Di antara Nostalgia dan Bazar Piala Presiden PMRAM

Sunday, March 8, 2009


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Bandar Zagazig bukanlah sebuah bandararaya yang kapasiti kepadatan penduduk seperti kota metropolitan Kaherah ataupun Iskandariah. Keluasan wilayahnyanya dalam anggaran sepeti juga bandar Tanta Gharbiah menurut pemerhatian saya. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Zagazig atas urusan menempah baju kemeja lebih kurang setahun yang lalu (Kedai jahitan arab yang masyhur dikalangan Maleziyyin kerana mampu menjahit baju melayu seakan buatan Malaysia). Jangka waktu setahun itu mampu memudarkan ingatan saya akan jaringan transport awam di sana.

Minggu lepas saya sekali lagi menjejakkan kaki ke sana atas urusan berbeza. Menyertai team masakan bagi memeriahkan lagi bazar Piala Presiden PMRAM anjuran PMRAM selaku persatuan melayu induk di Mesir. Walaupun bukan pertama kali menjejakkan kaki ke sana, namun saya masih perlu bertanya arah hala tuju destinasi kerana bimbang tersesat jalan. Bukankah nenek moyang kita dahulukala pernah berbicara, “malu bertanya sesat jalan”.

“Standart harga naik teksi kat zagazig dalam LE1 je..kalau dia minta bayar lebih tu maknanya kena kapakla..” kata seorang teman di sana.

 Nasi Bukhari Ayam Merah...

“Oh, ana dah terkenala..dia minta lebih..tu pun puas berbalah..mungkin dia agak ana orang baru kot..kena LE2.” Rungut saya ketika mula-mula sampai ke sana.

 Cucur Udang...

Bazar Piala Presiden PMRAM dan Imbauan Nostalgia

“Tak menang tangan”. Itulah luahan yang terucap. Walaupun dua orang sahabat sahabat juga dari Tanta turut membantu namun proses memasak serta menyediakan juadah itu sangatlah memerlukan kaki tangan yang lebih dari enam pasang. Menu taruhan Nasi Bukhari Ayam Merah, Nasi Kerabu, Pasembor dan Cucur udang begitu deras arus permintaan mengalir tak termampu menahan bahnya. Saya keletaian. Tiba malam menjelma, hanya mampu tersungkur lena.


 Sibuk nampak?...

Capaian resepinya.

Selama 5 hari saya di sana, saya mendapat pengalaman dan tahap ujian kesabaran mencabar. Mencabar dari segi minda dan jua tindakan. Itu lumrah alam jika bergelar insan bernama adam dan hawa.

Hakikatnya, saya memang telah terdidik mengenal erti perniagaan sedari kecil. Mengikuti ayah mengayuh roda tiga menjaja air tebu dan rojak ketika terik panahan mentari seusia 5 tahun bukanlah suatu kejanggalan lagi. Mottonya mudah. Asalkan rasa malu berdepan masyarakat dilempar jauh serta tahu erti risiko dan pengorbanan. Nah, dipersilakan terjun ke lapangan perniagaan. Malu di sini bukan disifatkan menjadi manusia yang ‘tak tahu malu’ persis budaya pembogelan akhlak. Tetapi malu itu hanya diistilahkan sebagai tidak malu untuk berinteraksi dengan pembeli.


 Perlawanan merebut tempat ke 3 & 4...

Alhamdulillah, selama di sana kami mampu meraih keuntungan dua kali ganda dari harga modal. Segala puji bagi Allah SWT yang menentukan nikmat rezeki lalu mengaturkan pula urusan pen’tauzik’kan itu.


Tertulis Stadium Zagazig...

Cerita Team Bola Sepak 

Ternyata setiap persitiwa itu bukanlah ditakdirkan untuk sia-siakan hidup kita. Biarpun musibah melanda, ianya tetap dikira sebahagian erti nikmat hidup juga. Justeru, bila kejayaan bertandang sudah tentulah ucapan syukur harus mendahului segala perkara supaya diri kita berdikari tentang aturan kehambaan.


 Piala dan Cenderahati...

 Barisan pemain perlawana akhir Tanta VS Pahang...

Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) sekali lagi menghantar team pasukan bola sepak untuk menyertai Piala Presiden PMRAM pada kali ini. Alhamdulilllah, team DPMT berjaya menyandang gelaran juara dan merangkul Piala Presiden PMRAM sebagai simbolik kemenangan. Tahniah!


 
 
 Ada saja yang mengambil kesempatan...hehe

Sewaktu berlangsung perlawanan separuh akhir dan akhir saya berkesempatan mencuroi peluang untuk ke Stadium Syarqiah bagi menyaksikan perlawanan dari team kami. Walaupun pada haikakatnya saya bukanlah peminat bola sepak tegar dan fanatik, akan tetapi peluang menjadi penyokong tidaklah disia-siakan begitu saja.

 
 
 
 Barisan Presiden dan BP PMRAM...

Bila berlabuhnya tirai Piala yang diraih, lalu sepasang kaki abid dhaif lagi naïf ini letai bergontaian melangkah meninggalkan bumi Zagazig. Moga bertemu lagi warga Zagazig di lain lembaran. Jutaan terima kasih di atas layanan dan pertolongan kalian.

Selesai.

Ibnurashidi
6:15 AM, 9 Mac 2009,
Siberbay, Tanta.





Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna...

36 komentar:

Tirana said...

Salam Farid..

Dalam banyak2 gambar tu...kak tirana tertumpu pada dua gambar yang teratas tu..hehehe..berselera bila nampak nasi bukhari dan cucur udang.. Farid memang ada talent memasak..beruntung ye sapa yang jadi zaujah nanti..hehehe..

BARAN said...

Salam Ziarah..bagusnye pemain2 bola Tantar.semua tutp aurat.Alhamdulillah.nasi kerabu pun ade jual kt mesir? hebatnye.

Ibnurashidi said...

Salam Kak Tirana...

Adduhh..ke situ pula hala tujunya. Talent ke tidak rasanya hebat lagi orang yang berpengalaman masak. Terutamanya Kak Tirana dan mereka-mereka yang lain:)

Ibnurashidi said...

Salam BARAN...

Sudah tentu...kerana aurat ialah suatu tuntutan syariat ke atas semua muslimin muslimat tak kira di mana berada. Sepatutnya kita perlu lebih menekankan syariat dalam apa jua bidang sekalipun.

Nasi kerabu tak cukup syarat. Mungkin tak sama seperti orang Malaysia buat.

Permata Nusantara said...

Salam...
Hidup di negeri orang memberikan kamu peluang untuk mencari pelbagai pengalaman unik dan berbeza...pengalaman itulah nostalgia yg akan dikenang nanti....bukan semua orang punya peluang begitu...termasuk diri saya....(^_^)

الوردة الشوكية said...

Ummi Tirana:
Betul tuh, nampak sangat menyelerakan :)

DAMAI said...

salam buat yang berniaga dari kecil..

hmm itulah nasi bukharinya ya....kenyang sudah walaupun hanya sekadar melihat gambar ^^

ingatkan ibnurashidi turut pandang main bola sekali...patutlah ibnurashidi tiada dalam barisan pemain yang ramai2 tu...( ehem,macamlah Damai kenal ibnurashidi yang mana ^^ )

~~perniagaan memang pekerjaan yang bagus untuk dilakukan...bukankah Rasulullah saw juga seorang ahli perniagaan....tapi,jangan sampai obses dengan perniagaan takut2 mengikut jejak ubai bin khalaf pula nanti...nauzubillah~~

Nur_syahadah said...

Salam..wah,betul2 berselera tgk ns bukhari dgn ayam merah..balik M'sia nanti bolehla cuba nsb kt cni plak..mesti tak menang tangan.. Tahniah pd team tanta!..tahniah jgk wt ust n kwn2 coz b'jaya memperoleh keuntungan..

P/s: betul ckp kak tirana :)

Tie said...

Salam.....

Terliur lak tengok nasi bukhari tu...pandai juga, ya masak2 dan berniaga ni...Kak tie tahu makan je...he he..

Anak Pendang Sekeluarga said...

Salam sori tuan lambat reply..owh yeke ,,tuan keluar di pendang,,marhalah mana..ada ingat lagi karkun kat cini...saya belum ada lagi...kena tipu dengan dunia lagi...

orangbukit said...

Salam..Alhamdulillah, business & team bola dari Tanta begitu kencang nampaknya..adat berniaga makanan begitulah..tambahan pula kena masak sendiri, memang penat..apa2 pun berbaloi dengan keuntungan yg dapat...

mr chocolate said...

salam.. wah bukan main sahabat dlm operasi berniaga. tidak ketinggalan juga sebenarnya ana pun sempat berniaga tapi bukan di bazar tetapi di stadium.. penjajaan itu berlaku selama 4 ari. juadah ana nasi ayam tp mlang enta tak dpt rase sbb blum ditakdirkn kite bertemu.. pd mlm kedua ana sempat pergi ke bazar dan menikmati nasi ayam percik dan cucur udang.. kalo ana tahu cucur udang tu dr enta nescaya ana boleh mtk tahfif.. hehe.. a'la kulli hal tahniah buat tanta.. shibin tewas ditgn tanta 1-0 pd peringkat kump.. xde rezeki..huhu salam maulid nabi Muhammad SAW.. peace!!

thaliana_damia said...

cucur udang tu rasanya lagi happening dari yang ada kat msia

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

sedapnye menu nasi bukhari tu..pandai masak erk..
teringat cerita ketika cinta bertasbih yg dia punya watak utama berniaga bakso sewaktu kuliah di Al-Azhar

BalQis said...

Pasembor, oh pasembor....

Sibuk bangat nampaknya ustaz, ya! Selamat beraktiviti...

arsaili said...

salam bro..salam maulidur Rasul..uiksss best nya makanan...lapar plak

Ibnurashidi said...

Salam Permata Nusantara...

Alhamdulillah, kerana itu saya merasakan setiap peluang usah dilepaskan begitu saja. Mungkin kamu tidak berpeluang seperti orang lain tetapi kamu mempunyai peluang tersendiri. Jadikan ia sebagai nostalgia nanti ya!:)

Ibnurashidi said...

الوردة الشوكية

salam buat kamu. Baru tengok gambar dah kata sedap?macam mana ni:)

Ibnurashidi said...

salam juga buat DAMAI yang berkata-kata…

Alhamdulillah, baguslah kalau dah kenyang. Kalau tak kenyang lagi, kamu kena masak sendirilah ye..hehe.

Ohh, saya kurang minat bermain bola. Membahayakan tulang-tulang kaki..tiada dalam barisan pemain, tapi ada pada gambar bersama pemain:)

Benar, perniagaan suatu bidang yang mulia tetapi harus diingat bagaimana caranya. Rasulullah SAW berniaga dengan akhlak mulia kerana itulah cirri-ciri manusia yang mengenal erti syukur. Tidaklah sampai jadi begitu, suka sekadar suka yang mampu untuk bahagikan suka itu kepada perkara lain juga. Silakanlah coretkan Ubai Bin Khalaf diblog kamu.

Ibnurashidi said...

Salam Nur_syahadah yang sudah berselera…

Insya’Allah, saya kena belajar lagi kalau mahu sampai mencuba nasib di Malaysia. Tapi, niat saya hanya selingan saja. Pengajian lebih diutamakan. Bukankah begitu?:)

Syukran jazilan. Dengan harapan kejayaan pertama mengundang kejayaan seterusnya pula.

P/S : Errr..betul jugake?dekat mana yang betul tu..

Ibnurashidi said...

Salam Kak Tie...

Alaah, biasa saja. Bukankah menjadi suri rumah lebih hebat dan berpengalaman?:)

Ibnurashidi said...

Salam Anak Pendang Sekeluarga...

Saya tak keluar ke pendang sebab saya masih di Mesir. Hati-hatilah dengan dunia. Terkadang kita merasakan kita sudah punya iman yang mantap tapi hakikatnya tetap bergolak.

Ibnurashidi said...

Salam orangbukit...

Tidaklah sekencang mana. Sekadar berombak tenang saja:)
Itulah, masak sendiri memang memenatkan. Tetapi boleh tersenyum puas.

Ibnurashidi said...

Salam mr chocolate …

Begitukah?sebenarnya ana juga ada berniaga di Istad..tapi kawan yang jaga. Ana cuma masak. Hari last ana ke sana berniaga. Enta berniaga apa ya? Nasi Ayam Darakah?hehe..ana dengar nama tapi tak sempat beli sebab tak ada mood untuk makan. Biasalah, ralit menonton bola barangkali.

Ohh, ayam percik itu ahli bait ana yang berniaga. Dia gerai lain. Ana gerai PMRAM corner. Wahh, mujur tak kenal ya:)
Syukran. Cuba lagi, suruh Ust Aminuddin berusaha gigih lagi kuatkan pasukan ya.
Salam Maulidur Rasul SAW!

Ibnurashidi said...

thaliana_damia

Lebih happening ya? macam-macam jenis kot.

Ibnurashidi said...

MaRdHatILLah(Fatahiyyah)

Biasa-biasa saja.

Kisah novel itu saya sempat baca part 1. Kisah itu sangat berkaitan dengan masyarakat Malaysia dan Indonesia di Al-Azhar. Part 2 bagaimana ya?

Ibnurashidi said...

BalQis...

Wahh, kamu sudah muncul ya. Siap menyebut-nyebut nama pasembor lagi. Mahu sepinggankah?:)

Biar busy dengan perkara berfaedah. Jangan lalai dengan perkara lagha. Tak gitu?

Ibnurashidi said...

arsaili...

Salam Maulid Nabi..lapar?silakanlah menjamu selera ya:)

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

part 2 dia blik indo dan perkembangkan bisnes baksonya di indo dengn menamakan bakso nya dengan nama bakso cinta..bentuknya ditukar pd bntuk luv..

Ibnurashidi said...

MaRdHatILLah(Fatahiyyah)...

Ohh,begitu rupanya kisah part 2. Apapun, terima kasih ya.

thaliana_damia said...

saya jelous dengan ahli keluarga saya yang baru balik bercuti di mesir ...huwaa ...saya nak ikut sekali tapi kena kerja ...lepas tu mcm best je lawatan mereka ke sana

Ibnurashidi said...

thaliana_damia...

Oh, yeke? maknanya mereka dah kembali ke tanahairlah ya. Ada beli balah billus?balah bi cokalatah? atau barang-barang lain lagi?

Nanti ada kelapangan kamu pula datang ke sini ya.

::..uraihan..:: said...

salam..

syukran atas cadangan tu..ada juga berbual dlam ammiyah,tpi,kadang2 cpat sgt ptus asa bila x faham..trus ckap bi..huhu..

terpaksa tukar link baru lantaran shoutbox yg diserang gol. yang mcam2..

thniah,sbab laku juga tanta corner haritu kan..
pnah rasa pesembor,tpi x boleh lawan rojak ayam zagzig ..hehe(",)..

ibnu said...

uraihan...

Salamalaik...terima kasih kerana bertandang dan berkomentar. Biasalah, terkadang putus asa bila tak faham. Itulah, bukan senang nak menguasai sesuatu. Perlu ada istiqamah yang tinggi.

Ya, saya sudah ke sana.

Maaf, saya bukan Tanta Corner. Tapi PMRAM Corner. Tanta Corner tu ahli bait saya yang jual.

Rojak ayam zagzig sebab ada ayam..kalau pasembor ada ayam amacam?hehe..

Org Zagazig said...

Slm...
Teksi kt sini memang 2LE laa... Kalau 1LE, blehlah ana naik teksi ke kuliah. Berkunjunglah lagi ke Zagazig ye!
Sedap masakan anta hari tu.
:)

Ibnurashidi said...

Salam Org Zagazig...

Oh macam tuka? kalau begitu ana tak kena tipulah ya:)..boleh tau siapa orang zagazig ni?

Biasa-biasa saja. Rojak ayam lagi sedap kot:)

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP