Dari Perlembahan Nil ke Pangkuan Ummah
Sunday, June 29, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Muqaddimah
Salam sejahtera buat semoga rakan dan teman. Semalam aktiviti saya agak padat memandangkan hampir seharian mengikuti program “Kembali ke pangkuan Ummah” anjuran DPMT Tanta . Alhamdulillah, sekali lagi penganjur berjaya mengadakan pada tahun ini walaupun bilangan peserta agak kurang mungkin juga ada yang pulang tidak sempat untuk menyertainya. Hadirnya saya pada program itu bukanlah sebagai peserta yang akan pulang ke tanahair pada tahun ini, akan tetapi sebagai mengisi masa terluang dengan pengisian berfaedah seperti itu yang jarang diadakan. Tambahan pula saya dikehendaki menyediakan laporan untuk diterbitkan didalam buletin bulanan “Suara Permata” sebagai lidah rasmi DPMT. Bukanlah suatu perkara yang mudah dan boleh dipandang ringan apabila ditaklifkan sebagai wartawan kerana ia memerlukan ketepatan fakta dan kesahihan maklumat supaya outputnya nanti tidak ada cacat celanya. Inilah suatu pengalaman baru bagi saya menceburkan diri dalam bidang kewartawanan walaupun ianya bukanlah sebagaimana seperti menjadi wartawan akhbar dan tabloid terkemuka kini. Tetapi amanah yang diberikan itu tidak dapat tidak kita tidak boleh mengambil mudah tidak kiralah perkara itu remeh ataupun berat. Biar ianya sekecil zarah sekalipun, itu sudah menjadi kewajipan untuk kita melaksanakan.
Tujuan saya bukanlah berniat untuk berceloteh hal ehwal kewartawanan ataupun amanah dan tanggungjawab. Akan tetapi ingin saya kongsikan sedikit info-info hasil intisari program semalam buat tatapan sahabat sekelian. Baiklah, sebenarnya tujuan diadakan program seakan kursus itu kepada para mahasiswa tanta yang akan pulang ke kampung adalah seumpama menyediakan alatan perang untuk berjihad dimedan tempur. Maksud saya, pendedahan yang diberikan adalah berkisar tentang bagaimana caranya seorang mahasiswa azhar pulang bercuti di qaryah masing-masing dalam pada waktu yang sama boleh memberikan khidmat berguna kepada masyarakat setempat dengan kadar ilmu terbuku didada. Maka ini merupakan salah satu tujuan diadakan program tersebut supaya persediaan yang berbekal boleh diberikan kepada masyarakat tanpa rasa resah.
Tentatif program
Sebagaimana biasa dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengerusi majlis. Seterusnya lebih kurang jam 9:30 pagi program dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi DPMT Ust.Wan Hadiyuddin Wan Mahmod. Bagi mengisi slot pertama, Ust.Hushaimi Hussian selaku moderator telah membicarakan hal berkaitan azan iqamah bagi bayi baru lahir, tahnik dan aqiqah. Dalam sesi slot pertama itu beliau membicarakan bagaimana kaedah betul yang diajarkan oleh Nabi SAW serta didatangkan dalil nas-nas daripada kitab fikh muktabar seperti Fikh Manhaji, Minhaju Tolibin dan sebagainya. Alhamdulillah, pelbagai respon dan reaksi persoalan dikalangan peserta telah diajukan kepada beliau. Antaranya beliau menyentuh hal cara mencukur rambut bayi yang biasa dilakukan dimalaysia khususnya. Kebiasaannya masyarakat hanya sekadar menggunting beberapa jemput rambut tetapi hakikat sebenar untuk mendapat pahala sunnah Nabi SAW ialah dengan bercukur keseluruhannya. Saya pernah melihat acara bercukur dan selawat ketika mana berada dimalaysia dahulu, ada beberapa jenis adat melayu ketika membuai buaian bayi sambil selawat mereka meletakkan pisang emas diatas buaian tersebut. Sehingga kini saya masih terfikir apa relevannya dibuat begitu. Teringat juga sewaktu anak paklong saya yang mengalami masalah menangis tanpa henti (semacam cerita Ahmad Albab lakonan Allahyarham P.Ramlee), kemudiannya bermacam cara digunakan untuk mendiamkan bayi tersebut. Antara cara yang agak kelakar bagi saya ialah salah seorang pakcik lalu dia ambil beberapa helai daun ubi dan dikibas-kibaskan ke muka bayi sambil memujuk supaya berhenti menangis. Akan tetapi berterusan bayi menangis tanpa henti. Akhirnya si Ibu bayi berniat akan mengadakan kenduri seandai berhenti menangis. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT senyap serta merta bayi itu. Begitulah sinopsis ceritanya, seandai adat itu tidak bertentangan dengan syariat tidak ada masalah, jika berlawanan lebih baik hentikan. Moderator turut menyelitkan aktiviti praktikal dikalangan peserta yang hadir untuk mengukuhkan lagi kefahaman mengenai apa yang diterangkan secara teori sebelum itu. Slot pertama tamat pada jam 12:04 PM.
Ust Hushaimi sedang memberi penjelasan dalam slot pertama...
Kemudiannya, pada jam 1:30 PM slot kedua diteruskan lagi oleh Ust.Zuhdi Mat Piah dalam membincangkan hal berkaitan khutbah samaada khutbah jumaat, hari raya aidilfitri atau aidiladha. Alhamdulillah, banyak juga tips bermanfaat yang dutarakan oleh beliau beserta pengalaman peribadi untuk dikongsi bersama. Penutup slot kedua turut diadakan aktiviti praktikal membaca khutbah. Majlis ditangguhkan selepas itu bagi memberikan laluan solat dan menjamu selera.
Ust.Wan Othman tengah praktik khutbah..pasni nampak gayanya bergegarla Selangor..
Sebagai mengisi slot ketiga program turut disiarkan rakaman cara-cara dan penyembelihan haiwan korban sebagai menambah lagi ilmu sedia ada. Turut diadakan slot cara-cara menguruskan jenazah yang diterangkan oleh Ust. Nazri Meli secara teori dan praktikal. Majlis berakhir dengan sedikit ucapan penutup oleh Ust. Anuar Kamal merangkap Penasihat DPMT 07/08.
Penutup
Kesimpulannya, kepentingan menguasai ilmu teori dan praktikal adalah amat perlu untuk terjun dalam masyarkat kelak supaya tidak timbul fitnah para ilmuan Islam tidak mampu menjadi pemimpin masyarakat dalam memberikan input-input islami berguna. Sebagaimana kita tahu, masyakat Islam ketika ini sedang mengalami kekacauan pemikiran dalam memahami manhaj Islam sebenar. Lantas kewujudan agamawan sebagai penyelamat amatlah diperlukan segera dalam mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Sekian, wassalam.
Ibnurashidi
3:28PM, 29 Jun 2008,
Siberbay .
Siberbay
0 komentar:
Post a Comment