cepaatt, bagi duit..LE50!” Seorang lelaki arab berumur separuh abad mendesak saya pula. Tiga orang lelaki arab mengelilingi kami berdua.
“Ahh sudah..” Hati berbisik kecewa.
“Ana mafish fakah..” Saya terus membalas dengan nada yang agak tinggi. Darah terasa seperti lava gunung berapi mahu meletus.
“Ta’al..hati fulus, ana maugud fakah..” Seorang remaja arab meminta saya berikan wang kepadanya untuk ditukar dengan wang kecil.
“Tunggu sebentar saya tukar duit dahulu…” Saya segera mengajak Fahmi ke kereta. Tujuan kerana mengelak daripada mereka mendesak kami bertubi-tubi. Sengaja saya lalu dihadapan Polis yang berkawal di situ. Lalu saya terus berjumpa Ustaz Adli yang menunggu di dalam kereta. Mujur dia punya wang kecil sebanyak LE10.
“Khudd keda..asyara genih bass!” Saya menghulurkan duit itu kepadanya. Lalu remaja arab itu terus mendesak Ustaz Fahmi pula. Kelihatan Ustaz Fahmi sudah naik angin. Merah padam mukanya.
Gaya mahu willy unta..hehe
“Enta eizz wala lissaa!!?” Ustaz Fahmi dengan nada seakan memarahi.
“Bagi dia LE5 sudah..tak payah lebih-lebih,” saya menyarankan Fahmi membayar LE5 kerana dia hanya mengenderai unta beberapa minit saja berbanding saya. Alhamdulillah walaupun terpaksa bertengkar dan meninggikan suara, kami berjaya mengurangkan jumlah caj seminima mungkin. Maafkan kami wahai penjaga unta!
Ustaz Fahmi...'terkena' kita kali ni...
Perjalanan mengelilingi Giza itu diteruskan lagi. Kami dibawa pula ke tempat terpahatnya patung singa berkepala manusia Sphinx. Saya keseorangan mengambil gambar kerana Ustaz Fahmi dan Ustaz Zul beralasankan tidak tahan ribut pasir yang kuat menghentam. Saya bergegas turun untuk merakamkan beberapa keping gambar kenangan. Ribut pasir masih kencang bertiup. Seakan-akan membentuk putaran puting beliung kecil. Sedang ralit mencari posisi yang menarik. Saya terserempak pula dengan seorang pelancong dari Malaysia.
Belakangnya ialah Sphinx, bukan yang depan...
“Saya datang ada meeting tentang perniagaan..” Dia menyatakan tujuan datang ke Mesir.
“Ohh, macam tu..sorang jeke?” Soal saya. Mata terus melirik ke arah pelancong asing. Terutamanya gelagat ‘Mat Saleh’. Kelihatan pelancong korea asyik mengambil gambar. Mereka bergerak secara berkumpulan.
“Tak, tengah tunggu kawan ni..dia kata nak masuk dalam Sphinx, sampai sekarang tak muncul-muncul lagi”
“Baru datang ya?” Saya terus menyoal sambil membetulkan lilitan kain di kepala yang terselak akibat ditiup angin kuat.
“Sebenarnya saya pernah datang tahun lepas..masa tu bukan musim sejuk macam sekarang..tak tahu pula yang tengah musim sejuk. Pakai nipis jela..”
“Biasalah, kalau bulan 1 atau 2 memang tengah musim sejuk lagi..pernah naik unta tak?dia caj berapa?”
“Masa saya naik tahun lepas, dia caj dalam seratus lebih jugala..”
“Uiihh, mahal tu..saya naik dalam LE10 ja tadi..tu pun puas bertengkar..” Saya cuba bercerita kisah sebentar tadi.
Lazim berlaku jikalau pelacong asing datang ke tempat sebegitu sudah tentu akan dikenakan caj perkhidmatan yang berlipat kali ganda. Lebih-lebih lagi jikalau kita hanya berdiam diri tanpa tawar menawar. Pasti percutian kita menjadi pengalaman manis bercampur pahit. Saya menafsirkan secara empirikal.
Usai bergambar, saya terus menuju ke kereta. Muncul ujian kedua buat saya. Nampaknya hari itu saya mengalami ujian berturut-turut. Namun, biarlah ianya menjadi rahsia saya tragedi yang dialami selepas itu. Apa yang pasti, ia membuatkan saya tersenyum sendirian.
Kami terus pulang bersama seribu satu kenangan yang tidak tergambar untuk diucapkan.
Selesai.
P/S: Boleh lihat gambar di sini.
Ibnurashidi
2:54 AM, 4 Februari 2009,
Siberbay, Tanta.
Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna...
24 komentar:
Salam..nampaknya jd org pertama..da hdiah tak ustaz?:-) ..sernknya dapat b'jaln smbil meneliti keajaibn dunia..lg la hasrat sy b'kobr2 uk kesana.. Semoga di izinkanNYA.. Ribt pasir yg dialami mst jd penglman hdp b'hrga.sbb kt m'sia tak jumpa.. Sernk tak naik unta?same tak dgn naik gajah?sy pnh naik ms kt zoo:-).. Pe pun teruskn menulis ye,pnglman yg di kongsi begitu b'makna..tq
Salam Farid...cantik gambar2 yang diambil tapi mata kak tirana tertumpu pada orang yang pakai jaket hitam dan berseluar putih tu aje...hehehe..
Seronok ye naik unta...tapi rasa2 macam tak berani kalau diajak naik.
Satu pengalaman yang bukan senang nak dapat..Untunglah Farid..
salam,
menapak di bumi anbia,
merasa diri ini terlalu dekat padaNya,
menumpang kerinduaan pada utusannya di bumi Egypt,
melihat keegoan,keengkaran dikuburkan,
moga hati ini membina suatu kesedaran,
walaupun pengembara itu bukan diriku,
sekadar pengembara maya yang menumpang hakikat pengembaraan....
best la mengembara,.. moga suatu masa kelak,diri ini kan berada di sana pula.... :)
Salam perjuangan buat saudara,
Subhanallah saya betul2 sgt kagum.Saudara,kutip dan titip sebanyak mana pengalaman sebagai anak dagang.Hasilkan sesuatu yang indah sbg kenangan.Saudara sgt berbakat dlm bidang penulisan.Yang pasti saudara adalah insan terpilih.Gunakan kesempatan sebaiknya.
Teruskan perjuangan.
*saya mendoakan kejayaan saudara dan rakan2.
bestnyer dapat naik unta..teringin ana..
salam..
biiznillah.slmt menapak.
best je dgr ust2 d maahad ceritakn pengalamn mrk d mesir.pergi tempt2 b'sejarah spt kesn peninggln hrta 'qarun',kesn laut terbelah,tempt yg pernh Allah turnkan bala,mnmbahkan keyakinan kita akn kbnrn al quran yg smemgnye benar..
best bca cerita naik unta..:)
Bolehke willy atas unta tu ustaz? Seronok membaca entry ustaz kali ini. Bertambah2 rasa kepingin nk melawat Mesir. ^^
salam buat yang sudah naik unta ^^
amboi2,bergaya ya kamu ibnurashidi di atas unta itu....ni yang Damai cemburu ni...tengoklah kalau tambang ke Mesir murah julai nanti,Damai akan terbang ke sana...insyaAllah ^^
semoga terus dikurniakan kesihatan buat kamu ibnurashidi agar kamu bisa terus berjalan di atas bumi yang penuh barakah itu.....(lepas tu,bolehlah jadi penglipur lara buat kami ^^ )
salam...
hehe... posting yg dinanti-nantikan...
alhamdulillah..bersama2 ngan penulis merentasi padang pasir giza..
new experience... walaopon dah kali ke3 pergi ke sana.. ni kali pertama kena ribut pasir secara 'live'...
bukan main best lagi, apabila membenarkan saja diri ini disinggahi dedebu manja di padang pasir giza..
Namun itulah, pengalaman yang telah dirasai oleh para anbiya' juga ulama' yang terdahulu dalam menyebarkan dakwah serta ilmu Islam itu sendiri di samping turut diuji ketabahan dan kesabaran mereka.
ok la..
that's all...
wassalamz...
p/s:nasib baik ust farid kita tak tulih benda yang lari drp skrip kita ke giza..hehehe..pepon alhamdulillah..different xperience that i have..
wah, seronoknya baca cerita ni...(^_^)
ada rezeki nanti, insyaAllah saya pula yang akan menjejakkan kaki ke sana.. doa2 kan yer... kena kumpul duit dulu nie... =)
assalamualaikum...
seronoknya dapat pi jalan2 ke sana...ni saya kena simpan cita-cita ke sana juga lah...;)..tempat yang menarik, bumi anbiya'..:)
salam ustaz...
akhirnya, dapat juga saya membaca (memang menarik sekali)..
kasihan unta tu, nak dibuat willy pula. seksa ke ustaz naik unta tu?
oh ya, harga mahal tu mesti sebab bukan orang sana kan. nampaknya, lain kali kena bawa orang sana sendiri jadi jurupandu hehe
p/s : keluar bahasa kedah naa~
perjalanan yang penuh dugaan itu pastinya akan membawa 1001 pengalaman terindah dalam hidup nanti kan.
Salam Nur_syahadah…
Oh, hadiahnya beberapa baris entri yang tak seberapa ini..terimalah:)..Insya’Allah jika diizinkan kamu juga berpeluang ke sini. Sesiapa pun boleh. Pengalaman merasa ribut pasir sambil naik unta sangatlah bermakna. Bukan senang nak alami peristiwa begitu.
Naik unta pada mulanya agak gayat tapi lama-lama tak ada masalah. Gajah saya belum pernah naik lagi. Terima kasih. Teruskan membaca di lain waktu.
Salam Kak Tirana…waduhh, saya biasa-biasa ja. Indah lagi pemandangan latarbelakangnya kot:).
Memang seronok, tetapi sedikit gayat. Alhamdulillah, syukur pada Ilahi.
Salam tronx013…
Suatu buah bicara yang menarik. Alhamdulillah.
Hakikat pengembaraan itu zahirnya nampak biasa..
Jika ditenung hakikat sebenar pasti terserlah batinnya..
Kerana setiap hakikat itu ada tersurat dan tersirat bersama..
Usah biarkan hakikat itu menjadi suatu ilusi dan fantasi yang hilang begitu saja..
Teruskan bersama “Hakikat Pengembaraan”..
Salam SRISUFI…
Perjuangan itu yang kiri mengatakan pahit, yang kanan mengatakan manis. Kagum? Kullu haza min fadli rabbi..syukran lillah..tiada ucapan yang selayaknya melainkan alunan puji-pujian kepada Allah pencipta manusia dan alam semesta. Saya hanya menumpang di sebalik “Hakikat Pengembaraan”.
Insya’Allah dan Aminn..semoga Allah memakbulkan doa kalian.
hanim_yusra…
Mahu naik unta?yang paling dekat zoo rasanya. Itupun kalau ada perkhidmatan naik unta. Kalau mahu yang jauh, datanglah ke timur tengah:)..bukan setakat unta, himar, kuda, lembu, kerbau pun ada untuk dinaiki.
Salam Awrapurnama…
Alhamdulillah, saya juga pernah melawat tasik Qarun, laut merah yang terbelah dan tempat Allah turunkan bala. Semoga Allah menambahkan keyakinan dan keimananku dan kalian.
Anumz_sarah…
Hehe, ada juga yang perasan dan bertanya ya. Rasanya mustahil. Kalau kuda mungkin mudah. Saja gurau senda:)..saya hanya mahu kongsikan keseronokan itu bersama kalian.
Salam DAMAI…
Sekali sekala bergaya diatas unta yang mahal itu apasalahnya. Sudahlah mahal, terpaksa pula bertengkar. Jadi lebih baik mengambil kesempatan sebaik mungkin. Tambang tiket biasanya murah saja, terutamanya Egyptair. Harganya sudah turun. Kawan saya salah seorang subbroker tiket di sini memberitahunya. Mahu ke sini, perlu ada sedikit kekuatan:)..mahu tahu? tanyalah mereka yang pernah ke sini ya.
Aminn, harapannya begitulah. Bersyukurlah kita dengan nikmat Iman dan kesihatan.
Salam MyFahmi selaku teman pengembara di Giza tempohari…Iya, pengalaman merentasi sehingga kocek kering membuatkan senyuman saya sentiasa menyengih bila teringatnya. Kamu pasti ingat ya saat muka kemerahan menahan marah itu? Sungguh menggelikan hati kecil ini..hehe.
Itulah, setiap detik waktu itu tak semestinya sama dengan waktu yang telah berlalu walau hakikatnya ia ditempat yang sama. Sudah tiga kali bertandang tidak bermakna tak akan ada pengalaman baru menjengah.
Kata orang, debu di tanah Mesir ini mampu mengubati penyakit jewarat. Betulkah? Oh, saya dapat buktikannya. Kerana selama beberapa tahun di sini saya dapat membilang jerawat yang menghinggapi. Ajaib bukan? Subhanallah!
Iya, mujur kamu masih ingat kata-kata itu. Bagus.
P/S: Mana boleh tulis perkara yang tak dialami…skripnya tetap sama, cuma pengalaman satu lagi terpaksa saya rahsiakan..kamu diam-diam saja ya!:)
yEm ^^...
Baru membaca sudah seronok, belum lagi ditampar “dedebu manja” kata MyFahmi. Kumpullah duit. Cadang saya, niatkan mahu ke Haji atau Umrah dan singgah saja di Mesir. Tentu dua perkara yang berbeza kehebatannya bakal kamu rasai nanti.
Wa’alaikumsalam nurhuda_cahayapetunjuk …
Banyak tempat yang menarik lagi sebenarnya. Cuma yang menjadi penghalangnya ialah masalah kewangan dan masa. Insya’Allah dari semasa ke semasa saya akan ceritakan tempat-tempat sejarah itu ya.
Salam Iliana…
Nampak seperti pertama kali kamu ke sini hanya bersiar-siar dahulu. Kali kedua baru membacanya ya?:)
Oh, saya hanya bergurau saja. Tidaklah sampai mahu mewillykan untuk yang tak bersalah itu seperti Mat Rempit. Tidak sama sekali. Seksa?..jawapannya tak langsung. Seronok adalah.
Na’am, sebab orang luar dan pelancong asing maka harganya tak semena menjadi “mush maul”. Carilah Ustaz/Ustazah yang boleh jadi pemandu pelancong di sini.
P/S: Sekali sekala terkeluaq loghat utara. Kamu tentu tahu kerana UUM itu di Kedah.
Post a Comment