( 3 Mei 2008 ) Hari Ini Dalam Sejarah..

Saturday, May 3, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
 
Kesyukuran tidak terhingga ku panjatkan kepada Allah SWT yang maha pengasih lagi penyayang kerana pada hari ini 3 Mei bersamaan 27 Rabie’u Thani telah genaplah umurku 23 tahun. Terima kasih tidak terhingga buat mak tercinta ( Rohani Bte Rahim ) yang bersusah payah mengandungkan saya selama 9 bulan kemudiannya sanggup menahan perit sakit ketika melahirkan seterusnya membesarkan saya. Tidak dilupa juga buat ayah tersayang ( Md. Rashidi Bin Abas ) yang telah memberi didikan, pengajaran serta menjaga diri ini sehingga mampu untuk bergerak sendiri mencari erti kehidupan dan tanggungjawab seorang lelaki. Ini kerana sebagaimana kita tahu ibu bapalah yang mencorakkan seseorang bayi yang lahir ke dunia samaada akan beragama Yahudi, Nasrani ataupun Islam. Oleh itu, terima kasih sekali lagi dan bersyukur kepada Allah SWT kerana saya dilahirkan sebagai seorang muslim serta mengecapi nikmat Iman dan Islam. Tidak mampu untuk saya balas segala jasa mak dan ayah melainkan hanya mampu menuturkan kata-kata sebagai penghargaan. Insya’Allah tunggulah kepulangan anakmu bersama segenggam kejayaan bersama.

Selama 23 tahun kelahiran diri ini ke dunia pelbagai kisah suka duka, cabaran, pahit manis kehidupan telah ditempuhi samaada bersama keluarga mahupun teman-teman seperjuangan. Kisah hidup suka duka itu telah mewarnai hidup ini menjadikan ia bertambah seri dengan warna-warni kehidupan dan pengalaman yang berharga. Insya’Allah pengalaman serta sedikit ilmu didada akanku cerna bersama bagi menghasilkan suatu output berguna buat tatapan umat ditanah air kelak.


Ust.Zahran tengah ceduk kuah mee kari...


Sekadar hiasan je..
 

Berbalik kembali kisah hari lahir saya pada hari ini. Hari ini dalam sejarah. Kenapa saya berkata begitu?jawapannya, kerana inilah kali pertama dalam hidup saya sepanjang 23 tahun saya diraikan bersama kek. Lebih kurang jam 12 malam semalam, saya menerima 2 biji kek hari lahir daripada teman seperjuangan di Tanta ini iaitu Ust.Zuhdi dan Ust.Zahran. Terima kasih buat kalian kerana sanggup bersengkang mata meraikan bersama dan mengusik-ngusik saya di malam hari. Juga tidak dilupai buat Ust.Akmal Abd Hamid yang turut serta bersama kami serta ahli bait rumah terdiri daripada Ust.Najib, Ust.Syauqi dan Ust.Zul. Saya juga mengharapkan semoga kalian semua mendapat keberkatan, dimurahkan rezeki oleh Allah SWT dan Najah pada imtihan kali ini. Kemudiannya, lebih kurang jam 2 petang waktu mesir tadi sekali lagi saya dikejutkan dengan penerimaan sebiji kek lagi oleh jiran rumah saya iaitu Ust.Kamal Jamadi. Ala kulli hal syukran Jazilan..Kullu am wa antum bikhair..Ini mencukupkan bilangan kek pada tahun ini sebanyak 3 biji dan menjadi sejarah pertama dalam hidup saya. Terasa terharu di dalam hati tetapi tidak mampu diterjemahkan dengan kata-kata ( memandangkan saya jenis susah nak sedih dan menangis, jadi nampak cool jela..hehehe ). Malam semalam juga sempat saya masak sedikit mee kari dan agar-agar sebagai hidangan jamuan kepada teman-teman yang hadir bersama. Semoga antum kenyang yer!.


Jamuan simple yang kelam kabut...

 
Kek Ust.Kamal pulak datang menjelma...


Kek Ust.Zuhdi bagi...


Justeru itu, sebernarnya pelbagai hikmat tersurat dan tersirat sepatutnya kita fikir bersama setiap kali hadirnya ulang tahun kelahiran. Bertambahnya usia bermakna anda semakin menuju ke hari tua. Jadi timbul persoalan di sana, apa yang dilakukan seusia umur kita?sudah cukupkah ilmu didada?sudah terbuatkan amal ibadat demi keredhaan Allah azza wajalla?. Maka kita sebagai insan yang mampu berfikir dengan akal yang cemerlang bersandarkan keimanan sejati berhak menjawab persoalan diatas sebagai muhasabah diri.

Akhirnya, sebagai penutup kalam. Saya memohon kepada Allah SWT supaya memberkati umur saya, menunjuki jalan yang lurus bersama taufiq dan hidayah, menambahkan ilmu dan kekuatan rohani, menguatkan diri untuk terus mengabdikan diri kepadaNya, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dengan hiasan iman dan taqwa pengubat lara..ameeen Ya Rabb..sekian, wassalam.



Ibnurashidi
07:00pm, 03 Mei 2008,
Siberbay 

6 komentar:

Anonymous said...

setiap hari bermakna langkah kita ke destinasi terakhir semakin hampir. semoga pertambahan usia ini, mendewasakan diri, mematangkan fikiran dan tindakan..moga keimanan dan ketaqwaan semakin meningkat selaras usia.

MOHD ZUHDI MAT PIAH said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nahwanNur said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ibnurashidi said...

salam..

terima kasih kepada Nahwannur..doakan kejayaan bersama..amin Ya rabb..

Unknown said...

biar kita usia kita makin bertambah,asalkan iman kita segagah sewaktu kita remaja dulu

Ibnurashidi said...

Tu yang nak kena muhasabah balik tu, usia remaja iman entah kemana masih tergoncang-goncang dek persekitaran semasa. Minta dikuatkan Iman juga, dan dipermudahkan urusan dunia akhirat..

Untuk muslimin muslimat, smga diberkati Allah sentiasa:)


.........

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP