Bila Bala Datang Menimpa!
Tuesday, September 16, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
“Menyayatkan! Seramai 21 rakyat miskin di Pasuruan meninggal semasa berebut wang zakat berjumlah Rp30 ribu (RM16) dari H. Syaichon, warga RT III RW IV Kelurahan Purutrejo, Kecamatan Purworejo, Kota Pasuruan, Jawa Timur, Indonesia. Sementara itu puluhan lainnya cedera akibat perebutan tersebut. Kebanyakan yang maut adalah warga tua dan juga kaum ibu yang sesak nafas karena jatuh dan terpijak di dalam lautan manusia yang berebutkan zakat.
Kisah tragis itu bermula dari rancangan H Syaichon untuk membahagikan wang zakat berjumlah Rp30 ribu hingga 40 ribu kepada para fakir miskin pada hari Isnin (15/9/08) yang lalu. Serentak dengan itu, berita pun terus tersebar dari mulut ke mulut warga miskin di Pasuruan dan kota sekitarnya seperti Probolinggo. Di kawasan tersebut, wang sebesar itu bagi para dhu’afa sangat tinggi nilainya sehingga di antara mereka rela untuk berebut mendapatkan bahagian.
Ribuan kaum dhu’afa dari berbagai penjuru di Pasuruan dan sekitarnya telah menunggu sejak subuh hari Isnin. Mereka berharap mendapatkan wang zakat dari pemberi tersebut. Biasanya pembahagian zakat yang telah dilakukan oleh H Syaichon sejak 1975 lagi ini berjalan lancar. Namun pada kali ini ia telah mengundang kemalangan, hingga meragut nyawa. Hal ini menjadi petunjuk bahawa taraf kehidupan masyarakat di kawasan tersebut adalah semakin parah….”
Sumber Berita :-
Link 2Aduhai Umat Islam!
Melihat keadaan sebegitu teringat saya suasana semasa di sini. Tidak ada bezanya antara masyarakat umat Islam di Indonesia atau di Mesir. Seringkali saya cuba memerhati gelagat masyarakat di sini memberikan pengalaman berguna betapa kroniknya masalah melanda. Seketika saya melalui beberapa kawasan sekitar tempat saya tinggal sudah jelas terpampang bagaimana sukarnya mereka mahu mendapatkan sesuap rezeki. Di suatu sudut celahan bangunan berdebu itu saya terlihat begitu ramai sekali orang merebut-rebut dan berbaris panjang. Adakalanya berlaku pergaduhan kecil dikalangan mereka. Ini kerana menurut beberapa rakan saya mengatakan masyarakat di sini diberi subsidi oleh kerajaan dalam pembelian Roti sebagai makanan utama. Adalah waktu-waktu tertentu kepingan Roti tersebut akan dijual beberapa tempat khas seperti sebuah stor rupanya.
“Sampai macam tu sekali ya..,” fikir saya.
“Ingin mendapatkan sedikit makanan ruji sudah berebut-rebut, apatah lagi ingin merasa sedikit kemewahan..,” otak saya terus ligat berfikir.
Pernah saya menanyakan seorang Mak Cik arab peniaga sebuah kedai runcit setelah terlihat laporan television kerajaan Mesir mengatakan catuan dikenakan terhadap makanan ruji mereka baru-baru ini. Beliau mengatakan kuatkuasa dikenakan kepada semua rakyat Mesir umumnya. Hanya beberapa keping roti dibenarkan membeli. Telah dihadkan akibat kenaikan harga minyak dan barangan keperluan seperti gandum dan sebagainya. Sebelum ini harga LE1 sebanyak 10 keping Roti E’ish boleh didapati, namun kini LE1 hanya 8 keping sahaja diperolehi. Terdiam seketika saya mendengar. Bukan di Mesir, di Malaysia juga begitu bahkan semua Negara yang terikat dengan ekonomi barat turut merasainya.
Buktinya, PBB memberi amaran peningkatan harga makanan yang berterusan boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan politik di seluruh dunia. Amaran PBB itu dinyatakan oleh John Holmes, Timbalan Setiausaha Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan dan Bencana PBB di sidang bantuan kemanusiaan di Dubai. Harga purata makanan meningkat sehingga 40 peratus sejak pertengahan 2007, katanya. “Harga makanan dunia meningkat dengan ketara. Kesan krisis makanan ke atas keselamatan juga tidak boleh dipandang ringan kerana rusuhan sudah meletus di beberapa negara”, tegasnya lagi [BH 09/04/08].
Suasana “Biasa”
Jika saya berjalan kaki melalui jalan-jalan memasuki kediaman saya di Imarah Melayu, sudah pasti terserempak anak-anak kecil merengek-rengak meminta sedikit hagah. Begitu juga kedapatan Mak Cik mendukung anak kecil terkadang meminta-minta sedekah sambil mendoakan kesejahteraan penderma.
“Ya Ammu..Ya Kapten..Aizz fuluss, Rabbuna Naggah, Rabunna Ma’ak...” Laung Mak Cik itu.
Hati terasa sayu dan pilu melihatkan keadaan seperti itu. Mahu membantu lebih saya juga bukanlah dari kalangan berada. Datang juga mengharapkan bantuan zakat. Masih lagi bergantung harap dari ibu bapa di kampung. Ala kadar itu Insya’Allah boleh ditolong.
Jikalau balik ke Kaherah untuk ke Rumah Kediaman Pelajar-Pelajar Kedah di Hayyu Asyir pula situasinya masih sama. Tiada beza dengan furu’ Tanta. Melalui Syarei' di Babut Talitah atau Gamie’ pasti akan terjumpa beberapa anak-anak kecil dan ibu-ibu mengharapkan sedekah dari orang ramai yang lalu lalang. Malah ada yang merempat tiada tempat tinggal, hanya menumpang teduh dikaki lima dan tepi-tepi tangga. Sungguh sedih!. Melihatkan keadaan mereka menyebabkan terjahan bertubi-tubi persoalan ke kotak fikiran saya.
“Kemanakah perginya Jutawan kaya raya? Kerajaan yang dikatakan mesra rakyat? Ahli Korporat berbillion bisnesnya? Zakat-zakat dari Baitul Mal?.” Saya buntu dan kecewa. Tiada jawapan bagi soalan itu.
Bahkan Amerika Syarikat sebuah kuasa dunia mendapat keuntungan minyak dari Arab Saudi sahaja sejumlah 86 trillion dolar. Ini membuktikan Negara umat Islam bukannya miskin. Persoalannya kemana menghilang harta-harta itu?
Kesimpulan
Secara keseluruhannya bagi menangani masalah ini tidak dapat tidak wajib kita mengambil langkah melihat kembali Sejarah Islam. Mengikut kembali method perlaksanaan sistemnya berdasarkan suruhan Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW tercinta . Kesemua aspek harus dipraktikkan bukan separuh-separuh atau sedikit cuma. Bermula hal Syakhsiah individu, rumah tangga sehinggalah merangkumi Ekonomi, Politik dan Tatacara Kenegaraan. Firman Allah SWT :-
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
( Al-Baqarah : 208 )
Ingatlah suatu ketika dahulu sewaktu zaman Khalifah Umar Abdul Aziz era pemerintahan Khilafah Umayyah, pemberi zakat terpaksa mencari masyarakat untuk diberi bukan masyarakat mati terpijak akibat berebut wang zakat!
___________________________________
*Hagah : Keperluan atau Hajat
*Roti E’ish : Roti keping agak lembut diperbuat daripada gandum dan kulitnya.
*Aizz fulus : Mahu duit
*Rabbuna Ma'ak, Rabbuna Naggah : Allah kita bersamamu, Semoga berjaya.
*Ya Ammu, Ya Kapten : Panggilan biasa kepada orang tidak dikenali
*Furu' : Cawangan
Ibnurashidi
09:01PM, 16 September 2008,
Siberbay
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
18 komentar:
Tersentuh hati baca tulisan Ibnurashidi kali ini. Sayu rasanya...Umat Islam sedang dihimpit kemiskinan sedangkan pada satu masa dulu umat islam lah yang paling kaya.. Bila keimanan itu semakin longgar dari diri kita..maka kemiskinan dari pelbagai sudut datang menghinggap..termasuklah miskin dari segi material sehingga nak makan pun tak cukup.. Sungguh tragis... Itulah peringatan dari Allah bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Ketika saya menulis entri ini turut terasa sayu. Ini realiti, bukan fantasi. Bukan cakap kosang atau cerita rekaan.
Lebih kesian apabila melihat seorang perempuan umurnya pertengahan lebih kurang bersama anak kecil menunggu depan tempat kami berbuka puasa di Ma'arad. Terduduk dan termenung melihat kami makan. Dalam hati berharap tuan sponsor jamuan kami bagi sedikit makanan kepadanya. Alhamdlh, dia bagi. Lega hati.
Walaikomsalam akhi
Jarang sedikit berkunjung dan menulis sekarng, sibuk dengan urusan sebelum pulang ke Malaysia. Saya sehat alhamdulillah, harap akhi juga sehat ya :)
Puasa di sini alhamdulilah, seronok tambahan puasa terakhir di Morocco. Sana camana pula? masih di mesir kan?
Bila berkat hidup sudah tiada , begitulah jadinya. Semuga kita berada dalam kalangan orang-orang yang tangannya di atas.
Baguslah kalau begitu. Sudah berjaya menamatkan pelajaran disanakah?Mabruk ya Akhi!semoga Allah memberkati.
Ya, diriku masih di sini. Meriah juga puasa di sini. Semoga pulang ke Malaysia membawa pencerahan umat:)
Betul tu Makcik, keberkatan dan keredhaan amat penting. Dalam keluarga, masyarakat mahupun negara. Tiada barkah mengundang masalah.
Benar, tangan di atas tetap lebih afdhal dalam mendepani masa.
:(
Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana tahap kemiskinan tidak seperti di sesetengah negara..
tapi...
betul...
Allah dah bagi macam2 kelebihan pada orang Islam..
Inilah yg jadi bila kita tidak berpegang pada Islam... tidak mengikut contoh gemilang Rasulullah.....
:((
Oleh kerana sedikit nikmat kedamaian dan kekayaan yg diberikan oleh Allah SWT kpda rakyat Malaysia, maka sama-samalah menginfakkannya dijalan Allah SWT.
Ganjaran besar menanti siapa yg sanggup menyerahkan harta bendanya demi Islam tercinta.
Salam.. Sayunya hati ble bygkan btapa sushnye dptkn mknan..tak t'gmbr cmne keperitn hdp yg d lalui..smga ujian dr Allah dpt dtmpuh dgn pnh ksbran..hulurknlah bantuan pd sape2 yg amt memerlukan.. Smga kite smua d b'kati ILAHI.. Jgn lupe kuarkn zakat pd yg dh keje..
Dah bce ksh kat indon dlm paper smlm..t'kejt xsngka smpai cmtu skali.p'taruhkan nyawa utk dptkn duit.. Tp lg xsngka ble pnuls b'cite kt msir pn da ksah sedh gak.sdgkn yg kite tau Arb Saudi pengeluar minyk dunia..mane pergi duit yg septtnye d gune utk rakyat tu?seandainya d gunakan dgn cr yg btl nescaya tak da yg akn hdp melart..btl tak?..
Assalammualaikum..
ziarah kembali kepada Tuan.
http://almukminun.blogspot.com/
Nur Syahadah..
Berkemampuan silakanlah membayar zakat dan jangan lupa juga zakat fitrah di bulan Ramadhan.
Mahu pahala extra..sedekahlah apa2 yg patut.
Ya, Insya'Allah duit jika diguna dengan bijaksana umat Islam pasti merasa. Bukan sahaja Arab Saudi, malah Kuwait, Qatar, Bahrain, Iraq, Jordan, Syria, Brunei semuanya negera kaya yg menyepi diri.
Alhamdulillah..sudah dilawati pemilik blog Almukminun..
menarik tulisannya ya..tersentak hati sye bila membaca..
ye boleh saje exchange link apa salahnye =)
Alhamdulillah..semoga sentakan hati itu memberikan sinar baru dalam fikrah kita.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa ya!
assalamualaikum..
di negara lain, rakyat mati sbb tak makan. di negara kita rakyat mati sbb byk makan, macam2 penyakit dtg sbb makan. Alhamdulillah, tidak sampai dicatu.
ekonomi kapitalis sbb pemimpin kapitalis, tidak faham kepimpinan Islam sptmana cth yg ditunjuki Rasulullah, sahabat, dan khalifah selepasnya.
Ramai pemimpin berkuasa kerana nafsu, bukan berkuasa dgn jiwa, maka rakyat menerima bahana kesengsaraan yg makin tidak putus-putus malah bertambah kronik.
Teringat tulisan tuan guru nik aziz, "Kita mmg tak boleh benteras kemiskinan, tetapi kita boleh kurangkan kadar kemiskinan". Tidak boleh benteras kemiskinan krn sememangnya Allah jadikan ada golongan yg kaya dan ada golongan yg miskin supaya setiap org boleh menerima dan memberi. supaya timbul sifat kasih sayang dan tolong menolong antara yg kaya yg miskin. namun kemiskinan itu boleh dikurangkan apabila ada situasi ini iaitu golongan yg memberi kpd golongan golongan yg menerima.
syabas utk entri kali ini. segala pujian hanya untuk Allah jua. syukron ats komenter yg sering diberi di blog ana...
wa'alaikumsalam ustazah-engineer..
Menarik sekali kiasan yg diberikan. Memang benar, jika ditinjau dihospital-hospital bermacam2 penyakit boleh didapati. Sehingga kadang2 Doktor pun pening agaknya nak mengubati. Namun, di Malaysia masih wujud lagi golongan kais pagi makan pagi kais petang makan petang sebenarnya. Masuklah ke kampung pendalaman, pasti ketemui.
Jika manusia penguasa berjiwa Islami sudah tentu Rasulullah SAW menjadi role-modelnya. Sudah pasti si Miskin tenang dalam damai, si Kaya syukur dalam bahagia kerana saling berhubung antara satu sama lain.
Memang tidak dapat dibentaras kerana jika konsep negara Islam sebenar dapat diterapkan nescaya berebut org ingin menjadi miskin didunia, namun kaya ilmu kaya jiwa dan kaya akhirat. Kerana dunia ini hanya sementara..
Salam Ramadhan Farid...
Lama betul kak su datang sini. (tak sampaipun 2 minggu sbnrnya). Banyak artikel menarik yg tertinggal. :(
Bulan puasa ni mmg mencabar. Banyak perancangan yg nak dibuat. Terkadang rasa letih yang amat. Akhir Ramadhan ni lebih-lebih lagi lah... Entah kenapa jadi begitu. Yang pasti, ia kelemahan diri.
Ermmm... bila manusia terlebih sibuk mengejar dunia, kurang rasa bersyukur, maka sifat perikemanusiaan semakin kurang. Itu yang menyebabkan terjadi peristiwa macam yang diceritakan. Memang menyedihkan...
Post a Comment