Filem itu kita pelakonnya?!

Friday, June 20, 2008




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Cuba anda bayangkan sekiranya anda berada didalam sebuah penjara yang mana penjara itu tertutup rapat kerana dikelilingi oleh tembok besi dan batu. Dibiarkan pula anda berada dalam suasana gelap gelita, sumber makanan juga kurang serta tidak berkhasiat. Apabila anda sakit tidak ada bantuan perubatan, tidak ada ubat-ubatan. Kemudiannya dihina dan disiksa pula seperti anda bukan tergolong dalam golongan manusia yang merdeka. Setiap hari begitulah penyiksaan zahir dan batin terpaksa dialami. Bahkan bukan anda sahaja menjadi begitu, keluarga anda juga turut merasa keperitan terpenjara. Kebebasan anda bergerak kesana kemari telah disekat sewenang-wenangnya. Suara anda seumpama jeritan seekor semut yang tidak didengari oleh sang manusia malah terus pula dipijak dihentak-hentak kakinya sekuat mungkin tanpa perikemanusiaan oleh sang manusia itu sehingga mati terpenyet. Terasa mahu menjerit kepada manusia diluar sana supaya membebaskan anda bukan?tetapi malangnya suara anda tidak didengari oleh manusia diluar sana kerana tembok batu bata dan besi membataskan suara anda untuk sampai ke telinga manusia diluar. Dalam keadaan itu ada manusia diluar sedar akan keberadaan anda berada didalam penjara itu, tetapi mereka hanya mengatakan “ahhh, biarkan saja dia bukan aku yang kena..bukan keluarga aku yang diseksa..asal dapat isi perut boleh hidup bahagia..apa aku peduli semuanya!” dan ada pula yang sering berkata “yeke kena penjara?kena seksa?kesiankan mereka..” kemudiaannya ungkapan tersebut hilang begitu sahaja dek tiupan angin alpa menyelubungi diri.


Pelakon itu adalah kita

Baru-baru ini kita digemparkan dengan filem Fitna yang dibuat oleh seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilders. Pelbagai respon, kutukan, kejian, caci maki, demontrasi telah dibuat. Manakala dalam filem edisi ini pula saya yakin anda sudah mampu bayangkan situasi diatas sebaik mungkin dengan penuh penghayatan jiwa. Saya yakin anda dapat mengagak siapakah watak sebenar yang berada didalam penjara itu dan watak yang berada diluar penjara. Filem hebat dan popular dimata dunia ini telah dibintangi oleh kita sendiri. Pelakon-pelakonnya adalah umat Islam itu sendiri dan diback-up pula oleh pelakon utama bergelar bapak syaitan Yahudi!!Amat mudah untuk kita memahami plot jalan ceritanya seandai anda seorang yang peka tentang umat Islam, peka tentang isu semasa, sensitif pula dengan kehidupan sekeliling. Nama “PALESTIN” sudah tidak asing lagi untuk didengari oleh umat Islam dan penduduk dunia dari dulu sehinggalah sekarang. Itu yang saya maksudkan sebenarnya. Keadaan sebenar sebuah penjara besar bernama “GAZA” yang dikelilingi oleh puak Yahudi Laknatullah dan umat Islam itu sendiri. Anda boleh bayangkan sendiri suasana kehidupan mereka sehari-hari disana. Dentuman bom dan bedilan meriam sudah basi untuk mengejutkan jantung-jantung mereka, malah seumpama kedengaran seperti letupan meriam buluh dan mercun dikala musim perayaan ditanah air barangkali. Jeritan anak-anak palestin kelaparan, kesakitan menderita berpanjangan seakan-akan tidak memberi kesan langsung kepada telinga-telinga pembesar negara yang dikatakan Islam. Semuanya seakan bisu seribu bahasa. Laporan Palestinkini menguatkan lagi plot cerita diatas bagi membayangkan suasana sebenar mereka disana:-
Jumaat, 20/06/2008 -Satu laporan yang dikeluarkan oleh pertubuhan Eropah yang berkempen untuk membatalkan kepungan menyatakan bahawa jumlah mangsa kepungan telah meningkat kepada 116 pesakit Palestin termasuk kanak-kanak sejak awal 2008 yang menunjukkan Semenanjung Gaza menyaksikan satu kenaikan kematian pesakit yang ketara. Menurut laporan itu, jumlah bilangan mangsa sejak kepungan Israel yang dikenakan setahun yang lalu kini telah mencapai 192 orang pesakit. Kempen itu telah memberi amaran bayang kematian mengancam ramai pesakit yang mengalami penyakit kronik dan serius disebabkan oleh kekurangan ubat-ubatan dan sekatan Israel yang dikenakan ke atas perjalanan rawatan perubatan di luar kepungan Semenanjung Gaza.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/penterjemah : hijjaz79





Masjid Al-Aqsa masih berdiri teguh..menanti saat diroboh...


Ruang bawah Al-Aqsa yang dikorek Yahudi kononnya mencari artifak suci tinggalan Haikal Sulaiman...


Kemanakah budak palestin ini diheret?apakah nasibnya selepas itu?...

Bayang mereka adalah adik-adik kandung kita?!

Tidak ada lagi laungan Jihad seperti era Nubuwwah, Khulafa’ ar-rasyidin dan Khalifah Islam yang lain. Itulah kayu ukur sebenar umat Islam betapa lemahnya diri, betapa dayusnya umat Islam sehingga saudara seislam sendiri terseksa juga tidak diambil peduli. Kita hanya tahu berbalah sesama sendiri, kita hanya berlagak hero dengan pidato-pidato semangat mempertahankan dasar asobiyyah kuffar, kita berasa bangga mempertahankan kedaulatan nation state. Itu realiti hidup kita.
 

Tua muda, lelaki wanita tidak lagi dipedulikan oleh beruk-beruk kafir ini...

Lelaki tua kurang upaya juga tidak terlepas dari cengkaman mereka...siapa pembela?!


Kesimpulannya
 
Tidakkah anda rindukan panglima perang yang hebat seperti Saidina Umar Al-Khattab?...Salehuddin Al-Ayubi?...Khalifah Mu’tasim?...Khalid Ibnu Walid?...Sultan Abd Hamid?..bahkan deretan lagi pahlawan Islam yang hebat menghiasi lakaran sejarah silam. Merekalah yang menjadi pelindung umat Islam dari serangan musuh-musuh Islam. Menyatukan umat Islam dengan sebenar-benar penyatuan terbebas dari belenggu Nasionalisme, Sekularisme, Kapitalisme, Asobiyyah, Islam Liberal, Hadhari dan lain-lain fahaman sesat lagi menyesatkan. Tidak mahu digelar sebagai pelakon filem itu?maka lakukanlah sesuatu untuk mereka..Marilah bersatulah wahai ummah yang satu!!

Berita selanjutnya klik sini atau disini..


Ibnurashidi
5:56 PM
20 Jun 2008


6 komentar:

Bashir IbnDzul said...

assalamu'alaikum..

artikel ni dah best, tapi macam tergantung..

kalau nyatakn camna cara nak bantu ke baru ada solution..

just my humble opinion.. tegur jika ana perlu diperbetulkan..

Ibnurashidi said...

wa'alaikumsalam..

syukran krna ada jgak yg ambik brt dan bertanya..sebanrnya ana saja biarkan persoalan tu supaya kita sendiri sama2 fikir cara ke arah itu..mungkin rmai tertanya2 apakah caranya yang berkesan..perenggan last sekali ana ada sebutkan..tapi hanya kiasan..bagi mreka yang faham..akan dptlah jawapannya..BERSATU DENGAN SATU UMMAH..perkataan bersatu atas satu fikrah dan akidah itulah yang nama bagi contoh cara bagaimana nak menolong umat Islam yang ditindas..beri kesedaran kepada umat supaya hindarkan sentimen asobiyah,jauhkan perbalahan khilafiyyah,hilangkan semangat kenegaraan..itu antara punca utama penghalang penyatuan. Dimalaysia,dimesir,iraq,indon,dan byk lagi negera Islam masing2 asyik berbalah sesama sendiri dan hanya fikir periuk nasi sendiri,pemimpin masing2 sibuk kumpul harta dan mcm2 lgi gejala yg berlaku.Mcmmana nak timbul semangat keislaman yg jitu kalo itu pun belum dapat dibentuk..mengapa Nabi menyatukan kaum muhajirin dan ansar?dan beberapa kabilah lain hanya dengan satu akidah atas kalimat LAILAHAILLALLAHMUHAMMADURASULULLAH..apa relevan dari penyatuan itu?tidak lain tidak bukan krn utk membentuk sebuah daulah Islam umat Islam perlu bersatu dahulu..itu pandangan saya yang dhaif..mungkin enta ada penambahan silakan..

Anonymous said...

salam. alhamdulillah info yg bermanfaat. cukup bertuah kerana masih ada lagi insan yang mengambil berat tentang saudara2 kita di luar sana, menjadi mangsa kekejaman org2 yg tidak memunyai belas kasihan dan tidak berperikemanusiaan. sesungguhnya mmg dan teramat2 rindukan dgn perjuangan zaman2 rasulullah & khulafa' arrasyidin.. hanya doa sahaja yg mampu kita jadikan senjata untuk membantu saudara2 kita di sana. teruskan menulis.. wallahu 'alam..

Ibnurashidi said...

salam sejahtera buat srikandi..

Salam,kita juga cukup bertuah seandainya masih ada lagi muslimah yg turut serta mengambil tahu dan ingin memartabatkan umat Islam itu sendiri dikala pemuda pemudi sekarang dipengaruhi budaya hedonisme melampau sehingga tergadai maruah demi krna suntikan barat..semoga kita terus thabat dan jauh dari golongan ini..ampunkanlah dosa kami Ya Allah..

Anonymous said...

salam
mereka semua x ada sifat perikemanusiaan dan tak dapat hidayah dr Allah..
sedih je tengok gambar tu..

Ibnurashidi said...

wa'alaikumsalam..

Sudah tentu..tidak ada gunanya membuat perjanjian damai dengan Israel..seperti bercakap dengan tunggul..Israel dan Kristian perlu diajar dengan mata pedang baru bertemu buku dengan ruas..

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP