Majlis Alumni Y2k di Tanta

Saturday, April 19, 2008

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Bersyukur dengan limpah dan inayah Rabbul Izzati sekali lagi saya diberi peluang untuk mencoretkan sedikit tulisan meluahkan, menceritakan, memberitahu dan berkongsi pengalaman sehari-hari berada di bumi Mesir ini buat tatapan rakan-rakan diluar sana. Tidak dilupai juga selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan kaum kerabat baginda.


Alhamdulillah baru-baru ini sekali lagi saya bersama sahabat-sahabat lama bertemu disuatu Majlis Alumni Pelajar-pelajar Yayasan Khairiah, Kampung Pisang, Kupang, Baling Kedah. Seramai lebih kurang 20 teman lama yang turut serta memeriahkan suasana pada hari itu ( Khamis, 18 April 2008 ). Acara dimulakan pada petang itu dengan gotong-royong memasak bersama-sama sebagai juadah kami pada hari itu. Antara menunya ialah ikan talapia bakar, ayam panggang dan sup. Seterusnya diadakan sedikit majlis tahlil sebelum jamuan makan dihidangkan.


Bergambar kenangan bersama-sama...


Sembang-sembang...khusyuk nampak dengar topik..


Kesimpulannya, majlis alumni sederhana ini walaupun nampak simple tetapi berjaya menghimpunkan semula sahabat-sahabat lama yang membawa haluan masing-masing biarpun hanya semalaman. Semoga ikatan ukhwah kita kekal selamanya berlandaskan cinta ilahi..Insya’Allah.


Sekian, Wassalam.




0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP