Kembara Usrah ke Baltim
Sunday, April 13, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Pada 13 April 2008 bersamaan 6 Rabi'ul Akhir 1429 sekali lagi saya berkelana merantau ke negeri lain tetapi masih dalam lingkungan Mesir juga. Konsep yang dibawa masih mengekalkan istilah 'Jalan-jalan cari pengalaman' bukan 'cari makan' yer. Oleh kerana istilah itu belum digugurkan lagi, maka saya mengambil peluang waktu yang ada untuk bersama-sama rakan dan anak-anak buah Usrah Ust.Firdaus Al-Qanuni dan Ust.Shahidudin telah mengadakan Jaulah ke Baltim sebuah pantai yang juga terdapat di utara Mesir.
Perjalanan bermula pada jam 7 pagi dan memakan masa hampir 2 jam lebih untuk sampai ke destinasi tersebut adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan bagi pelajar yang suka bersantai di dalam 'Tramco' atau van. Setiba didestinasi tujuan, kami memulakan acara membakar, memanggang dan melihat ayam serta ikan dibakar. Dalam keadaan penat berjaulah ditambah terhidu bauan ayam panggang sudah tentu perut menyanyi-nyanyi lagu rancak.
Selepas siap aktiviti memanggang kami seterusnya memulakan sessi ringkas ta’aruf dalam usrah gabungan 2 kumpulan. Alhamdulillah, selepas itu diadakan pula diadakan perlawanan bola sepak pantai bagi memenuhkan lagi tentatif program seharian di pantai Baltim. Cuaca ketika itu terasa panas tetapi bayu laut menghembus tenang menyegarkan kembali saluran pernafasan selepas lelah bermain bola pantai. Motif utama disusun tentatif sebegitu adalah tidak lain tidak bukan kerana ingin mengeratkan tali silaturahim ukhwafillah yang sedia ada menjadi lebih kukuh lagi. Tambahan pula berada diperantauan ini sebenarnya amat memerlukan ikatan sebegitu memandangkan masing-masing berjauhan dengan ahli keluarga masing. Sudah tentu bagi pelajar-pelajar junior khususnya agak kekok untuk menempuh hidup sendirian ditanah asing.
Walaupun masa perlawanan sekitar 20 minit, tetapi kelihatan masing-masing tersenyum puas kerana berjaya mempamerkan skill terbaik bak football star di arena antarabangsa. Terus ke aktiviti yang ditunggu-tunggu ramai, ( termasuk penulis, dah berapa kali telan air liur tengok ayam tergolek tanpa disentuh ) iaitu menjamah hidangan bersama bekalan nasi yang dibawa. Alhamdulillah, syukur kami dapat menikmati makanan dengan tenang bahkan ada yang diam tak terkata ketika menjamah barangkali terkedu sebentar dengan kelazatan rempah ratus ayam panggang yang disediakan oleh Ust.Jamil Kedah.
Perut dah beralas, bola dah bergolek disepak, apalagi mata juga turut layu akibat penangan hidangan makanan tengahari. Kami bergambar kenangan beramai-ramai dan terus bersiap untuk bertolak pulang ke Tanta. Sempat menunaikan solat di Masjid berdekatan dan singgah di pasar tani Baltim. Kemudian terus pulang dan sampai selepas Maghrib di Siberbay, Tanta. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan oleh kami. Semoga objektif dan pengalaman berjaya dicapai bersama…Bertemu lagi di lain waktu, sekian.
Wassalam.
Ibnurashidi
0 komentar:
Post a Comment