Jaulah Iskandariah ( Alexandria )
Friday, April 11, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Pada hari Sabtu 5 April 2008 bersamaan 29 Rabie’ Awwal 1429 lepas, saya berpeluang menjejaki kaki kali kedua ke bumi Iskandariah yang mana telah pernah dijejaki sebelum oleh panglima perang yang masyhur didalam sirah Islam iaitu Salahuddin Al-Ayubi suatu ketika dulu bagi menyebarkan keagungan Islam. Ini kerana pada kali ini agak meriah memandangkan saya berpeluang bersama-sama rakan tantawiyyun seramai 12 orang ( bersamaan sebuah tramco) turut serta didalam jaulah ke negeri utara mesir ini.
Destinasi pertama kami ketika mana sampai ialah tempat bernama Muntazah. Sebuah taman indah begitu terkenal dikalangan warga Mesir , pelajar-pelajar
Istana Farouk...
Bergambar bersama Ammu Gahari disebalik bunga...
Jambatan merah yang cantik...
Menuju ke laut...
Pemandangan laut...
Pakcik Arab sedang memancing...
Tanpa membuang masa, kami terus menuju ke destinasi kedua iaitu sebuah kubu pertahanan tentera di zaman Sultan Qaitbay iaitu salah seorang Sultan Mamalik ( 1472M ) masih utuh, teguh dari dimamah usia. Walaupun kadar bayaran masuk dikenakan sebanyak LE10 namun saya tetap tidak melepaskan peluang yang ada untuk mengunjungi dan memasuki Qal’ah tersebut memandangkan bukan senang kesempatan berkunjung ke tempat-tempat sejarah begini diperolehi lagi. Kedapatan pelbagai lapisan masyarakat Arab turut mengunjungi Qal’ah tersebut. Pada fikiran saya, mungkin musim cuti agaknya… Kubu tersebut dibina amat stretegik jika diambil kira kedudukannya kerana berhadapan pantai dan pelabuhan kecil disekitarnya. Malah senibeni bangunan tersebut menampakkan kepintaran dan kepakaran arkitek membinanya. Di dalam Qal’ah itu terdapat sebuah mihrab tempat tentera-tentera dahulukala sembah sujud kepada Allah SWT, bilik-bilik kecil, lorong-lorong berbatu disusun rapi, tangga bertingkat-tingkat menuju ke tingkat atas, menara peninjau, beranda, tempat memasak dan sebagainya. Kalau tidak silap kiraan saya, terdapat 4 tingkat di dalam Qal’ah itu. Apa yang menarik hatiku, suasana di dalam Qal’ah yang begitu sejuk dan nyaman seperti ada air-cond menghembus hawa dingin. Mungkin kesan binaan batu kapur dan lorong-lorong angin menghadap ke laut menyebabkan udara didalamnya terasa dingin walaupun keadaan di luar sedikit panas. Di bahagian dalam Qal’ah itu juga terdapat lebih kurang 3 laras meriam besi menghala ke laut kegunaan menangkis serangan musuh dari jauh.
Tersergam indah Qal'ah Sultan Qaitbay...
Pintu-pintu sebalik benteng Kubu..
Meriam lama menghala ke lautan luas...
Sudut pandangan tepi...
Pemandangan sekitar Qal'ah...
Batu merah menghiasi bumbung...
Lorong pelawat...
Model Qal'ah keseluruhannya...
Lorong gelap menuju ke tangga...
Kubah Qal'ah...
Orang ramai yang berkunjung...
Sebaik sahaja penat berjalan-jalan di dalam Qal’ah tersebut kami terus menju ke Masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jamak dan terus menikmati makanan yang dibawa bersama. Destinasi kami seterusnya ialah Maktabah Iskandariyah ( Perpustakaan ) yang dikatakan terbesar di Afrika. Memang tidak nafikan perpustakaan tersebut agak besar dan menarik. Dihiasi pula bahan-bahan pameran bersejarah seperti artifak, mesin percetakan di era penjajahan Perancis dan Britian suatu ketika dahulu. Disamping itu juga, pelbagai deretan bahan ilmiah tersusun rapi di setiap rak bercahaya membuktikan lagi gelaran perpustakaan terbesar di Afrika. Mungkin Negara umat Islam lain juga perlu memperbesarkan dan memerbanyakkan lagi perpustakaan ilmiah seperti ini memandangkan Islam amatlah mengagungkan maqam ilmu dan penuntut ilmu itu sendiri.
Mesin Percetakan kurun imperialisme...
Bumbung Perpustakaan boleh ditembusi cahaya matahari...
Seni Khat Islam yang dipamerkan...
Keadaan dalam perpustakaan...
Akhir sekali, lawatan kami diakhir dengan membeli belah di pasar Iskandariyah pada sebelah petangnya. Sempat juga saya membeli beberapa barangan yang tidak terdapat di
Sekian, wassalam.
Ibnurashidi
0 komentar:
Post a Comment