Belayarnya Bahtera Itu

Wednesday, March 11, 2009


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Bahtera belayar meredah samudera
Mula pelayaran paksinya bintang
EMINENT ’09 kembali menyatu saudara
Bertaut kasih resah menghilang

Program Mega EMINENT Dewan Perwakilan Tanta (DPMT) kembali menjengah tiba pada tahun ini. Bermula 8 mac 2009, program ini membuka lembaran baru warga Tanta kerana Berjaya menggabungkan mahasiswa/wi dari kalangan Pelajar perubatan dan Al-Azhar. Pelayaran satu kapal memuatkan pelbagai penumpang itu sudah tentu memberikan ketumbukan yang padu serta jitu untuk merealisasikan sebuah ikatan perpaduan bermula dari akarnya.

Perihal EMINENT ‘09

Pada tahun ini, saya sekali lagi mendaftarkan diri sebagai peniaga di Bazar EMINENT ’09 untuk sama-sama mengimarahkan program tahunan DPMT. Di samping itu, saya juga diberi taklifan sebagai Timbalan Pengarah Penerbitan, lalu membuatkan setiap detik hari-hari yang dilalui begitu berharga untuk terbuang begitu sahaja. Biarpun terasa rapuh melangkah kerana kekerdilan diri namun tetap cuba mencari sinar kekuatan. Amanah itu bukankah bersangatan beratnya sehingga mampu menghancurkan gunung?

Selama pengamatan beberapa hari selepas berlalunya majlis perasmian saya dapati kunjungan mahasiswa/wi begitu memberangsangkan bahkan melimpah ruah setiap sudut ruang dewan utama dan juga Bazar EMINENT ’09. Di antara slot yang menarik ramai pengunjung hadir ke program ialah Forum Bait Muslim bertajuk ‘Madu Tiga’. Ternyata ianya mempunyai aura tersendiri kepada mahasiswa/wi baik yang sudah berumah tangga ataupun masih bujang senang. Mujur tempias aura tidak terkena kepada penulis.

 Majlis Perasmian...

Jika tiada aral melintang, program akan berakhir pada 14 Mac 2009 bersama majlis penutupan MALAM KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ISLAM (MANIS ’09) yang akan berlangsung di Markaz Mu'tamarat Jamiah Tanta.

 Sekali lagi logo penulis terpilih menjuarai pertandingan cipta logo, Alhamdulillah...


 Kaunter bazar selalu penuh sesak...

Tentatif lanjut turut termuat di sini.

 
Pertandingan teh tarik... 


 Sebahagian pengunjung bazar...

Semoga perkataan ‘sukses’ terngiang-ngiang ditelinga hadirin hadirat nanti setelah pelayaran persaudaraan terbentuk dengan jayanya. Allah SWT jua berhak memberkati kami. Amin.
Selesai.


Ibnurashidi
2:39 AM, 12 Mac 2009,
Siberbay, Tanta.



Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna...

31 komentar:

Tirana said...

Salam Farid..

Tahniah kerana logo farid telah terpilih. Kreatif betul..Nanti bolehlah kak tirana minta buat logo untuk kak tirana punya NGO..ahem...ahem..

Setiap kali ada program, tak lepas peluang jadi peniaga ye...bagusla tu cari pengalaman..Nanti boleh jadi usahawan yang berjaya di samping jadi pendakwah..

Ibnurashidi said...

Salam Kak Tirana...

Alhamdulillah, sekadar-sekadar saja. Oh, ada NGO rupanya. NGO ehem ehem itu apa namanya ya?..menarik. Insya'Allah kena cuba tengok dulu.

Benar lagi betul. Islam datang ke Melaka mengikut sesetengah riwayat melalui saudagar arab datang berdagang.

Anonymous said...

Assalamualaikum sahabat...
Lama tak nampak ente...rupa2nye menyorok di Bazar Eminent09 :)

Aik...mcm kenal je logo tu..hehee

Nak pantun pn xde idea...sbb masih dalam fatrah demam.tapi... i will try...

Kapal nakhoda bertiga pintu..
Halaman medan dalam perjuangan..
Senyuman bayu tersemat kaku..
Diberi tema "Berlayarnya Bahtera Itu"..
Apa kaitan isi dan kuku..
Mohon tuan hamba beri penerangan.

(p/s : sampai ke maksud?)

Salam hormat dari kota pawana)

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Nampaknya penulis gemar berniaga, moga jadi usahawan berjaya..insyaAllah...:)
Jual apa di bazar tersebut? :)

Tie said...

Wah......tahniah dek !

Berbakat juga, ya....bagus tu...terus maju...kak tie sokong dari belakang... :)

Nanti senang, boleh tak tepek peta Tanta tu...kak tie blur laa...tak tahu kat mana...Boleh kan ?

DAMAI said...

salam buat seorang pemenang ^^

EMINENT itu apa?...(maaf masih jahil)

banyak betul kelebihan kamu ya,ibnurashidi...siap boleh cipta logo lagi...tahniah ya ^^

gambar kamu beraksi menarik teh ada tak?

sesungguhnya dengan adanya program2 begini tali persaudaraan antara kita akan lebih akrab,insyaAllah...

~~jumpa sang mentari tak?~~

~~hati2 ketika berlari ya ^^ ~~

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

mula2 bukak post ni memg tertarik dengan logo tu..cantik..design pakai apa? illustrator ker?semoga terus sukses

kin hashim said...

aktif betul ibnurashidi ni dalam aktiviti kat kampus yer...bagus la tuh...mengasah bakat dan minat...

Anonymous said...

xnk mention ke nama pngerusi forum bait muslim tu..ehek3

sedap la nasi bukhari dia...cumaaa~~
awat mahai bebeno..
idok le teman ni banyok duitnyeeee :D

tahun dpn logo sy lak harus dpilih...
hrp2 ust farid balik msia la...bg can org lain menang pulak..hehe

psti x menang tgn gerai bazaar kn..
smpai order sy pn lmbt smpai dan ayamnya kecil~
lupa la tu nk bg extra kt saya..hehe :D

wslm

Anonymous said...

Salam.. Aktif betul ust.. Macam2 buat.. Logo memg cntik,patutla menang..nanti blh tak nk mintak design kan logo? Pe2 pun semoga b'jaya utk semua..

P/s: ceritala lagi sekitar mjls,msti byk lg p'kara yg berlaku:-)

nahmy said...

salam tuan,

pergh!!...nampak cam nak tergeliat je menarik teh tu...tergeliat takpe janji buih byk..

wassalam.

nohas said...

Kalau tidak mencabar diri, kita tidak akan tahu sejauh mana kita boleh pergi..take up challenges with a positive mind..InsyaAllah, boleh buat yang terbaik..

Dah expert masak nasi bukhari nih...semoga sukses..

Ibnurashidi said...

Wa’alaikumsalam ya ukhtie srikandi kasih suci…

Biasalah, bukan menyorok tapi sedang berlari-lari anak. Kenal logo? Kenal dimana ya? Syafakillah. Sakit itu menggugurkan dosa.

Sauh berlabuh di persada senja
Bayu laut ikut berlarian
Isi dan kuku ada kaitannya
Bagai simpul padu sebuah ikatan

Anak kapal gembira tak terperi
Nakhoda senyum memancar cahaya
Moga terjawab soalan diberi
Dan kota pawana apa maknanya pula?

Ibnurashidi said...

MaRdHatILLah(Fatahiyyah)...

Tentang logo, saya design menggunakan adobe photoshop cs3. Terima kasih ya!

Ibnurashidi said...

nurhuda_cahayapetunjuk...

Alhamdulillah, minat terhadap perniagaan sememangnya bermula dari kecil lagi. Dan ianya masih tidak terpadam sehingga kini.

Macam biasa, menu Nasi Bukhari menjadi taruhan cuma ada sedikit tambahan iaitu Ayam Tandori bakar dan puding jagung.

Ibnurashidi said...

Kak Tie...

Ya, silakan dan teruskan menyokong..tak kisahlah ataske bawahke depanke belakangke, asalkan sokongan yang positif:)

Peta Tanta ya? Insya'Allah gai.

Ibnurashidi said...

Salam DAMAI yang masih samar-samar erti EMINENT…

EMINENT itu ialah singkatan daripada perkataan ‘The Symposium Of Malaysian Students in Tanta’..jelas?

Oh, biasa-biasa saja. Setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing. Cuma bagaimana dan cara untuk mengasah bakat dan kelebihan itu supaya mampu memberi manfaat kepada manusia lain serta agama Islam itu perlu kita tahu. Perkembangkanlah bakat yang ada. DAMAI dan orang lain juga mampu.

Maaf, saya kesibukan berlari anak menjual di bazar malam itu. Tak sempat untuk sertai pertandingan menarik teh dan beraksi di depan kamera.

Benar, kerana itu setiap apa jua perkara harus fikir hikmahnya.

P/S: Tak jumpa sebab saya belum kenal siapa dia. Alhamdulillah, hari ni saya sudah kembali berjalan seperti sedia kala.

sonata anak kancil said...

Terlebih dahulu, tahniah, menang logo! Tentunya banyak untung berniaga ni...mai tolong ajar buat nasi bukhari, tentunya sedap!

Ibnurashidi said...

k.kin hashim...

Biasa saja kak. Saya cuma mengisi masa lapang dengan aktiviti supaya dapat memungut pengalaman yang bertebaran itu.

Ibnurashidi said...

DrAlia…

Bukan tak nak mention..memandangkan saya tak dengar butir bicara forum itu jadinya agak sukar untuk menceritakannya. Apapun, kata rakan pengerusi malam tu dah ok..hehe.

Mahal? Sebenarnya harga dah standart..sama taraf dengan nasi lain juga. Barang mahai, cek tak tau nak khetiaq macammana dahh..cek juai murah nayala..rugi maa…hehe. Alaa, tengah kelam kabut mana dan nak cek ayam secara tepat ukurannya…lebih kurang ja. Bukan setakat tangan tak menang, tapi mata telinga suma tak menang nak perhati, ramai betoi:)

Nak menang, harus ada kualiti dan kreatif dalam merekacipta. Cubalah nasib!Apa yang pasti, hadiah tempat pertama sangat besaq..hehe.

Ibnurashidi said...

Salam Nur_syahadah…

Biasalah uktie, terkadang ada waktu aktif, ada waktu hyperaktif dan ada waktu beruzlah sepi. Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT.
Boleh, sesiapa nak minta tolong silakan. Kita kira diskaun murah..hehe. Takdalah, gurau saja.

P/S: Insya’Allah, kalau kelapangan saya tuliskan.

Ibnurashidi said...

salam Encik Nahmy...

Itulah namanya skill menggeliat sambil menarik teh. Cubalah try, tambah-tambah waktu bangun tidur. Senaman yang bagus buat kalian!:)

Ibnurashidi said...

orangbukit...

Betul lagi benar…kalau berdiam diri tanpa melakukan sesuatu perkara, maka agak sukar untuk pergi lebih jauh melainkan hanya menjadi seperti ‘katak di bawah tempurung’. Anjakan paradigma perlu dan penting..

Hehe, belum expert lagi..masih belajar:)

Ibnurashidi said...

sonata anak kancil...

Terima kasih..syukur pada ilahi. Alhamdulillah, untungnya boleh menampung sebulan perbelanjaan saya di sini. Nak ajar? Ok, sila ikuti link di bawah.

http://www.flickr.com/photos/35994776@N04/sets/72157614932619589/

Nur said...

Salam Ibnu,

SubhaAllah, menarik sungguh ! Disini yang pastinya ada games, dan pabila ada games, pastinya ada berlaku hubungan lelakiperempuan yang berlebih-lebihan, ah saya cukup tidak senang dengan senario ini. Biarlah mereka mengata saya ini katak bawah tempurung, kerana tempurung itu mampu menghalang saya, dan jua, mungkin memelihara saya.

Cantik sungguh logo kamu. Tahniah! Kreatif, berbakat.

Ibnurashidi said...

Salam Nur...

Saya rasa perkara ini bukan saja berlaku di sana, malahan sememangnya perkara itu telah diasuh sejak berada di sekolah menengah, IPTS dan kolej. Sengaja diadakan program bercampur gaul antara lelaki perempuan secara bebas atas alasan mahukan lebih maju dan terbuka. Ternyata kesan negatif lebih banyak dari positif!

Teruskan usahamu bersama tempurung kebaikan. Jika memudaratkan cari tempat pelindung lain pula.

Logo itu, tiada apa-apa melainkan hasil hamba yang tak seberapa.

Anonymous said...

Salam kunjungan balas ya akhie,

Petunjuk nakhoda rumahnya api,
Singgah sebentar beristirehar,
Moga ikatan ukhwah tersimpul rapi,
Jika itu, makna tersiratnya.

Bayu senja di anjung catera,
Pulangnya camar 5 sekawan,
Apa kaitan belayarnya dan bahtera
Sedangkan isi hanya sebuah ikatan perpaduan..?

pergi belayar sambil menyelam...
akhir kata "Wa'alaikumsalam"
:)
Salam takzim.

Ibnurashidi said...

Salam menjawab balas...

Rumah api malamnya bercahaya
Bersilau memancar di setiap jihat
Ukhuwwah itu tentulah tujuannya
Kerana mengharap tersurat dan tersirat

Ufuk barat berjalur keemasan
Mengemas tenang memercik kukuh
Belayar dan bahtera persis sebuah perjalanan
Dalam perjalanan ada perpaduan utuh

Pergi belayar sambil makan
Kamu belum jawab soalan..hehe.

Anonymous said...

Salam kunjungan balas ya akhie....:)

Desiran ombak serumpun lagu..
Nakhoda tenang hatinya santai..
Pawana membawa ertinya bayu..
Hembusan angin ceria kota pantai.

Ombak berlaun tiada episod..
Harap hamba menjawab maksud..
hehee...

Waassalam dari persada anjung:)

Anonymous said...

**ralat...

Ombok baralun tiada episod..
Harap hamba menjawab maksud..

:)
:)

Ibnurashidi said...

srikandi kasih suci...


Selamat nakhoda mengharung samudera
Peluh keringat sudah terbalas
Sudah terjawab jawapannya
Maksudnya juga sudah jelas

alhamdulillah...

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP