Srikandi Agama Mujahidah Sejati (Episod 1)
Thursday, June 26, 2008
“Nurul taknak la mak..nurul nak belajar lagi.Nurul ada cita-cita...”
“Lepas kahwin pun boleh belajar kan..?”. Balas ibunya lembut.
“Yelah..itupun kalau suami nurul benarkan..lagipun nurul tak kenal dia lah mak..Entah baik entah tidak..”. Dia masih bertegas menolak.
“Mak dengan abah kamu kenal sangat budak mustaqim tu..baik budaknya..belajar agama pulak tu..pernah belajar dimesir pulak tu..lagipun dia tu anak kawan baik abah kamu..”. Ibunya menjelas panjang lebar.
“Yelah..tapi nurul tak kenal dia..tengok pun tak pernah..balik mesir ke..london ke..bukan mak yang nak kawin..”. Air matanya mula menitis.
“Hissh budak ni..ada ke cakap macamtu..tak payah berdolak dalih..abah kamu dah setuju pun..minggu depan kamu balik..bakal mak mertua kamu nak datang..Nak tengok bakal menantu katanya”
“Maakkkk..” . Rayu nurul. Tangisannya makin kuat kedengaran.
“Tak payahla menangis..Bukan kamu tak kenal abah kamu tu..”
“Tapi mak..Nurul tak bersedia lagi..Nurul nak belajar lagi..”. Rayunya lagi.
“Nurul..Selama ini mak dan abah tak pernah minta apa-apa dari Nurul..cuma hari ini ja mak ada satu permintaan dari anak mak ni.Abah kamu adalah orang yang paling mak sayang..Permintaan mak..kamu takkan melukakan hati dia..itu ja..”
Sayu kedengaran permintaan kecil ibunya. Tapi amat besar dan berat baginya.
Nurul diam seribu bahasa. Kelu lidahnya dengan permintaan kecil itu. Dia menghela nafas panjang.
Air matanya menitis lagi. Dia tak kemana-mana hari itu. Terperap seharian dalam bilik. Makan pun tidak. Puas kawan-kawan memujuk tetapi hanya air mata yang menjadi teman paling akrab saat itu.
“Aisyah..Nurul tak nak kawin lagi la..”
“Sabarla Nurul..mungkin ada hikmahnya kan..”. Balas Aisyah. Sahabat baiknya dari sekolah menengah lagi dan sekarang mereka sama-sama menuntut di universiti yang sama.
“Hikmah apa..Nurul terpaksa korbankan masa belajar Nurul untuk khidmat Nurul kepada suami..Aisyah tahu tak..Nurul tak kenal pun sapa bakal suami Nurul tu..”
“eemm..entahlah..Aisyah pun tak tahu macamna Aisyah nak tolong nurul..kalau Aisyah ditempat nurul pun Aisyah tak tahu nak buat apa..Tapi dulu nurul juga pernah bagitau Aisyah yang mujahidah sejati tetap kental semangatnya walau dimana dia berada.”
Kata-kata itu benar-benar membuatkan nurul tergamam dan membisu. Benar..Mujahidah sejati tetap kental semangatnya dan itulah cita-citanya. Mungkin dia perlu pasrah jika inilah ketentuannya. Walaupun berat baginya untuk menolak kerana ini adalah permintaan ayah ibunya, tapi takut melukakan hati mereka adalah jauh lebih berat baginya. Dan tidaksama sekali untuk menjadi anak derhaka.
“Nurul..Puan Aida asyik pandang nurul ja tadi..pastu dia cakap nak Nurul ke pejabat dia. Banyak sangat mengelamun tu..”. Suara Aisyah kepada Nurul.
“Ye ke Aisyah..?Tak perasa pulak Nurul..”
“Nak perasan apanya..kalau otak tu asyik melayang je kepada insan yang tersayang..”. Aisyah berseloroh.
“Tolong sikit..nurul tak kenal pun sapa-sapa yang tersayang selama kat sini..”
“Kalau dulu..?”. Pintas Aisyah membuatkan Nurul terdiam seketika.
“Nurul dah lupa semua tu..sekarang Nurul cuma fikirkan tentang study Nurul..Tapi Nurul Cuma berat hatilah Aisyah..rasa macam mak ayah tak fikir pun hati dan persaan Nurul. Kita tak ikut, takut derhaka, bila ikut makan hati sendiri..”. Nurul seakan mengeluh.
“Janganla fikir macamtu..Tak baik..bagi Aisyah , mak dan ayah Nurul sudah buat keputusan yang terbaik untuk Nurul..mungkin Nurul ja yang belum mampu untuk memahami..”
“Entahlah Aisyah..serba salah Nurul jadinya..Nurul ada cita-cita..”. Balas Nurul lemah.
“Yelah..seeloknya Nurul bincanglah dulu dengan keluarga macamna..eemm..dahla..pergi cepat, Puan Aida nak jumpa Nurul tu..”
Bersambung seterusnya...
Hasil Nukilan : Fakhruz Hadfi Bin Ghazali@2007
Disemak oleh : Ibnurusyd
0 komentar:
Post a Comment