Kejamnya Manusia Itu!!

Tuesday, September 23, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Selesai mengerjakan solat terawih di Masjid Syoubra Qas pada malam itu, kami seterusnya dibawa oleh Ammu Amir ke rumah salah seorang sahabatnya. Rumahnya terletak di hadapan Masjid yang kami solat. Pokok-pokok tamar menghiasi jalan kecil melengkapi sebagai sebuah daerah terletak di tanah arab. Terdapat juga rel keretapi menghala ke Mahattah Tanta merentasi perkampungan tersebut. Sawah terbentang menjadikan suasana mata bertambah segar dengan kehijauan tumbuhan walau disaluti zulumat malam. Namun terbias sedikit cahaya pantulan neon jalanan.

Pada entri sebelum ini saya ada menceritakan kehadiran kami ke Majlis Anak-anak yatim di perkampungan Shoubra Qas. Sebagai kesinambungan cerita tersebut, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dan penceritaan salah seorang bekas tahanan penjara Guantanamo Bay yang dizalimi dengan kejam. Merasa terpanggil untuk berkongsi sedikit maklumat tersebut kerana ianya melibatkan isu global. Bukan sahaja masyarakat umat Islam mengkutuk penderaan dan kekejaman di penjara Guantanamo Bay malahan masyarakat barat juga turut memprotes tindakan tersebut. Ini menunjukkan bahawa akal yang waras tidak akan menerima kekejaman ke atas manusia membabi buta. Sama sekali tidak!

Melakar Satu Memori Dalam Suatu Pertemuan


Ketika kami sampai kerumahnya, kami menerima layanan begitu baik dari anak lelakinya. Dipersilakan masuk ke kamar utama. Sofa empuk dan kerusi tilam menjadi perhiasan biasa dikalangan masyarakat Mesir itu kami penuhi. Sebentar kemudian muncul seorang lelaki berusia setengah umur berkerusi roda dari sebalik pintu. Ditolak oleh anaknya. Ammu Amir memulakan bicara pada malam itu. Sebagai permulaan bicara, beliau memperkenalkan kami akan seorang lelaki tadi.



 Syeikh Samin berkerusi roda...


“Namanya Syeikh Samin, merupakan salah seorang mangsa keadaan yang pernah dizalimi oleh tentera-tentera USA.” Ammu Amir memulakan bicara suai kenal.


Sebelum itu, Ammu Amir juga ada memperkenalkan dirinya. Beliau adalah merupakan salah seorang Syu’un di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta. Katanya, ayahnya merupakan salah seorang ulama’ di Tanta. Malah Dr.Yusof Al-Qardhawi sendiri pernah menuntut ilmu dengan ayah Ammu Amir. Perbicaraan dilanjutkan lagi dengan memperkenal diri masing-masing. Syeikh Samin memperkenalkan dirinya dan bertanyakan hal ehwal kami dan keadaan suasana Malaysia serta negera Islam lain.


“Bagaimana keadaan masyarakat Islam di Phattani Thailand?,” beliau memulakan persoalan.

“Apa yang berlaku dengan umat Islam di Phattani?,” sahur Ammu Amir.

“Di sana umat Islam diperintah oleh kerajaan Thailand, mereka ditindas dan dizalimi,” pintas Syeikh Samin.

“Ya, mereka masih lagi ditindas oleh pemerintah Thailand.” Ustaz Firdaus mencelah. Kami hanya memerhati suasana perbincangan. Terasa kagum dengan info maklumat yang diketahui oleh Syeikh Samin. Walaupun pernah diseksa sehingga terganggu mentalnya masih boleh mengambil tahu hal ehwal semasa dunia luar. Bermula soal politik, ekonomi, pendidikan, kekejaman sehingga dilanjutkan ke topik pertanian. Saya tertarik dengan pendapat beliau mengatakan bahawa bahasa arab fushah lebih baik daripada bahasa pasar ( Ammiyyah ). Tutur katanya lebih cenderung fasih berbahasa arab fushah walaupun pendengarannya mengalami sedikit gangguan kesan seksaan yang dikenakan tentera laknatullah.


“Syeikh, boleh ceritakan kepada kami kisah bagaimana anda ditangkap, diseksa?.” Ustaz Firdaus langsung bertanya persoalan pokok. Saya juga ternanti mendengar luahan hatinya. Sesekali cuba mencelah percakapan mereka.

“Begini kisahnya, saya pada mulanya pergi menuntut ilmu di Islamabad, Pakistan dalam bidang Ilmu Hadis, Syariah dan Perniagaan. Seterusnya saya terus pula ke Afghanistan, disamping menuntut ilmu saya juga mengajar di sana. Ketika itu sedang berlakunya peperangan Afghanistan dengan Amerika hasil runtuhnya WTC di Amerika Syarikat. Dengan alasan itu Amerika Syarikat telah memulakan peperangan kononnya menentang keganasan umat Islam. Sebenarnya Amerika masih lagi berdendam dengan Islam kerana kekalahan tentera salib ditangan umat Islam suatu masa dahulu.” Terang beliau, sekali sekala kami mencelah menambah cerita. Bunyi deruman keretapi memecahkan kesunyian malam dan menggegarkan rumah batu tersebut.

“Ketika kejadian saya sedang berada disuatu kawasan, kemudiannya secara tiba-tiba berlaku letupan bom. Saya adalah merupakan salah seorang mangsa yang tercedera. Sejurus kemudian, tentera-tentera Amerika terus menangkap kami kesemuanya yang berada disitu. Tanpa banyak bicara terus dibawa ke Hospital. Selepas itu, kami digari serta diterbangkan ke penjara Guantanamo Bay di Cuba.” Terang beliau bersungguh. Jelas terpapar penderitaan yang dialami selama empat tahun dipenjara tersebut. Melihatkan beliau berkerusi roda itu, sudah menunjukkan kesakitan penyeksaan yang pernah beliau alami selama ini. Mental terganggu, fobia, deria kurang berfungsi dan cacat menjadi bukti kezaliman tersebut.


“Kejamm!dasar keparat laknatullah!geram.” Hati saya memberontak.


“Saya dibogelkan, diseksa dengan bermacam siksaan tidak berperikemanusiaan lain. Malah ada yang dicucuk dengan jarum berisi kuman, virus penyakit merbahaya ke dalam badan-badan tahanan. Sehinggakan saya menyoal tentera Amerika tersebut. Kamu mengatakan mengamalkan Demokrasi, kebebasan, tetapi kamu menzalimi, jajah, tangkap, pukul kami!,” cerita Syeikh lagi.




Mendengar cerita mangsa tahanan Guantanamo Bay teringat saya akan penjara seakan serupa di Malaysia. Iaitu tahanan ISA. Mangsa ditangkap tanpa perbicaraan merupakan suatu kezaliman. Zalim!. Sambil topik hangat dibualkan kami dijamu minuman oren sebagai penyejuk anak tekak. Sememangnya terasa dahaga.


Perbualan kami berhenti tanpa kesimpulan kerana masa tidak mengizinkan kami untuk berbicara panjang lebar. Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 10:30 malam, bimbang tiada van pengangkutan jika terlewat. Sempat bergambar bersama sejurus sebelum pulang.






Kesimpulan

Apabila manusia sudah bertopengkan Syaitan dan perangainya lebih teruk dari haiwan maka perbuatan-perbuatan begini akan diamalkan. Prinsip kebebasan menjadi songsang, tunggang terbalik, cacamarba, tidak berperikemanusiaan. Akal diletak dikepala lutut. Otak hanya tinggal nama tidak diguna. Sememangnya dasar kafir laknatullah dari mula sehingga kiamat tetap akan mengatakan Islam sebagai musuh. Firman Allah SWT :-


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.


( Al-Baqarah : 120 )



“Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolong(mu), hingga mereka berhijrah pada jalan Allah.”


( An-Nisa’ : 89 )



“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang yang kafir itu, niscaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.”


( Ali Imran : 149 )


Janganlah sesekali umat Islam merasakan kata-kata golongan kafir itu seperti menghirup manisan madu lebah!





Ibnurashidi
7:36AM, 23 September 2008,
Siberbay.





"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

22 komentar:

Anonymous said...

salam..
semoga akan tertegak kembali daulah Khilafah yang mana ianya adalah perisai bagi umat..darah umat islam yang kini diaanggap murah seperti sirap oleh kuffar la'natullah akan kembali dijaga oleh sang khalifah.Benarlah kata nabi..Sesungguhnya Imam/khalifah itu adalah perisai,umat berperang dibelakangnya,dan umat berlindung dengannya..

Anonymous said...

Assalamu'alaikum w.b.t... cantik sekali tulisan akhi Ibnu Rashidi, alhamdulillah. Dan semoga kita dapat bezakan mana orang kafir yang memusuhi Islam dan mana kafir yang ada hati perut.

Kesimpulan ringkas yg saya dapat buat di sini, di dunia sekarang ada ramai musuh Islam, dan yang utama sekali perlu diperhatikan ialah Illuminati yang bergerak dalam banyak pertubuhan2 secara rahsia dan terang. Dan di sana juga ada manusia2 yang masih belum beriman yang perlu kita dakwahkan, kerana di lubuk hati kecil mereka ada kebaikan.

InsyaAllah sama2 kita gunakan ilmu dan iman dalam berdakwah, dan bukannya banyak menggunakan emosi. Ada golongan yang menunjukkan emosi merata2 dan itu lah yang boleh memburukkan Islam dan menampakkan bahawa orang Islam tidak beradab dan sebagainya. Ud'uu ila sabiili robbika bil hikmah. Payah jugak kan nak berhikmah? hehe

Itu la yg sama2 kita perlu ingat2kan sesama kita dan perlu tambah2 ilmu. Semoga Allah membantu kita tetap di jalanNya, amiiin.

Ambe dh add link ke blog anta ya Ibnu rashidi, jom tukeran link :) Ila lliqo' insyaAllah .......

Tirana said...

Orang kafir selama-lamanya akan memusuhi Islam. Mereka bertindak secara kasar dan secara halus untuk menyiksa kita umat Islam. Secara kasar ialah seperti yang Ibnurashidi ceritakan di atas tapi yang dibimbangkan ialah secara halus, mereka meracuni pemikiran kita dan anak cucu kita hingga menyebabkan aqeedah kita terpesong. Itulah matlamat mereka, ingin melihat kejatuhan Islam.

Ibnurashidi said...

Salam Sahabatku..

Apabila perisai bagi seseorang itu hilang, mana mungkin dapat menghalang dari ledakan musuhnya. Imam itu wajib bagi umat Islam, kerana itu merupakan penjaga. Penjaga kita. Penjaga dari dihirup sang durjana dengan senang lenang.

P/S : Terima kasih atas komen, pertama kali komen nampak?:)

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam Hikmatun..

Segala puji bagi Allah SWT, segala kecantikkan hanya layak bagiNya. Hamba sekadar menumpang setitis nikmat.

Illuminati, Zionisme, Kristianisasi, Orientalis diantara musuh yang bergerak didalam selimut. Mereka mengkader pemikiran-pemikiran umat Islam itu sendiri sebagai jarum halus menusuk dijiwa2 kita. Hati-hatilah, tindakan mereka bergerak dalam minda separa sedar.

Emosi bukan penyelesaian. Bergerak berasaskan emosi semata tanpa metode sempurna hanya bermain dialam khayalan. Tidak berpijak pada bumi yang nyata. Ramai melaung-laungkan slogan perjuangan, namun umpama tin kosong. Bunyi lebih isinya tiada. Perlu sama-sama kita isi. Supaya hasilnya ada susu manis spt F&N, Nespray dll.

Insya'Allah, sesiapa saja boleh bertukar link dgn saya. Silakan. Semoga ada kebaikan:)

Ibnurashidi said...

Benar Tirana..Kekejaman secara kasar itu pedih, yang halus juga pilu. Kedua-duanya punya tusukan yang sama. Beza hanya dimata, dihati tetap sama.

Ramai diantara kita memekakkan telinga, menutup mata, membisukan mulut melihat penghinaan demi penghinaan. Rogol, Cabul, Rompak, Bunuh, Siksa dan pelbagai jenis perbuatan luar batas pemikiran dilakukan oleh kaum kafir..

Ingatlah bulan Ramadhan hadir punya maksud utk difikir..kenapa berlapar?kenapa mengeluarkan zakat?

Anonymous said...

Salam.. Jhatnye manusia yg b'gelar kafir ni.. Memg melampau.. Smga Allah m'bls perangai bruk2..

Anonymous said...

salam
semoga tabah dan sabar hadapi semua dugaan di dunia ni..
Allah sentiasa bersama dgn org yg sabar kan..:)

Anonymous said...

Salam.
Sedih & geram melihat & mendengar kisah2 tahanan di Guantanamo Bay. Mereka mendabik dada memperjuangkan & menjuarai hak2 asasi manusia,tapi mereka jg yg menghancurkan.

Kamunting pun sama. Semoga ahli keluarga tahanan ISA terus berdoa & bersabar dgn mehnah dunia ini. Sedih, pilu mengenangkan anak2 beraya tanpa bapa, isteri tanpa suami, bertahun-tahun terpenjara.

Semoga kita tidak termasuk dlm golongan mereka yg menyokong & mendokong kelompok yang zalim ini, directly or indirectly, dulu, kini & selamanya..

Ibnurashidi said...

Salam Nur Syahadah..

Memang jahat, mereka tak layak dipanggil manusia lagi. Jika manusia masakan berperangai seperti binatang malah lebih teruk lagi.


P/S : Selamat Hari Raya Maaf Segalanya.

Ibnurashidi said...

Na'am..Innallahha ma'assobirin..Allah bersama orang2 yang sabar. Teringat kisah Bilal bin Rabah disiksa demi pertahankan Islam, Ammar bin Yasir turut mengalami nasib yang sama.

Ibnurashidi said...

Orang Bukit..

Hebat dimata dunia mengatakan mengamalkan kebebasan, memperjuangkan freedom, bermcam2 lgi slogan anti keganasan. Namun hanya sekadar omong kosong.

Tidak tahulah, macammana balasan yg Allah SWT akan berikan kepada mereka yg menzalimi insan tak berdosa. Ingatlah, doa org yang zalim itu direct terus kepadaNYA.

Selamat Hari Raya Aidilfitri OrangBukit:)

nohas said...

Sdr Ibnu Rashidi,
Ada correction on your comment. "doa org yang dizalimi (mazlum) itu direct terus kepadaNYA."
Wallahu'alam.

Selamat Hari Raya 2u2.

Ibnurashidi said...

Owh..terima kasih banyak2 ya saudara..terlepas pandang pula. Ya, doa orang yang dizalimi bukan zalim. Alfu Syukran!!teruskan memperbetulkan keadaan:)

Anonymous said...

Salaaam . hehe biasa lah tu, manusia mana yang tidak lari dari buat silap, x begitu ya akhi.

MMm terima kasih atas info anta pasal orang2 Arab makan makanan untuk jadi incredible HULK tu hehe. Baru saya tahu, nampaknya kena amal tuu. Terawih bulan ni pn x full tiap2 malam 20 raka'at ih ih ih, badan x rock la punya pasal. Kena kuatkan balik badan ni. Terima kasih sekali lg ya akhi, jazaakallahu khoirol jazaa' :)

Anonymous said...

Salam.. Smoga amalan kite d trme n smga yg zalim akn m'dpt blsan setmpal.. Slmat hari raya jgak wt penulis.. Maaf zahir batin ek :)

Anonymous said...

Em,rasenya xpuas je bce cerita thanan tu. Lain kali blhla penulis smbg lg ek.. Utk merasai pendrtaan umt islam yg kte xtau slma ni. Utk keinsfan diri jgak.. Tq for every informtion..

kawaii_desu said...

salam,
Tak sanggup nak melihat...
semoga Allah memberi hidayah ke atas mereke..

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam Hikmatun..

Betul, setiap manusia tidak dapat lari dari kesilapan. Silalah teman-teman perbetulkan yang mana silap ya:D

Insya'Allah..nanti ana cuba senaraikan ubat-ubatan herba yang famous di sini. Makanan tu penting tapi sebaiknya secara besederhana..bimbang terlebih jadi HULK pula:)

Ibnurashidi said...

Salam NUr_Syahadah..

Semoga doa enti dimakbulkan..aminn Ya Raabb..

Selamat Hari Raya Aidilfitri juga ya..pengunjung yang budiman akan ana bagi kad raya nanti Insya'Allah:)

Ibnurashidi said...

Kawaii_Desu..

Itulah, sedangkan mata juga tidak sanggup melihat perbuatan itu inikan pula mahu melakukan sebegitu. Allah SWT Maha Adil.

Ibnurashidi said...

Nur_Syahadah..

Terima kasih, alfu syukran, thank you kerana sudi membaca dan memberi komen. Insya'Allah ada kisah akan ana sampaikan buat kalian. Semoga Allah SWT memberkati kita. Kalau nak copy paste pun tak da masalah..dipersilakan:)

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP