Kenangan Bersama Anak-Anak Yatim Di Shoubra Qas
Saturday, September 20, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
“Nampaknya terasa semacam sudah terlepas peluang hari ini.” Fikir saya sambil melajukan kaki berjalan. Kelam kabut saya dibuatnya, berkejaran ke Mahattah Siberbay. Sahabat-sahabat yang lain sudah pun pergi terlebih dahulu. Saya agak ketinggalan kerana leka menseterika baju. Jam menunjukkan pukul 4:30 petang.
Alhamdulillah, sahabat saya Ustaz Firdaus dan Ustaz Fadhil sanggup menunggu saya di Ma’arad. Kami memulakan perjalanan dari Ma’arad menaiki sebuah Tramco ( Van ) terus ke Gala’. Di sana sahabat-sahabat lain lebih kurang 14 orang sudah menunggu. Perjalanan diteruskan dengan menyewa sebuah van untuk ke Shoubra Qas. Sangkaan saya Shoubra Qas itu tidaklah jauh dari Bandar Tanta di Awal Bahr, namun memakan masa selama 20 minit juga jaraknya. Sebenarnya tujuan kami kesana ialah kerana menerima jemputan berbuka puasa dari kenalan arab. Sebelum ini mereka pernah menjemput Ustaz Firdaus ke sana untuk menghadiri sebuah majlis.
Berbuka di Mukhayyam Al-Iktashaf Daim, Syoubra Qas Pada 19 September, 2008
Mukhayyam Al-Iktashaf Daim, Syoubra Qas ialah sebuah nama tempat terletak lebih kurang 45 minit perjalanan dari kediaman saya. Kami tiba di sana lebih kurang jam 5:30 petang, ini menunjukkan hanya beberapa minit lagi akan tiba waktu berbuka. Salah seorang wakil tuan rumah menjemput kami masuk ke Mukhayyam tersebut. Kalau di Malaysia persamaan Mukhayyam itu seperti sebuah kawasan seakan dewan dan tempat berkhemah.
“Ohh, ramai rupanya orang dalam Mukhayyam ni,” bisik saya. Kemudiannya tuan rumah mengadakan sessi ta’aruf ringkas sementara menanti azan berkumandang.
“Ismi Mohd Farid,” jawab saya memperkenalkan diri.
Seisi Ta'aruf bersama tuan rumah...
Sebahagian anak-anak yatim menyambut kami...
Alhamdulillah, kami dijamu segelas minuman ketika berbuka. Minuman yang terasa kekok untuk diteguk kerana sebelum ini belum pernah saya ketemu walau sudah hampir 3 tahun tinggal di sini. Sejenis minuman seakan susu, dicampur kurma, kacang, kismis dan beberapa bahan lain lagi. Manis rasanya.
“Semacam minuman orang pantai timur Malaysia rasanya,” gurau saya kepada seorang sahabat dari Kelantan. Maklumlah, orang pantai timurkan suka makanan yang manis-manis.
Setelah selesai minum, terus kami menunaikan solat maghrib berjemaah. Sempat saya mengerling dan mengambil gambar sekumpulan kanak-kanak sedang menikmati makanan. Rupa-rupanya mereka ialah anak-anak yatim dan ibu-ibu separuh umur. Kami sedang berada di majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim rupanya. Sedikit terharu, terkesan dihati. Kerana kami warga penuntut Malaysia kebanyakkannya masih punya ayah dan ibu ditanahair, namun mereka tidak punya sesiapa lagi. Ayah ibu sudah meninggalkan mereka. Menumpang kasih kepada mereka yang menyayangi. Berpuasa mahupun menyambut Aidilfitri hanya bersendiri. Mujur ada segolongan manusia masih mengerti nilai kasih sayang dan tanggungjawab sesama insan menghulur bantuan. Ringanlah sedikit beban derita mereka. Terjawab sedikit sebanyak persoalan saya pada entri sebelum ini iaitu dibawah tajuk “Bila Bala Datang Menimpa”.
Mereka berbuka beralaskan tikar berbumbungkan langit...
Selesai menunaikan solat maghrib, hidangan lazat disediakan. Lumayan sekali hidangannya. Sungguh, adat melayan tetamu dari masyarakat Mesir itu masih utuh diamalkan. Teringat saya akan perihal masyarakat Arab Jahiliyyah, mereka punya adat yang baik ketika melayan tetamu. Biarpun tetamu itu adalah musuh mereka. Mungkin bias-bias adat masyarakat arab itu turut diwarisi orang Mesir. Agak saya. Antara hidangannya ialah Nasi, Firakh Masywi ( Ayam Panggang ), Kuftah ( Daging cincang bakar ), Daging bersos tomato, ulam-ulaman dan Aruz bilaban ( Nasi campur susu ).
“Aizz zid aruz? yaallah zidd kaman, tafadholl.” Jemput mereka untuk menambah.
“Fuuss, susah nak habiskan ni banyak lauknya.” Bisik saya kepada seorang sahabat. Beliau juga meratah lauk memandangkan lauk-lauknya begitu besar-besar ukuran saiznya. Memang sebegitu, mereka hanya akan belah ayam menjadi 4 bahagian, 2 bahagian mahupun seekor. Jarang sekali dijumpai dipotong kecil-kecilan.
Hidangan istemewa bersama aruzz bilaban...
Persembahan Penuh Syahdu
Selesai menjamu selera, kami dijemput untuk mendengarkan dendangan nasyid dari beberapa kanak-kanak lelaki dan perempuan arab. Saya pun tidak berapa pasti samaada kanak-kanak itu adalah yatim ataupun tidak. Yang pastinya suaranya begitu merdu dan enak didengar. Seorang kanak-kanak perempuan mendendangkan lagu Ya Toyba.
“Ya Thoybah..Ya Thoybah..Ya Dawal ‘ayaana Ishtaqnalek Wal Hawa Nadanaa..” Mendayu-dayu suaranya membuat hati tersentuh mendengarnya. Sayu melihat mereka bernasyid.
Dendangan merdu dari mereka...
Bergambar kenangan bersama mereka...
Selepas itu, Ustaz Firdaus selaku ketua rombongan kami memberikan sepatah kata tanda penghargaan dan terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menjemput kami. Kami difahamkan, sebilangan pengakap-pengakap dari sini telah mewakili Mesir pergi ke Malaysia baru-baru ini untuk menghadiri program pengakap anjuran Malaysia.
Sejurus kemudian, kami dibawa ke sebuah masjid terletak dibelakang Dewan itu melintasi laluan rel keretapi. Nyaman sekali suasana kampungnya. Teringat saya suasana di kampung halaman. Apa tidaknya, dengan sawah padi terbentang berhampiran masjid seakan di Kedah pula rasanya. Terdengar nyanyian cengkerik malam bertasbih memuji kebesaran ilahi menambah rasa zauqnya.
Syeikh memberi tazkirah...
Sebelum berkumandangnya azan Isya’ kesempatan yang ada telah diisi dengan tazkirah serta mutiara hikmah berguna buat kami. Solat sunat terawikh secara jemaah dilangsungkan sebanyak lapan rakaat dan tazkirah ringkas dipertengahannya. Akhir ziarah, kami dibawa ke rumah salah seorang mangsa tahanan Guatanamo Bay, Cuba. Terus pulang pada jam 10:30 malam.
Kesimpulan
Amat Menarik dan Sedih!. Hanya itu mampu saya katakan sebagai reaksi ziarah kami. Pengalaman manis berbuka bersama anak-anak yatim itu menjadi memori indah untuk dipatrikan didalam sanubari kami. Mengajar erti kehidupan sebenar, mendidik diri berdikari serta memahami susur galur sosial masyarakat setempat dapat diperolehi. Biar hanya sedetik bertemu yang pasti ukhuwwah itu terjalin erat.Ibnurashidi
9:06AM, 21 September 2008,
Siberbay.
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
30 komentar:
best juga cerita ni. tersentuh hati.Husna@aain
Alhamdulillah..walaupun jasad tidak menyertai majlis ini tapi melalui cerita ibnurashidi terasa seolah-olah sama-sama menyertainya. Terimakasih kerana berkongsi cerita. Sesungguhnya pengalaman merupakan sesuatu yang sungguh mahal..jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengalaman..Pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang dan dewasa..insyaAllah.
Semoga rasa tersentuh hati membuatkan anda mengasihi anak-anak yatim..kerana Nabi Muhammad SAW begitu kasihkan anak-anak yatim..:(
Sama-sama Tirana kerana sudi membaca..bercerita tanpa ada yang membaca bererti tidak ada maknanya buat penulis. Respon anda amat berguna buat saya terus menerus bercerita. Terima Kasih!:)
Semoga pemandangan dan pengalaman itu mencetus rasa kebesaran Ilahi..
syukur kerana masih punyai org tua (walaupun diri sendiri pon dah tua! hehhhe)
sementara mereka masih ada, dan selagi hayat kita dikandung badan, semoga dapat kita manfaatkan tenaga dan masa yg ada untuk berbakti kpd kedua org tua kita...
Ayah dan Ibu..
Itulah permulaan kami..
Dapat melihat bulan dan Matahari..
Yang dikurniakan dari Ilahi..
Ayah dan Ibu..
Ayah dan Ibulah mesti hormati..
Yang dikurniakan dari Ilahi..
Berbaktilah sebaik mungkin kepada Ibu bapa selagi mana mereka menyuruh akan kebaikan..nasihati mereka secara berhikmah jika mereka menyuruh kemungkaran. Bersyukur juga tak terhingga kerana diberi Ibu Bapa yang bertanggungjawab dan penyayang.:X
huhuhu...
sedihnya baca...
Kenapa anda bersedih?boleh bagitau sebabnya?:)
terbayangkan perasaan anak2 yatim tu..
x pernah lagi buka puasa takde atap..huhu..tersentuh hati tgk.
atau kat sana mmg mcm tu ek?
sedih tengok gambar tu je..huhu..xde apa2 pun
emosi je lebih ni..
sedih2..huhuhu..hargailah ibu bapa yang masih ada...
Salam.. Mahal penglman yg d kutip d perntauan.xpnh m'hdri mjls g2..teringn nk merasai.. T'snth d hati,terkesan d sanubari :( ..tiada yg lbh indah drp b'sama ibu ayah..
Em,kt m'sia ank2 yatim yg d jmpt dr rumh2 ank ytm..kalau kat sane dari rumh ank yatim jgak ek?ke ank yatim kt kampung2?
Yer, kat sini memang biasa camtu berbuka beratapkan langit bertikarkan tanah. Semoga dengan keadaan begitu mengajar erti kesusahan. Kadangkala hidup perlu merasai susah, tidak boleh senang memanjang nanti suka "bertongkat".
Nadia-ady..
Hargailah insan disisi anda juga:)
Nur Syahadah..
Benar, hargai ibu bapa selagi mereka bersama kita, kadangkala hati kita merasa sedikit ketidakpuasaan hati dijiwa, cubalah hapuskan kerana nilai pengorbanan mereka lebih besar..jangan menderhaka kedua orang tua.
Anak-anak yatim yg kami berbuka bersama tu sebenarnya under persatuan kat kampung tu, kiranya persatuan bahagikan kepada keluarga akan untuk dijaga. Biasanya kalau kat Malaysia anak yatim duduk sebumbung kat asramakan, ini duduk bersama keluarga angkat.
Salam Ibnurashidi...
Sedih kalau baca citer tentang anak2 yatim, tersentuh hati..
salam akak..semoga sihat ya..
mesti tengah busy dgn persiapan rayakan?terutamanya anak2:)
benar..kesian, sedih, beraya tanpa orang tersayang..
salam..
sesungguhnye Allah xkn mnguji hambanya melebihi kemampuan diri...
anak-anak yatim yg ustz jmpe ni adalah insan2 t'pilih yg Allah tau mereka mmpu utk menerima dugaaNya..ckup kuat utk mengharungi hidup sndiri..walaupun masing2 masih muda..
kita sndiri pasti tidak sekuat mereka utk m'hadapi ujian seberat mereka..
sayangi ibu bapa..hargai mereka slagi mereka masih ada..sluruh harta dn tenaga yg kita curahkan utk mereka pun xkn smpai utk m'balas seluruh jasa mereka mngndung.m'jaga dn m'besarkan kita...
sygi juga anak yatim..habuan menunggu disana bg org2 yg mnyayangi anak2 yatim...
wallahu'alam..
salam...
sesungguhnya kita yang masih ada ibu bapa & keluarga haruslah bersyukur. beruntunglah kita masih memiliki orang yang kita sayangi dan menyanyagi kita.
xdapat sy gambarkan bagaimana jk suatu ketika nt sy jadi seperti mereka.kerana kita tahu & kita semua tiap insan pasti akan merasai kehilangan...'hilang' seseorang atau sesuatu yang sememangnya bukan 'milik' kita.
sesungguhnya ALLAH lah yang MAHA MEMILIKI.. .
wallahu'alam..
Saya pernah terdengar yang di syurga nanti kebanyakan penghuninya ialah orang miskin dan anak yatim..kan?
'Terdengar nyanyian cengkerik malam bertasbih memuji kebesaran ilahi menambah rasa zauqnya.'
Saya nak tanya apa maksud zauq..
Salam `alaik
Subhaannallah,menarik entry kali nih.
Membuatkan Tasnim tk sabar2 nk menjejak kaki ke sana..
Rasa mcm tk puas bace aje..nk pegi jugak tmpt tu..
Terima kaseh encek kerana berkongsi pengalaman d sana
**p/s:encek..bile encek nk hntr file nasyid2 tu..?nnt email kn ya :)
salam Iffah..
Benar, merasa tabah, kuat hadapi dugaan bukanlah calang-calang ujian. Hanya yang kuat emosinya sahaja mampu hadapi.
Tanpa Ibu Bapa siapalah kita. Bukan sahaja mengandung dan membesarkan malah bertanggungjawab kepada kita, bersengkang mata siang dan malam demi sesuap rezki. Demi melihat kita berjaya.
Sedih lihat mereka-mereka yg mengecewa dan menderhaka ibu bapa sendiri..nauzubillah. Hargailah mereka.
salam hamba kerdil...
Bersyukurlah dengan nikmat yang diberi. Beruntunglah mereka-mereka yang mempunyai ibu bapa beriman kepada Allah SWT.
Kullu nafsi za'iqatul maut..setiap insan bertanya pasti akan menghadapi mati. Persediaan dan persiapan itu penting. Mohonlah Allah SWT mengampunkan dosa kita dan ibu bapa.
Salam Rendah Diri..
Orang miskin dan anak yatim yang beriman dan bertaqwa nescaya Allah SWT tempatkan disyurga Insya'Allah. Semoga kita juga tergolong sama.
Maksud 'zauq' tu ialah sampai satu tahap perasaan yang tak dapat digambarkan lagi. Lebih kurang begitu maksudnya:)
salam Tasnim..
Baca dan lihat sendiri sememangnya tak sama. Kadangkala penglihatan itu tak mampu diterjemahkan dengan kata-kata atau tulisan. Hanya boleh dirasai sahaja.
P/S : File tu Insya'Allah on de way:)
Berbezanya anak-anak yatim di sana dan di sini (sebahagian je la. terutama di bandar).
Di tempat kak su tinggal skrg ni... anak yatim menjadi begitu mewah dgn makanan di bulan puasa. Hampir setiap hari ada insan-insan mulia mahu sponsor mereka berbuka puasa. Terkadang tu di hotel pun ada.
Orang biasa macam kak su ni, kalau nak masak, nak menjamu anak-anak yatim tu mmg tak dapatlah, sbb jadual mereka padat dgn jemputan. Lebih baik berikan duit je sbb ia boleh di gunakan utk pelbagai perkara lain.
Namun rumah anak-anak yatim di pendalaman masih banyak perlu di bantu. Mungkin sbb publisiti ttg rumah anak yatim luar bandar agak kurang dan tak ramai org2 kaya yg tahu ttg mrk, maka ia jadi agak ketinggalan.
p/s : sesekali dlm nada bergurau kak su cakap kat abg ; "Abg bertuah tau sbb kawin dgn anak yatim piatu, tak payah lambung syiling nak tentukan nak balik raya rumah sapa tahun ni." :)
salam'alaik...
lama tak bagi komen di sini..
of course rindu kan..hehe..
pengalaman yang menakjubkan... berbuka puasa bersama anak2 yatim...
tak perasan laa plak, ada juga yayasan yg mjaga kbajikan ank2 yatim di mesir ini..tp itulah, nasib mereka..siapalah yang tahu..
pengalaman berbuka puasa dengan anak2 yatim ketika di KUSZA pada tahun 2003 mmg mbawa makna yang berharga... suakr untuk diterjemahkan, ttp kita dpt merasai keperitan yg mereka alami dek kehilangan kasih sayang seperti mana kita selaku insan biasa merasainya..
apapun syukur dipanjat kepadaNya kerana masih menyayangi kita dengan limpah kurnia nikmatNya.. Alhamdulillah..pujian dan syukur padaMu Ya ALLAH..
kepada en hj farid..macam bertambah je kandungan berat badan en hj kita ni.. mesti laa kan..juadah berbuka sedap2 belaka.. pepon.. jemputlah ke rumah terbuka yang tak tahu bila nk wat nye..
hehehehe..
sekian wassallam..
salam kak su..
Kalau di Malaysia, Alhamdulillah ramai yang celik mata dengan anak-anak yatim ni. Meraikan dan diraikan bahkan artis sendiri pun join nak bantu. Baguslah. Tapi seeloknya pemberian senyap2 itu lebih afdhal..bimbang lain pulak jadinyakan.
Terpulang kepada individu nak sumbangkan apa, makanan, pakaian, wang ringgit asalkan bermanfaat. Semoga amal diterima Allah hendaknya. Dan ana yakin, spt yang kak su cakapkan mmg kat luar bandar rasanya masih ramai memerlukan bantuan. Bukan sahaja anak yatim malah ibu tunggal, orang miskin, orang tua dll.
P/S : Begitu rupanya:)Nabi Muhammad SAW juga anak yatim piatu. Sayangilah anak yatim.
Salam Fahmi..
Apa kaba?jika rindu selalulah datang sini ya. Boleh berbincang-bincang apa2 isu.
Ya, teringat kenangan ketika dikusza dulu ya. Kena jemput ke rumah anak yatim. Kita naik bas ramai ke sana. Jamuan berbuka subhanallah lumayan benar. Sehinggakan bas pun lambat nak bergerak sebab penumpang pakat2 jadi berat:))
Haa, buat open house jangan lupa jemput tu. Ana sini raya sorang2 la nampaknya. Ahli bait pakat ke kaherah.
P/S : Datang lagi ya!
Post a Comment