Selepas Imtihan bermula cuti
Wednesday, June 18, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Alhamdulillah hari ini hari rabu 18 Jun 2008 bersamaan 14 Jamadil Akhir 1429 dan semalam pula ialah hari selasa. Ini kerana semalam saya baru sahaja selesai menjalani imtihan syafawi@oral speaking for subject Quran and fikh. Ini bermakna tirai peperiksaan pada tahun ini merangkap pada fasal ini telah pun berlabuh bagi memberi laluan kepada cuti yang akan berlangsung 4 bulan kebiasaannya. Maka berpusu-pusulah masyarakat azhari menempah tiket kapal terbang untuk pulang bercuti mahupun yang sudah menamatkan pengajian disini. Tetapi tidak semua, ada yang di dalam kotak fikirannya ligat memikirkan arah tujuan selepas ini, mahu melancong?mahu bertalaqqi?mahu itu dan mahu ini. Bergantung kepada individu masing-masing. Malah malam semalam, sekali lagi pihak DPMT telah menganjurkan Jaulah Matruh Siwa sebagai pelengkap jadual tahunan takwim program persatuan. Dengar khabarnya hanya sebuah bas saja yang bertolak berbanding Jaulah Sinai musim sejuk lalu sebanyak 2 biji bas. Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pihak penganjur kerana antum mampu melakukannya kembali pada tahun ini. Semoga lebih baik dari tahun lepas. Saya sudah pun sertai Jaulah Matruh Siwa tahun lepas, tidak mampu dari segi kewangan untuk sertai kali kedua pada tahun ini. Coretan Jaulah tahun lepas bolek klik disini.
Pemandangan Universiti Al-Azhar cawangan Tanta dari sudut sisi...
lorong tepi kuliah yang biasa saya gunakan dari rumah menuju ke kuliah...
Jalan pulang ke rumah saya ke Siberbay
(nama kampung tu, bunyi mcm canggih jekan..hehe) dari Kuliah...
(nama kampung tu, bunyi mcm canggih jekan..hehe) dari Kuliah...
Perasaan dan Perancangan saya
Bagi saya, apa perasaan saya bila selesai imtihan?apakah plan saya selepas ini?adakah perlu saya menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh saya sendiri?..tidak ada masalah, saya jawabkan demi untuk berkongsi kepada teman blogger sekalian. Pertamanya, perasaan selepas selesai imtihan tidaklah boleh dikira umpama burung yang terlepas dari sangkar kerana selagimana keputusan belum diperolehi selagi itu tekanan debaran masih terasa. Agak fobia dengan keputusan peperiksaan terutama tahun lepas. Apapun diharapkan tahun ini lebih bermakna buat diriku, keluarga tersayang berbanding tahun lepas. Ya Allah Ya Tuhanku, engkau Maha Mengetahui sengala isi hatiku...
Pemandangan kuliyyah Usuluddin dari sebalik tembok diselaputi debu..
Inilah pintu gerbang utama untuk masuk ke dalam kampus..simple tapi bermakna..terdapat Ammu Polis berkawal disitu..
Perancangan selepas ini kalaulah nak disenaraikan bertubi-tubi ia hadir memenuhi segenap penjuru urat saraf otak untuk difikirkan. Tidak perancangan kita kadang-kadang tidak semuanya akan Berjaya dilakukan melainkan dengan kehendak Ilahi jua. Cuti kali ini saya sudah pun menempah dari sahabat saya Ust.Fahmi selaku Exco DPM Mansurah untuk menyertai Jaulah ke Fayyum, tasik Qarun, kincir air zaman dahulu, ladang anggur dan mangga katanya. Insya’Allah. Selain itu terfikir juga ingin ke Qal’ah Salahuddin Al-Ayubi di Kaherah sebagai pelengkap lawatan saya sebelum ini yang pernah pergi ke Qal’ah beliau di Sinai dan Iskandariah. Semoga hasrat tercapai, apapun bergantung juga kepada sumber kewangan dalam poket. Ada duit jalan, tak dak duit berangan. Ada juga sahabat-sahabat saya bertanya, “enta tak balik cutike tahun ni?ana insyallah balik..” macamtulah lebih kurang persoalan yang dilontarkan kepada saya. Saya jawab “duit poket pun cukup-cukup makan, nikan nak balik cuti. Modal tiket saja LE4 ribu”. Ada sahabat-sahabat yang nak support saya balik??amatlah dialu-alukan..hehe.
Kesimpulannya.
Entri kali ini sekadar bercerita tentang saya sebagai selingan untuk artikel ilmiah yang lain. Insya’Allah ada sumber kewangan pergerakan saya akan berjalan lancar disini, tetapi wang bukanlah matlamat utama hanya sekadar wasilah sahaja. Kepada sahabat-sahabat yang ingin pulang ke Malaysia , bawalah bersama-sama ilmu anda pulang sebagai hadiah buat keluarga, masyarakat dan agama Islam. Bagi yang ingin bercuti, hati-hati dijalanraya semoga Jaulah anda mendapat pengalaman berguna dan keberkatan. Bagi yang duduk saja dirumah, buatlah kerja yang berfaedah. Sekian, wassalam.
Ibnurashidi
3:57PM, 8 Jun 2008,
Siberbay
3:57PM, 8 Jun 2008,
0 komentar:
Post a Comment