Majlis Ilmu bersama Ulama' Yaman Di Mesir

Wednesday, July 2, 2008



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد



Pada 29 Jun 2008 baru-baru ini saya berkesempatan mengikuti majlis ilmu bersama Syeikh Habib Salim bin Abdullah Assyatiri Alyamani, Mudir Ribat di Tarim, Yaman bertempat di Dataran Hayyul ‘Asyir, Kaherah.



Ikhwah sedang membaca bacaan burdah Imam Al-Busiri beramai-ramai....



Beginilah pemandangan dataran Hayyu 'Asyir diwaktu malam..kelihatan rumah melayu anak-anak Selangor dan Terengganu..




Majlis anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) itu telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari kalangan mahasiswa-mahasiswa Al-Azhar dan Pelajar Perubatan. Alhamdulillah, dianggarkan 500 orang telah hadir bagi mendengar majlis ilmu yang disampaikan oleh Syeikh Habib Salim bin Abdullah Assyatiri Alyamani. Saya tiba dari tanta ketika jemaah sedang menunaikan solat maghrib didataran tersebut. Selepas solat kami mengisi masa terluang sambil menunggu ketibaan Syeikh dan rombongan dengan membaca Burdah Imam Al-Busiri secara beramai. Lebih kurang jam 9 malam Syeikh Habib Salim bin Abdullah Assyatiri Alyamani diiringi oleh Habib Muhammad bin Ali bin Abdul Qadir Al-Habsyi, Habib Umar Habib Zain Alyamani, dan salah seorang pensyarah Universiti Al-Azhar iaitu Syeikh Dr. Jamal Farukh.



Kehadiran Syeikh Habib Salim diiringi anak muridnya, Dr. Jamal Farukh, dan Presiden PMRAM Ust. Khairul Anuar Ismail...




Majlis dimulakan dengan dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Azrul Ismail, Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan. Kemudiannya sebagai pembuka tirai majlis aluan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Khairullah telah berkumandang diikuti ucapan alu-aluan dari Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail.




Syeikh Habib Salim sedang memberikan ceramah...




Seterusnya salah seorang anak murid Habib Salim, Habib Muhammad bin Ali bin Abdul Qadir Al-Habsyi menyampaikan ucapan beliau. Diikuti pula oleh Syeikh Dr. Jamal Farukh memberikan serba sedikit amanat berguna buat penuntut ilmu diperlembahan Nil ini. Sejurus selepas itu, Syeikh Habib Salim pula memberikan ceramah beliau. Banyak nasihat dan pengajaran berguna yang dapat saya ambil dari ucapan beliau. Antara lain beliau menyentuh akan hal kewajipan menuntut ilmu dikalangan usia muda. Beliau juga ada mengingatkan diusia muda inilah banyaknya dugaan nafsu syaitan supaya para pemuda-pemudi melakukan kemaksiatan kepada Allah SWT. Lantas beliau mengingatkan supaya kita senantiasa melakukan taubat sebaik-baiknya. Diakhir ucapan beliau, beliau ada menyampaikan ijazah am cara-cara menguatkan ingatan dan membuka pintu hati bagi menerima ilmu dengan mudah. Beliau juga telah berdoa sebagai penutup majlis pada malam itu.


Selepas majlis tersebut kebetulan rumah kedah diHayyu ‘Asyir mengadakan gerai bazaar tahunan. Dengan kesempatan yang ada, saya bersama sahabat saya sempat menjamah Char Kuew Teow walaupun terpaksa beratur hampir sejam. Malam itu saya tumpang tidur di rumah kedah dan pada keesokkan harinya saya pulang kembali ke Tanta.




Oleh : Ibnurusyd






2 komentar:

Anonymous said...

salam 'alaik. wah alhamdulillah. best betul dapat berjumpa dengan ulama yaman ye. teringin betul nak join majlis ilmu tu. alhamdulillah. beruntung betul student2 mesir ye...

Ibnurashidi said...

wa'alaikumsalam..

alhamdulillah,sini dkt dgn tanah arab..jdi bykla peluang2 mcmni.kalo sape yg ada duit n kelapangan cuti2 leh mlwt syria,jordan,yaman,mekah,turki dll..sbb dah tak jauh.ana pun trngin jugak nak gi,tp maklumla sumber kwngan tak mencukupi..rmai dah ulama' dmamah usia,pengganti pulak agak kurang..tu masalahnye..

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP