Lamaran Diterima ( Episod 3 )

Thursday, September 11, 2008


Aku terkedu seketika sebaik sahaja selesai membaca surat tersebut. Fikiranku buntu. Aku beristiqfar beberapa kali. Ya Allah, apa yang telah hamba lakukan sehingga telah menarik perhatiaannya. Selama ini aku sentiasa menjaga penampilan dan tingkah lakuku agar tidak menarik perhatian para lelaki kerana ia boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka.

“Kenapa enti termenung ni? Teringatkan buah hati ke?.” Pertanyaan dan usikan Fatimah menghentikan lamunanku. Dia mengambil kerusi lalu duduk di sebelahku. Senyumannya meleret sampai ke pipi.

“Astaqfirullahalazim.. mana ada la Fatimah. Enti ni merepek aje la.” Aku tahu Fatimah hanya bergurau.

“Alah ana bergurau aje la. Ana tahu ustazah yang seorang ini mana pandang lelaki tapi kenapa ana tengok muka enti lain macam saja selepas baca surat itu?. Jika ada masalah jangan segan untuk berkongsi,” ujar Fatimah tidak puas hati. Aku tahu niat Fatimah baik untuk membantu tapi perlukah aku memberitahunya sekarang. Aku hanya tersenyum tawar.

“Tiada apa-apalah. Jangan risau,” aku cuba berdalih. Suatu hari nanti pasti dia akan tahu juga.

“Betul ni?” Fatimah seolah-olah dapat membaca fikiranku. Aku mengangguk lemah. Fatimah berlalu pergi ke katilnya walaupun dia agak tidak berpuas hati dengan jawapan ku.






Malam itu aku cuba untuk lelapkan mata namun surat dari Ahmad Mujahid itu mengganggu fikiranku. Puas aku alihkan badan ke kiri dan ke kanan akan tetapi aku tidak juga berjaya. Hatiku resah dan gelisah . Tidak pernah aku merasa perasaan yang sebegini aneh. Pantas aku bangun dari pembaringan. Kulihat Fatimah sedang nyenyak dibuai mimpi di katil sebelah. Aku memperlahankan gerak-geriku agar dia tidar terjaga. Aku membuka daun pintu bilik. Suasana sepi. Terasa angin malam menampar lembut ke muka. Senyap. Mungkin penghuni lain juga sedang nyenyak tidur. Aku melangkah ke bilik utiliti untuk berwudhuk. Hati aku tidak akan senang selagi tidak mengadu kepada Pencipta. Setelah solat tahajjud dan melakukan beberapa solat sunat, hatiku kembali tenang sedikit. Aku terkenang para sahabat nabi. Mereka juga bangun pada dinihari untuk beribadah sambil mengadu kepada Allah. Inilah penyucian rohani yang sangat besar nikmat dan kesannya. Rugilah mereka yang tidak pernah merebut peluang ini. Lantas aku teringat pula sepotong hadis baginda Rasulullah SAW berbunyi :-


Daripada Aisyah r.a bahawa dia berkata : "Suatu ketika Rasulullah SAW melakukan qiamullail sehingga bengkak kedua-dua belah kakinya, lalu aku berkata : "Kenapa engkau berbuat demikian wahai Rasulullah sedangkan Allah telah mengampuni dosa engkau yang lalu mahupun yang akan datang?"Rasulullah SAW bersabda : "Apakah tidak boleh aku menjadi seorang hamba yang bersyukur."

( Hadis Muttafaqun Alaihi )


"Sungguh terpuji akhlakmu wahai Rasulullah..." hatiku berbisik. Ku terus mengadap qiblat lurus. Menadah merayu.

"Ya Allah jika Engkau telah tetapkan dia untukku, aku menerimannya seadanya. Siapalah aku untuk meminta-minta. Tapi jika ini hanya ujian semata-mata, tabahkanlah hati ini. Kuatkanlah diri ini untuk menerima dugaan daripadaMu." Air mataku bercucuran. Terasa diri ini terlalu kerdil dan hina di hadapan-Nya. Semoga Allah memberi petunjuk kepadaku.




**********



“Aisyah, Aisyah…” Terdengar suara ummi dari dapur. Lamunanku terhenti.

“Ya Ummi,” aku bingkas bangun dari katil dan bergegas ke dapur.

“Cepat tolong ummi. Malam ni keluarga Mujahid nak datang. Tadi mama dia telefon ummi.”

“Er.. untuk apa ummi?.” Aku inginkan kepastian.

“Entahlah. Ummi pun kurang pasti. Tapi katanya untuk menyambung silaturrahim keluarga.” Ummi tersenyum memandangku dengan penuh makna. Aku dapat mengangak ummi menyembunyikan sesuatu daripadaku.

“Nampaknya tak lama lagi makan nasi minyaklah kita ya ummi,”  sampuk kakakku yang entah mana munculnya. Dia tersenyum lebar memandang ke arahku. Aku termanggu-manggu.


Selepas solat isyak seperti yang dijanjikan keluarga Mujahid bertandang ke rumahku. Entah kenapa Mujahid tidak ikut sama. Yang datang hanya ayahnya, Haji Naufal, mamanya, Ustazah Fadhilah dan dua orang adik Mujahid, Muna dan Mawardah.

“Sila..sila,”  Walid menjemput keluarga Mujahid masuk ke ruang tamu. Aku menyalami adik-adik Mujahid. Ketika bersalam dengan mamanya, tiba-tiba dia terus memelukku. Aku terkedu seketika. Dia tersenyum lebar memandang ke arahku. Begitu juga adik-adiknya. Seolah-olah ada sesuatu yang tersirat. Aku tidak keruan seketika lalu meminta diri ke dapur.

“Hajat kami cukup jelas rasanya. Petang tadi pun isteri saya telah memberitahu Puan Fatihah tapi lebih afdal kiranya saya memberitahu sekali lagi sendiri.” Terdengar suara Haji Naufal memulakan bicara.

“Ya, betul tu ,” kedengaran suara Ustazah Fadhilah menyokong kata-kata suaminya.

“Beginilah ya. Berterus terang sajalah ya. Saya ni tak pandai nak berpantun-pantun,” Kata-kata Haji Naufal disambut deraian tawa daripada mereka semua.

“Em..Kami datang ni untuk menyunting salah sekuntum mawar ditaman larangan milik Encik Faris iaitu Aisyah Solehah.” Hampir sahaja gelas dalam genggamanku terlepas sebaik sahaja mendengar kata-kata Haji Naufal. Tiba-tiba perasaanku bercampur-baur. Gembira, sedih, dan terharu.

“Er..Nampaknya kita kena tanya tuan punya badan dahulu walaupun saya sudah tahu apa jawapannya,” jawab walid dengan penuh berhikmah.

“Fatihah, pergi tanya Aisyah. Apakah dia setuju.” Ummi muncul dari ruang tamu.

“Aisyah,” sapa Ummi lembut. “Ummi rasa kamu telah dengar kata-kata Haji Naufal tadi. Adakah kamu bersetuju menerima lamaran keluarga Mujahid. Ummi dan Walid terima apa sahaja jawapan kamu. Kami tidak memaksa.” Aku tidak terus menjawab pertanyaan Ummi. Aku tersenyum. Terasa merah menyala mukaku menahan malu.

“Maknanya kamu setujulah ya?.” Pertanyaan Ummi sekali lagi kuj awab dengan senyuman.

“Alhamdulillah.” Rupa-rupanya diam Mujahid bukan bermaksud menyepi tapi dia mengatur sesuatu. Mengatur sesuatu untuk masa depan kami. Merancang sesuatu untuk mencari keredhaan Ilahi. Aku panjatkan doa kesyukuran. Benarlah kalau dah jodoh takkan ke mana. Ya Allah, hanya padamu aku memohon keredhaan dan keberkatan. Berkatilah hubungan ini.



 ~Tamat~





Hasil Karya : Sahabat_islam  ( Klik Link Disini )
Diedit Oleh : Ibnurashidi



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

31 komentar:

Nuranim~ said...

salam..

hmm..ntah kenapa air mata sy yg menitis
mungkin terharu kot..yaAllah..

bagus2..best citer nih =)

kin hashim said...

la... tiba2 dah ke penghujung cerita dah.... kira hepi ending la nih.... ;)

Anonymous said...

salam

ending dia mudah je rupanya..
sy fikir ada ada bnyk dugaan dan rintangan yg mereka akan hadapi sebelum lamaran tu diterima..he3.:p

"Rupa-rupanya diam Mujahid bukan bermaksud menyepi tapi dia mengatur sesuatu."
p/s: bila mujahid menyepi? ada ke?

Nway..overall baguslah.
wslam.

Anonymous said...

Salam..dh abs?hepi ending..best cte.. Urusan yg mulia memg akn d mdahkan Allah..kepda pnuls n smuala :)

Tirana said...

Dah ending rupanya..Ingatkan banyak lagi..Rasa macam tak puas baca...

Kalau ada lagi cerpen-cerpen menarik..siarkan lah di sini..boleh jugak tumpang baca///

cikgu_eya said...

hehe.... cam manis jek. Slalunya yg kesah2 cinta yg banyak halangan tuh, mmg lah banyak halangan sbb jalan tak betol... Kalu betol cara dan jalannya, Allah akan permudahkan... ^^ (itu kata2 dr seorang ustaz)

Anonymous said...

ha'ah betullah.

Lisam said...

huhu..best cite ni..
tp dah ending upenye..
kalo ade sambungannye kan besh..
teringin nak turut sama membina keluarga nnti mcm tu, tp layakkah?=((

Anonymous said...

Em,layak ke tak bkn kte tentukan.yg pasti kite b'usha jd yg t'baik. Insyallah d mudahkn jaln.. Wanita yg bk utk lelaki yg bk bgitu jga sbliknya..so all the best wat smua juga utk diriku :)

Tie said...

Oh...cerita rupanya..terkejut juga...selama ini tie fikir blogger ni seorang lelaki..buat suspen je..hi hi..

Ibnurashidi said...

Nuranim...

Semoga kesedihan dan rasa terharu itu atas dasar keinsafan. Kerana Allah SWT amat sukakan hambanya menangis merayu memohon keampunan terutamanya dimalam hari.

Mari semua kita join kempen merebut Malam Lailatul Qadar!

Ibnurashidi said...

Kin Hashim..

Ya, heppi la juga. Kalau sedih-sedih ramai yang tak puas hati pulakkan:)apa yang penting pointnya ialah berkahwin itu adalah ikatan yg HALAL dan SAH.

Ibnurashidi said...

Ayukie..

Allah SWT memudahkan urusan mereka-mereka yang inginkan perkara yang Halal. Banyak dah keadaan begini, berkahwin terasa begitu mudah. Segala urusan berjalan lancar tanpa halangan. Jika ada halangan jangan bersedih, kerana itu tandanya Allah SWT hendak menguji. Ganjaran menanti bagi siapa yang melepasi. Semoga Allah SWT memudahkan urusanku jua.

Mujahid memang menyepi, kerana wataknya sedikit sahaja. Betul tak?

Ibnurashidi said...

Syukran Nur Syahadah..Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Harapannya begitu. Semoga Allah SWT memudahkan urusan kita semua. Ameen..

Ibnurashidi said...

Tirana..

Cerpen kali ni agak pendek kisahnya. Apapun terima kasih ya kerana mengikuti. Jangan lupa terima kasih buat penulis karya asal ni.

Insya'Allah, ada rezeki adalah karya terbaru samaada dari ana atau sahabat-sahabat lain:)

Ibnurashidi said...

Cikgu_eya..

Manis?apa yang manis ye?:D
Benar sekali. Membina masjid suatu perkara yang mulia. Jangan dihalang bagi mereka yang ingin mendirikannya. Insya'Allah pakat-pakat dapat pahala terhindar dosa. Bagi yang sudah berkahwin semoga bahagia berkekalan diucapkan.

Ibnurashidi said...

Pencinta Ilahi..

Layak..siapa bilang tidak layak. Semua umat Islam layak untuk mendapatkan kebahagiaan dunia akhirat. Kitalah yang mencorakkan.

Binalah peribadi sebaik mungkin kerana pasti ada yang menjadi teman dihati. Mungkin yang sama taraf atau yang lebih baik lagi. Jadikan sirah perjuangan muslimah solehah sepanjang zaman sebagai tauladan. Banyakkan mempelajari ilmu berkaitan "mar'ah solehah". Tiada apa yang menjadi mustahil. Allah SWT memahami isi hati hambanya.

Ibnurashidi said...

Nur_Syahadah..

Benar, kefahaman begitu wajar diterapkan dikalangan muslimin muslimah. Namun perlu diingat ya, betulkan niat dalam beribadat bukan kerana makhluk untuk berubah tetapi segalanya demi Allah SWT yang Maha Agung.

Ibnurashidi said...

Tie..

Ana sememangnya lelaki. Cuma watak dalam cerpen itu adalah seorang perempuan. Cerita itu rekaan semata namun ada secara kebetulan menyamai kisah sebenar sahabat-sahabat ana..

Anonymous said...

salam..
lor.. dah abes dah cerita ni?
tengah syok2 baca.. ending lah plak..
ustaz der cerita lain agi tak?
best plak baca.. (^__^)

Ibnurashidi said...

Salam Biskutz..lama tak nampak ya?

Yer, dah abislah. Nanti Insya'Allah tunggu keluaran baru pulak ye. Tak sempat nak fikir lagi jalan ceritanya:)

Whitetulip Tales said...

bagus citer nih. Kalau ikut pertandingan sayembara cerpen mesti menang nih..heppi ending...

Ibnurashidi said...

Yeke..cite tu bermotif nasihat dan dakwah..semga dapat manfaatnya.

Kalau yg dah kahwin bleh je nak bace..sekadar hiburan jiwa:)

Anonymous said...

salam..
alhamdulillah...terbina lagi satu siri novel dari nta..wah..boleh buat karya dah ni..(^_^).
Apapun, tahniah diucapkan atas berjayanya novel ini dihasilkan..

Ibnurashidi said...

Salam..

Yer, apapun ana rasa sahabat ana lebih berhak menerima ucapan tahniah ini sebabnya ana hanya tukang edit dan posting saja. Insya'Allah jika diizinkan ana akan muncul dengan karya sulung kelak..doakan dipermudah urusan.

Anonymous said...

Salam..ust nk muncl ngn karya?wawah!xsbr menanti ni :D

Ibnurashidi said...

Insya'Allah biiznillah..tengah fikir plot jalan ceritanya..:)

Anonymous said...

hhmm..igtkan pnjang lg..
p.s biasa lah manusia sukakan drama..

keep on writing.

Anonymous said...

subhanallah..

Ibnurashidi said...

Manusia suke drama ke?
Kire ni cerpen jenis happy ending..takleh la wat pjg2..nnti jadi sedih plakkan:)

Ibnurashidi said...

Ahlan Wasahlan Ya Khaleef..

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP