Sekitar Persoalan Puasa Perempuan Haid dan Nifas

Thursday, September 18, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Diriwayatkan daripada seorang isteri Rasulullah SAW yang amat dikasihinya bernama Siti Aisyah r.a katanya : “Adalah kami telah datang haid yakni darah bulanan sebagaimana adab perempuan yang datang darah pada tiap-tiap bulannya ketika zaman Rasulullah SAW. Baikpun ketika bulan puasa atau bulan lainnya datang bulan juga kami. Kemudian beberapa hari di dalam haid itu kami pun suci daripadanya. Maka apabila sudah berlaku sedemikian itu kepada kami di dalam bulan puasa maka kami Qodo’ puasa itu kerana Nabi SAW menyuruh kami Qodo’ puasa dan tidak menyuruh Qodo’ solat.

( Berkata Abu Isa : Hadis ini Hassan Sohih dan telah dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim di dalam keduanya )

Adakah disuruh Qodo’ puasa kepada perempuan Haid dan Nifas?

Berkata Abu Isa At-Tarmizi : Tidaklah kami mengetahui ada khilaf atau perselisihan antara ahli ilmu berkaitan perempuan Haid dan Nifas itu Qodo’ puasa dan tidak Qodo’ akan solat.

Maknanya di sini menunjukkan bahawa perempuan itu dikehendaki Qodo’ puasanya tidak pada solatnya. Sabda Rasulullah SAW di dalam hadis yang lain berbunyi :-

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a : Rasulullah SAW telah bersabda tentang wanita dan Baginda telah ditanya sebab kurangnya agama bagi wanita : Baginda menjawab : “Bukankah apabila dia sedang haid dia tidak solat dan berpuasa?”.

( Al-Bukhari ; 298 dan Muslim ; 80 )

Jika perempuan itu tetap berpuasa adakah sah puasanya?

Berkata Imam Nawawi dalam Syarah Muhazzab : Tidak sah puasa perempuan Haid dan Nifas, dan tidak wajib ke atas keduanya berpuasa dan haram pula puasa itu ke atasnya. Wajib Qodo’ puasa tersebut. Ini telah disepakati oleh Ijma’ Ulama’.




Bagaimana pula jika dia menahan makan dan minum ketika disiang hari, tidakkah ianya berdosa?

Berkata Imam Nawawi di dalam kitab Majmu’ : Jikalau ia menahan dirinya daripada menjamah makanan dan minuman dengan tidak berniat puasa nescaya tidak berdosa. Sekiranya perempuan itu menahan dirinya dengan niat berpuasa maka berdosa ke atasnya.


Seandainya perempuan Haid dan Nifas itu suci pada siang hari di bulan puasa adakah wajib ke atasnya menahan diri daripada makan dan minum pada baki hari puasa itu?

Berkata Imam Nawawi lagi : Tidak lazim ke atasnya. Manakala Imam Abu Hanifah, Auza’ei dan At-Tsauri berkata wajib menahan dirinya daripada makan dan minum.


Bagaimana sekiranya perempuan itu telah suci sebelum fajar, adakah perlu ia mandi selepas atau sebelumnya?

Perempuan yang Haid dan Nifas disunatkan agar mandi sebelum fajar terbit apabila telah sempurna suci dan darah berhenti sebelum itu. Begitu juga bagi mereka yang junub samaada berjima’ atau bermimpi sunat dilakukan sebelum fajar. Ini kerana demi memastikan dirinya bersih dari awal puasa lagi. Bukanlah bermakna ia menidakkan puasa cumanya ia lebih afdhal diselesaikan sebelum fajar terbit. Dalilnya sebuah hadis Rasulullah SAW :-

Nabi SAW pernah bangun pagi di dalam keadaan junub kerana jima’ tanpa bermimpi kemudian baginda mandi dan berpuasa.

( Diriwayatkan oleh Al-Bukhari ; 1825 dan 1830 )

Kesimpulan

Beberapa persoalan di atas telah dikutip dari karangan kitab-kitab Ulama’ muktabar terutamanya dalam Mazhab Imam Syafi’e. Diharapkan dengan sedikit kefahaman ini memberikan kita impak berguna di dalam kehidupan seharian. Wallahhu a’lam.





Rujukan :-

Mukhtasar Sohih Turmuzi, Syarah Kitab Bahru Mazi, Jilid 3, karangan Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi Al-Azhari.
Fiqh Al-Manhaji, Oleh Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.



Ibnurashidi
7:06 AM, 18 September 2008,
Siberbay.



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

12 komentar:

Nur Tasnim said...

salam,

entry yg bagus,
keep it up :-bd

Ibnurashidi said...

Syukran:)..teruskan mengikuti..

Tirana said...

Terimakasih atas penkongsian ilmu yang sangat2 berguna ini. Semoga ibadat kita diterima Allah.

Ibnurashidi said...

Sama-sama Tirana..

Harapannya begitu..Aminn.

kin hashim said...

Allah telah menjadikan kaum Hawa sebaik2 kejadian...begitu fitrahnya wanita, pasti ada hikmah di sebaliknya...

Ibnurashidi said...

Setiap penciptaan lelaki dan wanita itu punya hikmah tersendiri, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Dunia pasti berkecamuk jika kesemua makhluk adalah wanita ataupun lelaki sahaja. Yang pastinya, walau makhluk sekecil2 zarah dan sebesar-besar matahari punya benefitnya tersendiri:)

Berfikirlah..pelajarilah..

cikgu_eya said...

Alhamdulillah... salah seorang sahabat ana baru bertanya ttg mandi sebelum atau selepas fajar untuk berpuasa pd hari berkenaan. Syukran, akhi.

Anonymous said...

Salam.. Entri yg b'makna sbb da yg b'tanya..mekasih byk2..slmt b'puasa..

Ibnurashidi said...

Cikgu_eya..

Afwan, itu yang ana harapkan semoga menjadi panduan dan pengajaran berguna.

Ibnurashidi said...

Nur_Syahadah...

Terima kasih yg bertanya, dengan bertanya dapat memberikan ilham kepada ana untuk terus menulis. Komentar-komentar yg diberikan juga didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.:) Teruskan membaca dan serta melontar buah fikiran semoga Allah mmberkati kita semua. Amin.

Anonymous said...

Salam. 1st time komen disini. Selalu singgah tapi tak masuk. Nice blog, full of knowledge, duniawi & ukhrawi.

Alhamdulillah diatas perkongsian ilmu yang bermanfaat.

Ibnurashidi said...

Salam Orangbukit..nickname yang menarik:)

Silakanlah selalu singgah n komen..Mungkin komentar anda memberikan sesuatu yg berfaedah buat saya dan sahabat2 lain.

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP