Ia menjelma membawa cerita

Saturday, May 17, 2008




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد



Hari berganti hari, minggu bulan juga bersilih ganti. Akhirnya ia muncul kembali membawa seribu persoalan, sejuta pengorbanan dan dugaan. Secebis keikhlasan sebagai kekuatan disamping tawakkal kepada Ilahi Rabbi. Itulah dia namanya asam garam “peperiksaan”. Samaada anda ikhlas atau tidak dalam menempuhnya, ia tetap akan bersama anda seandai mahu memperolehi segulung ijazah. Tiada ‘short cut’, tiada jalan pintas untuk berjaya. Semuanya mempunyai peraturan tersendiri. Untuk menjadi seorang pengamal peraturan kita perlu menjadi seorang pengikut peraturan terlebih dahulu. Itu protokolnya. Persoalannya sudahkah anda bersedia untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan dari Doktor@Pensyarah yang ditujukan kepada anda? Saya lontarkan pertanyaan ini, bererti anda berhak menjawabnya. Saya juga sudah pasti tidak terlepas untuk menjawabnya. Pada entri kali ini, saya tidak akan menyatakan ‘skill’ atau teknik menjawab peperiksaan secara mendalam, tetapi hanya menyatakan sedikit info dan cerita-cerita disebalik tabir sebuah peperiksaan. Jika anda kelapangan untuk membaca entri berkenaan persediaan dan teknik menjawab, bolehlah klik di sini.


Macam-macam gelagat pelajar

Saya sengaja menyelitkan sedikit cerita di sini sebagai santai minda dan hilangkan kerinduan saya dalam menulis entri. Terasa lama benar tidak menjadi seorang ahli setia kepada blog dan sesawang. Izinkan saya mencuri sedikit masa dalam kekalutan mempersiapkan diri ke medan perang. Mungkin anda sedar atau tidak, ketika menghadapi peperiksaan pelbagai ragam perangai pelajar-pelajar kedapatan di sana sini. Tidak terlepas juga saya bersama mereka. Ada yang masih stabil mentalnya sambil mencari-cari peluang untuk ‘lepak’ dan bergurau senda tanpa sebarang anasir kecelaruan. Ada juga segolongan bertungkus lumus ke sana kemari bersama kitab kesayangan mereka seumpama sepasang kekasih sedang hangat bercinta tidak boleh terpisah antara satu sama lain. Bahkan ada yang lebam matanya akibat efek terlebih jaga malam kurangnya tidur terkesan bahang peperiksaan. Tetapi, dalam banyak-banyak kelibat manusia. Saya begitu kagum dengan beberapa individu berlainan skill dalam menghadapi peperiksaan. Golongan otak ‘pick-up’ ini agak kecil dan sukar dijumpai di dalam sesebuah komuniti pelbagai. Mereka di anugerahkan akal kecerdasan gred A dan kekuatan hafalan tidak kurang hebatnya. Mengambil masa 2,3 hari sahaja untuk menghadapi peperiksaan ghalibnya. Tetapi menatijahkan keputusan yang agak memeranjatkan berbanding insan biasa seperti saya. Apakah rahsia mereka?. Bagi pandangan saya itu semua anugerah Allah SWT kepada manusia tertentu. Tahap kecerdikan yang diberi itu ada hikmah tersurat dan tersirat. Apa mungkin Allah SWT menghadiahkan sesuatu anugerah hanya sekadar untuk beliau berbangga atau timbul ujub di dalam diri?. Adakah anugerah dan nikmat itu bukan satu ujian kepadanya?. Sudah tentu jawapannya Ya!, setiap penciptaan Allah SWT atas sesuatu mempunyai hikmahnya tersembunyi. Gunakanlah akal berlandaskan keimanan kurnia Ilahi untuk berfikir tentangnya. Buka minda luas-luas seluas hamparan bumi seandai anda mampu. Insya’Allah, di sana anda akan melihat hakikat sebenar penciptaan.
"Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik hidayat dari Allah. Dan bila tergelincir dalam dosa maksiat, maka harus membaca istighfar"
Abul -Abbas Al Masri


Terlanjur berbicara hal ehwal otak ‘pick-up’ maka saya juga berhak untuk memuji masyarakat arab umumnya, khususnya masyarakat arab mesir. Mengapa? Kerana secara pukul ratanya saya kagum dengan kekuatan otak mereka kebanyakkan menghafaz kalam mulia Al-Quranul Karim sedari usia mentah 3,4 tahun. Subahanallah! saya begitu teruja dengan anak-anak mereka yang telah pun menghafaz 30 juz tamam. Maka tidak mustahillah syarat utama pelajar arab mesir untuk memasuki Universiti Al-Azhar adalah hafaz Quran 30 juz. Berbalik kepada golongan seterusnya, terketegori sebagai golongan otak ‘standart’ termasuk saya barangkali. Mereka ini, tidak serupa dengan golongan pertama tadi. Perlu menghadapi peperiksaan dengan bersungguh-sungguh serta sistematik. Bermalasan ertinya anda menuju kepada kegagalan pada pengamatan saya. Golongan ini juga ada hikmah tersembunyi perlu diungkaikan bersama. Dugaan malas dan istiqamah bermujahadah dalam peperiksaan menjadi cabaran utama. Percaya atau tidak ramai dikalangan golongan azharian itu sendiri masih gagal untuk lulus madah Al-Quran. Kenapa ini terjadi?. Fokuskan kepada sikap malas dan istiqamah nescaya anda ketemu jawapannya. Memang betul, golongan otak standart selalunya bukanlah tergolong dalam golongan otak pick-up. Kuat hafalnya walau sebentar cuma. Teringat saya pada cerita-cerita drama dan kartun keluaran Jepun. Antaranya animasi yang popular masakini Naruto ( bukan untuk melibatkan diri anda meminati Naruto, tetapi sekadar istifadhah santai ). Watak Naruto bukanlah pada asalnya seorang yang hebat dari pelbagai segi. Malah dia dilabel sebagai kurang pick-up dan lembab dalam terkedepan berbanding rakan-rakanya. Tetapi apa yang menyebabkan namanya menjadi fokus tajuk besar dan hero dalam cerita ini?. Nah, satu pengajaran dapat diambil. Untuk berjaya gabungan mantap antara berusaha bersungguh-sungguh, ikhlas, mempunyai matlamat yang jelas di samping rajin menuntut ilmu menjadi modal besar kepada anjakan bersepadu otak standart kearah otak pick-up, Insya’Allah. Tertarik dengan kata-kata Dale Carnegie:-


"Kebanyakan perkara penting yang berlaku di dunia ini disempurnakan oleh mereka yang terus dan sentiasa berusaha walaupun ia nampaknya tidak mempunyai harapan langsung"



Good luck pada maksud


Anda selalu dan kerapkali mendengar ungkapan ini bukan? Terutamanya ketika menjelang peperiksaan atau sebarang bentuk kerja untuk mendapatkan kejayaan. Tahukah anda apa maksudnya?. Sebelum ini saya ada mengunjungi sebuah blog datangnya dari pelajar Malaysia menuntut di negara ‘omputih’ barangkali. Sila klik disini untuk ke blognya. Saya tertarik dengan isi entri beliau menyebut tidak perlu menyebut ‘Good Luck’ kerana maksudnya membawa kepada pergantungan tuah bukan kerana Allah SWT. Percaya atau tidak pada zahir maknanya saya merasa terpanggil untuk menyokong beliau. Ada logiknya. Mungkin ada sahabat sahabiah beranggapan selainnya, itu hak anda untuk menyuarakan pendapat. Ayuh, sila berikan komen anda yang bernas di dalam ruangan Chat Box yang saya sediakan atau komentar sahaja di sudut bawah artikel. Saya lebih suka berdiskusi dari menyatakan pendapat bersendiri. Seandai salah kita perbetulkan. Sekiranya kurang kita tambahi dengan ilmu dan tsaqafah.

Kesimpulannya


Sebagai akhirnya, segala subtopik yang saya bawakan berkisar cerita peperiksaan ini terselit beberapa persoalan dan info untuk dikongsi teman-teman serta tindakbalasnya harapan saya ada jawapan dan info berguna juga dari kalian buat saya memikirkannya kembali. Ala kullihal, saya merasa terkategori otak standart. Oleh itu tiada masa yang panjang untuk berceloteh ketika ini. Ku hulurkan tangan kepada antum ingin menyatakan sejuta kemaafan dari hujung urat rambut sehingga hujung jari kaki seandai pernah ada permusuhan di antara kita maka rapatkanlah kembali, tersentuh hati, terguris jiwa dan perasaan, termakan minum halalkanlah. Maafkanlah teman seIslammu jika anda masih memahami ukhwahfillah. Ku doakan agar kita berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan tahun ini. Ameennn..

Sekian, terima kasih.

7:10 pm
17 Mei 2008

2 komentar:

suara said...

Salam ibnurusyd...

Ayat dalam bahasa apa sekalipun, terkadang kita tak boleh terjemahkan bulat-bulat. Lain jadinya. 'Good luck' sebenarnya bermaksud 'semoga berjaya' atau 'selamat berjaya', bukan 'tuah baik' atau 'semoga bertuah'. Dan kalau kita ucapkan dalam bahasa Malaysia, kemudian terjemahkan pulak bulat-bulat ke bahasa Inggeris, maksud 'selamat berjaya' akan jadi 'safe success'. Tak ke pelik tu? Hehe...

Kesimpulannya bergantung kepada individu, nak sebut dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu atau Bahasa Arab. Kak Su tak tahu bahasa Arab, jadi tak boleh nak bagi contoh kat sini. Ini pendapat peribadi saja. Tapi kak su memang galakkan diri sendiri untuk gunakan bahasa Melayu jika tak pasti dan ragu-ragu tentang maksud satu-satu perkataan tu. :)

Satu lagi nak cakap tentang kepintaran yang dianugerahkan kepada bangsa Arab dari segi hafalan. Rasanya ia disebabkan oleh amalan sedari kecil yang mana bacaan Quran itu mempertajamkan fikiran. Fikiran tajam kerana hati bersih yang sentiasa dibasuh dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

Teringat ceramah hafazan oleh Ustaz Shafie yang dihadiri akhir bulan lepas. Kagum bila dia bercerita ttg anak-anaknya yg seramai 13 orang, 6 darinya adalah hafiz. Anak beliau yang berumur 4 tahun pun telah menghafal beberapa surah yang panjang. Kepintaran mereka terbukti luar biasa bila dilihat pada pencapaian akademik anak2nya.

Apapun, Allah memang anugerahkan pelbagai dugaan kepada kita dengan pelbagai cara untuk melihat adakah kita akan menjadi hambaNya yang bersyukur atau sebaliknya. Kepintaran juga adalah dugaan... Kesenangan juga sama...

Semoga kita dijauhkan dari sikap-sikap yang buruk dan dimurkai ALLAH. Amin.

Ibnurashidi said...

salam..terima kasih kpd suara yg telah bersuara..

ana rsa suara ni bernama kak su yer.ok apepun syukranlah krn cuba utk komen.ini sbnrnya yg ana suka sbb ada org menegur dlm perbuatan kita.kritik membina itu amat perlu kdg2 krna ianya akan memberi manfaat yg berguna dlm penulisan ssorang itu.

Berbalik kepada mslah goo luck tu.ana leh trima komen kak su mgkin dalam sstngh kalimat ada byk mkna dan kefahaman nya kita boleh terjemahkan dan tak leh dtrjemahn scra street gitu je.Kalimat good luck tu ana dpt dri blog seorg blogger kat UK katanya begitu.jdi bila difikirkan mcm ada bnarnya juga.apa2pun terpulanglah pdi individu s'org tu utk memahaminye.

Byk faktor kenapa kita kurang lemah dri segi ingatan dan tidak secerdik bangsa yg lbh bju terutamanya spt jepun dll.antarnya sistem pembljaran kita yg agak ketara dicontrol oleh golongn politik yg hnya mlhat manfaat bukan kbjikan dlm mmberi pendidikan.bgaimana akan mncul generasi yg berilmu seandai pemimpin jge krg cerdik?dan ada lgi bebrpa faktor lain, pemakanan, didikan ayah ibu. Yg paling utama krn hati2 jiwa rohani kita tercemar dgn bnda2 kotor maka mnjadi gelap spt batu. Teringat satu kisah Imam Hajar yg pada satu ketika mula2 beliau menuntut ilmu beliau sering mengadu akan dirinya lemah dalam hafalannya. Lalu beliau trus memencilkan diri di sebuah gua dan dlm keadaan itu Allah telah mnunjukkan satu hikmah kpdnya apabila beliau melihat titisan air yg menitik diatas batu. Lama kelamaan batu itu menjadi lekuk akibat hakisan air. Maka beliau pun terfikir sedangkan batu yg keras juga boleh menjadi lekuk inikan pula hati manusia. Sudah tentu dapat dibersihkan juga sgala karat2 ternoda..itulah serba sedikit komen dari sy sbgai respon kak su..datanglah ziarah slalu yer.

salam..

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP