PENGUMUMAN: Kembara ke Zagazig

Saturday, February 21, 2009



Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden PMRAM sekali lagi bakal diadakan pada tahun ini. Sebagaimana tahun lepas, tempat berlangsung kejohanan bola sepak pada kali ini juga turut diadakan di Stadium Syarqiah, Zagazig. Kejohanan bola sepak itu akan berlangsung bermula 22 Februari 2009 sehingga 26 Februari 2009. Maklumat lanjut boleh klik di sini.

Oleh itu sebagai pengumuman, penulis blog ini akan berehat dari menulis sementara waktu bermula 22 Februari 2009 sehingga 26 Februari 2009 kerana terlibat secara langsung sebagai AJK masakan di bazar Kejohanan Bola Sepak Piala PMRAM 2009.

Istad Syarqiah, Zagazig...



Sekian, terima kasih.


Ibnurashidi
7:26 AM, 22 Februari 2009,
Siberbay, Tanta.






Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna...

21 komentar:

Ibnurashidi said...

Assalamualaikum...

Diharap pembaca budiman boleh terus membaca entri sebelum-sebelum ini. Berikan komentar apa yang patut. Doakan segalanya berjalan lancar dan beroleh keuntungan!

Anonymous said...

tggu nasi bukhari eminent tanta jelah..
sbb x bksempatan ke zagazig..
pstilah krn jadual imtihan yg padat..
jgn lupa ya eminent 09 di tanta~

xnk tlepas peluang (^_^)

Ibnurashidi said...

DrAlia...

Ohh, nak tunggu EMINENT pun tak ada masalah:)
Apapun, Selamat Menjalani Peperiksaan buat semua warga perubatan di perlembahan Nil!

Unknown said...

Suami di rumah tu pun peminat bola. Minat sejak di Maahad Dakwah Wal Imamah, Nilam Puri hingga ke Masourah hinggalah sekarang.

Ibnurashidi jadi AJK Masakan, tentu terer memasak ni. Semoga segala urusan berjalan lancar.

Nafsah Dulajis said...

Selamat dtg ke kg saya pula~

Anonymous said...

Assalamulaikum..
salam ukwah..
semoga semuanya berjalan dengan lancar
Insyaallah

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam..

wa jadi ajk masakan?masak daging unta ker?..x join ke main bola sepak?

Anonymous said...

Salam.. Wah,lame berkampung kt zagazig ek..jd chef plak tu..semoga dpt untung byk dan berjalan dgn lancar.. Insyallah.. All the best!

Anonymous said...

Alhamdulillah, saya mencuri sedikit peluang untuk membalas komen:)

Jangan tak tahu, sebenarnya saya kurang meminati bola..hehe. Sekadar menjadi penonton sambil melepaskan batuk di tangga bolehlah:)

Minat betul suami Kakchik ye..Kirim salam saya dengan lafaz "Assalamualaikum" untuk dia.

Sekodar jahh masoknyo. Buat masa ni, masih berjalan lancar. Sehingga kepenatan tak terkata.

Anonymous said...

khairaummah...

Sudah selamat sampai di kampung kamu. Lama tak berkunjung ke sini terasa sedikit kekok dan lupa jalannya. Segalanya berjalan lancar.

Jangan lupa serbu ke gerai PMRAM Corner ya!:)

Anonymous said...

Wa'alaikumsalam hashim habeed...

Salam Ukhuwah juga dihamparkan buat kalian..Semoga segalanya baik-baik hendaknya. Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancangkan.

Ada masa datang lagi ya!

Anonymous said...

Salam MaRdHatILLah(Fatahiyyah...

Uihh, tak sempat nak sembelih unta. Beli ayam je yang sempat:)

Menjadi penonton boleh, main rasanya passing dekat orang lain..tak punya masa yang cukup. Berkejaran ke sana sini sudah mengalahkan pemain bola yang berebut sebiji bola di padang.

Anonymous said...

Nur_syahadah...

Iya, terasa semacam lamalah pula. Boring juga asyik mengadap periuk dan belanga. Pembetulan, bukan Chef tapi tukang masak baru nak belajar..hehe.

Amiinnn...

Iliana said...

salam ustaz...

pertama kali saya tengok gambar stadium di sana. tapi, rumputnya seperti tiada. atau bagaimana?

oh ya, semoga berjaya dan semoga tak lupa untuk kembali menulis ya

van qif said...

Salam,

Ustaz, kalau tak mengganggu ustaz...boleh minta email address, saya ada sedikit kemuskilan agama..

nohas said...

Selamat berehat dari menulis & selamat memasak, masak sedap2 noo..

Ibnurashidi said...
This comment has been removed by the author.
Ibnurashidi said...
This comment has been removed by the author.
Ibnurashidi said...

Salam e-leeyana...

Alhamdulillah, saya telah kembali ke bumi Tanta. Segalanya berjalan seperti dirancang. Segala puji bagi Allah SWT atas segala perancangannya.

Sebagai maklum, kami telah berjaya membawa pulang Piala Presiden 2009 ke Tanta. Tahniah buat pemain!

Insya'Allah, saya akan siarkan gambar-gambar stadium yang telah saya ambil semalam. Padangnya ada rumput tapi agak kering dan segan untuk tumbuh.

Iya, sudah tentu. Nantikan entri baru.

Ibnurashidi said...

Salam van qif...

Insya'Allah tak mengganggu. Kalau mahu dapatkan emel boleh tengok di profile saya. Saya cuba tolong sekadar yang termampu.

Ibnurashidi said...

orangbukit...

Alhamdulillah, sudi selamat memasak. Penulisan akan disambung semula. Terima kasih ya!

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP