Dirham : Takrif dan Jenis
Friday, June 13, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Pengenalan
Sebermula era nubuwwah berterusan era Khulafa’ar-Rasyidin dan daulah khilafah yang lainnya umat Islam telah mengenali serta menjadikan matawang dinar dan dirham sebagai pengantaraan muamalat seharian. Nilainya juga bersamaan dengan nilai emas dan perak. Sehingga kini segelintir sahaja umat Islam dan negara Islam masih mengamalkan bagi kegunaan nilai mata wang. Kebanyakkan para pemimpin Islam dan Negara Islam itu sendiri lebih mengagungkan nilai matawang fiat atau kertas yang pada asalnya tidak ada nilai.
Dirham syariah
Dari segi takrifnya, dirham ialah satu unit daripada satu unit syiling perak di dalam Islam. Namanya berasal daripada nama “Darakhimah Al Yunaniyah” dan dipinjam oleh golongan arab untuk dijadikan matawang Islam ketika mana berlakunya pertembungan budaya dengan bangsa lain dunia sewaktu pembukaan kota-kota Islam baru.
Pembahagian Dirham
Sesungguhnya semenjak bermulanya sinar Islam terdapat pelbagai jenis dirham yang diguna pakai oleh masyarakat arab khususnya. Ketika mana era awal zaman khalifah Umawiyyah didapati tiga jenis dirham yang diguna pakai, diantaranya ;-
1. Dirham Suud atau Dirham Baghliyyah
Dirham Suud berasal dari Parsi dan dinamakan dengan gelaran tersebut kerana dirham itu mengandungi lebih komposisi tembaga berbanding perak. Manakala Dirham Baghliyyah pula dinisbahkan kepada nama seorang yahudi bernama “Baghal” atau “Ra’sul Baghal”. Iannya mula ditempa dan keluarkan ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab r।a dengan berat wazannya ialah 8 dawaniq malah lebih berat lagi dari Dirham Thobariyyah dan Samiriyyah.
2. Dirham Thobariyyah
Berat timbangan dirham ini ialah separuh daripada kadar Dirham Baghliyyah iaitu sebanyak 4 dawaniq. Ianya digunakan serta dikeluarkan ketika zaman Abbasiyah dalam lingkungan wilayah Thobarstan. Juga terdapat dizaman Umawiyyah.
3. Dirham Samiriyyah
Namanya diambil juga dari seorang yahudi yang bernama “Samir” dan diguna ketika era gabenor Hajjaj bin Yusuf kemudiannya diislahkan oleh Khalifah Abdul Malik serta digunakan sebagai syiling Islam. Dari segi berat timbangannya ia dikira sebanyak 6 dawaniq, pertengahan antara berat Dirham Thobariyyah, Baghliyyah dan Samiriyyah.
Bersambung seterusnya…
6:44 pm
13 Jun 2008
13 Jun 2008
0 komentar:
Post a Comment