Biografi Sultan Abdul Hameed II Dan Kejatuhan Khilafah Islam ( Bahagian 2 )
Monday, January 7, 2008
Membenarkan Yahudi untuk membina penempatan-penempatan di mana mereka tinggal dan mereka mahu di tempatkan diberhampiran Jerusalam. Abdul Hameed enggan walaupun untuk berjumpa dengan mereka, dia menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha dan jawapannya adalah:
"Katakan kepadaYahudi biadab itu, hutang negara Uthmaniah bukan sesuatu yang memalukan, Perancis mempunyai hutang dan itu tidak menjejaskannya. Jerusalem menjadi sebahagian daripada tanah Islam semasa Umar bin Al-Khattab mengambil bandar itu dan aku tidak akan mencacatkan sejarah yang memalukan dengan menjual tanah suci kepada Yahudi dan mengkhianti tanggungjawab dan kepercayaan rakyat. Yahudi boleh simpan wang mereka, pemerintah Uthmaniah tidak akan berlindung di dalam Istana yang dibuat dari duit musuh-musuh Islam. Dia juga memberitahunya supaya tidak datang semula berjumpanya."
Dengan penyertaan Yahudi dan zionis dalam perlawanan itu menjadikan set perlawanan itu lengkap, dan penyertaan terakhir negara Uthmaniah telah hampir bermula. Wang yahudi adalah satu aset yang penting untuk membiayai penghapusan daulah Islamiah Uthmaniah bagi menubuhkan negara Zionis dan Palestin iaitu negara yang sangat dikehendaki oleh Yahudi, walau apa jua risiko yang akan mereka hadapi. Yahudi tidak berputus asa dengan Abdul Hameed, dalam tahun yang sama, iaitu 1901, pengasas pergerakan zionis, Theodor Hertzil, telah mengunjungi Istanbul dan cuba untuk berjumpa Abdul Hameed. Beliau enggan untuk berjumpa dengannya dan memberitahu ketua Majils Menteri:
“Nasihatkan Dr. Hertzil supaya jangan meneruskan rancangannya. Aku tidak akan melepaskan walau segenggam tanah ini kerana ianya bukan milikku, ianya hak milik ummat islam, ummat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi boleh simpan wang dan harta mereka. Jika Daulah Islamiah dimusnahkan suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayarnya harganya. Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusuk pedang ketubuhku daripada melihat tanah Pelastin dikhianati dan terpisah daripada Daulah Islamiah. Ianya adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memulakan pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup.”
Selepas itu Yahudi beralih kepada British untuk menjadikan impian mereka suatu kenyataan. British dan Perancis telah bersedia untuk menamatkan Daulah Islamiah Uthmaniah, tetapi istilah jihad masih lagi cukup bertenaga untuk membuatkan seluruh eropah menggeletar. Eropah masih gerun terhadap orang sakit Eropah (Daulah Islamiah Uthmaniah). British telah memutuskan untuk menggunakan polisi luarnya yang terpenting, pecah dan kuasai. Dia menyokong kumpulan-kumpulan baru seperti Turki Muda dan arab Muda. Apabila Turki Muda dan arab Muda menjadi kuat di dalam Daulah Islamiah, Britain tidak perlu berbuat apa-apa lagi, Turki Muda akan melakukan semuanya. Mereka memulakan arus kebangsaan dan prasangka dikalangan warga Turki di dalam Daulah Islamiah. Sebagai tindak balasnya bangsa arab, armeniah, Kurdish dan lain-lain bangsa membina jenama kebangsaan mereka sendiri. Masyarakat mula merasai sebahagian daripada bangsa mereka bukan sebahagian daripada negara Islam, dan ini merupakan detik-detik berakhirnya Negara Islam. Selepas itu dalam perang dunia Pertama, Negara-negara arab berpakat dengan British dan Perancis menentang Daulah Islamiah Uthmaniah. Mereka kemudiannya dikhianati oleh British dan Perancis dan kemudiannya ditakluki.
Abdul Hameed tidak melupakan pembangunan di dalam negaranya, dia telah membina banyak institusi dan perkhidmatan kepada umum seperti pasar Hamedi, Alzin di Damasucs. Dia juag membina banyak masjid, tempat mandi umum, pasar-pasar dan hospital-hospital di Cairo, Damascus, Sana, Baghdad dan bandaraya-bandaraya Islam yang lain. Dia juga memajukan sistem pendidikan. Kerajaan Uthamniah cuba untuk meniru sistem pendidikan barat tetapi gagal, kecuali dalam dua bidang iaitu perubatan dan ketenteraan. Tentera Uthamniah tidak selemah seperti yang difikirkan oleh masyarakat sekarang. Pasukan meriam Uthmaniah adalah yang terkuat di dunia. Angkatan laut Uthmaniah terurus dengan baik dan di tempat ketiga yang terkuat selepas Inggeris dan Perancis.
Banyak industri seperti pembuatan senjata, tenunan dan gula diwujudkan. Sistem jalan raya diperbaharui dan pelabuhan diperbesarkan. Banyak akhbar diwujudkan dan sebelum perang Dunia Pertama, Mesir, Iraq dan Syria mempunyai lebih 1300 akhbar dan majalah. Dalam sedikit masa sahaja ia memperlihatkan seperti orang Orang Sakit Eropah akan bangun kembali. Tetapi sekutu-sekutu Barat memastikan kesatuan Islam hancur dengan tanpa mengira kosnya. Minoriti Kristian Non–Muslim dalam negara Uthmaniah digunakan oleh Barat untuk membuat kacaudan mewujudkan ketidakstabilan, terutamanya warga Kristian. Negra-negara Barat sering campur tangan ke dalam polisi dalaman Uthmaniah atas alasan ‘Melindungi minoriti Kristian’. Barat juga menganjurkan ceramah Kristian dalam dunia Islam dengan membina sekolah Kristian dan Gereja. Matlamatnya adalah untuk menarik orang-orang Islam menjauhi Islam dan menyebarkan idea-idea dan tabiat sosial yang tidak Islamik. Banyak akhbar diterbitkan untuk tujuan yang sama, iaitu untuk meracuni pemikiran orang-orang Islam dan mengembangkan idea-idea yang rosak serta konsep-konsep yang salah dikalangan mereka. Barat juga mahu membuat negara Uthmaniah sibuk oleh itu sekali lagi ia memperalatkan golongan minoriti.
Barat menggalakkan dan membiayai revolusi penentangan armenia terhadap negara Uthmaniah. England membantu Druz dan dan Perancis membantu Mauritania di Lubnan dan kedua-duanya terlibat dalam pertempuran yang besar dan ia diselesaikan dengan campur tangan tentera Uthmaniah. Semakin banyak masalah di antara orang-orang Islam dan Kristian berlaku, seperti ketika di mana penduduk Islam di Damascus hampir menghapuskan penduduk Kristian di bandaraya itu. Tentera Uthmaniah campur tangan disaat-saat akhir dan mengelakkan pembunuhan beramai-ramai berlaku.
Era ini adalah pertempuran antara konpirasi Barat dan pertahanan tentera Abdul Hameed bersama orang-orang Islam yang setia-taat. Perkara penting yang perlu dinyatakan adalah hutang negara Uthmaniah, semasa Abdul Hameed mula berkuasa adalah 2528 juta lira emas. Semasa dia disingkirkan daripada berkuasa, hutang negara hanya tinggal 106 juta lira emas. Ini bermakna dia telah mengurangkan hutang kepada 1/20 daripada nilai asalnya.
Turki Muda yang mengambil alih kuasa selepasnya, menaikkan semula kepada 1300%. Pencapaian Abdul Hameed seperti ini mungkin memberikan gambaran bahawa dia tidak boleh membelanjakan untuk pembangunan, tetapi ianya tidak benar. Abdul Hameed mewujudkan talian faxsimili di antara Yaman, Hizaj, Syria, Iraq dan Turki. Dia kemudian menghubungkan talian dengan Iran dan India. Dia juga berjaya mendapat pulangan modal projek hanya dalam masa dua tahun sahaja. Ini adalah disebabkan penggunanan secara meluas talian ini oleh mereka yang mengerjakan haji.
Abdul Hameed menyedari bahawa hanya satu harapan untuk orang-orang Islam iaitu dengan membentuk kesatuan Islam yang kuat, Abdul Hameed melihat barat akan cuba memisahkan negara Islam dan berurusan dengan dengan setiap bahagian secara berasingan. Satu-satunya cara untuk mengelakkannya adalah melalui kesatuan Islam. Abdul Hameed membuat keputusan untuk memperkenalkan Kekhilafahan Uthmaniah sebagai pemimpin dunia Islam. Abdul Hamed telah mampu untuk menyatukan dan memberi kesan keada orang-orang Islam di India dan Pakistan dan dia menyebabkan banyak masalah kepada British di kawasan tersebut. Keputusan yang sama diperolehi terhadap orang-orang Islam di Russia dan di selatan Republik USSR. Abdul Hamed menggunakan orang-orang Islam untuk menekan Rusia pada ketika itu, Abdul Hameed menyatakan dalam diarinya yang dia merasakan dinding jatuhke atas dirinya yang dan dia berasa keseorangan dan dia tidak mampu untuk memerangi musuh-musuh negara Islam berseorangan. Dia kemudian memulakan pakatan dengan Jerman, tetapi ianya sangat jelas menampakkan ketidakcekapan kerana Jerman juga mahukan sebahagian dari Daulah Uthmaniah. Sultan abdul Hameed merasakan pada masa itu, peperangsn semakin hampir. Dan adalah jelas bahawa perpecahan Daulah Islamiah adalah disebabkan pertelingkahan itu.
1 komentar:
This is a ggreat post
Post a Comment