Penemuan baru tinggalan silam

Tuesday, June 24, 2008




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Penemuan menakjubkan  
77. "Dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa. “Pergilah kamu dengan hamba-hambaKu (Bani Israil) di malam hari maka pukullah (buatlah) untuk mereka jalan yang kering di laut itu, kamu tidak perlu takut akan tersusul dan tidak perlu khuatir (akan tenggelam),” 
78. Kemudiannya Fir'aun dengan balatentaranya mengejar mereka, lalu mereka digulung oleh ombak laut yang menenggelamkan mereka.
79. Dan Firaun telah menyesatkan kaumnya dan tidak memberi petunjuk."   
( Surah Taha ayat 77,78,79 )
Ayat diatas menceritakan bagaimana berlakunya kisah sang Firaun mengejar Nabi Musa sehingga akhirnya Allah SWT menurunkan mukjizat kepada Nabinya lalu Firaun ditenggelamkan Allah SWT dalam sebuah lautan. Menurut kajian lautan yang dikatakan tempat terbelahnya laut itu ialah di Teluk Aqaba, Nuweiba. Pada tahun lepas, saya sempat berkunjung ke Nuweiba yang mana ianya terletak dibahagian Sinai bertentangan pula dengan aliran laut merah. Seberang laut merah itulah kita dapat melihat dengan jelas bumi Jordan, Palestin (Israel) dan Arab Saudi. Subhanallah, air yang tenang itu rupanya menyimpan seribu satu rahsia khazanah sejarah. Patutlah ianya menjadi rebutan Israel sehingga kini.





Pemandangan dari atas bot yang kami naiki ketika merentasi laut merah ( Redsea )...


Bergambar di Qal'ah Salehuddin Al-Ayubi berlatar belakangkan laut merah dan negara Palestin (Israel) , Jordan dan Arab Saudi...


Peta kedudukan negara Mesir...

Menurut kajian juga, seorang Arkeologi bernama Ron Wyatt ketika mana pada akhir tahun 1988 lalu telah mengatakan bahawa dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam dilautan tersebut ketika waktu kereta tersebut digunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya. Rujuk web asal.


Roda kereta kuda yang ditemui??...

 
Menurut pengakuannya, beliau juga telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama pasukannya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama. Penemuan ini sudah tentu menguatkan lagi dugaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan sebahagian dari kerangka para bala tentara Firaun yang tenggelam di laut Merah.


Roda yang diselaputi batu karang memandangkan usianya mencecah ribuan tahun lampau...

Selepas daripada itu, pihak Stockhlom University telah membuat kajian terhadap beberapa sisa tulang belulang yang telah ditemui itu. Maka hasilnya sememangnya benar bahawa struktur dan kandungan beberapa tulang itu telah berusia sekitar 3500 tahun silam bersamaan tahun dinasti Mesir purbakala. Bagi menguatkan dakwaan itu, menurut kajian sejarah pula peristiwa terbelahnya laut itu juga berlaku dalam kurun waktu yang sama.



Inikah roda emas kereta kuda Firaun?..

 
Selain daripada penemuan kereta kuda itu,ditemui juga sebuah roda dengan 4 buah jeriji yang dibuat daripada emas. Barangkali, inilah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh Firaun ketika itu.
Tidak mustahil itu adalah hasil tinggalan Firaun kerana sudah terbukti sebelum ini sehingga sekarang akan wujudnya khazanah Firaun terutamanya yang masih tesergam di Kaherah iaitu Piramid Giza dan banyak lagi monumen , artifak yang didapati di Luxor serta lain-lain tempat. Ianya menjadi hikmah akan kebenaran Al-Quran bagi mereka-meraka yang ingkar. Maha suci Allah SWT yang Maha mengetahui segala rahsia alam ini.

Kereta Kuda Mesir kini
Tahukah anda kesinambungan daripada penggunaan kereta kuda bukan hanya digunakan pada zaman dahulukala sahaja. Bahkan era globalisasi kini juga masyarakat Mesir khususnya masih lagi menggunakan kereta kuda sebagai transport utama mereka ketika ini. Mungkin disesetengah negara ianya tidak lagi digunakan, atau hanya menjadi perhiasan muzium sahaja. Fenomena ini amat jarang dilihat terutama ditanah air kita. Cuma dari segi perbezaannya ketika zaman dahulu roda kereta kuda dibuat daripada besi dan kayu tetapi kini masyarakat arab Mesir menggunakan kretiviti mereka dengan menukar roda kayu dan besi kepada tayar lori atau kereta.


Kelihatan penumpang sudah penuh, tunggu untuk bergerak..lokasi gambar diambil berdekatan pasar tani Iskandariah ketika saya melawat baru-baru ini..



Kereta kuda arab mesir kini digunakan untuk mengangkut menumpang dari pasar ke kampung masing-masing...lokasi juga dipasar tani Iskandariah

Ini pula kereta kuda jenis angkut barang berpossing bersama arab....aksi ini dirakam dihadapan kuliah Al-Azhar, Tanta ketika selesai Imtihan syafawi

Begitulah resam budaya rakyat Mesir yang unik, hasil penggabungan tamadun lama dan baru menjadikan Mesir sentiasa dikunjungi penduduk dunia yang datang untuk melancong, belajar, meniaga dan lain-lain urusan. Ianya menjadikan Mesir sebuah negara yang senantiasa sibuk dengan kedatangan orang luar. Walaupun bumi anbiya’ ini masih lagi mengamalkan dasar darurat dan sekularisme oleh pemerintah akan tetapi terselit dicelahan itu untaian mutiara bernilai sukar dijual beli iaitu Ulama’ dan Al-Azhar. Akhir sekali sebagai penutup, cuba renungkan kata-kata ini …“tidak semua perkara buruk itu tidak ada baiknya dan tidak semua perkara baik itu tidak ada buruknya.”


Sumber rujukan :-


Ibnurashidi
9:00 AM
25 Jun 2008


3 komentar:

Anonymous said...

Wah menariknya... satu hari nnt,dgn izin Allah..akan ku jejakkan kakiku di bumi Anbiya' itu..insyaAllah =)

"Sesungguhnya dlm penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda2 bg org yg berakal, iaitu org2 yg mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), " Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia2; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dr azab neraka."

Ibnurashidi said...

Insya'allah cik in semoga cita-cita enti akan tercapai kelak..disini terlalu byk tinggalan sejarah kdg2 tak terlarat nak lawat semuanya..walaubagaimanapun,pertama skali niat berjauhlah adalah krna ingin melihat ciptaan Allah smbil memerhati gelagat mahkluknya. Dan apa yang perlu jgn biarkan perjalanan anda tanpa berfikir satu saat pun, krn stiap detik anda berfikir anda tidak tidak akan rugi sedikit pun malah keuntungan menjengah pula..

sekian,wassalam.

Ibnurashidi said...

salam..komen ni khas dtujukan buat aanajah sebab byk kali bertandang untuk bertnyakan pasal feed rss..ni ana bagi feed harakahdaily.semoga berjaya buat!


http://harakahdaily.net/index.php?option=com_rd_rss&id=1

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP