Liqa' Kamsis Qalyubie berjaya

Saturday, April 19, 2008



SIBERBAY, TANTA : Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) sekali lagi berjaya menjayakan program bulanan iaitu Liqa' Kamsis di kawasan masing-masing. Kehadiran para pelajar pada itu agak memberangsangkan seramai lebih kurang 40 ahli turut serta hadir. Antara pengisian dalam Liqa' tersebut ialah solat maghrib berjemaah, solat hajat sempena imtihan dan kejayaan umat Islam seluruh dunia, bacaan tahlil, solat Isya' berjemaah dan tazkirah oleh Pengerusi DPMT iaitu Ust. Wan Hadiyuddin Wan Mahmood. Sebagai pembuka bicara, penghulu kamsis Qalyubi iaitu Ust. Nazirul memulakan kata-kata aluan dan merangkap pengerusi majlis pada malam itu.

 
Antara isi tazkirah yang disampaikan oleh Ust. Wan Hadiyuddin Wan Mahmood beliau ada menyebut supaya berkenaan pembawakan dan matlamat utama dianjurkan majlis Liqa' Kamsis pada setiap bulan. Dalam tazkirah tersebut, beliau menekankan supaya ikatan ukhwah sesama ahli DPMT harus diperkukuhkan lagi. Hasrat ini bertujuan bagi mengelakkan dari terjebak dengan sebarang anasir-anasir luar untuk memecahbelahkan ikatan ukhwah yang terbina sekian lama dikalangan ahli DPMT umumnya. Disamping itu, beliau juga ada menyentuh soal-soal isu semasa antaranya berkenaan kenaikan harga beras secara mendadak, keselamatan pelajar-pelajar dan amnu daulah ( ketua polis ). Sebagai penutup ucapan beliau diadakan sessi soal jawab bersama para penghuni kamsis Qalyubie. Akhirnya sebagai penutup program diadakan sedikit jamuan ringan buat para ahli yang hadir. Majlis berakhir sekitar jam 9 malam.



Bergambar kenangan bersama Pengerusi DPMT


Tetamu sedang menjamu selera..roti fino aje..hehe

Hidangan selepas tazkirah...


0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP