Bertemu Kembali..

Thursday, March 20, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Pertama sekali marilah kita panjat jutaan kesyukuran ke hadrat ilahi memandangkan DIA masih lagi memberikan nafas untuk menghirup serta mengecap nikmat Iman dan Islam. Tidak juga dilupakan selawat dan salam ke atas kekasih Rabbul Izzati iaitu Nabi Muhammad SAW langsungan pula dari Maulidur Rasul maka lebih-lebih lagi dianjurkan untuk kita berselawat sebanyak mungkin ke atas baginda.

Sudah sekian lama saya tidak menjenguk blog ini, barangkali jika dinisbahkan dengan kereta atau barangan lain sudah tentu perlu dibasuh dan dilap semula kerana sudah berhabuk. Ini pun sempat juga berkejar ke Cyber Cafe berdekatan bagi cuba mengaktifkan kembali blog ini. Apa tidaknya, lebih kurang 2 bulan terputus talian internet ke kawasan sekitar kediaman saya. Amatlah sukar untuk terus meng'update' blog jika tiada capaian internet yang laju. Tambahan pula kehidupan seharian saya agak sibuk akhir-akhir ini.




























Eminent 2008


Pada tarikh 09 selepasnya berakhir pilihanraya umum di Malaysia kami di sini pula memulakan Program Mega Tahunan DPMT yang diberi nama 'The Symposium Of Malaysian Students In Tanta' atau dengan nama manjanya Eminent'08 berakhir pada 14 Mac dan majlis penutupnya pula pada 16 Mac 2008. Alhamdulillah sambutan dan kehadiran masyarakat melayu di Tanta khususnya memberikan impak maksimum kepada program tersebut. Banyak program menarik telah diadakan antaranya Ceramah Maulidur Rasul, Diskusi Kitab, Bicara Siswa, Forum Bait Muslim, Grand Bazar, Pameran Mini Pavillion berkaitan Palestin, Pertandingan Mini, Inter Family dan pelbagai lagi acara diadakan yang tidak sempat untuk saya senaraikan satu persatu. Ketika berlangsungnya Program tersebut saya telah ditaklifkan sebagai Timb.Ketua Penyiaran & Fotografi telah mendapat pelbagai pengalaman baru bekerja bersama-samam rakan yang lain. Selain itu, kami juga ada mengadakan Slot bersama Dj ketika Grand Bazar dibuka dan mendapat sambutan menggalakkan dari pengunjung yang hadir memberikan ucapan kepada teman-teman. Disamping itu, saya juga pada tahun ini cuba menceburkan diri mengambil tender berniaga untuk Grand Bazar dengan menjual Nasi Bukhari dan Nasi Minyak. Satu lagi pengalaman baru saya perolehi ketika berniaga di sini dan menambah lagi kesibukan sepanjang 5 hari Eminent dijalankan. Walaupun penat, tetapi terasa gembira dan berpuas hati dengan acara yang dianjurkan DPMT pada kali ini. Insya'Allah pada lain pertemuan saya akan siarkan gambar-gambar sekitar Emenint'08 baru-baru ini buat tatapan rakan-rakan terutamanya yang berada di Malaysia. Pada akhir malam penutup, acaranya juga boleh dikatakan agak menarik dan Dewan juga penuh dengan kedatangan pelajar samaada pelajar Azhar mahupun pelajar lelaki dan perempuan dari perubatan Tanta. Kami dihiburkan dengan persembahan Nasyid Tanta, Solo kumpulan Shoutul Amal iaitu saudara Halim, Bacaan Al-Qura'an dari saudara Fahmi AQ, Pentomen, Dikir barat, Silat, Slide Show, Cabutan bertuah dan lain-lain lagi. Antara VIP yang hadir pada malam itu ialah wakil Amnu Daulah Tanta, dan wakil PMRAM.



















Kesimpulan

Keseluruhan perjalanan program mega yang dianjurkan pada tahun ini bolehlah dikatakan mencapai matlamat yang diharapkan oleh Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) iaitu mengeratkan silaturahim sesama pelajar dan menambah kenal kenalan dikalangan azharian dan perubatan. Malah saya sendiri mengakui bahawa sememangnya bertambah kenalan yang sebelum ini tidak rapat, alhamdulillah lebih dikenali dengan lebih dekat lagi. Walaupun kadangkala ada di sana beberapa perkara hasil ketidakpuasan hati dan masalah yang dihadapi tetapi itu hanyalah sebagai batu loncatan untuk maju lebih terkehadapan sebagai mahasiswa yang dinamik dan progressif apabila berhadapan medan perjuangan sebenar kelak. Semoga segala gerak kerja yang dilakukan mendapat keredhaan Allah SWT dan menjadi salah satu sebab kita mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT...ameen.




Ibnurashidi

0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP