Sepakat Kata Dalam Satu Muhasabah
Friday, September 19, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
“Patah Tumbuh Hilang Berganti” satu peribahasa melayu yang cukup menarik maknanya. Hilang sesuatu akan muncul sesuatu meneruskan kesinambungannya. Baik sesuatu itu mahal harganya mahupun yang rendah nilai kualiti. Bertitik tolak dari itu, kami selaku anak-anak perantauan di bumi anbiya’ ini memerlukan sebuah persatuan yang mampu memayungi dan menjaga kebajikan seisinya. Ibarat sebuah pokok, hilangnya ranting reput perlu diganti tunas baru supaya benih pokok itu terus hidup memberi manfaat daripada keluaran buahnya mahupun faedah-faedah lain.
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2008 kali ke-16 berjaya dianjurkan sekali lagi. Motifnya seperti juga tahun-tahun lepas, mahu bermuhasabah perjalanan kepimpinan persatuan selama satu sessi, memberi dan mengambil idea bernas berkualiti serta berketrampilan untuk diterima pakai. Selain itu, ia bertujuan menerima reaksi dari kalangan ahli itu sendiri bagi membentuk dan meningkatkan kematangan Mahasiswa Azhari dalam berpesatuan.
Dalam Sepakat Itu Ada Kepelbagaian
Amat susah hendak menyatukan manusia di dalam satu kata, satu kata sepakat yang utuh dan jitu. Namun usaha sedaya upaya itu perlu, harus Istimrar sentiasa supaya cetusan gagasan dibina tidak mudah lemas dalam arus deras globalisasi. Ingatlah ketika mana Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah bagi membentuk sebuah Daulah suatu masa dulu, begitu juga keadaannya. Menyatukan Muhajirin dan Ansar dalam sebuah kesepakatan sehingga sanggup berkorban apa saja demi Islam. Tidak dinafikan, dalam satu masyarakat itu tidak dapat lari dari wujud pelbagai fikrah berbeza. Namun bukanlah halangan untuk disatukan, gunakanlah kaedah bertolak ansur dan dalami jiwa nescaya bertemu titik persamaan itu.
“habis tu kalau mereka tak nak bersatu juga macammana ya?,” soal seseorang.
“bolehke?,” masih tidak berpuas hati jawapan diberi.
“sudah tentu boleh, Rasulullah SAW dan sahabat sudah try.” Jawab ringkas.
Perlu Payung Memayungi
Apabila hujan mahupun panas, orang-orang lama selalu berpesan gunakanlah payung untuk melindungi. Nanti sakit demam susah pula. Begitulah kami di sini, tidak mampu bersendirian mengurus diri dan masalah. Perlu ada yang memayungi supaya terhindar masalah. Disamping itu, menceburkan diri ke dalam arena kepimpinan memberikan peluang tarbiyyah untuk menjadi da’ei yang berkualiti serta ilmu berguna duniawi dan ukhrawi.
Menyiapkan Backdrop...
Barisan AJKT lama...
Pada program MAT ’08 berlangsung 14 September 2008 baru-baru ini saya diberi amanah menjadi Ad-Hoc pelaksana bahagian Unit Persiapan. Bagi saya, apa jua amanah yang diberikan bukanlah suatu perkara yang ringan untuk memikul. Berat!. Namun sedaya upaya dikerahkan tenaga dan fikiran memberikan komitmen sebaik mungkin demi kejayaan. Bukan sahaja pada diri, malah sahabat seperjuangan yang lain. Firman Allah Jalla Wa Ala :-
إِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا اْلأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَ
“Sesungguhnya Allah memerintahkan kalian untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.” [An-Nisa`:58]
Name Tag Program...
Pentas Simple...
Kesimpulan
Akhirnya, ingin saya ucapkan sekalung tahniah kepada kepimpinan baru Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta ( DPMT ) 2008/2009. Jalankanlah tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW ketika memegang amanah :-
آيَةُ الْـمُنَافِقِ ثَلاَثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
“Tanda-tanda orang munafiq ada tiga: Jika berbicara berdusta, bila berjanji tidak menepati janjinya, dan apabila diberi amanah mengkhianatinya.” (HR. Muttafaqun ‘alaih)
Semoga muhasabah pada Mesyuarat Agung Tanta baru-baru ini memberikan anjakan untuk terus berbakti kerana Allah SWT. Sekian, Wassalam.
Ibnurashidi
6:30AM, 20 September 2008,
Siberbay.
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
20 komentar:
salam..
ooo us farid jadi ad-hoc ek..
em, boleh x nak tengok senarai nama ajk2 yg terpilih...
em harapnya setiap individu yg terpilih akan melaksanakan tanggungjawab dgn baik..
Kita x boleh buat kerja sorang2,nantikan takut tensen..lainlah kalau mmg jenis yg suka wat keje sorang2..he3
rasanya perlukan kerjasama dr org lain jgk...
so?? saling membantu la ek..
wassalam.
Rasulullah merupakan teladan yang terbaik..yang patut kita ikut segala perkataan dan tidak tanduk baginda..
salam...
tahniah kepada barisan kepimpinan baru sesi 2008/2009..
kepada mantan² yang telah dturunkan secara thormat..teruskn perjuangan walaopon bukan atas jawatan yg rasmi...
kpod ust farid yg bakal mjadi dsigner hebat di tanta...cayalah...
nanti ley pau duit raya..sempena raya laa kn..
ooo yeke?
all da best 4 us farid...
aduhai, teringat masa zaman mahasiswa dulu...
nostalgia sungguh...
sepakat membawa berkat...
semoga niat memimpin tu suci murni...
no man is an island so got to work together
alhamdulillah, semuanya selamaat.. kanns
Jadi adhoc biasa2 je..ok Insyallah nnti ana tnjukkan exco baru tanta ya..senarai namanya..ada kenal ke?
Benar, kerjasama antara semua pihak perlu dan penting..supaya hasil nnti beroleh keberkatan. Mesyuarat dan muhasabah memainkan peranan berguna. Saling kaitan. Tak kiralah kat organisasi mana pun, swasta ke, kesatuanke, persatuanke, kerjake atau apa2..
Betul Tirana..
Patut ikut semua perkara yg baginda ajarkan..tapi ada jugak yg menghina sunnah baginda..itu yg mengecewakan hati hamba..tak gitu?
Iye sahabatku Fahmi..
Bukankah anda juga salah seorang mantan2 yg baru pencen?hehe..jangan lupa tolong DPMM plak yer. Buatlah design canggih2 nanti org tanta pi sedut.
Nak duit raya kena sedekah kuih raya dulu..amacam?
sama2..tapi ana baru je merangkak dalam bidang design ni..Ust Fahmi lagi terar..boleh rujuk dia:)
Ooo..Kawai_desu juga bekas Mahasiswa ya..belajar dimana dulu?
Benar sekali, kerjasama penting. Bak kata orang tua2 lagi "kalo lidih sebilah senang dipatah kalo sudah seikat menyengih juga muka nak mematahkannya"
P/S : Pepatah tu saya dah oleh menjadi pepatah saya:)
en_me
selamat berkunjung kepada anda..selalu lah datang lagi ya..
Semuanya selamat..harapannya disana juga selamat ya:)
Assalaamu'alaikum w.b.t.... salam ziarah, ukhuwwah dan ramadhan almubaarak. Semoga dibantu Allah semua usahamu, dan semoga proses belajar berjalan dengan licin. Allah ma'ak! :)
Wa'alaikumsalam Hikmatun..
Silakan ziarah, eratkan ukhuwwah, perkasakan ibadah. Semoga Ramadhan membawa ganjaran berganda-ganda buat anda dan kita.
Amminn, Insya'Allah berkat doa teman-teman. Rabbuna yu sahhil wannajah fiddunya wal akhirah.:)
Mmm rupa2nya saudara dah lama tak beraya di kampung yer. COBAAN. Apa2 pn ada hikmah belaka kan. Semoga x lama nnt dapat la beraya kat kampung pulak dan terasa betapa mahalnya dapat beraya di kampung tempat lahir sndr.
Sabar syeikh dan apa2 pn Allah sentiasa bersamamu sekeluarga semua insyaAllah. :) Amiin, Allah sayusahhil 'alaina insyaAllah.......
Tapi best kan berada di sana, saya ni ntah ada peluang ke tidak nak ke sana huhu, jeles ni :D .......
Adat seorang perantau, kampung halaman harus ditinggalkan sebentar demi memenuhi cita-cita dan tujuan. Amiin Ya Rabb, harapannya begitu. Jika tidak ada aral melintang tahun depan Insya'Allah sudah mampu menghabiskan pengajian tahun akhir disini. Doakanlah kejayaan kami semoga menjadi kenyataan.
Best tu sememangnya best, pelbagai pengalaman yang tak pernah saya fikirkan telah diperolehi. Pokoknya, seribu satu pengalaman setiap hari. Nantikan entri selepas ini, cerita tentang pengalaman berbuka puasa pula.
Insya'Allah ada rezki tak mustahil, kun fayakun. Tak gitu?:)
Salam..mesti kreatf ni kan. D bri kep'cyn wt backdrop.. Pnuls t'msk dlm snarai AJK brux?blik m'sia nant lh la gnakn kreakrtfan yg ada:-)
Salam Nur Syahadah..
ehh, takdalah kreatif mana pun hanya tolong sekadar termampu je;)) kalau minta tolong kali kedua jadi dua kadar termampu.
Saya tak termasuk AJKT baru, biarlah orang lain pegang rasa tak tertangung amanah untuk handle. Berat. Insya'Allah ada peluang, ada rezki kita gunakan apa-apa yang ada untuk Islam:)
Post a Comment