Dirham : Jenis dan Kadar

Sunday, June 15, 2008



4. Dirham Jauraqiyyah

Ianya berasal daripada perkataan “Mauraqiyyah” dan merupakan Dirham era empayar Byzantine semasa pemerintahan Imperialisme Maurikius (582-602). Kadar timbangannya ialah sebanyak 4 dawanik setengah hamper serupa timbangan Dirham Thobariyyah.

5. Dirham Hubariyyah

Ia dinisbahkan dari nama seorang gabenor bernama Umar bin Hubairah. Beliau merupakan salah seorang Gabenor yanh pernah mentadbir di Iraq ketikamana zaman Yazid Bin Abdul Malik iaitu salah seorang khalifah dinasti Umayyah. Kadar timbar Dirham itu ialah sebanyak 6 dawanik.

6. Dirham Khalidiyyah

Ia berasal dari nama seorang Gabenor Iraq di zaman Khalifah Hisyam Bin Abdul Malik (734H) iaitu Khalid Bin Abdullah Al-Bajli. Dirham tersebut di cetak dan dikeluarkan dengan ditambah nilai timbangannya serta digunakan sehingga tahun 737H.


7. Dirham Yusofiyyah

 Diasaskan dan dicetak oleh Yusof Bin Umar At-Tsaqafi juga merupakan salah seorang gabenor di Iraq selepas pentadbiran Khalid Al-Bajli. Berat timbangan dirham era zamannya ialah sebanyak 7 dawanik.


8. Dirham Nasiriyyah

Ia mula dicetak ketika mana zaman Al-Malik An-Nasir Salehuddin Yusof Bin Ayub dan diarahkan mengeluarkan dirham tersebut dengan kadar separuh tembaga dari perak.


9. Dirham Kamaliyyah

Ia berasal dari nama Al-Malik Kamil Muhammad Ibnu Malik Adil Al-Ayubi di Mesir. Ianya telah digunakan secara meluas diseluruh Mesir ketika itu. Di zaman pemerintahan beliau, beliau telah membatalkan penggunaan Dirham An-Nasiriyyah pada tahun 622H seterusnya mencetak dirham baru selepas itu.


Kadar Dirham

Setelah kita mengetahui serba sedikit asal usul dirham yang pelbagai itu seterusnya saya bawakan anda untuk memahami sedikit sebanyak kefahaman saya berkenaan kadar Dirham ketika mana digunakan dizaman yang lalu. Sebenarnya terdapat banyak pendapat akan anggaran jumlah serta kadar timbangan sebenar dalam perkiraan era dahulukala. Akan tetapi saya hanya bawakan pendapat yang lebih rajah demi memudahkan kefahaman bersama.


Telah disepakati ahli fekah, sejarah, bahasa bahawa sejak bermulanya era sinar Islam dahulu lagi penggunaan dirham di dalam Islam ( syarak ) ialah sebanyak 6 dawanik. Yakni kadar setiap 10 dirham itu bersamaan dengan 7 misqal ( misqal dalam erti kata sebenar ialah Dinar emas ).

Berkata Ibnu Khaldun di dalam kitab masyhurnya iaitu Muqaddimah dengan katanya : Telah diketahui dan disepakati semenjak zaman kegemilangan Islam ( Nubuwwah ), tabe’in kadar dirham syare’i adalah sebanyak 10 dirham bersamaan 7 misqal daripada nilai emas. Dan sebanyak 1/12 tahil bersamaan 40 dirham.
Berkata pula alkhatobi : Sukat sukatan bagi masyarakat Madinah dan timbang timbangan bagi masyarakat Mekkah.


Sesungguhnya timbangan tersebut adalah berdasarkan kepada pengeluaran zakat dalam kaedah timbangan masyarakat Mekkah serta merupakan kadar dirham di dalam Islam. Iaitu sebanyak 10 Dirham : 7 misqal. Perbezaan kadar timbangan kerana wujudnya perbezaan diantara kedua-dua buah negeri tersebut.



Rujukan :

* Kitab Qodoya Muasarah tahun 3 kuliah Syariah Islamiyyah, tanta oleh Dr Sulaiman Ramadhan Muhammad dan Dr Khalid Ahmad Sulaiman Syabkah disampaikan oleh Dr Mustofa.
* Tafsir Al-Quran.
* Kamus At-Tullab, Ust.Hussain bin Unang, Darul Fikir.



7:41 pm
15 Jun 2008

0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP