Dinar : Takrif dan Sejarahnya

Tuesday, June 17, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


Dinar

Pada asalnya kalimah dinar ini diambil daripada perkataan latin iaitu “Denarius Aureus”. Ia merupakan salah satu syiling emas yang telah digunakan oleh masyarakat Rom ketika itu.

Takrif

Dari segi bahasa ia dinamakan timbangan manakala dari segi istilah pula ialah merupakan salah satu daripada matawang emas yang telah digunakan dikalangan golongan arab serta telah pun diketahui dan digunakan oleh golongan arab semenjak sebelum datangnya Islam. Kesinambungan penggunaan mata wang dinar ini diteruskan Islam oleh golongan arab ketika itu.
Di dalam Al-Quran ada menyebut tentang matawang dinar iaitu dalam surah Al-Imran : 75 yang bermaksud :-

“Di antara ahli kitab ada yang jika engkau percayakan kepadanya harta yang banyak, nescaya dia mengembalikannya kepadamu tetapi ada pula diantara mereka yang jika engkau percayakan kepadanya satu dinar dia tidak mengembalikannya kepadamu kecuali jika engkau selalu menagihnya…”

Sejarah Matawang Dinar

Penggunaan matawang dinar ini telah pun digunakan oleh masyarakat arab, rom dan beberapa Negara lain lagi sehinggalah sekarang ianya masih relevan digunakan kerana nilai emas adalah stabil berbanding matawang yang ada sekarang. Di antara Negara yang masih lagi menggunakan dinar sebagai tukaran wang ialah negara Jordan.
Kebiasaan pemerintah rom dan empayar yang menggunakan dinar emas sebagai matawang mencetak gambar wajah ketua Negara dikepingan syiling tersebut. Seterusnya era penggunaan dinar ini diteruskan oleh Khalifah Abdul Malik pada tahun 77H dan beliau juga telah memperbaharui matawang tersebut mengikut kesesuaian semasa.
Kemudiannya penggunaan dinar emas diteruskan pula selepas tahun 100H bersamaan 718M oleh pemerintah Islam di cordova iaitu salah sebuah pusat penyebaran Islam terkenal didunia ketika itu ketika empayar Andalusia membuka kawasan sepanyol. Kelangsungan itu bermula selepas jatuhnya daulah Umawiyyah berpusat di Damsyik atau disebut Dimasyq. Selepas itu, ianya berpindah ke Baghdad pada tahun 146H bersamaan 763.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Makmun matawang dinar telah dicetak dengan ditulis keatasnya menggunakan Khat Kufi dan ditulis juga namanya dengan kalimah “Abdullah Al-Makmun”. Manakala akhir pengeluaran dinar di Baghdad ketika mana jatuhnya daulah Abbasiyah pada tahun 661H bersamaan 1262M. Begitu juga di Mesir penggunaan matawang dinar ketika zaman pemerintahan Saifuddin Haji pada tahun 737H iaitu 1346M. sebenarnya penggunaan matawang dinar ini tidaklah berakhir begitu sahaja malah telah di Hind pada zaman Nasaruddin Mahmud ( 644H-664H / 1246M-1266M ). Begitu ketika era pemerintah Khilafah Uthmaniyyah juga masih mengekalkan penggunaan matawang dinar ini dengan kadar 23 ¾ iaitu 1/6 dirham. Justeru itu, setiap kali bertukarnya pemerintahan baru wujud beberapa perubahan ke atas penggunaan matawang dinar itu sendiri bergantung kepada Sultan yang memerintah sesebuah negara tersebut.

Rujukan :
  • Kitab Qodoya Muasarah tahun 3 kuliah Syariah Islamiyyah, tanta oleh Dr Sulaiman Ramadhan Muhammad dan Dr Khalid Ahmad Sulaiman Syabkah disampaikan oleh Dr Mustofa.
  • Tafsir Al-Quran.
  • Kamus At-Tullab, Ust.Hussain bin Unang, Darul Fikir.

16 Jun 2008
6.00PM


0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP