Tangan Di Atas Lebih Baik dari Tangan Di Bawah

Sunday, September 14, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Situasi Pertama

Di Ardul Kinanah ini, dalam menunaikan ibadah solat sunat terawikh banyak pilihannya. Tanya pada hati kemana mahu pergi, otak mentafsir menurut empunya diri. Kaki melangkah menuju ke destinasi. Mahu bersolat lapan rakaat terawikh beserta 1 juzuk semalam dipersilakan ke Masjid Ma’arad. Mahu bersolat lapan rakaat beserta tazkirah ditengah-tengahnya boleh saja didapati diberhampiran kediaman saya di Siberbay. Manakala mahu solat 20 rakaat secara eksperess Masjid Sidi Al-Khattab tempatnya. Ingin mendengar alunan suara Imam membaca Al-Quran bak Syeikh Masyari Al-Faasi merdunya, jangan lupa berkunjung ke Masjid Jundi Akhir Sa’id. Inginkan kelainan berimamkan Qari keluaran Azhari Masjid Sidi Badawi boleh ditemui. Begitulah suasana sesetengah masjid disini pada sebelah malam Ramadhan. Punya kelebihan tersendiri.


Pada malam itu saya kebetulan saya berkesempatan solat terawikh disebuah masjid. Tidak asing bagi saya dan pelajar Malezi lain. Bersila kemas sambil khusyuk mendengar kalimat-kalimat yang dituturkan Imam. Ada jemaah yang tersandar didinding masjid, ada pula berselindung disebalik tiang masjid beraneka bentuk itu. Penuh kesenian. Setelah berjaya melaksanakan empat rakaat awal, berehat sebentar mendengar tazkirah sebelum menghabiskan sisa empat rakaat lagi. Mata tertumpu seorang lelaki arab bertubuh tinggi dan besar. Usianya agak saya sudah mencecah 50-an. Berjalan membawa bekas air diperbuat dari tanah. Satu persatu jemaah beliau jumpai sambil bertanya dalam dialek Ammiyyah “Aiz Muyyah?.” Sehinggalah ke tempat saya bersila. Saya tersenyum menggeleng sambil mengucapkan “Syukran”.


Sudah menjadi kebiasaan masyarakat di sini dalam masjid ada menyediakan air minuman dan disepanjang deretan jalan mesti dijumpai mesin air percuma. Kalau tidak pun ada tempayan-tempayan tanah diisi air bertujuan memberi kemudahan masyarakat meneguk air dikala memerlukan. Sikap sebegitu wajar dipuji. Biar apapun kaedah pemberian air minuman percuma itu, yang nyatanya mereka memahami konsep sedekah. Ini merupakan suatu amalan mulia tuntutan Rasulullah SAW. Memperbanyakkan amal kebajikan, senantiasa memberi sedekah.


Situasi Kedua

Melihat jam ditangan sudah menunjukkan jam 5:45 petang. Jam 6:00 sehingga 6:15 petang adalah waktu berbuka puasa. Bergegas saya bersama teman kadangkala bersendirian ke Masjid Ma’rad. Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini juga begitu. Alhamdulillah, mereka masih menjemput kami pelajar-pelajar asia tenggara untuk berifthor jami’e di Ma’idatul Rahman. Setiap hari menunya bersilih ganti, ada hari nasi dimakan bersama ayam bakar, ada hari daging rebus menjadi menunya, ada juga disediakan ikan tilapia goreng. Menu tetap ialah Aruzz bilaban. Namun, tidak setiap hari saya berbuka disitu. Adakala ke rumah milik saudagar arab kaya terletak di Istad. Hidangannya lebih istimewa dengan hidangan ayam seakan direbus dan dipanggang, makarona goreng, kerepek kentang, air minuman dan buah-buahan. Jika saya mahu kelainan berbuka dengan hidangan simple, saya hanya perlu menunggu waktu berbuka dirumah sahaja. Hidangannya enak juga seperti biskut, air dan kurma. Segala puji bagi Allah SWT yang menciptakan sesuatu.


Sedekah Itu Amalan Mulia

Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.


( Al-Baqarah : 265 )

Ketahuilah, amat besar nilai ganjaran disisi Allah SWT bagi mereka yang menafkahkan harta dijalanNya. Perbanyakkanlah sedekah. Terutama dikesempatan bulan yang mulia ini. Dua situasi diatas sengaja diceritakan kerana mempunyai persamaan. Pointnya ialah sedekah amal jariah. Tidak kiralah bagaimana rupa sedekah itu, bukan sahaja sedekah itu dengan harta malah pelbagai cara lagi boleh diketengahkan demi mendapat ganjaran pahala sedekah. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam sebuah hadis :-

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : telah bersabda Rasulullah SAW : “Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila terbit matahari, engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah, engkau membantu seseorang menaiki tunggangannya ataupun mengangkat barang-barang keatas tunggangan adalah sedekah, kata-kata manis juga sedekah, setiap langkah yang engkau melangkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah dan engkau menjauhkan bahaya dari lalu lintas orang ramai juga merupakan sedekah.


( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Suruhan dan kelebihan amalan ini begitu banyak kita dapati daripada Kalam Ilahi dan untaian mutiara hadis. Antaranya Allah SWT telah merakamkan firmanNya di dalam ayat Al-Quran berkaitan sedekah ini berbunyi :-

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

( Ali-Imran : 92 )


Tatkala Abu Thalhah r.a mendengar ayat ini, beliau dengan segera menyedekahkan kebun terbaik dan sebuah telaga kepunyaanya. ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ). Begitu juga dengan seorang lagi sahabat Rasulullah SAW bernama Zaid bin Harith r.a menyedekahkan seekor kuda kerana beliau teramat menyayanginya ( Ibnu Jarir at-Tabari ). Begitulah kehebatan para sahabat hasil tarbiyyah baginda Rasulullah SAW. Pokok dan persoalannya, dimanakah kedudukan kita?.


Sekeping Ucapan Tanda Penghargaan

Berbicara soal sedekah menyedekah ini, sudah lama sebenarnya saya terfikir untuk melaksanakannya. Alhamdulillah, pada kali ini ada sedikit ruang dan peluang untuk saya berbuat demikian. Dengan rendah dirinya, sekeping “Kad Ucapan Buat Pengunjung” dihulurkan buat kalian. Terima kasih kepada semua pengunjung yang dihormati kerana sudi berkunjung ke Blog dhaif ini. Juga ditujukan khusus buat mereka yang kerap hadir serta berkomentar :-



Sila klik untuk besarkan dan save...


Akak, Kak Su, Tirana, Mohd Fahmi, Kin Hashim, Nur Syahadah, Wufi, Nuranim, Whitetulip, Makcik Milah, NahwanNur dan Ayukie.



Kesimpulan

Tangan diatas itu lebih baik dari tangan yang dibawah membawa makna cukup tersurat serta tersurat. Kadangkala kita hanya tahu berkata, “alahh, apalah sangat dengan 10 sen” dan “Penat-penat aku yang berusaha, senang-senang nak bagi orang lain merasa!”. Itu hanya cakap-cakap kita yang tidak nampak erti ganjaran Pencipta. Walau 10 sen dibagi, sekiranya penuh keikhlasan dijiwa amat besar nilaiannya disisi Allah Azza wajalla. Itu baru 10sen, kalau seratus?seribu?sejuta?manusia yang cerdik sahaja mampu menafsirkannya. Ayuh, mulakanlah hari anda dengan perbanyakkan sedekah yang pelbagai itu. Rebut peluang di Ramadhan yang mulia!



Ibnurashidi
12:00PM, 15 September,
Siberbay.

"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

27 komentar:

Tirana said...

Alhamdulillah...senyum itu pun satu sedekah..jadi dalam bulan puasa ni banyakkan senyum walaupun dalam keadaan letih dan kelaparan..

Terimakasih atas penghargaan..saya terima dengan senyuman, insyaAllah.

Ibnurashidi said...

Benar, senyum juga sedekah..namun ada syaratnya juga. Senyumlah jika tidak mendatangkan kemudharatan. Bimbang ada yang terlanggar tiang nanti:D

Sama-sama..

cikMilah said...

Assalamualaikum, terima kasih keran sudi sedekahkan MakcikMilah dengan kad yang cantik itu. Nanti makcik panjangkan sedekah itu..
Ada baca entri makcik pasal pisang..agaknya haiwan dan tumbuhanpun suka kalau kita sedekahkan senyum pada depa no..ni Makcik dok imagine saja..sebab makcik suka senyum kalau tengok buah...
Next entri Makcik pun pasai sedekah juga...

suara said...

Salam.
Bila hati terasa berat untuk memberi.... selalu kak su bisikkan dalam hati, bahagian yg diberikan itu insyaAllah akan berganti, malah mungkin berganda lagi. Didunia atau akhirat, itu Allah yg tentukan.

Syukran jazilan atas pemberian kad tu. Nanti kak su pamerkan bersama-sama dgn award-award dlm lemari blog kak su ye... :)

Tirana said...

Salam Ibnurashidi...

Saya dah pampangkan kad Ramadhan tu di blog saya.. Sungguh berbesar dengan penghargaan itu..alhamdulillah.

kin hashim said...

tangan yg di atas lebih baik drp tgn di bawah...bila jadi tgn yg di bawah, menerima dgn penuh syukur dan redha pun baik gak, kan? hehhe..terima ksih yg tak terhingga atas kad ucapan... :)

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam Makcik..silakanlah memanjang-manjangkan perkara yang baik. Semoga dengan sedikit usaha ini dikira sebagai amalan sedekah membawa pula untuk mendapat ganjaran pahala dan keredhaan dariNya.

Ohh, yaka?satu kajian yang baik. Boleh aja nak senyum kat haiwan tapi kena hati2 cthnya kalo senyum kat seekor kambing@monyet@apa2 jenis binatang lagi, bimbang mendatangkan mudharat kepada org yang melihat:)

Tapi tak mustahil barangkali, sebab haiwan dan tumbuhan juga sentiasa bertasbih memuji Allah Maha Pencipta. Insya'Allah..nanti ceq p baca noh Makcik..

Ibnurashidi said...

Benar Kak Su..

Sebenarnya setiap apa yang kita sedekahkan bukannya bererti hilang, kerana Allah SWT akan memberi sesuatu yang lebih berharga lagi. Tidak didunia akan ke akhirat biiznillah. Firman Allah SWT :-


Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah[Pengertian menafkahkan harta di jalan Allah meliputi belanja untuk kepentingan jihad, pembangunan perguruan, rumah sakit, usaha penyelidikan ilmiah dan lain-lain.
] adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

(Al-Baqarah : 261)


Sama-sama..ore kelate cakap "skoda" jer.
orang kedah kata "besa2 ja tak setagha mana pun"..

Ibnurashidi said...

Alfu syukran dan sama-sama Tirana...

Semoga Ibadah dibulan Ramadhan diterima olehNya..Ameen Ya Rabbal Alamin. Allahumma bariklana fi Ramadhan..

Anonymous said...

Salam alaik,

Sabda Rasulullah SAW: "Tidak akan berkurangan duit orang yang bersedekah."
[HR Imam Ahmad]

:) semoga umat Islam semakin rajin bersedekah, walau hanya dengan sekuntum senyuman..

Ibnurashidi said...

Kin Hashim..

Sebenarnya tajuk ni mafhum sebuah hadis baginda SAW..tangan dibawah juga beruntung jika dia bersyukur dengan pemberian itu dan dapat hadiah sedekah mesti seronokkan:)

Sama-sama..

Nuranim~ said...

salam Ibnurashidi,

terima kasih ya di atas kad yg cantik itu =)
semoga sentiasa dlm rahmat Allah.,insyaAllah

teringat sy pd satu kisah.,mungkin lari topik sedikit..kisah Saidina Ali

Pada suatu hari,Fatimah yg sedang mengandung teringin sangat nk makan epal.,maka keluar la Saidina Ali ke pasar mencari epal.Hanya sebijik yg mampu dibeli.

Dalam perjalanan pulan,terjumpa Saidina Ali dgn seorang tua yg kepalaran,maka diberikan separuh.
Diteruskan perjalanan,maka terjumpa pula dgn seorang tua lagi,juga sedang kelaparan,maka diberikan lg separuh epal td.
Pulang lah Saidina Ali dgn tangan yg kosong.Setiba nya di rumah,diberitahu oleh Fatimah ada seseorang telah menghantar epal dirumahnya sebentar td.
Saidina Ali bergegas melihat epal yg telah dihantar itu,dilihat nya ada 9 biji semua nya.
Terus beliau bertanya pd Fatimah,"kemana pergi nya sebiji lagi?"

Apa yg nk disampai kn disini betapa yakin nya Saidina Ali akan janji Allah,setiap 1 kebajikan akan di balas dengan 10 kaliganda kebaikan.
Juga sifat pemurah Sidina Ali yg sangat perlu dicontohi :)

waaa...panjang pulak sy membebel disni
hehe..sekian dulu..
Wassalam

Anonymous said...

Salam..a'a,tgn yg m'beri lebh bk dr yg menerima.. Smga b'tmbah2 phala yg kite kumpul d bulan barakah ni..plg simple msk lbh2 jgn lupe bg jran2 n kwn2 ek :)..time ksh pembrian kad utk penghrgaan pd pngunjg blog..tpkan saya pnye kad xdpt bke.kslapn pd intrnt sndri ke ek?

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam Hana..

Benar sekali...bukan sahaja berkurang malah ditambah pula dengan berlipat kali ganda. Hebatnya pengaturan Allah, kasihNya kepada manusia. Begitu juga Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan role model terulung kepada kita. Completed!

Ibnurashidi said...

Nuranim..

Sama-sama..ermm cerita yg bagus dan menarik. Kisah tauladan begini sepatutnya diketengahkan oleh kita untuk dijadikan contoh. Ana rasa cerita tu tak lari tajuk masih lagi dalam topik perbincangan sedekah. Bebel perkara yang baik tidak mengapa:)

Ibnurashidi said...

Nur Syahadah..

Amiinn Ya Rabb..harapannya begitu spt lagu Harapan Ramadhan dari Raihan Feat Man Bai..
Mungkin sebab guna selain PC kot?kalau PC internet rasanya dapat di Save As..

Rendah diri said...

bila sebut pasal solat tarawikh ni, kat malaysia kita biasa tengok masjid mana yang imam dia champion. bukan champion tarannum dicari tapi champion solat tarawih paling laju..ini bukan cubaan, ini betul2. rasa kelakar pulak tapi yg penting ikhlas kan?

Sedekah itu penghalang bencana. Sedekah 10sen pun ada ganjarannya kalau sedekah hari2 secara istiqamah...saya yakin Allah takkan sia2kan sedekah orang tu.

Ibnurashidi said...

Ya, ada juga perasan masjid yg begitu. Namun lebih baiknya tengokla keadaan makmum macmna. Biar sederhana, jgn terlalu cepat dan jgn terlalu lama bimbang ada makmum agak veteren jatuh terjelepuk akibat berdiri terlalu lama..Saya kagum dengan lelaki tua arab katsini, walau dah tua gagah berdiri solat lama. Ada yg tak larat tapi guna kerusi duduk juga asal dpt solat jemaah sama2.

10 sen kalo tiap harike, atau tiap2 bulan sedekah 10 sen lama2 jadi banyak juga tu. Belum lagi kiraan Allah SWT. Sudah tentu lebih berlipat kali ganda banyaknya..untung tu!

Anonymous said...

assalamualaikum...
bila sebut pasal terawih sy terfikir....kalau mcm di kolej atau tempat2 menuntut ilmu, sy rasa xperlu buat terlalu lama sbb mungkin ada student perlu adakan discusion atau perlu menyiapkan tugasan yg perlu di hantar. jika ada tazkirah pun xperlu lah yg pjg lebar.pernah sekali baru2 ni sy berterawih,ada tazkirah slps 4 rakaat.disebabkan terlalu lama.ramai student yang terpaksa beredar.
wallahualam

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam...

Keadaan begitu ana pernah rasai sewaktu belajar kolej diMalaysia dahulu. Sememangnya alam student IPT sentiasa sibuk dengan tugas-tugas pelajaran. Namun mungkin dalam bulan Ramadhan perlu lebih menyusun agar perjalanan tidak diganggu dengan ibadat. Ana juga bersetuju, Imam itu sepatutnya melihat juga keadaan makmum sekeliling, melihat situasi. Bimbang ada yg tidak hilang ikhlas pula..

Akak said...

Salam Ibnurashidi...

Mohon maaf kerana dah lama tak singgah kesini, terima kasih utk kad & terima kasih juga atas kesudian & ingatan utk memberi..

Ibnurashidi said...

Salam Akak..

Tidak mengapa, sibukkan diri dengan ibadat dikesempatan ini lebih diutamakan.

Sama-sama..sebagai tanda Penghargaan & Penghormatan.

Anonymous said...

salam
la, us farid bg kad rupanya..
tenQ.

Anonymous said...

salam ustz..

maaf krn xb'ksmpatan menulis komen disini..agak sibuk kbklngn ini.

disini sy nk coretkan sbuah p'tnyaan..
idup di penang ni..kalo kluar m'beli belah t'utamanye di pusat bndr akn m'jd sgt serba slh..anak2 dr yg sekecil2 4-5 thn hgga yg tua akn pnuh dijlnan meminta sdkh..yg m'jdkan prasaan sy serba slh utk mnymbg sedikit bntuan adalah krn sy tau bdk2 ni dtg dlm kumpuln..dn ade ketua(blh juga digelar smseng barangkali) yg akn m'jg mereka(blh juga kalo dikatakan m'jg itu sbgai m'beri mkn utk kesinambungn idup mereka)...dn kalo kita sdkhkn kpd mereka,bkn knk2 tu yg akn dpt wang t'sebut..tp ketua2 dn smseng2 ini..baru smlm sy dikelilingi knk2 ini ketika meneman seorg kwn m'beli brg..kami kesian melihat..ttp tidak mahu m'beri wang krn kami tau bkn mereka yg akn dpt..lntas m'offer utk m'belanja mereka ketika b'buka..krn dgn cara ini kami dpt memastikn knk2 itu juga yg m'dpt manfaat dr sdkh kami..tp mereka xmau..

lantas..pd hemat ustz..apa yg perlu dilakukan..tiada penguatkuasaan utk m'banteras gejala ini..anak2 ini pul..tidak diketahui dr mana mereka dtg..malah xtau juga kemana ibu bapa mereka..minta sdikit pndngn..

salam..maaf krn m'coret pnjg dgn bhs yg tunggang t'balik..hehe..

Ibnurashidi said...

salam..yer kepada pengunjung tanpa nama..kalau anda salah seorang yg ana sebutkan..silalah ambik kad tu:)

Ibnurashidi said...

Salam..

Menurut pandangan ana yang dhaif lagi naif ini. Sebenarnya ianya merupakan salah satu kesan penggunaan ekonomi Kapitalisme. Pengamal-pengamal ekonmi barat ini hanya memandang keuntungan. Sebarang perkara tidak mendatangkan keuntungan samasekali akan ditolak. Nak buat kebajikan juga inginkan keuntungan, cthnya nak bagi derma mesti ada wartawan mesti ada semuanya untuk menunjuk2 kebaikan yg dibuat. Maka fikirnya jika begitu akan muncul keuntangan seterusnya iaitu populariti. Tempiasnya golongna miskin menjadi mangsa. Yang miskin dibiarkan miskin yang kaya bertambah kaya. Golongan miskin tidak dipedulikan lgi. Anak-anak orang miskin terbiar merempat. Akhirnya jatuh ke tangan geng2 sindiket jahat pergunakan utk mendapatkan wang sbb geng2 ini juga jenis kaki kapitalisme. Hanya melihat sesuatu sbgai keuntungan. Belas kasihan perikemanusiaan tidak dipedulikan lagi.

Sebenarnya budak2 tadi sudah dipsikologikan minda mereka, mereka jadi fobia n takut kepada ketuanya. Sebab tu sanggup melakukan apa saja bimbang ketua buat sesuatu. Bagi ana, jangan bertindak sendirian. Seperti cuba belanja budak tu sebab kadang2 ketuanya akan memerhati gelagat dari jauh. Cuba hubungi pihak berwajib, bagitau ada jumpa sindeket begini. Sekurang2nya boleh menyelamatkan budak2 tadi.

Begitu sedkit respon. Ada pertanyaan silakan jika tidak faham blh bertanya.

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP