Rezeki Ramadhan
Thursday, September 25, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Pejam celik kita sudah berada dipenghujung Ramadhan. Bulan yang penuh barakah rezeki mencurah-curah tidak terhingga. Baik kepada seorang pengembara, peniaga mahupun si abid yang mendamba cinta. Begitu besar sekali nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita selaku hambanya. Setiap amal ibadat dilakukan berlipat kali ganda pahalanya. Rasa sedih mengenangkan betapa sekejapnya Ramadhan itu menumpang lalu. Belum pun puas mengecap nikmat beribadat sudah berada dipenghujung pula. Mahu saja membiarkan Ramadhan menjadi 365 hari bukannya 30 hari. Namun apakan daya diri dhaif lagi hina, Allah SWT menentukan segalanya semestinya mempunyai hikmah tersendiri. Saya tertarik dengan kata-kata Bediuzzaman Said Nursi :-
Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.
Terkenang memori ketika berada di Malaysia dahulu, semenjak usia 15 tahun saya telah pun menceburi bidang perniagaan di bazar Ramadhan. Berbekalkan beberapa barangan untuk dijual ayah lepaskan saya berdikari sendiri. Oleh kerana keseorangan saya mengajak seorang kawan menemankan. Segala perasaan malu, takut dibuang jauh-jauh. Alhamdulillah, hasil jualan memberangsangkan dan memberikan pulangan yang berbaloi. Bertitik tolak dari situ, semangat berniaga muncul. Pelbagai produk hasil buatan Mak dan Mak Ngah seperti air soya, air laicikang, air jagung serta cucur udang berjaya dijual. Hati gembira tidak terkata. Masakan tidak, duit raya penuh poket sebelum datangnya Hari Raya.
Rentetan Rezeki Ramadhan Dari Iftar Jam’ei
Alhamdulillah syukur tidak terhingga, disamping lapar dan dahaga menjadi ujian rupanya ada rezeki melimpah ruah ketika hendak berbuka walaupun tidak menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan sekalipun. Bukan diminta, tetapi ia hadir. Hadirnya kerana pemberian Allah SWT yang Maha Agung. Berbanding bulan-bulan lain, bulan puasa wang saku sedikit sahaja terusik selebihnya diperolehi dari Ifthar Jam’ei. Jimat sedikit perbelanjaan harian saya.
Jamuan Dirumah Sendiri
Dalam sibuk-sibuk menghadiri jemputan dari masyarakat sekitar, saya bersama teman serumah sempat lagi mengadakan jamuan berbuka pada 20 September 2008 yang lalu. Sebenarnya hajat dihati mahu mengadakan sebelum bulan Ramadhan lagi, namun setiap perancangan itu Allahlah yang menentukan. Allahamdulillah, berkat kesepakatan dapat jua mengadakan majlis berbuka itu yang dihadiri seramai 20 orang dari kalangan teman-teman senegara. Menu utamanya Nasi Bukhari berlaukkan Ayam Merah serta ubi keledek goreng dan kuih Donut hasil sumbangan Ustaz Mat. Segalanya berjalan lancar.
Rakan-rakan yang hadir...
Donut hasil Ust.Mat...
Karipap hasil bersama Ust.Majdan...
Berbuka Kubri Ghufran
Pada 24 September 2008, seorang sahabat lama yang tinggal di Kubri Ghufran menghantar mesej menjemput berbuka di rumah salah seorang sahabat kami. Katanya makanan yang disediakan adalah hasil sumbangan seorang hamba Allah dari kalangan masyarakat Mesir. Setiap tahun pasti beliau akan menyediakan hidangan tersebut. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, dengan senang hatinya saya menerima jemputan tersebut.
Menu berbuka...
Berbuka di Kubri Ghufran...
Maidatul Rahman di Ma’rad
Seperti yang pernah saya ceritakan pada entri-entri lepas, jika tiada jemputan ke mana tempat berbuka Ma’aradlah menjadi medan berbuka puasa bersama teman-teman dari pelbagai Negara. Semoga Majlis seumpama ini terus kekal berterusan ke generasi berikutnya.
Di Ma'arad...
Hadiah Kad & Awards
Pengiktirafan dari kalangan blogger banyak juga diperolehi sehingga tidak sempat untuk saya pungut memandangkan masa begitu cepat berlalu. Namun, sebagai penghargaan balas ingin saya pamerkan juga di sini sebagai tanda terima kasih. Semoga rakan-rakan pengunjung dan blogger terus menerus mengunjungi serta memberikan kritik positif dan membina demi kelangsungan keberkesanan apa yang ingin saya sampai. Terima kasih semua!
Kad dari Cikgu Eya...
Kad Raya & Duit Raya dari Akak...
Kad Raya, Duit Raya & Ketupat dari Kin Hashim...
Kesimpulan
Hadirnya bulan Ramadhan ini memberikan serbu satu barakah, rahmat, maghfirah, mehnah dan rezeki. Bukan sahaja rezeki itu dari sudut zahir sahaja, bahkan batiniyyah dan rohaniyyah juga seiring. Asalkan diniat sesuatu perkara Lillahhi Ta’ala, Insya’Allah akan menjadi ibadat. Jangan hanya sangka pasaraya sahaja punya promosi Aidilfitri, bulan juga punya promosi pahala yang lebih istimewa lagi!
Ibnurashidi
4:13PM, 25 September 2008,
Siberbay.
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
19 komentar:
Sedih rasanya bila mengenangkan Ramadhan bakal berlalu pergi. Seperti kata Ibnurashidi, kalau boleh, biar Ramadhan jadi 365 hari tapi apakan daya.Tahun depan belum tentu kita sempat sambut Ramadhan. Kalau pendek umur, ini merupakan Ramadhan yang terakhir. Apapun mudah-mudahan Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat kepada kita semua.
Untuk Ibnurashidi,selamat hari raya aidil Fitri..maaf zahir dan batin.
Salam.. A'a, sdar xsdar ramadhan dh nk smpai penghujg..smga amalan yg tlh d lakukan sepnjg rmadhan d trime Allah swt..em, byk dpt duit rye ek ust, rm100 :) ..
Oh ye.. Jmuan kt umh sndri ek. Nasi bukhari sape yg buat?karipap n donat cm menyelerakn :) ..kagum btl tgk lelaki pndai msk ni.. Nant blik m'sia blhla komersial kan :D
Tirana..
Semoga kesedihan itu menambahkan kita rasa taat kepada Allah dan hina disisinya.
Doakanlah ditemukan kembali dengan Ramadhan akan datang. Jangan sesekali memohon mati cepat tanpa sebab. Namun mengingati Mati itu adalah cerdik..
Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat semua..
Pe pun slamat menyambt aidilfitri wt ust n kwan2 seperjuangan kt sane.. Smoga dpt blik m'sia cpt2.. Maaf zahir batin..
Nur_Syahadah..
Harapan Insan hina ini begitulah hendaknya. Semoga Allah SWT memberikan maghfirah dan rahmatnya. Ammeenn ya Rabb Ameenn!!
Duit Raya tu nasib baik main tampal kat blog. Kalau dapat betul convert ke duit Mesir dapat LE150 kayo pokcikk sebulan!hehe.
Nasi Bukhari tu..ermm..ehemm..tak tahu plak sapa yg tolong buatkan:D..tula sapa bilang lelaki tak pandai masak, cuma kurang rajin masuk dapur je. Lelaki ni egonya lebih, asyik masuk dapur isteri goyang kaki alamat Nasi tawar jadi masin:)
Realiti bukan Fantasi..
Terima Kasih Nur Syahadah dan rakan-rakan semua yang tidak putus-putus memberi sokongan dan dokongan.
Doakan kami berjaya menamatkan tahun akhir 2008/09 dengan cemerlang. Tiada pengorbanan tanpa kesabaran. Selamat Menyambut Aidilfitri. Diberi peluang beraya bersama keluarga gunakan sebaik mungkin. Bila berjauhan baru terasa:(
Sedih tengok org berniaga di pasar Ramadhan, waktu Maghrib nak hbs, masih sibuk berkemas-kemas..cuma sibuk kejar rezeki dunia...
Tula, sebenarnya perkara ni boleh dielakkan. Ana dulu meniaga juga. Time nak berbuka terus pecut moto balik. Kalau tak sempat berbuke dulu pastu kelam kabut balik. Kiranya sempat lagila. Atas kesedaran individu sebenarnya. Seeloknya ditapak gerai jaja kena ada sebuah surau. Senang orang nak solat. Tak gitu orangbukit?
Begitulah sepatutnya. Tapak pasar Ramadhan cuma sementara shj & digunakan cuma sekali setahun shj, mungkin boleh guna kabin bergerak utk jadikan surau. Apa2 pun,ikut hati jg. Org lelaki lg senang,kat mana2 pun boleh solat, bentang tikar pun boleh. Cuma kat M'sia ni mungkin org nampak pelik sikit. Tepuk dada tanya iman.
uih... Nasi bukhari... kak su tak penah makan. Nanti farid kawin nanti dan masak nasi bukhari, bolehlah jemput kak su. Nak jugak merasa. hehe...
Erm... kak su tak de duit raya atau kad raya nak bagi. Tapi kak su dan memerah otak untuk menghasilkan pantun. Jadi kak su jaja pantun je lah ye...
Salam Ramadhan penuh keberkatan
Salam Syawal yg bakal menjelang
Andai salah kemaafan dipohonkan
Moga rahmat Allah terus berkekalan.
Malam ni malam ke 27 Ramadhan. Selamat beramal... Kak su beramal dlm kereta je lah nampaknya. Balik kg.... yeye!!
Erk... saja nak buat Farid jeles. tapi Farid kak su (anak buah) pun balik sama jugak malam ni. hehe
Salam Ibnurashidi....
Rezeki Ramadhan mmg tak dapat dijangkakan, namun sedi kerana Ramadhan kian hampir meninggalkan kita...
Tahun nie akak beraya diJohor bersama bonda mertua, insyaAllah kalau tak ada aral melintang mungkin, hehe mungkin jerr (tgk jadual suami dulu) balik keKedah...
Akak nak kesempatan nie mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, dan ingin memohon maaf, andai ada salah & silap samda yg disedari maupun tidak..
Semuga Hari Raya diperantau seindah & semanis yg diharapkan, insyaAllah..
OrangBukit..
Ana fikir sepatutnya tapak pasar malam sekurang2nya sediakan tanda dan surau. Senang peniaga nk solat. Ramai yg ana tgk buat tak endah je.
Satu Idea yang bernas..bukan sahaja hospital je bergerak..surau pun kena bergerak juga ya. Laki lelaki mungkin tak mengapa. Sebab mana2 blh dia solat. Pempuan kena tmpt yg tertutup sikit.
Teringat ana keadaan kat sini..Seringkali ana tgk org arab solat di tepi jalan berhenti kereta solat tepi jalan, tepi kaki lima dll. Rasa bangga tgk. kalau kita, mesti ada yg cakap "elehh, nak berlagak nak tunjukk riak, nak tunjuk alim latu"..masalah betul pemikiran begini.
Suara..
Insya'Allah dijemput..kalau saya kahwin macammana nak masak?hehe:)bagi orang lainlah masak ya. Masak ala bujang bolehla.
Eh, takpa. Kad raya dan duit raya tak penting. yang penting meraikan Hari Raya kerana sunnah Nabi. Sebagai kemenangan buat umat Islam..Tapi ada pantun raya pun kira ok juga:)orang menjual kena beli.
Hari Raya semakin tiba,
Muslimin Muslimat sibuk membuat persiapan,
Begitu juga diri hamba,
Andai ada salah silap harap dimaafkan,
takpe kak..dah biasa beraya diperantauan. Hati-hati dijalan raya. Semoga selamat sampai!
AKAK..
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog ana. Semoga amal ibadat kita pada ramadhan kali ini diterima Allah..Semoga bertemu lagi ramadhan akan datang. Aminnn!
Nampaknya nak kena lontar dadula ya beraya. Sorang johor sorang kedah. Apapun semoga bahagia. Ada kesefahaman takda masalah sebenarnya nak raya kat mana pun.
Terima kasih..:)
mmg sayu mengenangkan Ramadhan yg bakal berakhirsikit hari lagi..
betul, mmg pengalaman di Ramadhan mengajar kita erti kesabaran, dan lebih sedar diri..
kalau kita sering ingat kita ada segalanya tapi kita miskin...
dan kalau kita ingat kita tau banyak hal, sebenarnya banyak lagi yg kita tak tau..
dan kita ingat kita ni dah cukup tabah... tapi sebenarnya kita hanya manusia yg lemah yg perlu mmemperbaiki diri
selamat hari raya
salam..
menarikk..food nmpk sedap2 belaka..=p
tu la..klu kata Ramadhan ni.,rezeki mmg melimpah ruah..
rezeki yg tk disangka2 bnyk sngt..Alhamdulillah..
Semoga tabah di perantauan ye..(utk diri sdri jugak sbnanye)..wlupn kekadang tu menitis jugak air mata bila teringat umi n abah..
tp cepat2 betul kan niat..dtg sni utk belajar..dh dpt redha dr umi n abah..gunakn peluang sebaik nya..mudah2an berjaya :)
**ade kad raya utk encek d blog anim.,jemput mengambilnya ya**
Kawaii_desu
Semoga Ibadat diterima..
Biarlah miskin hidup asal jangan miskin Iman dan Taqwa..
Biarlah kita kaya ilmu dari jahil merana..
Kita merasakan kita tabah, namun Nabi Muhammad SAW lebih tabah, Bilal bin Rabah lebih tahan ujian, sahabat-sahabat Nabi lebih mahu bekorban..
Selamat Hara Raya juga buat anda..
Post a Comment